Sejak semalam tular di media sosial dakwaan berkaitan salah laku seorang peserta program pendakwah realiti, Da’i iaitu Da’i Syed.
Ekoran dakwaan itu, Syed tampil membuat satu laporan polis bagi membersihkan nama dan maruah dirinya kerana pertuduhan menghancurkan masa hadapan anak dara orang itu cukup berat baginya.
Susulan laporan polis dibuat oleh Syed, seorang lelaki dikenali sebagai Seif Jamalulail yang memaklumkan dirinya adalah bapa kepada Syed dan kini menetap di Kaherah, Mesir telah meluahkan pendapatnya berkaitan kontroversi melibatkan anaknya ini menerusi Facebook.
Berikut merupakan antara teks luahan hati bapanya.
“Assalamualaikum wbt..
“Firman Allah; ‘Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai Fitnah/cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.’ (QS. Al-Anfaal)
“Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya berserta SS yang dah viral. Masing-masing menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan di sini utk tatapan semua yang bertanya.
“Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan untuk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.
“Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah SWT untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yang benar dan diredhoi sebelum ianya terlambat.
“Saya lebih rela dia diadili di dunia daripada dihadap di akhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil.
“Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yang bermuamalah dengan dia supaya berhati-hati lah, terutama pada wanita.”
Adik beradik jadi mangsa sindiran
“Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak.. kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah.
“Bagi mereka yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.
Anda mungkin berminat dengan
“Sabda hadis Nabi; ‘Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya.’
“Peringatan terbuka kepada Dai Syed : Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/di-viral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu.
“Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati. Sekian,” tuntas Seif Jamalullail sambil menyertakan tanda pagar #KamiKenaTempias.
∞
BIADAB. mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perbuatan seorang remaja lelaki yang sanggup menumbuk seorang lelaki tua, si penjual roti apabila tindakannya mengambil roti tanpa membayar dihalang.

Sanggup Tumbuk Pakcik Tua Sebaya Bapanya!
Tular video di laman sosial yang telah menimbulkan reaksi geram kerana tindakan remaja terbabit. Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat hampir seribu lebih komen daripada para netizen yang tidak berpuas hati dengan kelakuannya.
Dalam video tersebut, jelas menunjukkan remaja lelaki itu dilihat mengambil beberapa bungkusan roti yang digantung dan terus beredar tanpa membuat sebarang pembayaran.
Sedar dengan perbuatan pemuda itu, pakcik peniaga roti terbabit dilihat mengejar lelaki itu untuk mengambil semula roti-roti jualannya. pemuda berkenaan seperti enggan melepaskan semula roti yang diambil malah menyembunyikan di belakang badannya.
Paling sadis, lelaki itu bertindak menyerang peniaga tersebut dengan menghayunkan tangannya ke arah dada peniaga tersebut dan terus beredar.
Penulis paling sedih melihat video pakcik tua ini memegang dan mengusap dadanya yang telah ditumbuk oleh remaja lelaki berbaju merah itu. Mungkin kesan daripada tumbukan itu masih terasa sakitnya. Emmm
Netizen Turut Rasa Kesal & Marah
Rata-rata warganet jelas kesal dengan perbuatan yang dilakukan oleh pemuda itu malah dilabelkan sebagai biadab.


Bagi penulis adab itu harus ditanam dalam setiap diri remaja sekarang agar tidak menimbulkan sebarang masalah sosial di masa hadapan. Tak salah kan minta kalau tiada wang pun.
Sumber : Facebook Penang Kini
∞
Kebanyakkan remaja dan muda mudi memang susah nak sertai acara kebajikan. Yelah, dah la penat buat kerja, tak enjoy lansung!
Berbeza dengan tiga gadis cantik dan finalis Dewi Remaja ini iaitu Nina Amin, Myra dan Aishah Azhan yang berkongsi di media sosial sertai kerja-kerja amal dan program kebajikan.

Walaupun agak sibuk dengan tugasan masing-masing, namun Dewi Remaja ini sempat meluangkan masa dan tenaga untuk majlis dan program sebegini. Salah seorang daripada mereka juga memberitahu dewi-dewi ini memang lama berniat untuk melakukan kerja amal ni tapi tak tahu ingin memulakannya .
Menurut Myra, beliau rasa sungguh seronok dapat membantu orang yang memerlukan. Walaupun dia kini bergelar jurulatih cheerleaders, namun bila dapat peluang melakukan kerja-kerja amal ini dia tidak kekok dan berasa sungguh bertuah kerana ‘terpilih’.
∞
Bagi yang memang mengikuti perkembangan beauty pageant, pasti korang tak sabar nak tunggu Miss International Pageant 2019 yang bakal berlangsung pada November ini.
Negara kita tidak ketinggalan untuk menghantar wakil dan sudah tentu peserta yang dipilih bakal memberi saingan hebat kepada calon-calon di seluruh dunia.
Memperkenalkan wakil dari Malaysia, Charmaine Chew yang berusia 22 tahun merupakan seorang pelajar dalam bidang Public Relations dan juga hos serta model.
Anak jati Kedah yang berketinggian 173 cm ini akan mewakili negara ke Miss International di Jepun, November nanti.
Rata-rata masyarakat memuji kecantikan gadis ini dan ramai yang teringin nak dengar macam mana agaknya gadis cantik ini bercakap dalam loghat Kedah. Hiks!






Dalam video Instagram yang dimuat naik oleh page Malaysian Beauty Pageant FC, Charmaine mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan melalui DM yang diterimanya.
Berharap dapat memberikan yang terbaik dalam pertandingan itu nanti, sama-samalah kita berikan sokongan buat anak Malaysia ini.
Good luck Charmaine, make us proud!
∞