Malam ini bakal menyaksikan episod pertama Hero Remaja 2020 yang akan ditayangkan di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123). Setelah diumumkan 12 finalis pada awal bulan lalu, kini masanya untuk mereka bersaing dalam merebut takhta juara Hero Remaja.
Dihoskan oleh Ain Edruce, edisi Hero Remaja kali ini juga menampilkan Dato’ Hans Isaac dan Scha Alyahya sebagai juri tetap. Sebelum kesemua finalis memulakan perjalanan dalam pencarian ini, mereka sempat diberikan pesanan oleh kedua-dua selebriti berpangalaman ini.
Ads
“Mereka kena tahu apa yang mahu dicari dalam industry ini. Kalau nak cari glamor itu mungkin salah. Paling utama, kena tahu sebab mengapa mereka memilih berada dalam industri. Salah satu sebab saya bersetuju menjadi juri tetap pencarian Hero Remaja 2020 adalah kerana ingin menyampaikan ilmu yang saya tahu kepada generasi muda ini. Niat saya daripada 12 finalis ini, sekurang-kurangnya 5 darinya satu hari nanti akan berada dalam industri,” jelas Dato’ Hans Isaac.
Ads
Manakala Scha Alyahya pula mengakui dia sedikit ‘lembut’ jika hendak dibandingkan dengan Dato’ Hans Isaac yang memang sudah diketahui agak strict ketika sesi penjurian.
“Scha rasa pemilihan juri ni memang kena balance sebab kalau bagi Scha, Scha lebih ‘longgar’ dalam memberi peluang kepada finalis. Kalau macam Dato’ dia memang agak tegas. Namun, Scha harap agar semua finalis tidak mensia-siakan peluang yang diberi dan jangan gunakan platform ini hanya untuk menunjukkan rupa. Itu bukan yang kami cari. Kita nak seseorang yang ada potensi, agresif, emotionally pandai handle apa sahaja cabaran yang diberikan,” tambah Scha.
Ads
Jangan lupa saksikan episode pertama Hero Remaja 2020 malam ini tepat jam 9 malam di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123). Korang juga boleh mengundi Hero Favorite di sini untuk menjadikan peserta favorite korang sebagai pemenang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang perlu dilaksanakan oleh seluruh masyarakat kira-kira dua bulan lalu, boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia tidak bekerja atau pun perlu menjalani proses work from home.
Ramai yang mengambil peluang untuk berniaga makanan kerana dilihat bisnes ini tetap menjadi demand rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila ramai yang kebosanan duduk di rumah, maka mulalah mulut ni rasa nak mengunyah sahaja.
Alif Muhaimin antara selebriti yang dilihat turut menjalankan bisnes ketika musim PKP dan Hero Remaja 2017 ini nampaknya sedang aktif menjual kek batik di laman instagramnya.
“Dalam tempoh PKP ni, banyak shooting, events dan job yang kena cancel. Tapi alhamdulilah, Alif dapat bersama-sama keluarga ketika PKP ini. Ada banyak hikmah rupanya bila situasi ini berlaku kepada kita,”
“Rasa macam hubungan dengan keluarga jadi lebih kuat sebab banyak masa diluangkan bersama mereka. Solat sama-sama, makan pun sekali. Kalau sebelum ni, memang jaranglah nak dapat macam ni, lebih-lebih lagi bila Alif sedang sibuk menjalani penggambaran drama,”
“Idea nak jual kek batik ni sebenarnya keluar secara spontan ketika alif dan kakak bersembang selepas moreh. Kami bercadang dalam waktu PKP ni untuk melakukan sesuatu yang membuahkan hasil. Lagi pu keluarga Alif memang suka buat kek dan brownies. Itu yang terfikir nak jual kek batik,”
“Mula-mula tak fikir nak buat secara serius pun, hanya sekadar hobi. Tapi alhamdulillah selepas dapat beberapa tempahan, rasa seronok pula berniaga,” jelas Alif.
Alif juga turut berkongsi setiap Instagram Story yang dimuatnaik oleh pelanggan dalam instagramya.
Memang nampak happy betul Hero Remaja 2017 ni bila berpeluang berniaga kek batik. Teksturnya walaupun dilihat menerusi gambar saja, tapi dah boleh bayangkan kesedapannya.
Semoga Alif terus sukses dengan apa sahaja yang dilakukannya dan khabarnya, Alif juga sudah tidak sabar untuk meneruskan sesi penggambaran yang tertangguh.
All the best to you.
Psst, bila nak bagi kami rasa kek batik Alif? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berusia 22 tahun, jejaka dari USJ 2, Selangor ini merupakan antara finalis Hero Remaja yang mempunyai pesona yang luar biasa.
