Persaingan di antara 16 finalis Hero Dewi Remaja 2023 di minggu pertama ternyata cukup sengit terutama dari segi persiapan mental dan fizikal masing-masing.
Namun, ada di kalangan mereka yang tidak berjaya menonjolkan diri sehabis mungkin dek kerana kondiri kesihatan yang tidak mengizinkan.
Myra, finalis Hero Dewi Remaja 2023 kelihatan akur apabila namanya dipanggil oleh juri tetap dan mentor, Scha Al-Yahya untuk ke hadapan kerana markah keseluruhan cabaran meletakkan dirinya di Bottom 4.
“Masa mula-mula, Myra ingatkan boleh lakukan cabaran tersebut, tapi Myra lupa yang sebenarnya saya tidak berapa sihat, dah nak dekat seminggu batuk-batuk apa semua. Maka bila dah start lari, nafas mula tercungap-cungap. Kiranya semput jugalah ketika itu.
“Kecewa sangat sebab Myra ingatkan boleh selesaikan cabaran itu sepantas mungkin tapi kerana kondisi kesihatan yang tidak mengizinkan dengan nafas tidak cukup… so Myra kalah,” jelasnya.
Ads
Menjelaskan kenapa air matanya tumpah ketika berada di fasa penyingkiran, Myra jelas kelihatan kecewa dengan diri sendiri.
“Nangis sebab kecewa dengan diri sendiri, rasa diri ini tidak bagus sangat…Viper Challenge saya kalah, ketika Photoshoot Challenge pun prestasi saya teruk sangat,” komennya.
Manakala bagi finalis Hero, Hakim Khann tidak menyangka sama sekali dirinya akan berada di Bottom 4 dan bertekad untuk menonjolkan dirinya lebih lagi di minggu-minggu akan datang.
“Sejujurnya, stamina saya ketika itu merupakan punca kenapa saya tidak dapat menyelesaikan setiap rintangan selaju yang mungkin.
Ads
Secara fizikal mungkin saya tidak sehebat yang lain but other things like modelling, berlakon or menyanyi saya boleh mara ke hadapan, InsyaAllah,” jelasnya.
Berkongsi perasaannya ketika itu, penyanyi lagu Inilah Cinta tersebut mengakui bahawa dirinya sangat kecewa dengan prestasi yang ditonjolkan.
“Obviously saya sangat sedih dan kecewa dengan diri sendiri tapi ini tidak akan menjadi titik penamat untuk saya perbaiki diri dan belajar dari kesilapan,” komennya.
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/2015 dan pempengaruh, Deeba Halil selamat melahirkan bayi sulungnya bersama suami, Amirul Fahd pada pagi Khamis.
Bayi lelaki seberat 3.43 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara pada jam 8.49 pagi tadi dengan kehadiran suaminya di sisi.
Tambah manis apabila bayi mereka lahir pada tarikh kelahiran Deeba sendiri yang jatuh pada tanggal 23 Januari.
Finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/2015, Deeba Halil.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Selamat hari lahir untuk kita berdua,” catat Dewi berkenaan dalam hantaran Instagram story.
Ketika pertemuan REMAJA dengan Deeba baru-baru ini, beliau yang kini berkhidmat untuk sebuah bank yang terletak di Kuala Lumpur berkata, beliau dan suami tidak merancang pun untuk memiliki cahaya mata sulung mereka dalam tempoh tertentu.
Justeru apabila beliau dikurniakan rezeki berbadan dua, tentunya mereka menerima perkhabaran istimewa ini dengan hati terbuka dan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi.
Deeba Halil dan suaminya, Amirul Fahd.
“Lucunya selepas saya mengetahui sudah hamil, kebetulan suami yang bertugas di Singapura pulang pada hujung minggu itu. Saya berseloroh dengannya, konon teringin makan malam di tempat ‘sedap’. Baru dapat gaji kan? (ketawa).
“Sewaktu duduk di restoran, saya terus hulurkan kotak berisi peranti ujian kehamilan. Pada awalnya, suami saya merasa cemas kerana dia sudah memikirkan perihal masa hadapan bayi ini nanti.
“Tanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri kini sudah beralih sedikit kepada bayi kami. Lagi pula, kami baru berkahwin selama sebulan pada waktu itu. Saya berkata kepadanya, tak mengapa. We will take one step at a time. Tidak perlu cemas.
“Cuma saya pesan, kek hari lahir kena dua! Hadiah pun kena dua,” katanya.
