Kemelut rumah tangga di antara kedua ibu bapa penyanyi terkenal Shila Amzah menjadi perhatian media massa apabila ibunya, Datin Fauziah Sarman memuat naik gambar seorang wanita yang dikatakan isteri baharu Datuk ND Lala.

Menjadikan konflik tersebut lebih rumit apabila dilaporkan bahawa wanita tersebut merupakan teman sekolah Shila sendiri dan pernah bertandang ke rumah keluarga mereka.

Kini, adik kepada Shila, Syada Amzah yang juga seorang penyanyi meluah perasaan di laman Instagram miliknya berkaitan hal tersebut. Menerusi hantaran tersebut, Syada menyatakan bahawa keputusannya membuat tindakan sebegitu disebabkan bapanya tidak dapat dihubungi.

“Kami Telah Menerima Hakikat,” – ND Lala Tidak Dapat Dihubungi, Syada Amzah Luah Rasa Buat Bapa

BACA JUGA: 2022 Tahun Bertuah Shila Amzah. Selepas Juara Lagu, Kini Bergelar Pemenang The Masked Singer Malaysia

IKLAN

“Wahai ayah, tiada lagi foto ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini ditulis kerana tiada siapa mempunyai akses menghubungi ayah. Pertama sekali, selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-62. Terima kasih atas pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik,” ujarnya.

Dalam kenyataan itu lagi, gadis berusia 25 tahun itu turut berkongsi yang dia dan adik beradiknya yang lain sudah menghidu hubungan bapa mereka sebelum ini. Namun kini semuanya menjadi jelas.

IKLAN

“Kami Telah Menerima Hakikat,” – ND Lala Tidak Dapat Dihubungi, Syada Amzah Luah Rasa Buat Bapa

 

IKLAN

“Bagi pihak adik-beradik, kakak, Syafiq, Syahir dan saya, kami terima hakikat dan reda apabila ayah memilih meninggalkan kami sekali lagi. Kami sudah lama tahu mengenai hubungan itu, tetapi baru kini segala-galanya terungkai dengan jelas. Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang ayah pilih. Selamat Hari Raya lebih awal,” kongsi Syada menoktahkan ucapan buat bapanya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI