Sebelum ini, bulu ayam akan dibuang begitu sahaja ketika proses membersihkan ayam sebelum di masak. Namun, atas inovasi dan kreativiti seorang bekas penuntut ijazah sarjana di London, Sorawut Kittibanthorn, 30, yang mahu mengubah komponen nutrien pada bulu ayam sebagai makanan.
“Bulu ayam mengandungi protein. Kita dapat mengurangkan sisa bulu ayam jika ia dapat menghasilkan sesuatu yang berguna dan mendapat permintaan ramai,” ujarnya merujuk kepada kira-kira 2.3 juta tan bulu ayam yang dibuang di Eropah pada setiap tahun.
Bulu ayam tersebut diproses secara klinikal serta ditambah dengan rempah ratus untuk menambahkan rasa dagingnya. Katanya, rasanya memang sedap. Malah, seorang blogger, Cholrapee Asvinvichit turut memuji makanan dihasilkan daripada bulu ayam tersebut.
“Teksturnya sangat kompleks. Hidangan stik bersama kentang lecek dan salad ini adalah sesuatu yang tidak mungkin anda dapat bayangkan. Ia seperti menu di restoran eksklusif,” menurutnya yang teruja dengan rasa unik hidangan dihasilkan daripada bulu ayam itu.
Profesor Sains Makanan di Universiti Kasesart, Hathairat Rimkeeree juga terkejut dengan olahan hebat Sorawut.
“Saya rasa ia berpotensi menjadi sumber makanan alternatif pada masa depan,” katanya. – Agensi
Namun begitu, bagaimana pula dengan kita yang beragama Islam? Hukumnya halal atau tidak. Bagi menjawab persoalan ini, menurut meja Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bulu daripada haiwan yang halal dimakan boleh dimanfaatkan untuk kegunaan manusia seperti perhiasan dan perkakas berdasarkan firman Allah SWT.
Maksudnya: “Dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”
Surah an-Nahl (80)
Bulu-bulu haiwan ternak yang halal dimakan juga boleh dimanfaatkan untuk dijadikan makanan dan pakaian berdasarkan firman-Nya:
Maksudnya: “Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.”
Ads
Surah an-Nahl (5)
Selain itu, ulama mazhab Syafie berpandangan bulu haiwan yang terpisah dari binatang yang halal dimakan, hukumnya suci (sama ada terpisah ketika hidup atau pun setelah mati).
Maksudnya: “Hukum asal pada apa sahaja yang terpisah daripada yang hidup (haiwan) adalah najis kecuali rambut binatang yang boleh dimakan yang dicukur ketika hidup dan termasuk bulu tebal, bulu roma tipis dan bulu kepak dan semuanya adalah suci menurut ijmak ulama.
(Rujuk Raudah al-Tolibin wa Umdatun Muftin 1/15)
Ads
KESIMPULAN
Menurut mazhab Syafie, status bulu haiwan yang dagingnya halal dimakan adalah suci, sama ada bulunya terpisah semasa hidup, mahupun terpisah selepas kematian.
Ayam yang disembelih mengikut hukum syarak, bulunya juga adalah suci.
Bulu ayam itu boleh dimakan sekiranya ia dijadikan bahan makanan alternatif yang mampu memberi protein serta tidak memberi kesan mudarat.
Jangan risau, namun segala proses bulu ayam untuk dijadikan bahan makan atau daging lestari itu hendaklah dipastikan tidak tercemar daripada sebarang najis dan bersih.
Korang teringin tak untuk merasai keenakan steak bulu ayam ni…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berikut kami kongsikan cara membuat penukaran duit raya dan senarai ATM yang menyediakan perkhidmatan ini. Ikuti cara yang dikongsi oleh Mohd Shukur di laman Facebooknya.
ATM Maybank
1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin in’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru.
2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.
3. Jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.
4. Mintak sampul raya daripada kaunter depan.
Namun bukan di semua Maybank ada mesin ni, di bawah ada senarai lokasi ATM tersebut.
Baru-baru ini, pentas Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berlangsung pada 6 Mei, semalam menyaksikan detik paling bermakna buat Dr. Jafni Ghazali (60) dan anak sulungnya Dr. Nurul Huda (29) selepas mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan setelah melalui perjalanan akademik yang penuh cabaran sejak tahun 2021.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook UiTM, kisah kejayaan dua beranak itu menjadi perhatian ramai apabila mereka bukan sahaja menyambung pengajian PhD pada tahun yang sama, malah berjaya menamatkan perjalanan akademik tersebut dan berkongsi momen bersejarah menerima ijazah bersama.
Menurut Dr. Jafni yang juga bekas Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Transkrian, Nibong Tebal, impian untuk menyambung pengajian sebenarnya telah lama tersimpan dalam dirinya sebelum ia menjadi kenyataan selepas beliau menemani anak sulungnya mendaftar pengajian di UiTM Permatang Pauh.
“Alhamdulillah, kira-kira 30 tahun lalu arwah ibu bertanya apa hasrat saya dan saya jawab mahu belajar sampai habis. Hari ini, impian itu tertunai,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau mengakui perjalanan menamatkan PhD bukan sesuatu yang mudah apabila perlu membahagikan masa antara kerjaya sebagai pendidik dan tanggungjawab menyiapkan penyelidikan akademik sebelum akhirnya bersara kira-kira tiga tahun lalu.
Namun, peluang untuk melalui pengalaman itu bersama anak tersayang menjadi kekuatan terbesar sepanjang pengajian.
“Saya akui PhD bukan mudah dan perjalanannya memang kena laluinya sendirian, tetapi saya beruntung ada anak bersama-sama untuk kami berkongsi perjalanan pengajian ini,” ujarnya lagi.
Sementara itu, bagi Nurul Huda yang kini bertugas sebagai Pakar Komunikasi Serantau di Kulim Hi-Tech, momen menerima skrol bersama bapanya menjadi antara kenangan paling manis dalam hidup kerana mereka bukan sekadar bapa dan anak, malah turut menjadi rakan seperjuangan sepanjang pengajian.
Lebih istimewa, istiadat konvokesyen kali ini juga merupakan pengalaman pertama beliau menaiki pentas selepas tidak sempat meraikan hari graduasi terdahulu susulan menyambung pengajian di Universiti Manchester, United Kingdom serta kekangan pandemik Covid-19.
“Terharu dapat menerima ijazah dengan ayah. Walaupun kami daftar pada tahun yang sama, kami tidak jamin akan habis pengajian bersama kerana PhD ialah perjalanan yang panjang,” katanya.
Tambahnya, kejayaan menamatkan pengajian bersama bapanya menjadi antara detik paling bermakna dalam hidup mereka sekeluarga. Selain itu, Nurul Huda turut berharap agar dapat terus mengembangkan kerjayanya dalam industri serta tidak menolak peluang untuk menyumbang dalam bidang akademik pada masa hadapan.
Sumber: FB UiTM
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biskut oreo bukan hanya sedap dimakan begitu sahaja, malah ia juga digunakan sebagai bahan utama untuk membuat kek atau pun aiskrim.
Tidak dinafikan biskut ini menjadi kegemaran bukan hanya kanak-kanak, tetapi turut menjadi pilihan golongan dewasa juga.
Terdapat pelbagai resipi pemanis mulut berasaskan oreo dan kali ini kami ingin kongsikan dengan korang resipi aiskrim roll oreo yang mudah disediakan dengan hanya menggunakan empat bahan.
1. Masukkan air, kiub ais dan whipped cream ke dalam mangkuk, kemudian kacau sehingga lembut
2. Kemudian, masukkan susu pekat dan gaulkan kesemuanya
3. Pisahkan isi oreo dari biskut dan letakkan krim oreo itu ke dalam adunan. Hancurkan biskut sehingga menjadi serpihan
4. Selepas itu, masukkan separuh daripada serpihan oreo ke dalam adunan dan kemudian tuangkan campuran itu ke dalam bekas keropok Pringles yang telah dibersihkan (atau mana-mana bekas berbentuk silinder) sebelum membekukannya
5. Selepas dibekukan, keluarkan daripada bekas dan celupkan ke dalam serpihan oreo yang tinggal
6. Potong gulungan ais krim itu dan siap untuk dihidang