Musim-musim hujan ini mesti perut asyik lapar memanjang. Setiap saat rasa macam mulut nak mengunyah je walaupun dah makan nasi.
Hmm..apa kata kita try resepi baru mengunakan jagung iaitu cucur jagung.
Resepi ini dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail, mesti sekali makan terus nak lagi!
RESIPI CUCUR JAGUNG
Bahan-bahannya :-
Jagung
Tepung Gandum (agak-agak dengan bahan lain)
Bawang besar
Udang (nak guna ikan bilis pun boleh)
serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk ikan bilis (sikit je)
Cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh)
Telur sebiji
Air
Cara-caranya :-
Ads
Kupas bersih jagung, dan hiris isinya. Masukkan ke dalam bekas.
2. Dalam bekas isi jagung tadi, campurkan semua bahan sekali kecuali air. Kacau sebati.
3. Masukkan air sikit-sikit, agak-agak bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Kiranya sampai senang kita nak jemput guna tangan.
Ads
4. Dah siap, panaskan minyak masak dan mula menggoreng. Guna api sederhana sahaja, biar sampai agak garig baru alihkan bahagian bawah pula.
Dah garing, boleh diangkat. Jangan lupa cuba resipi ni!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah bau kaki ni memang boleh bawa gaduh. Semuanya berpunca daripada kasut berbau.
Jadi, pandai-pandailah kita nak jaga kasut sendiri. Jangan pula sebab kita yang malas, orang lain jadi mangsa kena bau kaki yang ‘harum semerbak’.
Jom cuba beberapa petua yang kami dapat untuk korang hilangkan masalah bau kasut.
1. Sumbat kasut dengan surat khabar
Bau busuk akan diserap oleh surat khabar kalau dibiarkan semalam di dalam kasut.
2. Guna bedak
Taburkan sedikit bedak ke dalam kasut ketika kasut masih lembap untuk menghilangkan bau-bauan yang kurang enak.
3. Guna baking soda
Taburkan sedikit baking soda ke dalam kasut. Bahan ini mampu untuk menyerap bau busuk dan mengembalikan kesegaran pada kasut.
4. Masukkan uncang teh
Pasti kan uncang teh direndam sebentar dalam air panas terlebih dahulu. Bau busuk yang disebabkan oleh bakteria biasanya akan hilang jika menggunakan cara ini.
5. Masukkan lemon ke dalam kasut
Perah lemon sedikit dalam kasut korang dan tinggalkan kepingan lemon tersebut. Bau lemon yang kuat dan segar akan menghilangkan bau kasut dengan mudah.
Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Good Virtues Co., jenama kecantikan dan penjagaan diri popular, baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan pereka fesyen terkenal Malaysia, Rico Rinaldi, dengan kerjasama Watsons Malaysia.
Bertujuan untuk membawa dimensi baharu kepada dunia pakaian wanita, sebuah pertunjukan fesyen yang penuh meriah telah diadakan di Jio Space pada Selasa lepas.
Pertunjukan fesyen itu jelas memaparkan aspek kreativiti dengan menampilkan gabungan keindahan, gaya, etika dan inovasi yang harmoni.
Buat makluman, koleksi yang diinspirasikan oleh reka bentuk bunga Good Virtues Co ini turut disokong oleh rakan kongsi, Watsons Malaysia.
“Dalam kerjasama kami dengan Rico Rinaldi, kami sepenuh hati menerima slogan jenama kami, ‘Celebrate Your Noor.’ Kami ingin meraikan kecantikan dalaman dan luaran dalam kalangan wanita muda Islam.
“Reka bentuk Rico Rinaldi, yang diilhamkan oleh penjenamaan bunga kami, selaras dengan penekanan kami terhadap aspek kecantikan dalaman. Kerjasama kami mempamerkan komitmen kami untuk meraikan kepelbagaian dan memberi inspirasi kepada wanita untuk bersinar secara luaran dan dalaman,” kata Lum Chong Heng, City Chemo Manufacturing Sdn Bhd Commercial Pengarah.
