Mi maggi mungkin menjadi makanan ruji bagi REMAJA kerana ia makanan segera ini tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak. Paling penting sedap!
Kalau korang bosan maggi perisa biasa mungkin boleh cuba Mi Celup dari Pantai Timur ini. Resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi. Boleh dicuba sebagai menu minum petang atau simpan untuk dibuat hujung minggu nanti jika ada tetamu yang ingin datang berkunjung ke rumah.
Haa angkat tangan siapa peminat maggi celup Kelantan?
Jomlah cikgu bagi resepi mudah cara nak buatnya. Sup ni cikgu masak kat sini. Kalau kat kampung lagi sedap boleh beli banyak jenis perut. Dapat makan macam ni pun kira bahagia jugak. Asalkan ada rasa maggi celup ori.
RESEPI MAGGI CELUP KELANTAN
A. Resepi Sup
1. Penuhkan air satu periuk. Masukkan:
– daging buku besar (jangan hiris)
– tulang
– 1 sup bunjut
– akar ketumbar
Ads
2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.
– Perasakan dengan secubit dua sahaja garam.
* Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
3. Keluarkan isi sup tadi.
Tambahkan:
– 1 sudu kicap lemak manis
– 1 sudu kicap pekat Jalen
– 1 sudu sos ikan
( kuantiti ikut kepada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini)
4. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
5. Teruskan mendidih sup menggunakan api paling perlahan.
B. Aneka Lauk
Ads
– Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya sebelum diletakkan dalam bekas.
( Isi ayam goreng dulu seketika untuk rasa yang lebih sedap)
C. Aneka Mi dan Sayur ( untuk versi sedikit- celur sekaligus)
1. Penyediaan nasi air.
Masak beras sehingga menjadi bubur nasi.
2. Celur mi /bihun/kuewtiaw/maggi dalam air mendidih.
3. Kemudian celur kangkung yang telah dipotong. Diikuti taugeh.
Jangan celur terlalu lama untuk rasa yang masih rangup.
( cikgu suka rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau cantik dan rangup)
Ads
D. Aneka Rencah Perasa
– gula
– garam halus
– kacang tanah tumbuk
– air lada
– bawang goreng
– bawang putih goreng dadu (beli siap)
– lobak jeruk asin
– cili siam jeruk
– sos ikan
– perencah maggi
– serbuk chili flakes
– limau nipis
– daun sup
– serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)
E. Cara hidangan :
1. Masukkan maggi / kueytiaw yang telah siap dicelup.
2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap.
3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
Nah mudahkan?
Jimat duit boleh makan puas-puas.
Nak lagi resepi menarik boleh jengah wall cikgu di fb. Selamat mencuba.
#resepicikguafy
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pengambilan vaksin Covid-19 menjadi perdebatan antara individu yang tidak percaya akan vaksin tersebut. Terdapat ramai juga kumpulan anti-vaksin yang mempertikaikan tujuan kerajaan yang mewajibkan pengambilan vaksin tersebut.
Namun kini bagi mereka yang beragama Islam, pengambilan vaksin tersebut adalah wajib jika mahu menunaikan ibadah haji yang dijangka bermula pada tahun ini. Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menggariskan peraturan hanya mereka yang telah divaksin sahaja boleh melakukan ibadah haji tahun ini.
Menurut agensi Reuters, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, ia merupakan antara peraturan utama yang ditetapkan kepada para jemaah haji bagi mencegah penularan virus Covid-19.
Tahun lalu, hanya 1’000 jemaah haji yang tinggal di negara itu sahaja boleh menunaikan ibadah haji lantaran penularan virus Covid-19. Setakat ini Arab Saudi telah menyaksikan sebantak 378,002 kes positif Covid-19 dengan 368,926 orang pulih dari virus itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya tak mahu dikasihani, sebaliknya saya mahu dihormati kerana usaha dan pencapaian sendiri.”
Begitulah kata-kata penuh semangat daripada Zulfaqar Aslam Zulkefli, 24, pemuda orang kurang upaya (OKU) kategori cerebral palsy yang baru sahaja menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu ini bukan nama asing bagi warga kampus. Zulfaqar sering berkongsi kisah kehidupannya sebagai pelajar OKU di TikTok, di mana dia berkongsi cabaran, kisah harian, dan semangat untuk terus berdikari.
“Melalui media sosial, saya mahu tunjuk kepada masyarakat bahawa OKU juga mampu hidup berdikari, belajar dan berjaya seperti orang lain.
“Saya mahu menjadi inspirasi kepada insan senasib agar tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk berhenti berusaha,” katanya ketika ditemui selepas majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-17 baru-baru ini.
Menariknya, kedua ibu bapanya iaitu Zulkefli Mamat dan Rohana Sulong, kedua-duanya bekas guru yang menjadi sumber kekuatan utama buat dirinya sejak kecil. Mereka sentiasa menanam keyakinan bahawa pendidikan adalah kunci untuk membuka peluang dan mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan OKU.
Sebagai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Zulfaqar tidak menafikan ada cabaran yang harus dihadapinya sepanjang pengajian. Namun, dia memilih untuk membuktikan kemampuan melalui kerja keras dan semangat yang tinggi.
“Kadang-kadang orang rasa kasihan apabila tengok fizikal saya tapi saya tidak mahu dikasihani. Sebaliknya saya mahu dihormati kerana usaha dan pencapaian sendiri,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, nama Zulfaqar kembali tular selepas video di majlis konvokesyennya mendapat perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut, para hadirin memberikan tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’sebagai tanda penghormatan terhadap semangat luar biasa pemuda ini.
Di sebalik senyumannya yang tenang, tersimpan kisah perjuangan yang menjadi inspirasi ramai. Zulfaqar membuktikan bahawa kejayaan bukan milik mereka yang sempurna, tetapi milik mereka yang tidak pernah berputus asa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo! & TikTok Unisza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena dengan ulang tahun Petronas yang ke-49, rakyat Malaysia yang lahir pada bulan Ogos boleh menebus satu tiket masuk secara percuma untuk melawat ke Menara Berkembar Petronas, sepanjang bulan Merdeka ini.
Untuk penebusan tiket, anda hanya perlu membawa MyKad atau MyKid dan tunjukkan sahaja kepada pekerja di kaunter tiket sebagai bukti anda lahir pada bulan Ogos.
Selain itu, anda juga perlu mengesahkan tarikh dan masa lawatan dengan kakitangan di bahagian kaunter kerana tempahan slot perlu dirujuk mengikut kekosongan.
Terma Dan Syarat
Tawaran ini hanya terbuka untuk warganegara Malaysia yang lahir pada bulan Ogos sahaja.
Tiket tidak boleh ditukar kepada bentuk wang tunai atau mana-mana servis dan produk.
Tiket kemasukan ini hanya sah pada bulan Ogos sahaja berdasarkan ‘First Come, First Serve’.
Tiket kemasukan hanya boleh ditebus secara ‘walk-in’ sahaja.
Tidak boleh menukar tarikh slot dan waktu jika sudah membuat tempahan.
Jadi kepada ‘August babies’ sekalian, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur dari tingkat atas Menara Berkembar Petronas secara percuma ya!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.