Tidak semua selebriti yang ada di Malaysia ini memulakan karier dalam industri hiburan sejak azali lagi. Walaupun menyimpan impian ‘terjun’ ke industri seni, namun Zaim tetap tidak melupakan pelajaran. Zaim mempunyai latar belakang dalam bidang fisioterapi dan merupakan lepasan Diploma Kejuruteraan Baik Pulih Badan dari Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam.
Jangan tak tahu, Remaja ini juga pandai bermain silat mata. Semuanya bermula dengan ajakan kawan memilih kad dan hilangkannya di tingkatan lima lantas menimbulkan obsesi Zaim terhadap seni silap mata.
Pernah datang dua kali audition Hero Remaja dan tahun ini merupakan tahun bertuah buat dirinya. Zaim juga sempat berkongsi rutin hariannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Untuk info semua Zaim aktif menjadi pelatih fitness secara sambilan memandangkan ayahnya membuka perniagaan berfokuskan senaman aerobik.
Setiap pagi, Zaim akan memulakan paginya dengan segelas kopi sebelum meneruskan workout hariannya. Senaman yang dilakukan oleh Zaim ialah jogging sepanjang 5KM dan senaman ketahanan abdominal. Selain itu beliau juga akan menghabiskan masa mengasah bakat-bakal yang dimilikinya seperti bermain piano, buat silap mata ataupun berlatih silat.
Pernah menetap di Australia selama 6 tahun ketika mengikuti ibunya menuntut di sana, Remaja yang berkemahiran seni silap mata ini khabarnya telah menurunkan berat badan sehingga 10kg demi menyertai Hero Remaja 2021. Hebat kan….
Itulah orang cakap kalau ada keazaman yang kuat apa pun kita boleh lalui.
Tahniah kami ucapkan buat Zaim kerana telah terpilih menjadi finalis Hero Remaja 2021. Teruskan mengundi Zaim untuk menjadi Hero Favourite dan jangan lupa, follow Zaim untuk melihat update terbarunya. Good luck Zaim.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika minggu lepas empat orang finalis Hero Remaja 2021 diperkenalkan, minggu ini empat orang lagi akan diumumkan. Setakat ini macam mana dengan pilihan finalis tahun 2021 ini? Ada peserta favorite korang terpilih?
Sejak tahun 1990, pencarian Hero Remaja ini telah pun memasuki edisi kesebelas pada tahun ini.
Pemilihan 12 finalis Hero ini dinilai berdasarkan beberapa kriteria dan personaliti menarik mereka tidak hanya memandang followers di media sosial masing-masing. REMAJA perkenalkan 4 finalis Hero Remaja 2021 yang tidak begitu ramai followers di laman sosial namun punya personaliti yang menarik!
Alif Haiqal
Nama: Muhammad Alif Haiqal Bin Razulan
Umur: 21
Tarikh Lahir: 15 September 2000
Asal: Kuala Lumpur
Ketinggian: 182cm
Instagram: @aalifhqal
Menarik tentang Haiqal:
Pengalaman dibesarkan dalam keluarga serdahana telah mendidik Alif Haiqal untuk lebih berdikari. Merupakan anak bongsu kepada sembilan orang adik-beradik, Alif terus mula bekerja bagi membantu keluarganya untuk memperolehi pendapatan sebaik sahaja menamatkan persekolahan. Latar belakangnya sebagai model, pelayan restoran dan personal shopper di sebuah pasar raya tidak sama sekali cuba disembunyikan Alif bahkan menganggap ia sebagai punca rezeki yang mematangkan dirinya. Tentunya dengan peluang mengembangkan bakat ini, Alif juga berharap dia mampu mengubah nasib keluarganya.
” Sebenarnya Haiqal masih tak percaya yang Haiqal terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2021 ni. Time dapat call daripada pihak REMAJA yang Haiqal berjaya, Haiqal terus terdiam dan menangis dalam bilik seorang diri kerana sangat gembira dan terfikir ‘aku dah ready ke untuk competition ni’?.”
” Ditanya soalan mengenai adakah dia rasa insecure dengan finalis yang lain. Haiqal menyatakan setiap finalis ada kelebihan masing-masing. Untuk Haiqal insecure ni pada diri sendiri bukan di atas media sosial. Kalau follower kau sikit tapi kau confident dengan apa kau buat insyallah rasa insecure tu akan hilang.” ujar Haiqal
Afiq Hamidon
Nama: Afiq Hilman Bin Hamidon
Umur: 20
Tarikh Lahir: 6 Februari 2001
Asal: Selangor
Ketinggian: 178cm
Instagram: @afiq_hamidon
Menarik tentang Afiq:
Tubuh badannya yang tegap sudah menceritakan tentang minatnya menyertai sukan tenis dan renang sejak zaman sekolah lagi. Afiq yang kini aktif menjadikan boxing sebagai hobinya pernah menetap di Amerika Syarikat selama empat tahun. Pelajar akademi penerbangan ini mengakui meminati bidang peragaan dan lakonan namun masih belum memperolehi peluang terbaik menceburinya. Biarpun begitu, cita-cita mendapat kelulusan sebagai seorang juruterbang tetap disemat oleh Afiq.
