Sempena sambutan bulan kemerdekaan kali ini, penulis tertarik dengan bingkisan nostalgik tentang satu kisah menarik membabitkan institusi akademik di Malaysia.
Dalam satu laporan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 12 Ogos 1968, ia pernah menceritakan mengenai asal usul nama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC).
Jika sekarang, Kolej Universiti TAR merupakan sebuah institusi dengan reputasi tinggi dan popular dalam kalangan para pelajar di Lembah Klang.
Selain kampus utamanya di Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur, Kolej Universiti TAR juga mempunyai beberapa cawangan lain di Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah.
Namun tahukah korang, dahulunya sewaktu pembukaan institusi ini di Batu Tiga, ia tidak dipanggil sebagai Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Nama asalnya ialah Kolej MCA kerana ia merupakan sebuah kolej anjuran parti Malaysian Chinese Association (MCA).
Ads
Parti politik yang mewakili masyarakat Cina Malaysia itu memutuskan untuk membuka institusi pengajian tingginya sendiri memandangkan peluang remaja Cina untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi tempatan pada waktu itu adalah kurang.
Asalnya, MCA ingin membuka sebuah universiti bernama Universiti Merdeka yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan pada tahun 1967. Namun, perancangan tersebut gagal. Setahun kemudian, barulah pihak kerajaan membenarkan MCA membuka Kolej MCA dengan sokongan. Tanpa mempunyai bangunan rasmi, beberapa kelas terpaksa dilangsungkan di sekolah rendah bahkan di kawasan outdoor juga.
Enam bulan kemudian, nama Kolej MCA telah diisytiharkan pula sebagai Kolej Tunku Abdul Rahman.
Ia diumumkan oleh Timbalan Yang di-Pertua MCA merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan pada waktu itu iaitu Tan Sri Dr. Lim Swee Aun. Ia adalah satu bentuk penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj setelah beliau memberikan persetujuan untuk menggunakan nama beliau.
Keratan akhbar Utusan Malaysia pada 12 Ogos 1968.Tunku Abdul Rahman semasa majlis pecah tanah. Sumber Foto : The Star
Hanya pada Februari 1969, Kolej TAR memulakan operasi dengan mengambil seramai 349 orang pelajar yang mendaftarkan diri sebagai ‘batch’ pertama pengajian prauniversiti.
Ads
Sementara itu, seramai 250 – 300 penuntut lagi diambil setelah keputusan peperiksaan Sijil Seberang Laut dan Sijil Tinggi Pelajaran diumumkan pada bulan hadapannya.
Dari situ, barulah Kolej TAR berkembang dan memperkenalkan beberapa fakulti terawal seperti School of Business di mana pelajar diploma kewangan berpeluang menduduki peperiksaan ACCA UK, School of Technology, School of Arts & Science dan fakulti-fakulti lain.
Di antara batch pertama pelajarnya. Sumber Foto : TARC
Pada tahun 1973 pula, barulah tapak kampus utama TAR UC di Setapak, Kuala Lumpur diluluskan oleh kerajaan dan ia bertahan hingga ke hari ini.
Kolej Universiti TAR sekitar tahun 1979. Sumber Foto : The StarKeadaan kampus pertama Kolej Universiti TAR sekarang di Setapak, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, REMAJA pernah menceritakan mengenai kisah ikonik di sebalik projek Battersea Power Station di United Kingdom yang melibatkan pemaju Malaysia.
Terbaru, kesungguhan lima pelajar dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) melantunkan ucapan pada pertandingan Student Voice English Speech Competition 2024 berbaloi apabila membawa pulang dua anugerah.
Pertandingan pusingan akhir tersebut berlangsung di Shanghai, China dari 11 hingga 14 Oktober lalu, lima pelajar STAR yang diiring seorang guru mendapat penajaan penuh oleh Petronas China dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Malaysia di Beijing, Kedutaan Malaysia di China dan The Shanghai Family.
Dalam pada itu, pasukan STAR yang membawakan tema Transform Into Green, Thrive With Dream, mereka merangkul dua anugerah utama iaitu Pasukan Penyampai Terbaik (Kategori Senior) dan Hadiah Guru Pengiring Terbaik.
Selain itu, lebih menarik perhatian, pelajar yang mewakili negara menggayakan busana kebangsaan iaitu baju Melayu turut meraih perhatian masyarakat China, sekaligus mempromosikan budaya Melayu di negara tembok besar itu.
Sementara itu, guru pengiring, Muhamad Habil Azman berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan penajaan dan peluang yang diberikan kepada pelajarnya dalam pertandingan tersebut.
Menurutnya lagi, kelima-lima pelajarnya itu tidak mahu melepaskan peluang dan berjaya membuktikan selain bertanding, STAR juga mampu mengetengahkan budaya Malaysia di mata dunia.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua pemain skuasy tanah air, Nabil Iman Sharizan Azrol dan Najwa Zara Mohd. Fakhrur Razi tampil cemerlang di Kejohanan Skuasy Sirkit Remaja Kebangsaan.
Menerusi laporan media tempatan, mereka berjaya menjuarai kategori bawah 19 tahun (B-19) di Pusingan Kedua Kejohanan tersebut.
Nabil Iman yang mewakili Perlis menewaskan pemain Kuala Lumpur, Erwin Kros Christophe pada aksi final di Pusat Skuasy Kompleks Astaka, Petaling Jaya.
Ia sekali gus menebus kekecewaannya ketika pertarungan final Kejohanan Skuasy Remaja Asia di Bangkok, Thailand pada Mei lalu.
“Saya main sehabis baik kerana waktu latihan memang saya selalu kalah dengannya. Jadi saya cuba mendorong diri saya untuk menang ke atas dia dan itu menjadi sasaran saya.
“Ketika di Bangkok, saya kalah kepada Erwin dengan keputusan 1-3, jadi kali ini saya dapat kalahkannya dengan keputusan 3-0, saya rasa amat gembira,” katanya.
Najwa Zara yang mewakili Kuala Lumpur pula memaklumkan, dia gembira apabila berjaya mengatasi Dayana Qistina Anuar dari Kedah pada final B-19 wanita.
“Lawan saya bermain dengan agak baik dan memberikan tentangan sengit kepada saya. Apa pun saya gembira dapat mengatasinya dalam perlawanan final hari ini,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahniah diucapkan kepada perenang negara, Low Zheng Yong kerana mengunggui acara 400 meter gaya bebas lelaki, sekali gus meraih emas pertama di temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand.
Zheng Yong mencatatkan masa selama 3 minit 59.57 saat untuk menewaskan atlet Indonesia, Subagyo Nicholas Karel yang menduduki saingan di tempat kedua. Lebih membanggakan lagi, seorang atlet negara, Welson Sim menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 4 minit 7.29 saat.
Aksi kecemerlangan itu membuatkan kontinjen Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2018 yang berlangsung di Myanmar.
Namun begitu, hasrat perenang wanita negara untuk meraih pingat emas kedua tidak kesampaian apabila Goh Chia Tong sekadar menamatkan saingan dengan catatan 28.51 saat di belakang atlet Singapura, Zi Yi Chan yang menduduki tempat pertama dengan minit 27.58 saat.
Tahniah diucapkan kepada semua atlet wakil negara bagi Sukan Universiti Asean kali ini. Semoga lebih banyak kejayaan yang akan diraih oleh kontinjen negara di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!