Momen penuh emosi tercipta pada majlis graduasi sekolah rendah baru-baru ini apabila anak kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu, iaitu Talita Zahra, menyampaikan ucapan yang menyentuh hati ramai. Ucapan tersebut bukan sahaja membuatkan para hadirin sebak, malah turut membuat isteri Shuib, Watie Hanifiah, tidak mampu menahan air mata apabila penghargaan istimewa diberikan kepadanya.
Ucapan Graduasi Penuh Emosi Dari Talita Zahra
Dalam video yang tular di Instagram, Talita Zahra berdiri di atas pentas dengan yakin dan memulakan ucapannya dengan penuh sopan santun. Namun suasana bertukar pilu apabila dia mula menyebut tiga insan penting dalam hidupnya: daddy, ibu (Allahyarham Siti Sarah) dan mummy, iaitu Watie. “Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada daddy, ibu dan mummy,” katanya sambil menerima tepukan gemuruh.
Dalam ucapan tersebut, Talita turut menyentuh kerinduan mendalam terhadap arwah ibunya yang meninggal dunia akibat Covid-19 empat tahun lalu.
“Ibu, walaupun ibu tak berpeluang melihat saya bergraduasi sekolah rendah, saya akan sentiasa menyayangi ibu,” ucapnya sambil menahan sebak.
“Mummy Ibu Sebenar Saya”, Penghargaan Menyentuh Hati Buat Watie Hanifiah
Bahagian paling menyentuh hati ialah ketika Talita Zahra meluahkan rasa sayang yang begitu tulus kepada Watie. Katanya,
Ads
“Untuk Mummy Watie, walaupun orang ramai akan sentiasa menganggap mummy sebagai ibu tiri, saya melihat mummy sebagai ibu yang sebenar.” Kata-kata itu membuatkan suasana dewan bertambah hening dan sarat emosi.
Watie dilihat mengesat air mata berkali-kali ketika mendengar ucapan itu. Menurutnya dalam kapsyen Instagram, tangisannya semakin kuat apabila mendengar Talita menyebut nama “mummy” dengan penuh kasih.
Dalam hantarannya, Watie berkongsi rasa syukur dan terharu atas penerimaan Talita terhadap dirinya sebagai sebahagian daripada kehidupan anak-anak Shuib. “Hujung-hujung video ini kamera bergoyang sebab mummy sudah mula menitik air mata. Terima kasih kerana dalam ibu dan daddy, sentiasa ada nama mummy di hati awak,” tulisnya.
Ads
Watie turut mendoakan agar Talita terus mencapai kejayaan dan menjadi kebanggaan keluarga. Hubungan baik mereka selama ini sering menjadi perhatian netizen yang menyifatkannya sebagai contoh keluarga tiri moden yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Netizen Puji Hubungan Erat Talita Zahra dan Watie
Di ruangan komen, netizen menzahirkan rasa kagum terhadap hubungan rapat antara Talita dan Watie. Ada yang menyatakan bahawa kasih sayang tidak memerlukan pertalian darah untuk terbina, dan apa yang ditunjukkan oleh keluarga tersebut menjadi inspirasi kepada ramai.
Ramai juga memuji keberanian Talita Zahra yang mampu melafazkan penghargaan secara terbuka, serta memuji Watie atas kesungguhannya menyayangi keempat-empat anak Shuib tanpa membezakan mereka.
Sebagai info tambahan, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Shuib mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama Allahyarham Siti Sarah: Uwais Alqarni, 14; Dzahira Talita Zahra, 12; Ariq Matin, 9; dan Ayash Affan, 4. Mereka kini membina keluarga bahagia yang sering mendapat perhatian kerana keharmonian dan hubungan baik antara semua ahli keluarga.
Momen graduasi yang dikongsikan ini sekali lagi membuktikan bahawa kasih sayang yang tulus mampu mengikat hati-hati yang datang dari perjalanan hidup berbeza. Kejujuran Talita Zahra dan kasih Watie benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai di luar sana.
SUMBER : Insragram Watie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang terkenal K-Pop, Hoshi SEVENTEEN baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila menunjukkan keprihatinannya terhadap pendidikan dengan menghulurkan sumbangan besar bagi pembinaan sekolah di Zambia.
Menurut sebuah kenyataan yang dikongsikan oleh Gyeonggi Community Chest of Korea cawangan Gyeonggi Utara, Hoshi atau pemilik nama sebenar Kwon Soon Young (29) telah mendermakan wang sebanyak 100 juta Korea Won (kira-kira RM280,000) dan dana itu akan digunakan untuk membina serta menaik taraf bilik darjah di Mansansa Public School yang terletak di Ndola, Zambia.
Dalam pada itu, sekolah tersebut kini menempatkan kira-kira 350 pelajar dari peringkat tadika hingga menengah awal. Namun, hanya dua bilik darjah yang dapat digunakan sepenuhnya. Pada masa yang sama, Hoshi bersama ibu bapa beliau turut berjanji akan membina lima bilik darjah baharu dalam dua bangunan berasingan bagi memastikan pelajar mempunyai ruang pembelajaran lebih selesa dan stabil.
