Baru-baru ini, pempengaruh dan bekas juara qariah termuda Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Farhatul Fairuzah meluahkan rasa syukur apabila beliau berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dengan cemerlang.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Farhatul atau nama sebenar Nor Farhatul Fairuzah Panut (24) dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Majlis Konvokesyen UKM kali ke-52 baru-baru ini.
“Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH atas segalanya. Terima kasih ya Rabb. Terima kasih emak dan keluarga, semua guru-guru, pensyarah yang sangat Farha sanjungi”
“Kawan-kawan yang sangat Farha sayangi. Banyak menjadi support system sepanjang Farha menempuh pembelajaran di universiti. Doakan Farha untuk masa mendatang,” kongsinya.
Selain itu, beliau juga berkongsi kegetiran yang dilalui semasa bergelar pelajar dan sempat menyelitkan ayat Al-Quran sebagai peringatan buat pengikutnya.
“Setiap perjalanan pasti ada cabarannya, yang penting yakin pada Allah kita mampu lalui-NYA. Sebagaimana firman ALLAH SWT: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ Maksudnya: ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah:286]”
“Sungguh, ujian itu diberikan pada yang mampu,” katanya.
Dalam pada itu, Farha turut berkongsi tesisnya yang bertajuk ‘Amalan Pembelajaran Tarannum Profesional Dalam Kelas Pengajian Tarannum di Masjid Asy-Asykirin KLCC’ mendapat pujian daripada tenaga pengajar dan akan dibukukan.
Ads
Memetik laporan Berita Al Hijrah, beliau menamatkan pengajian pra siswazah itu dengan memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) cemerlang iaitu 3.90. Beliau yang memulakan pengajian di UKM pada 2020 terdahulu tamat Tingkatan Enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan.
Tidak hanya cemerlang akademik, terdahulu juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017) itu turut menerima tauliah mengajar sekaligus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat kali pertama dalam tempoh 59 tahun, umat Islam di Palestin tidak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmuqaddis Timur semalam akibat sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel.
Memerik laporan Anadolu Ajansi, polis Israel menghalang kemasukan umat Islam di lokasi penting berkenaan atas alasan keselamatan
Apabila rakyat Palestin di Tebing Barat memutuskan untuk bertakbir sambil berarak secara aman di Kota Lama, jemaah diusir dengan kasar oleh polis Israel. Ini termasuklah serangan belantan, dibaling dengan bom denyar dan gas pemedih mata.
Lebih menyedihkan apabila rakyat Palestin turut dilarang meniaga seperti biasa di lokasi kebiasaan, dengan hanya farmasi dan kedai makanan asas yang dibenarkan beroperasi.
Ia bukan lagi satu sekatan keselamatan tetapi juga sekatan ekonomi buat penduduk Palestin yang hidup tanpa punca rezeki.
Ternyata, Aidilfitri kali ini disambut muram tidak seperti tahun-tahun yang lalu apabila Kota Lama sunyi akibat sekatan akses berkenaan.
Ada juga pihak yang menyamakan situasi di sana ibarat ‘bandar hantu’ kerana ketiadaan keraian.
Situasi tersebut memaksa umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih di sekitar Pintu Damsyik dan Pintu Herod sebelum mereka dihalau oleh pasukan polis atas alasan cubaan menyuraikan perhimpunan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak ada yang lebih istimewa dan indah buat pemain badminton negara, Nur Izzuddin Rumsani apabila mendedikasikan kejuaraan Terbuka Artik di Finland kepada isteri, Mawar Mutiara yang menyambut ulang tahun kelahiran ke 27 pada Ahad.
Nur Izzudin yang berpasangan dengan Goh Sze Fei baru-baru ini memperagakan aksi bertenaga ketika menumpaskan gandingan nombor dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 15-21, 21-15, 21-19 dalam aksi final yang mendebarkan.
“Syukur Alhamdulillah semua kejayaan ini datang daripada Dia (Allah). Kemenangan ini juga khas buat isteri saya yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27”
Kejayaan berstatus Super 500 di Energia Areena, Vantaa itu adalah ketiga buat Nur Izzudin-Sze Fei yang turut cemerlang menjuarai Terbuka China (Super 1000) bulan lalu dan Terbuka Jepun (Super 750) pada Ogos lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu turut menyifatkan kejayaan yang diraih tersebut bukan mudah, tetapi perlu melalui saingan sukar dan sengit daripada lawan.
Katanya, “ia bermula di peringkat suku akhir sehingga ke final.”
Susulan itu, menerusi kejayaan tersebut membolehkan pasangan nombor lapan dunia itu membawa pulang wang berjumlah AS$33,180 (RM142,442).
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Permohonan i-SINAR semakin hari semakin meningkat apabila sejumlah besar rakyat Malaysia kini berdepan dengan pendapatan yang terjejas akibat wabak Covid-19.
Jika sebelum ini kena tengok syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu, sebab tak semua orang dibenarkan tau..tapi tidak lagi selepas 8 Mac 2021 nanti.
Namun, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia sebentar tadi melalui laman Facebook rasminya, kemudahan kelulusan itu juga memperlihatkan tiada lagi bayaran interim bermula dari tarikh tersebut.
Anda tidak perlu lagi risau kerana permohonan tanpa kriteria bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac ini.
Apa yang penting, korang merupakan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), belum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai baki akaun minimum RM150,00.
Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-89224848.
Bagi pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my
Sebelum itu, bagi memastikan permohonan korang lancar, korang digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit bagi menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP.
Selain itu, pastikan nombor akaun bank korang aktif tau. REMAJA juga ingin mengingatkan jangan mudah tertipu dengan info yang tidak belum sahih.