Petang tadi acara 4 x 400m lelaki bawah 18 telah menutup tirai Kejohanan Olahraga MSSM 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pasukan Sabah cemerlang mengungguli acara terbabit apabila berjaya mencipta kejutan di saat akhir memintas atlet Johor yang pada mulanya mendahului larian.
Seiring kemenangan tersebut, atlet Sabah sekaligus berjaya mencipta rekod memperoleh 15 pingat emas, 16 perak dan 10 gangsa sekaligus meletakkan Negeri Di Bawah Bayu itu sebagai juara keseluruhan pendahulu carta pingat Kejohanan Olahraga MSSM edisi ke-62.
Pengiran Aidil Auf bersama jurulatih, Jumain Taepe
Seorang atlet muda yang mencuri tumpuan ramai ialah Pengiran Aidil Auf yang berasal dari Sandakan, Sabah. Dia yang baru berusia 17 tahun digelar Raja Pecut MSSM 2022 dek kerana berjaya memenangi acara 100-m lelaki bawah 18 dengan catatan masa 10.73 saat. Selain itu, dia turut menjuarai acara 200-m, 4 x 100m dan 4 x 400m.
Ads
Dengan rekod empat emas dalam genggaman, bintang sukan berbakat besar ini mencipta rekod baharu dunia olahraga MSSM apabila menyapu bersih acara yang disertainya. Dalam temubual bersama pihak media, Pengiran Aidil Auf berkongsi perasaannya sebagai atlet pecut cemerlang.
“Saya rasa sangat gembira, kerana saya menjanjikan empat emas, Alhamdulillah saya berjaya mendapat emas emas dan memecah rekod MSSM bagi acara 4 x 100-m,” ujarnya memanjat kesyukuran dengan kejayaan yang diperoleh.
Catatan masa yang menjadikannya Raja Pecut MSSM 2022
Apabila ditanya bilakah dia mula menjinak-jinakkan diri dalam acara pecut, dia menjawab, “Sebelum ini saya mengambil acara 400-m, saya beralih ke acara pecut baru setahun yang lalu.”
Kecemerlangan yang diperolehi tidak lengkap tanpa sokongan orang penting bagi dirinya. Dia mengucapkan terima kasih kepada kedua orang tuanya, jurulatih dan sahabatnya yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang dia menceburi dunia olahraga.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Pengiran Aidil Auf dan tahniah Sabah! Semoga terus cemerlang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Sky Taizo Okumura, meluahkan hasratnya untuk menyambung pengajian ke luar negara dalam beberapa tahun lagi.
Namun, hasrat Sky tersebut bagaikan tidak mendapat sokongan penuh daripada bapanya yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta, Akiko Okumura.
“Awak tak boleh belajar di luar negara, kena tinggal di Malaysia. Kalau awak pergi, awak tak kesian kan daddy (Ridzo) ke?
“Daddy baru saja kehilangan mommy (arwah Akiko) dan kalau awak pergi, macam mana dengan daddy?” katanya kepada Sky menerusi siaran langsung di TikTok.
Namun, Sky tidak melatah dan menjelaskan keputusan tersebut dengan penuh yakin. Menurutnya, dia mahu hidup berdikari dan mengikuti jejak langkah ibunya, Akiko, yang sebelum ini sentiasa berusaha keras demi keluarga.
“Saya nak sambung belajar ke luar negara dan saya yakin dalam masa dua, tiga tahun lagi kita akan mampu lakukannya.
“Saya perlu bekerja keras dan teruskan pembelajaran saya. Saya perlu jadi seperti ibu saya, sebelum ini dia lakukan segalanya sedangkan saya hanya duduk lepak-lepak.
“Sekarang, saya perlu buat semuanya sendiri, cuba masak sendiri dan memang sudah tiba masanya,” ujar Sky.
Pada Jumaat lalu, Ridzuan mengumumkan melalui hantaran di Instagram bahawa isterinya, Akiko, telah meninggal dunia.
Menurut Ridzuan, punca kematian Akiko adalah akibat terjatuh dari tingkat empat kediaman mereka, yang dipercayai berlaku pada malam Khamis.
Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko, seorang wanita asal Jepun, mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura, yang kini berusia 13 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Athgahhh
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang masih ingat, satu ketika dahulu ada satu video viral Despacito yang ditarikan oleh seorang remaja perempuan menarik perhatian netizen. Niana Guerrero sering dikacau oleh abangnya, Ranz Kyle yang akan memainkan lagu Despacito tak kira dimana sahaja dan dia secara spontan akan terus menari.
Dua beradik ini mula terkenal dengan tarian mereka yang memang lit dan dia juga turut mempertengahkan bakat adik kecil mereka Natalia yang baru berusia 6 tahun.
Terbaru, adik-beradik yang berasal dari Filipina ini tidak ketinggalan untuk membuat cover tarian lagu daripada kumpulan Kpop popular BTS yang berjudul Dynamite.
Rata-rata peminat memuji kehandalan adik-beradik ini menari dan video yang dimuat naik oleh mereka di laman Facebook telah pun menerima lebih daripada 9,000 komen dan hampir 1 juta tanda suka serta lebih daripada 8 juta tontonan.
Memang ralit kalau tengok video mereka menari. Niana Guerrero juga mempunyai pengikut seramai 11.8 juta di YouTube dan 19.9 juta pengikut di Facebook. Niana juga khabarnya mendapat lebih kurang puluhan ribu ringgit sebulan menerusi hasil daripada video-videonya di channel YouTube.
Wah, untunglah baru berusia 14 tahun dan mampu buat duit sebanyak itu. Congrats girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak semestinya perkara yang tak nampak di mata kasar itu tidak bermakna ia tidak wujud!
Di arus kemodenan ini, kadnag-kadang kita selalu lupa bahawa terdapat makhluk lain yang turut wujud bersama-sama dengan kita. Cuma tak nampak di mata kasar sahaja.
Dan sebab itu juga, manusia suka untuk menidakkan sesuatu yang kita tidak nampak dan mengatakan ia tidak wujud.
Filem Thailand, Nakee 2 bersangkut-paut dengan perkara ini apabila satu demi satu pembunuhan terjadi di sebuah perkampungan kecil di utara negara tersebut yang menerima kehadiran detektif baru.
Ketika memulakan penyiasatan, dia berdepan dengan pelbagai perkara pelik membuatkan orang kampung tersebut mengatakan bahawa makhluk mistik, Nakee sudah mengganas kembali dan dialah yang membunuh orang kampung.
Namun, tidak percaya dengan apa yang didengarinya hinggalah dia melihat sendiri makhluk purba tersebut.
Dalam pada itu, muncul pula watak Soi yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan makhluk mistik tersebut dan boleh membantu mengawalnya.
Namun, persoalan, benarkan Nakee yang bertanggungjawab dengan semua pembunuhan itu dan adakah Soi boleh membantu?
Diarahkan oleh Pongpat Wachirabunjong, Nakee 2 turut dibintangi para pelakon handalan seperti Urassaya Sperbund, Nadech Kugimiya, Natapohn Tameeruks dan Phupoom Pongpanu.
Macam biasa, Remaja nak jadikan korang antara yang pertama menonton Nakee 2 bersama kami denagn hanya menjawab soalan-soalan mudah dibawah.
Menangi Tiket Tayangan Perdana Remaja X Nakee 2
Tarikh: 16 Julai
Masa: 8.45 PM
Tempat: TGV, One Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!