Tahun lalu, Hoshi turut menyumbangkan jumlah sama kepada organisasi berkenaan untuk menambah baik fasiliti di Luang Prabang Goa School, Laos menunjukkan ini bukan kali pertama beliau tampil dengan sumbangan besar. Usaha konsisten ini juga menjadikan nama beliau semakin sinonim dengan kerja amal pendidikan di peringkat global.
“Saya mahu memberi walaupun sedikit kekuatan dan galakan kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Saya berharap para pelajar dapat menyuburkan impian mereka dalam persekitaran lebih sihat di bilik darjah baru yang akan dibina,” kata Hoshi dalam satu kenyataan.
Sejak memulakan kerjaya sebagai seorang anak seni, Hoshi aktif menyalurkan pengaruh positif melalui pelbagai sumbangan. Pada tahun 2021, beliau menjadi ahli Love Fruit Honor Society iaitu kumpulan penderma berprofil tinggi yang menyumbang lebih daripada 100 juta Korea Won. Pelantun yang popular menerusi lagu ‘Damage’ dan ‘Spider’ ini juga menyokong bantuan bencana, komuniti terpinggir serta program kanak-kanak dan belia.
Hoshi kini telah mendaftarkan diri dalam latihan kidmat tentera
Sementara itu, bukan hanya Hoshi, malah anggota SEVENTEEN yang lain secara keseluruhannya juga dikenali dengan kerja kebajikan global. Mereka merupakan artis K-Pop pertama dilantik sebagai UNESCO Youth Goodwill Ambassadors dan telah menubuhkan dana bernilai AS$1 juta bagi menyokong golongan muda di seluruh dunia.
Dalam perkembangan lain, pada 16 September lalu, Hoshi dilaporkan memasuki kem latihan tentera untuk memulakan khidmat wajib dalam Angkatan Tentera Korea. Beliau merupakan ahli keempat SEVENTEEN yang menjalani latihan ketenteraan selepas Jeonghan, Wonwoo dan Woozi yang mendaftar sehari sebelumnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, tiada istilah study from home bagi pelajar sekolah di seluruh negara.
Namun disebabkan oleh pandemik wabak Covid-19, pelajar terpaksa mempraktikkan norma baharu bagi sesi pembelajaran mereka pada setiap minggu sejak Mac lalu.
Lantas apabila sektor perniagaan mula diberikan kelonggaran untuk meneruskan urusan secara normal bermula minggu ini ataupun dalam bahasa mudah, 'business as usual', pelajar sekolah dan ibu bapa turut tertanya-tanya sekiranya sesi persekolahan juga akan dibuka tidak lama lagi.
Dalam ucapan perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei, beliau mengumumkan bahawa pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM STPM dan STAM akan diberikan keutamaan untuk kembali semula ke sekolah berbanding pelajar di peringkat sekolah rendah mahupun pelajar dari Tingkatan 1 hingga 4.
Walaupun kebenaran untuk sekolah beroperasi seperti biasa akan diberikan tidak lama lagi, para pelajar dan pengajar masih perlu serius untuk mempraktikkan penjarakan social mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelak risiko penularan wabak di kawasan sekolah.
Ini termasuklah perubahan pada kedatangan pelajar ke sekolah (mungkin mengikut sesi), kedudukan meja di dalam kelas, pembelian makanan di kantin dan sebagainya.
Foto Hiasan: SMK Kita
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada September tahun lalu, ramai peminat penyanyi pop remaja, Billie Eilish yang kecewa apabila gagal untuk mendapatkan barangan merchandise yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat jenama pakaian.
Maklumlah, penangan Billie terlalu hebat sehinggakan ramai yang berebut untuk mendapatkan apa sahaja pakaian yang tertera dengan namanya.
Remaja ada berita baik untuk korang apabila pada hari ini, Uniqlo telahpun melancarkan koleksi baru hasil kolaborasi Billie Eilish bersama Takashi Murakami.
Koleksi Uniqlo T (UT) ini sebenarnya telahpun boleh didapati secara online bermula 25 Mei lalu. Namun, hanya pada hari ini, ia mula dijual di stor Uniqlo di seluruh negara.
Bagi korang yang meminati Billie dan Murakami, pasti korang tahu estetik kedua-dua individu kreative ini yang selalu tampil berbeza daripada orang lain.
Antara elemen menarik yang ditampilkan untuk koleksi UT ini adalah kombinasi simbol Billie iaitu Blohsh dan elemen bunga ikonik Murakami.
Ada juga baju T boxy cut yang menampilkan kolaj foto Billie, sketch yang diambil daripada video muziknya dan logo Billie Eilish.
Cer tengok beberapa rekaan yang pastinya ingin korang miliki.
Baju T saiz kanak-kanak. RM39.90Baju T saiz kanak-kanak. RM39.90Baju T perempuan. RM59.90Baju T perempuan. RM59.90
Baju T lelaki. RM59.90
Baju T lelaki. RM59.90Cap / Bucket hat. RM79.90
*
Selain baju T, terdapat juga bucket hat and we are obsessed with it!
Jangan lupa untuk cepat-cepat rebut koleksi ini di stor. Jangan sampai melepas kerana sold out seperti koleksi-koleksi sebelum ini. Hehe..