Bantal busuk biasanya sinonim dengan kanak-kanak, namun ada juga orang dewasa yang masih memilikinya kerana sudah terbiasa sejak kecil tidur bersama ‘bantal busuk’.
Namun begitu, ada perkara yang si pemilik bantal busuk tahu kerana menurut Public Health Malaysia, bantal sebenarnya mempunyai sisa sel kulit, air liur, kelumumur dan pelbagai jenis bakteria dan kulat. Sel kulit yang tertinggal di atas bantal tersebut merupakan makanan kepada hama dan kutu kecil.
Selepas makan, kutu dan hama ini akan meninggalkan najis dan sisa ini yang akan menyebabkan gejala alahan seperti selesema, batuk dan bersin.
Oleh sebab yang demikian, korang perlu menukar sarung bantal setiap satu atau dua minggu sekali dan perlu dibasuh (jika boleh basuh) setiap 6 bulan.
Ads
Satu lagi cara yang korang boleh buat adalah dengan menjemur bantal dibawah cahaya matahari panas juga berkesan untuk membunuh segala bakteria dan membuat hama yang bersarang lari. Bau bantal akan jadi lebih segar selepas dijemur seharian.
Ads
Untuk korang yang mempunyai masalah jerawat pula, sarung bantal perlu ditukar lebih kerap kerana jika menggunakan sarung bantal yang sama, ia akan mengakibatkan outbreak jerawat yang lebih serius.
Ads
Ha, lepas ni kena rajin-rajin tukar cadar dan kalau boleh jemur sekali bantal tu di bawah cahaya matahari. Pastikan bantal korang sentiasa bersih kalau tidak mahu memudaratkan kesihatan.
Beberapa bantahan yang dijalankan oleh rakyat Malaysia di hadapan bangunan kedutaan beberapa buah lokasi sedikit sebanyak membuatkan suara mereka didengari terutamanya di media sosial.
Hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Mohd Hashim Abdullah berkata kepada rakan media di Malay Mail bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.
“Selepas memperoleh beberapa aduan, SPR mengambilnya sebagai isu serius dan akan menyiasat,” kata beliau sambil menambah tidak semua rakyat di negara luar menghadapi isu tersebut.
Mengikut aduan yang diterima, antara negara terkesan termasuklah Australia, Itali, Perancis dan United Kingdom.
Bagaimanapun, mengikut rakan kami di sana, sekiranya ia diterima sekalipun, kertas undi pos itu tiba hanya SEHARI sebelum proses pengundian dijalankan di Malaysia.
Itu bermaksud, rakyat Malaysia terutamanya pelajar di luar negara terpaksa meminta bantuan ‘last minute’ kepada mana-mana rakyat Malaysia yang pulang ke negara semalam ataupun awal hari ini.
* * * * *
REMAJA melihat pengundi muda pada kali ini betul-betul ingin melunaskan tanggungjawab mereka kepada negara.
Pengundi dari luar negara.
Pengundi di dalam Malaysia
Tidak kiralah di kalangan rakyat di luar negara mahupun di dalam Malaysia sendiri, kami semua inginkan proses Pilihan Raya Umum yang telus dan lancar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti popular, Daiyan Trisha antara selebriti Malaysia yang kini tidak gentar bersuara mengenai penindasan yang dilakukan kepada Palestin biarpun dengan pendirian itu bakal menyebabkan hubungannya dengan jenama antarabangsa bakal terjejas.
Seperti yang kita tahu, wanita berusia 30 tahun ini antara selebriti Malaysia yang acapkali berkolaborasi dan menjadi wajah jenama antarabangsa untuk pasaran lokal. Populariti dan persona yang dimilikinya menjadikan dia sering dijemput sehingga ke luar negara.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, pelantun lagu Penat ini mencoretkan luahan hatinya panjang lebar.
“Assalamualaikum, mungkin posting ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama.
“Rezeki ada dimana-mana dan Allah telah memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini, Alhamdulillah. Oleh itu di saat-saat gentir ini saya tak akan pernah boleh berdiam diri dan membelakangkan agama saya, kepercayaan saya dan paling utama, saudara-mara saya di Gaza yang sedang bertarung nyawa, dibunuh, diperlaku dengan sangat kejam dan dirampas segala hak kemanusiaan mereka.
“Mereka didiamkan sementara dunia disuap propaganda zionist yang sudah terang lagi bersuluh sebuah penipuan yang tidak masuk akal. selama ini saya kerap bersuara, dan saya tidak akan berhenti di sini hanya kerana saya mulai diiktiraf di persada yang berbeza – malah saya akan bersuara dengan lebih lantang.
“Dunia kita sudah makin hampir di saat-saat akhir. Jika ada masa yang tepat untuk kita bersuara dan melawan, ia adalah sekarang,” tulisnya penuh penuh perasaan demi memberi kesedaran terhadap apa yang terjadi di Gaza.
Selain itu, Daiyan turut menyatakan yang dia sudah mendermakan sebanyak RM20 ribu untuk disalurkan sebagai bantuan. Kongsinya lagi, “Saya sudah pun menyalurkan RM20k menerusi Persatuan Cinta GAZA Malaysia @cintagazamalaysia, and I encourage everyone to donate within your means. Links for donation is on my IG stories.”