Koleksi itu bukan sahaja meraikan gaya tetapi juga memperjuangkan kepelbagaian. Good Virtues Co. ingin menekankan bahawa kecantikan sebenar datang dalam semua bentuk, dan itu termasuk pelbagai jenis saiz badan dan warna kulit, kerana setiap wanita mampu kelihatan cantik dengan cara mereka sendiri.
Selain itu, koleksi ini menawarkan pelbagai gaya buat pembeli. Sama ada percutian santai dengan rakan-rakan, acara rasmi atau hari yang santai, ada sesuatu untuk setiap detik dalam kehidupan wanita.
“Perkongsian kami dengan Good Virtues Co. mewakili satu peristiwa penting sebagai jenama penjagaan diri pertama yang bekerjasama dengan kami.
“Kerjasama ini merupakan bukti perjalanan kreatif kami dalam menggabungkan kepakaran fesyen yang menyasarkan wanita Islam, yang juga merupakan pembeli utama jenama Good Virtues Co.
“Ia menjunjung prinsip ‘Beauty from Inside Out,’ dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh pembungkusan bunga jenamanya, memberikan sentuhan suasana musim panas.
“Bersama-sama, kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada industri fesyen untuk meraikan idea bahawa kecantikan sebenar terpancar dari dalam,” kata Rico Rinaldi, pereka fesyen terkenal.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Good Virtues Co.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, atlet wushu negara, Lee Jia Rong (21), terus mengharumkan nama Malaysia selepas menghadiahkan pingat emas keempat buat kontinjen negara pada Kejohanan Dunia Wushu ke-17 yang berlangsung di Brasilia, Brazil pada Sabtu lalu.
Dalam aksi penuh debaran hari keempat kejohanan, Jia Rong turun beraksi dalam acara Daoshu dan tampil memukau dengan rutin penuh tenaga serta ketepatan. Persembahan mantapnya berjaya mengutip 9.726 mata, sekaligus mengesahkan emas pertama beliau di pentas dunia.
Dalam pada itu, apa yang lebih menarik, markah tersebut turut dikongsi oleh wakil Hong Kong, Michelle Yeun. Namun, kelebihan darjah kesukaran dalam rutin Jia Rong meletakkan atlet muda negara itu di kedudukan teratas podium. Kejayaan ini membuktikan betapa pentingnya aspek teknikal dan kreativiti dalam memenangi hati juri.
Menerusi saingan sengit itu, tempat ketiga menjadi milik atlet Jepun, Kana Ikeuchi, yang hanya ketinggalan tipis dengan catatan 9.723 mata untuk membawa pulang gangsa. Perbezaan tipis antara tiga atlet terbaik memperlihatkan betapa tinggi tahap persaingan di pentas dunia.
Kemenangan ini bukan sahaja melakar sejarah peribadi buat Jia Rong, malah mengangkat lagi martabat skuad wushu Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia juga menjadi pingat emas keempat yang berjaya diraih kontinjen negara dalam kejohanan kali ini, sekaligus memberi bayangan bahawa wushu Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk terus bersaing dengan kuasa besar Asia.
Untuk rekod, emas ini merupakan pingat kedua buat Jia Rong di Brasilia selepas sebelum ini berjaya meraih gangsa dalam acara gunshu. Pencapaian dua pingat dalam satu edisi kejohanan dunia menjadi bukti konsistensi serta keupayaan beliau bersaing di peringkat tertinggi.
Kejayaan atlet muda ini pastinya menjadi inspirasi bukan sahaja buat rakan sepasukan, tetapi juga generasi baharu yang mengintai peluang dalam arena wushu. Dengan semangat juang dan pencapaian luar biasa, Lee Jia Rong kini muncul sebagai antara prospek utama yang bakal terus membawa nama Malaysia di pentas dunia pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!