Sebelum ini, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman Facebook pernah memaklumkan mengenai penutupan kawasan pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Selangor berkuat kuasa dari 1 Disember 2021 hingga 31 Januari 2022.
Menurutnya, orang ramai yang masih berdegil dengan tidak mematuhi arahan penutupan boleh diambil tindakan tegas mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
Setelah dua bulan notis penutupan dan semua aktiviti pendakian itu, kini aktiviti pendakian kembali dibenarkan selepas tempoh larangan berakhir pada 31 Januari ini.
Menurut laporan Sinar Harian; Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri iaitu Hee Loy Sian memaklumkan, “Larangan mendaki akan tamat pada 31 Januari dan aktiviti mendaki boleh bermula pada 1 Februari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peminat dan penganjur sukan serta aktiviti lasak yang berhasrat meneruskan semula aktiviti mereka susulan keadaan cuaca di Selangor yang semakin baik.
Ads
Bagi korang yang masih ingin mencari lokasi hiking pada hujung minggu, korang masih boleh melihat senarai kawasan bukit menarik dalam artikel di bawah.
Ads
Jangan lupa, jaga penjarakan sosial di antara pendaki okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan kata laluan atau password adalah sangat penting bagi menjaga privasi dan keselamatan informasi peribadi milik kita. Tambah pula, zaman teknologi hari ini semuanya dilakukan secara digital.
Pemilihan kata laluan yang lemah boleh membawa kemudaratan kerana memudahkan individu lain menjejakinya dan menceroboh masuk ke semua akaun digital milik kita.
Satu kajian telah dilakukan oleh syarikat pengurus kata laluan, NordPass mendedahkan beberapa jenis kata laluan cukup mudah untuk diteka dan digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi senarai yang diterima, ‘123456’ masih lagi merupakan kata laluan paling biasa digunakan oleh kebanyakan pengguna. Seperti biasa, senarai tahun ini juga hampir sama kecuali kata laluan ‘123456’ digunakan sebanyak 2,543,285 kali pada tahun lepas. Penggunaan kata laluan ini telah meningkat kepada 103,170,552 kali pada tahun ini di seluruh dunia.
Menurut NordPass, 43 negara daripada 50 negara di seluruh dunia masih lagi suka menggunakan ‘123456’ sebagai kata laluan.
Berikut kami senaraikan antara kata laluan yang paling banyak digunakan bagi tahun 2021.
1. 123456
2. 123456789
3. 12345
4. Qwerty
5. Password
6. 12345678
7. 111111
8. 123123
9. 1234567890
10. 1234567
Ha, memang betul-betul senang ni. Agaknya malas fikir kot. Hiks!
Jangan macam tu guys. Sebaiknya korang cipta satu kata laluan yang kukuh untuk mengelakkan daripada mudah digodam. Nanti korang juga yang susah kan?
So, kalau ada yang menggunakan kata laluan ‘popular’ ini, korang bolehlah tukar segera sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen iman menzahirkan rasa syukur apabila berjaya mendidik cahaya mata tercintanya dengan betul.
Berkata kepada Remaja, pelakon drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa itu berkongsi anak perempuannya, Ellen sama sekali tidak melenting dan hanya santai apabila menceritakan semula kejadian menjadi mangsa ‘body shaming’ oleh rakan-rakan di sekolah.
“Ellen seorang anak yang sangat telus dan jujur. Jadi apabila saya dapat tahu cerita itu, pertama sekali sebagai ibu tentulah saya sedih kerana masih lagi ada anak-anak yang menganggap saiz tubuh badan sebagai bahan lawak.
“Saya mengajar anak saya untuk terima diri sendiri dengan bagaimanapun keadaan fizikal. Bila anda semua lihat video itu, Ellen jawab dengan penuh santai tetapi kita sebagai ibu ini sebenarnya kecewa dan sedih,” katanya.
Pada masa sama, Norreen bersyukur kerana anaknya itu tidak sedih dan menerima dengan hati yang terbuka apabila tubuh badannya menjadi bahan lawak oleh rakan-rakan.
