Bagi minggu kedua Hero Dewi Remaja 2023 dilihat Fitri Farok dan Arabella terpaksa akur apabila namanya dipanggil oleh juri tetap dan mentor, Scha Al-Yahya untuk ke hadapan kerana markah keseluruhan cabaran meletakkan dirinya di Bottom 4.
Siapa tidak kecewa dan sedih apabila nama terpanggil sebagai salah seorang finalis yang mana, ibarat ‘nyawa di hujung tanduk’ apabila menduduki tempat tercorot.
Menurut Fitri, dia menzahirkan rasa sedih dan berasa tidak puas hati kerana baginya, kumpulan mereka dapat menghasilkan sebuah video yang lagi baik bagi cabaran pada minggu ini.
Selain itu, finalis berusia 24 tahun ini turut mendedahkan dirinya berasa amat sedih pada ketika itu kerana sudah terbayangkan dan memikirkan wajah-wajah ahli keluarga dan kenalan rapatnya yang sudah mengharapkan dirinya sebagai juara.
“Pada mulanya agak clueless sebab tak kumpul lagi informasi diperlukan untuk membuat video, jadi kami semua mula temu bual pak cik Don, iaitu pemilik farm itu dan dari situ dapat isi dan kandungan untuk video.
“Untuk game plan kumpulan kami adalah untuk memberi kesedaran dalam aspek video yang serius dan suspen,” katanya. Banyak dalam fikiran. Sedih, perasaan tidak puas hati sebab boleh menambah baik lagi video kami dari segi suntingan, mood dan visual.
“Banyak fikir pasal keluarga dan rakan rakan yang mengharapkan saya untuk menang. Dari situ, perasaan sedih datang dan mata berlinang,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Fitri memaklumkan andai dapat diputarkan masa kembali, dia ingin mengubah video yang telah disunting agar menjadi lebih menarik untuk diteliti oleh para juri.
“Saya di bottom 2 sebab kata juri, mesej video tidak sampai dan video terlalu cliche. Tidak mengambil nilai kandungan yang trending/baharu seperti ASMR, shot video yang menarik dan berlainan dari video kesedaran sedia ada.
“Andai mengundur masa, kami akan mengubah mood, content dan mesej video kami. Jenis suntingan yang lebih baru seperti meletakkan transition menarik. Selain meletakkan slogan yang lebih menarik dan catchy dan penerangan video yang memberi mesej yang lebih jelas,” tuturnya.
Selain Fitri, finalis paling muda, Arabella juga tidak terlepas untuk menduduki tangga keempat terakhir bagi episod dua, pada minggu ini.
Terlihat finalis ini menangis semasa di pentas penyingkiran. Jelas Arabella yang lebih Bella ini, dia menzahirkan rasa kecewa terhadap diri sendiri kerana menyifatkan seolah dia yang membawa kesilapan dalam kumpulannya sehingga tercalon di bottom 4.
Ads
“Perasaan Bella waktu diumumkan sebagai bottom 2 memang sangat takut dan gementar. Bella menangis sebelum dan selepas diumumkan bottom 2 sebab saya tertanya diri, ‘what mistake did i do until saya bawa my team down’ dan rasa sangat kecewa dengan diri sendiri.
“Saya rasa saya di bottom 2 sebab kerana tak beri kerjasama sangat dekat dengan kumpulan dan saya turut rasa lemah dalam setiap cabaran berkumpulan,” katanya.
Selain itu, Bella turut mendedahkan khilaf dirinya yang mempunyai perasaan tidak yakin untuk bersuara ketika dalam cabaran berkumpulan.
“Saya tidak pandai untuk speak up dan tidak ada keyakinan dalam diri sendiri. Bagaimanapun, jika saya boleh undur balik masa, saya mahu ubah pemikiran saya of not able to speak up or give ideas.
“Sebab takut of what other people think dan nak do much better dari perancangan pertama kita, dan mungkin aturkan perancangan masa in advance dan bukan masa cabaran dah bermula,” jelasnya lagi.
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang perlu dilaksanakan oleh seluruh masyarakat kira-kira dua bulan lalu, boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia tidak bekerja atau pun perlu menjalani proses work from home.
Ramai yang mengambil peluang untuk berniaga makanan kerana dilihat bisnes ini tetap menjadi demand rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila ramai yang kebosanan duduk di rumah, maka mulalah mulut ni rasa nak mengunyah sahaja.
Alif Muhaimin antara selebriti yang dilihat turut menjalankan bisnes ketika musim PKP dan Hero Remaja 2017 ini nampaknya sedang aktif menjual kek batik di laman instagramnya.