” Saya sebenarnya unexpected tapi sangat gembira dan begitu teruja bila mengetahui layak menjadi finalis Hero Remaja 2021. Perasaan insecure tu tentu lah ada kerana saya tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang industri di Malaysia. Tapi saya percaya saya mampu terbang tinggi dengan platform Hero Remaja yang sudah tersedia ini.” luah Afiq
Aqil Taqee
Nama: Aqil Taqeeuddin Bin Tuhit
Umur: 22
Tarikh Lahir: 3 April 1999
Asal: Kuala Lumpur
Ketinggian: 174cm
Instagram: @aqltaqee
Menarik tentang Aqil:
Finalis berdarah kacukan Cina ini merupakan pelajar jurusan Diploma Sains Sukan dari UITM Shah Alam. Pada mulanya, Aqil pernah bercita-cita ingin menjadi seorang pramugara; namun niatnya itu tidak mendapat sokongan keluarganya. Percaya bahawa nasihat daripada ayahnya itu akan membuahkan hikmah lebih-lebih lagi melihatkan situasi pandemik sekarang, Aqil meneruskan minat dalam sukan ragbi dan pernah mewakili negara ke Hong Kong pada usia 17 tahun. Tanpa perlu berbadan besar, Aqil terus yakin untuk mengasah kemahiran dan prestasi di atas padang. Semangat jitu dan displin dalam bidang sukan itu diharapnya akan terserlah sebagai seorang pelakon kelak.
” Perasaan saya sudah semestinya sangat bersyukur dan gembira dalam masa yang sama. Walaupun saya tahu perjalanan saya dalam Hero Remaja 2021 ini akan ada banyak cabaran, tetapi saya mengganggap benda tu sebagai benda yang positive untuk diri saya menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.”
” Kesemua 12 finalis adalah sama, masing masing ada kelebihan masing masing, tetapi bagi saya hanya usaha dan kerajinan yang akan buat diri kita pergi lebih jauh and saya percaya benda tu ada pada diri saya. Bagi saya followers di media sosial ini sebagai tanda orang di luar sana terus support diri saya dan saya perlu improve lagi diri saya hari demi hari untuk lebih berjaya, insyaAllah.” jelas Aqil
Aryan Naim
Nama: Muhammad Naim Bin Zamri
Umur: 24
Tarikh Lahir: 27 Julai 1997
Asal: Negeri Sembilan
Ketinggian: 170cm
Instagram: @aryannaimz_
Menarik Tentang Aryan:
Aryan merupakan di antara finalis Hero Remaja 2021 yang tidak pernah berputus asa mencuba sehingga menyertai uji bakat sekerap empat kali. Berkat kegigihannya terbalas jua apabila anak sulung dari empat adik-beradik ini akan terus menyinar berbekalkan pengalaman ini. Aryan sebenarnya mempunyai pasangan kembar bernama Mohd Zaim. Namun, mereka mempunyai minat berbeza dan Mohd Zaim lebih fokus dalam menguruskan perniagaan. Memulakan kerjaya sebagai anak seni sejak berusia 20 tahun, wajah Aryan pernah menghiasi iklan komersil serta beberapa buah drama tempatan.
“Perasaan Aryan , of course I’m totally happy and excited . Well this is one of the best opportunity, Aryan dapat kembangkan bakat dan karya Aryan dalam Hero Remaja 2021″
“Followers bagi aryan sangat penting, ianya adalah satu simbolik semangat juga untuk Aryan to be the best cause everyone here ready to support dan mengikuti perjalanan Aryan dalam Hero Remaja .” jawap Aryan
*
Tahniah kami ucapkan kepada semua!
Tidak kiralah sama ada korang mempunyai followers yang ramai atau tidak, ia bukanlah satu kelebihan jika korang tidak berusaha dan fokus dalam menimba pelajaran serta pengalaman yang bakal diperoleh dalam program Hero Remaja 2021 ni okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persahabatan WOODZ Jennie akhirnya terbongkar selepas 10 tahun, mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka sejak zaman sekolah yang menyentuh hati peminat.