Dikala ramai yang berada dalam kedudukannya tidak berani untuk terlalu vokal dalam isu ini, diharapkan dengan pendirian yang ditonjolkan Daiyan menjadi pemula kepada gerakan kesedaran yang lebih besar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak remaja memilih lepak bersama kawan-kawan konon mahu menghilangkan stres di rumah. Biasanya mereka memilih pusat membeli belah, taman dan sebagainya.
Berbeza dengan Abu Hafizl bin Kamaruzaman, 20 tahun, remaja ini memilih untuk ke Pantai Bagan Lalang, Sepang di hujung minggu untuk menjaring ikan bersama ahli keluarganya.
“Hobi ini dari usia saya kecil lagi. Kami biasa ke Pantai Bagan Lalang setiap kali hujung minggu. Saya sudah didedahkan dengan suasana ini. Diajar bagaimana untuk memasang jaring sejauh dua kilometer semasa air surut dan mengutip ikan-ikan ketika air surut sebelah paginya,” katanya yang belajar di Institut Kemahiran Mara (IKM) di Johor Bharu dalam bidang kimpalan.
Fizi bersama adik perempuannya mengutip hasil ketika air surut di Pantai Bagan Lalang
Mesra disapa Fizi, paling seronok adalah ketika mengutip hasil.
“Macam-macam ikan dapat. Pernah dapat ikan barakuda yang agak besar, ikan gelama, siakap, senangin, ketam, udang, ikan sisa nabi dan sebagainya,” jelasnya sambil menambah di sebalik keseronokan mengutip ikan-ikan di tengah laut, bahaya tetap menanti tanpa disedari.
“Ketika itu usia saya 10 tahun, dalam darjah 5. Tengah seronok kutip ikan, tiba-tiba air laut pasang mendadak dari bawah. Ini bermakna kami terkepung di tengah laut dan air ketika itu sudah mencecah paras dada ayah. Saya pun terus melompat naik ke atas bahunya kerana sudah hampir lemas ketika itu,”katanya mengakui hobi memasang jaring di laut ini adalah satu keseronokan.
Tong ikan berisi ikan ditarik. Lokasi ini di tengah laut ketika air surut di Pantai Bagan LalangBukan senang sebenarnya untuk mengeluarkan ikan kecil yang terperangkap dalam jaring halus. Memerlukan masa untuk dibawa keluar. Semuanya perlu dilakukan pantas sebelum air pasang
Bagi Fizi, biar hobi ini nampak mudah tetapi proses memasang jaring di tengah laut adalah satu kemahiran yang bukan mudah. Lagi satu ia banyak bergantung kepada pasang surut air laut dan semua ini perlu tahu demi mengelak berlakunya tragedi.
“Biasanya kami akan pacak besi sepanjang dua kilometer mengikut jarak jaring. Kemudian jaring diikat di besi berkenaan untuk menahan ikan-ikan yang tersangkut. Biasanya kami akan pasang lurus. Ada juga yang pasang bentuk L dan huruf T. Bergantung kepada teknik masing-masing.
“Masa memasangnya juga ambil masa. Tapi paling lama ketika proses mengutip hasil sebab hasil-hasil laut tersangkut pada jaring yang halus matanya. Nak keluarkan satu hal sebab bukan mudah,” katanya yang akan membawa satu tong yang ditarik untuk meletak hasil laut diperoleh.
Ini sebahagian hasil diperolehnya ketika memasang jaring di sebelah malam
Hobi ini bukan setakat mengeratkan hubungan kekeluargaan tapi adalah satu pengalaman yang mahal harganya.
“Hobi ini diteruskan bersama abang dan adik termasuk adik perempuan,”katanya yang lebih suka menghabiskan masa hujung minggu di laut berbanding keluar bersama kawan-kawan,” katanya mengukir senyuman.
Dalam pada itu, bapanya, Kamaruzaman berkata, dia memang mengajak anak-anak beriadah dengan cara ini.
“Memang seronok bersama begini. Anak-anak juga depan mata. Tapi dalam menjaring begini, ada risikonya. Ini termasuklah hal misteri di laut,” katanya yang pernah mengalami gangguan hantu laut bila mana muncul di hadapannya sebuah bot nelayan, siap dengan cahaya tetapi tiada orang di dalamnya.
“Bila kena hal begitu, biasanya kami akan naik segera ke atas. Memang tak nak ambil risiko. Ada juga nampak benda-benda pelik tapi biarlah ia jadi rahsia Allah,” katanya yang turut ditemani isterinya, mesra disapa Kak Cumi.
Dalam pada itu Kak Cumi berkata, dia yang mempunyai 10 orang anak dan tinggal di Nilai, Negeri Sembilan tidak pernah menjual hasil laut diperoleh sebaliknya hanya bersedekah pada jiran-jiran.
“Bukan saja anak-anak tapi biasa jiran-jiran pun ikut ke sini. Biasa bila abang dan anak ke laut, kami akan bakar di sini juga. Makan fresh-fresh. Selebihnya bawa balik dan sedekah pada jiran tetangga,” katanya ketika ditemui.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan kembar tidak seiras, Puteri Sofea Nabeela Haris dan Puteri Sofea Nabeeha, mencipta kenangan manis apabila kedua-duanya menerima Anugerah Graduan Terbaik UiTM 2026 sempena...