“Apabila kita lihat anak boleh jawab seperti itu, bermakna Alhamdulillah ‘aku ajar anak aku dengan cara yang betul kerana dia tidak sedih dan boleh menjawab persoalan dengan santai,” tuturnya lagi.
Sebelum ini tular di media sosial, menerusi perkongsian Norreen di TikTok menceritakan pengalaman anaknya pernah dipanggil gemuk oleh kawan-kawan di sekolah.
Menerusi video tersebut memaparkan Norreen memuji anaknya tetap kelihatan cantik dalam apa jua keadaannya.
SUMBER FOTO: Instagram Norreen Iman
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sarung bantal yang tidak ditukar secara berkala boleh menjadi medium pemindahan bakteria, minyak dan kotoran ke muka, sekali gus menyebabkan jerawat.
Menurut perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, sarung bantal yang kotor menyimpan pelbagai jenis kotoran termasuk peluh, minyak, sel kulit mati, dan bakteria.
Kotoran ini berkumpul dan menyumbat pori wajah anda tanpa disedari.
CARA BASUH BANTAL
Ada pelbagai cara anda boleh mengatasi kesan kotoran ini termasuklah menggunakan pelbagai bahan semula jadi.
1. Cuci menggunakan Borax dan air panas bagi bantal bernoda bintik hitam
Noda kulat awal dicirikan oleh bintik-bintik kecil kekuningan, tetapi dari masa ke masa bintik hitam boleh muncul. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Bagi mengatasinya, anda boleh merendam bantal dalam air panas yang dicampur dengan boraks. Biarkan selama 30 minit sebelum membersihkannya.
2. Gunakan kiub ais dan larutan sabun untuk kotoran melekit
Kotoran melekit juga sering mencemarkan bantal. Lebih-lebih lagi jika anda sering makan atau menikmati makanan ringan di atas tilam, contohnya kesan coklat atau gula-gula getah.
Dalam kes ini, anda boleh mengikis kotoran dengan perlahan-lahan.Namun, langkah pertama yang perlu diambil ialah mengambil ais untuk diletakkan pada kesan melekit supaya ia mengeras.
Kemudian, gosokkan kesan yang mengeras dengan sudu plastik sehingga semua kesan melekit hilang. Selepas itu, gunakan larutan sabun untuk membersihkan noda.
3. Jemur di bawah matahari untuk bantal kekabu
Jika anda menggunakan bantal kekabu di rumah, ia tidak boleh dibasuh dengan air. Namun, ada cara lain yang boleh dilakukan sebagai alternatif pembersihan maksimum.
Terutama untuk kesan kulat, anda boleh membuka sarung dan jahitan bantal, kemudian mengeluarkan semua kapas. Seterusnya, jemur kekabu di bawah sinar matahari supaya kulat dan kuman hilang.
Bagi fabrik bantal yang ada kesan kotoran seperti kesan peluh, seelok-eloknya basuh menggunakan detergen. Pastikan pengeringan dilakukan dalam satu hari dan menyeluruh supaya ia tidak mencetuskan bau hapak.
4. Bersihkan kesan kuning dengan air lemon dan pemutih
Kesan kuning pada bantal boleh dicuci dengan menggunakan air lemon. Selain jemurkan di bawah matahari, anda boleh menghilangkan kotoran tersebut dengan menggunakan larutan peluntur buatan sendiri.
Hanya sediakan 3 liter air, suku jus lemon dan 1 cawan peluntur dan kemudian campur semua bahan. Jangan lupa untuk mencuci bantal terlebih dahulu dengan mengikuti garis panduan pembersihan yang betul.
Bagi memutihkannya, langkah pertama ialah memeriksa label penjagaan bantal.
Kemudian, set mesin basuh pada kelajuan sederhana dan masukkan air panas yang mencukupi.
Programkan mesin basuh untuk 2 kali bilas.
Jika sudah, masukkan bahan-bahan larutan tadi ke dalam mesin basuh dan mulakan kitaran basuh.
Biarkan beberapa minit kemudian masukkan bantal dan teruskan proses mencuci, tunggu sehingga selesai.
Jika proses pembersihan telah berjaya, teruskan menjemur bantal di bawah sinar matahari sehingga ia kering secara maksimum.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...