Sebagai rekod, Amirul Fahd dan Deeba Halil mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2023 di ISTAC UIAM, Kuala Lumpur yang dibuat secara tertutup dan dihadiri oleh rakan media dari REMAJA, ahli keluarga serta kenalan rapat mereka berdua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merupakan anak bongsu kepada 9 beradik yang 7 daripadanya adalah adik-beradik tiri, Alif Haiqal dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan secara tidak langsung mendidik dirinya untuk lebih berdikari. Selepas tamat persekolahan, Haiqal sudah mula bekerja bagi membantu keluarganya untuk memperoleh pendapatan.
Pernah bekerja sebagai pelayan restoran dan personal shopper di sebuah pasar raya, Haiqal tidak malu untuk mengakuinya dan menganggap setiap pekerjaan yang dilakukannya itu sebagai pengalaman serta dapat mengajar dirinya untuk menjadi seorang individu yang lebih matang.
Sewaktu pandemik ini, Haiqal juga turut membantu ibunya yang bekerja sebagai tukang masak di rumah kebajikan warga emas.
“Setiap pagi, mak saya akan menyediakan sarapan pagi untuk opah-opah di Mesra Home. Jadi, saya akan membantu mak melakukan kerja-kerja memasak, seperti memotong sayur dan sebagainya. Selepas itu, kami akan menghidangkan kepada mereka dan kemudiannya, tugas saya pula untuk membersihkan segala pinggan dan cawan yang telah digunakan,” jelas Haiqal.
Disebabkan ibunya keluar bekerja, Haiqal mengambil tugas menyiapkan makanan buat ahli keluarganya yang lain.
“Selepas membantu mak di pusat jagaan warga emas itu, Haiqal akan pulang ke rumah untuk memasak. Sebelum PKP ni saya jarang luangkan masa bersama keluarga sebab busy dengan kerja. Jadi sepanjang PKP ni saya ambil kesempatan untuk bantu mereka semampu mungkin,” tambahnya lagi.
Melihatkan kesungguhan Haiqal, jelas sekali finalis Hero Remaja 2021 ini sangat berdikari dan mampu menguruskan diri dan keluarga dengan baik. Dengan minat yang mendalam terhadap industri hiburan, Haiqal juga berharap agar dia mampu untuk mengubah nasib keluarganya dan diberi peluang mengembangkan bakat yang ada dalam diri.
Korang juga boleh mengundi Haiqal untuk kategori Hero Favorite di laman web remaja.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Alhamdulillah, perasaan happy sangat-sangat, perasaan yang tak pernah rasa sebelum ini, tercapai impian ingin menjadi bapa…”
12 March 2023 menjadi detik istimewa buat pelakon, Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina setelah mereka menyambut kelahiran bayi sulung, baru-baru ini.
Safwan Nazri dan isteri di majlis perkahwinan mereka.
Fathin selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.6kg di Hospital Putrajaya dengan kehadiran Safwan yang menemaninya sepanjang masa di dalam dewan bersalin.
” Allah permudahkan segala urusan, hanya 4 jam isteri bertarung di dewan bersalin.
” Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak. Pengalaman di dewan bersalin betul-betul membuatkan saya membuka mata tentang pergorbanan seorang isteri dan ibu bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat. Pengalaman ini juga membuatkan saya lebih menghargai ibu. Hebat jasa dan pengorbanan ibu ini.” ulas finalis pencarian Hero Remaja 2017 itu.
Bercakap kepada REMAJA, Safwan menyifatkan momen tersebut sebagai satu momen yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata sehinggakan air matanya menitis sewaktu menyaksikan kelahiran cahaya mata mereka.
Ditanya mengenai persediaan menjadi seorang bapa. Safwan mengakui sudah lama bersedia untuk mengalas tanggungjawap sebagai seorang bapa sejak bayi yang pertama. Namun, tidak ada rezeki apabila isterinya keguguran sewaktu kehamilan masuk ke empat bulan.
” Alhamdulillah Allah ganti dengan rezeki yang lain. Tapi sebenarnya kami masih trauma dengan kehilangan bayi yang pertama tapi bila lahir baby ni kami masih terkejut. Sebab itu kami ambil langkah untuk tidak menghebahkan kepada umum dan media, takut kejadian yang lama berulang lagi.”
Cinta Sofea, Cinta Yang Menawan
Dikesempatan ini, Safwan sempat berkongsi secara ekslusif bersama pembaca Majalah Remaja bahawa mereka menamakan bayi sulungnya dengan nama Cinta Sofea yang bermakna cinta yang menawan. Safwan mendirikan rumah tangga bersama Fathin Nur Amalina pada Mac 2022.
Apa-apapun, tahniah kami ucapkan buat Safwan dan isteri dengan kehadiran ‘ bunga’ dalam perkahwinan mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...