Mengangkat tema ‘Bukalah Hati’, syarikat penyiar dan penstriman negara, Astro bakal menyambut ketibaan bulan Syawal dengan pelbagai sajian hiburan yang merangkumi variasi genre termasuk pelbagai telefilem, rancangan variasi, komedi dan kanak-kanak yang sesuai untuk tatapan seisi keluarga.
Barisan selebriti yang dijemput ke majlis tayangan perdana program raya Astro 2023.
Seringkali menyajikan di antara iklan Raya paling dinanti-nantikan, buat tahun 2023 Astro mempersembahkan iklan berjudul Pertemuan Dua Hati sarat dengan penceritaan penuh emosi di antara seorang ibu tunggal dan anak angkatnya.
Iklan kali ini mengangkat kisah Chee Hoi Lan, atau Laoshi yang merupakan Anugerah Ikon Ibu Sejati Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2022 selari dengan usahanya yang bertungkus lumus dalam membesarkan anak angkatnya, Rohana Abdullah yang berlainan bangsa dan agama.
Iklan yang mengambil masa penggambaran selama dua hari ini diarahkan oleh Dick Chua dan sarat dengan naratif emosi seperti karya-karyanya sebelum ini.
Sidang media Astro yang berlangsung di Le Meridien Petaling Jaya semalam.
Ads
“Sajian Astro kali ini menampilkan rancangan-rancangan hebat yang bakal memberikan kepuasan hati untuk setiap lapisan penonton kami.
[Menerusi platform televisyen, kami bakal menyajikan 10 telefilem khas Aidilfitri di saluran Astro Ria bermula malam raya hinggalah Syawal ke-9 nanti,” ujar Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Puan Azlin Reza Azmi.
“Antaranya Pondok Quran Buruk, Sumpahan Peti Ais, Heisdilfitri, Bro Jenin, Pengantin Tangkap Muat, Raya Sebagai Isteri, Challenge Accepted, Biar Biasa Biasa, Langit Tak Mendengar dan Diari Cinta Aku,” katanya.
Ads
Menerusi saluran Astro Warna pula, program Debunk 2 akan kembali menemui penonton pada malam raya nanti. Manakala genre variasi, komedi serta kanak-kanak bakal memaparkan Holla Dolla, Siapa No. Syatu? Lina Vs Rina, Gegar Vaganza Raya, Gempak Most Wanted Raya, Celebrity Family Feud, Bombastika Raya, MeleTop Raya, Raya Lawak Warna, Spontan Balik Raya, Royal Gerambel, Famili Yang Popular dan banyak lagi.
Pastinya ramai akan terhibur dan tidak kering gusi sepanjang bulan Syawal ini!
Manakala Polis Evo 3 dan MALBATT Misi: Bakara bakal menemui peminat-peminat filem di pawagam kelak. Platform-platform digital dan radio turut akan menyajikan pelbagai jenis hiburan yang hebat, tiada henti sepanjang Syawal ini.
Ads
Tak sabar kan! Saksikan segala rancangan menarik di Astro raya kali ini okay.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Astro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) ke-94, Will Smith yang berjalan ke pentas sebelum melempang Chris Rock semalam mungkin boleh memberi kesan kepada kemenangannya.
Will Smith menampar rakan pelakon, Chris Rock di Oscars 2022 setelah Chris berjenakan mengenai rupa kepala isteri Will yang dicukur akibat faktor kesihatan.
Ini berikutan kenyataan penganjurnya semalam yang menyelar tindakan Will kerana mendakwa ia telah mencemarkan acara tersebut. Lebih 9,900 ahli Akademi Seni Filem dan Sains ingin mengkaji secara formal insiden itu dan tindakan lanjut yang akan diambil mengikut undang-undang kecil, Piawaian Kelakuan dan Undang-Undang California.
Walaupun penarikan semula trofi kemenangan jarang dilaksanakan, itu tidak bermaksud ia tidak boleh dilakukan. Mengikut polisi piawaian kelakuan anugerah itu, ia menentang sebarang bentuk penderaan, gangguan dan diskriminasi serta memerlukan ahlinya untuk mengangkat nilai yang menghormati maruah sesama insan, keterangkuman dan menyokong persekitaran yang memupuk kreativiti.
Antara tindakan yang mungkin akan diambil oleh penganjur termasuklah penarikan semula trofi, kehilangan kelayakan untuk dicalonkan pada masa akan datang atau penarikan semula keahlian; seperti yang pernah dilakukan ke atas Harvey Weinstein, Bill Cosby dan Roman Polanski.
Terdahulu, Chris Rock difahamkan enggan membuat laporan polis di atas serangan fizikal Will; mungkin kerana tidak mahu isu tersebut terus berlarutan.
Manakala semasa menerima trofi di atas lakonan hebatnya dalam filem King Richard, Will dalam keadaan teresak telah membuat permohonan maaf dalam ucapannya kepada akademi dan calon-calon lain dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik kerana telah mencemari acara menerusi tindakan spontannya mempertahankan isteri, Jada Pinkett-Smith.