“Dalam tempoh PKP ni, banyak shooting, events dan job yang kena cancel. Tapi alhamdulilah, Alif dapat bersama-sama keluarga ketika PKP ini. Ada banyak hikmah rupanya bila situasi ini berlaku kepada kita,”
“Rasa macam hubungan dengan keluarga jadi lebih kuat sebab banyak masa diluangkan bersama mereka. Solat sama-sama, makan pun sekali. Kalau sebelum ni, memang jaranglah nak dapat macam ni, lebih-lebih lagi bila Alif sedang sibuk menjalani penggambaran drama,”
“Idea nak jual kek batik ni sebenarnya keluar secara spontan ketika alif dan kakak bersembang selepas moreh. Kami bercadang dalam waktu PKP ni untuk melakukan sesuatu yang membuahkan hasil. Lagi pu keluarga Alif memang suka buat kek dan brownies. Itu yang terfikir nak jual kek batik,”
“Mula-mula tak fikir nak buat secara serius pun, hanya sekadar hobi. Tapi alhamdulillah selepas dapat beberapa tempahan, rasa seronok pula berniaga,” jelas Alif.
Alif juga turut berkongsi setiap Instagram Story yang dimuatnaik oleh pelanggan dalam instagramya.
Memang nampak happy betul Hero Remaja 2017 ni bila berpeluang berniaga kek batik. Teksturnya walaupun dilihat menerusi gambar saja, tapi dah boleh bayangkan kesedapannya.
Semoga Alif terus sukses dengan apa sahaja yang dilakukannya dan khabarnya, Alif juga sudah tidak sabar untuk meneruskan sesi penggambaran yang tertangguh.
All the best to you.
Psst, bila nak bagi kami rasa kek batik Alif? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam ini bakal menyaksikan episod pertama Hero Remaja 2020 yang akan ditayangkan di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123). Setelah diumumkan 12 finalis pada awal bulan lalu, kini masanya untuk mereka bersaing dalam merebut takhta juara Hero Remaja.
Dihoskan oleh Ain Edruce, edisi Hero Remaja kali ini juga menampilkan Dato’ Hans Isaac dan Scha Alyahya sebagai juri tetap. Sebelum kesemua finalis memulakan perjalanan dalam pencarian ini, mereka sempat diberikan pesanan oleh kedua-dua selebriti berpangalaman ini.
“Mereka kena tahu apa yang mahu dicari dalam industry ini. Kalau nak cari glamor itu mungkin salah. Paling utama, kena tahu sebab mengapa mereka memilih berada dalam industri. Salah satu sebab saya bersetuju menjadi juri tetap pencarian Hero Remaja 2020 adalah kerana ingin menyampaikan ilmu yang saya tahu kepada generasi muda ini. Niat saya daripada 12 finalis ini, sekurang-kurangnya 5 darinya satu hari nanti akan berada dalam industri,” jelas Dato’ Hans Isaac.
Manakala Scha Alyahya pula mengakui dia sedikit ‘lembut’ jika hendak dibandingkan dengan Dato’ Hans Isaac yang memang sudah diketahui agak strict ketika sesi penjurian.
“Scha rasa pemilihan juri ni memang kena balance sebab kalau bagi Scha, Scha lebih ‘longgar’ dalam memberi peluang kepada finalis. Kalau macam Dato’ dia memang agak tegas. Namun, Scha harap agar semua finalis tidak mensia-siakan peluang yang diberi dan jangan gunakan platform ini hanya untuk menunjukkan rupa. Itu bukan yang kami cari. Kita nak seseorang yang ada potensi, agresif, emotionally pandai handle apa sahaja cabaran yang diberikan,” tambah Scha.
Jangan lupa saksikan episode pertama Hero Remaja 2020 malam ini tepat jam 9 malam di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123). Korang juga boleh mengundi Hero Favorite di sini untuk menjadikan peserta favorite korang sebagai pemenang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 9.15 pagi tadi.
Menurut muat naik di Instagram Scha, suaminya Awal Ashaari dan anak sulung mereka, Lara Alana, bayi perempuan seberat 3.2kg itu telah dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
“Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadarat Allah SWT di atas kelahiran cahaya mata kedua pada 12 Februari 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
“Keduap-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami bersyukur di atas amanat ini dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga,” catat ketiga-tiga akaun Instagram mereka.
Buat masa ini, bayi tersebut hanya dikenali sebagai Baby L.
Mereka sekeluarga menunggu waktu yang bersesuaian setelah Scha dibenarkan pulang ke rumah dalam masa beberapa hari untuk memperkenalkan nama Baby L untuk pengetahuan khalayak.
Tak sabar rasanya nak menatap wajah Baby L buat pertama kali.
Terdahulu, Scha dan Awal pernah berkata dalam temuramah di majlis makan malam Nona Superwoman Award 2020 bahawa mereka inginkan jantina Baby L menjadi kejutan buat mereka bertiga dan sanggup menunggu hingga ke saat-saat kelahiran hari ini untuk mengetahuinya.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...