Begitupun, Will tidak membuat permohanan maaf secara terbuka kepada Chris.
Adakah korang rasakan tindakan keras ini wajar diambil ke atas Will Smith?
Will Smith telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Chris Rock, penerbit, hadirin di Dolby Theater Los Angeles dan penonton di seluruh dunia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sony Pictures bakal melancarkan sebuah lagi filem baharu Resident Evil: Welcome to Raccoon City yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Kaya Scodelario, Robbie Amell, Avan Jogia dan Hannah John-Kamen.
Kembali kepada asal usul francais Resident Evil yang sangat popular, pembikin filem, yang juga peminat Resident Evil, Johannes Roberts menghidupkan permainan itu untuk generasi baharu. Dalam filem ini, kawasan yang pernah menjadi tempat berkembang bagi syarikat farmaseutikal gergasi Umbrella Corporation, Raccoon City kini menjadi sebuah bandar Midwestern yang hampir mati.
Peninggalan syarikat itu telah menyebabkan Raccoon City menjadi tanah terbiar dengan kejahatan yang hebat. Apabila kejahatan itu dilepaskan, sekumpulan yang terselamat mesti bekerjasama untuk membongkar kebenaran di sebalik syarikat Umbrella dan memastikan mereka dapat menyelamatkan diri.
Jika sebelum ini siri Resident Evil sarat dengan aksi, namun Resident Evil: Welcome to Raccoon City lebih memaparkan kisah horror yang sangat menarik bagi menarik peminat permainan video ini yang sinonim dengan adengan penuh aksi.
Apa yang menariknya kali ini mereka menampilkan enam karakter Resident Evil iaitu Chris Redfield, Claire Redfield, Jill Valentine, Albert Wesker, Leon S Kennedy dan Ada Wong.
Namun begitu, sekiranya korang tidak pernah bermain permainan video ini, ia masih lagi mudah untuk difahami dan korang tidak akan terganggu dengan plot cerita yang mengelirukan. Semuanya diceritakan dengan jelas dalam naskhah yang berdurasi 1 jam 47 minit ini.
Seperti menonton filem-filem zombie yang lain, Resident Evil: Welcome to Raccoon City juga tampak biasa dengan aksi-aksi zombie dalam filem sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia masih berbaloi untuk ditonton di pawagam. Filem arahan Johannes Roberts ini bakal ditayangakan di seluruh pawagam tanah air bermula 6 Januari.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, rumah penyanyi rap terkenal, Drake diserang dan kejadian tembakan telah berlaku sehingga menyebabkan penjaga keselamatan rumahnya terpaksa dikejarkan ke hospital.
Drake atau nama sebenar Aubrey Drake Graham, 38 bagaimanapun dilaporkan selamat dan polis tidak dapat memastikan sama ada Drake berada di rumahnya yang terletak di Toronto, Kanada pada malam kejadian 7 Mei lalu.
Kredit: Associated Press
Menurut laporan Toronto Sun dan Page Six, penjaga keselamatan rumah Drake ditembak di hadapan rumah rapper tersebut pada Selasa lalu oleh individu tidak dikenali yang memandu sebuah kereta.
Penjaga keselamatan yang berusia 48 tahun itu, ditembak beberapa kali pada pukul 2.10 pagi waktu setempat dan daripada salah satu tembakan tersebut telah terkena pada bahagian atas dada mangsa.
Sebuah kenderaan ambulans langsung dipanggil bagi membawa mangsa yang tidak sedarkan diri ke Hospital Sunnybrook. Pembedahan terus dilakukan, luka yang dialami oleh penjaga keselamatan rumah Drake dikatakan tidak mengenai bahagian badan yang penting dan dilaporkan selamat.
Kredit: Associated Press
Kini, kawasan rumah pelantun God’s Plan itu dipasang garisan kuning dan dikawal ketat oleh pihak polis.
Pihak polis juga menyatakan mereka sedar penembakan ini terjadi selang beberapa hari selepas Drake terlibat dengan ‘perang’ lagu diss yang menyindir antara satu sama lain dengan penyanyi rap, Kendrick Lamar.
Pengawai Penyiasat Polis Toronto, Inspektor Paul Krawczyk berkata, pihaknya juga dimaklumkan mengenai perselisihan tersebut. Namun, mereka masih perlu menyiasat apakah motif kejadian tembakan yang melibatkan penjaga keselamatan rumah penyanyi tersebut.
Kredit: rollingstone
Dalam laporan Page Six walau bagaimanapun menyebut, pertelingkahan antara Drake dan Kendrick Lamar, rapper pelantun HUMBLE tersebut masih belum dikaitkan dengan kes itu.
Sekadar info, kebelakangan ini Kendrick Lamar dan Drake saling menyindir melalui lagu terbaru masing-masing. Keduanya rapper tersebut juga dikatakan telah lama berselisihan faham sejak tahun 2010-an dahulu lagi dan keadaan menjadi semakin hangat sejak akhir ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!