ISTILAH “Mat rempit” mula diperkenalkan oleh wartawan Wan Kamarulzaman (Wan K) melalui Edisi Siasat yang merupakan gelaran kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motosikal kapcai atau skuter.
Istilah ini asalnya diperkenalkan oleh Kartunis Halim Hassan melalui majalah motosikal Malaysia, iaitu Roda Roda yang diterbitkan pada tahun 1998. Mat rempit juga diberi gelaran rasmi sebagai samseng jalanan oleh kerajaan Malaysia (en.m.wikipedia.org)
Istilah “Mat rempit” berbunyi seperti sampah masyarakat dan menggambarkan golongan itu sebagai samseng jalanan. Itulah gelaran yang mereka sukai.
Seolah-olah ada prestij.
Kelompok ini tidak suka digelar dengan nama manja dan mempunyai elemen kebaikan kerana bagi mereka gelaran yang baik akan menjejaskan status mereka. Mereka mahu dianggap bijak sedangkan perkara yang dilakukan langsung tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.
Ads
Mereka mahu dianggap berani sedangkan bertempiaran menunggang motosikal apabila melihat kelibat pihak berkuasa. Mereka mahu dianggap berstatus tinggi sedangkan poket tidak berisi. Mereka mahu dilihat berhati kering sedangkan begitu berperibadi apabila berseorangan.
Imej penunggang motosikal harus diubah supaya dilihat lebih berdisiplin dan berhemah.
Justeru, istilah “Mat rempit” perlu ditukarkan kepada “Mat bunga raya” agar lebih berjiwa kebangsaan. Biar mereka lebih santun dan memahami budaya Melayu yang kaya dengan adab dan kesopanan.
Inilah yang menggambarkan semangat perpaduan bagi semua peminat motosikal ibarat sebuah keluarga yang harmoni. Biar mereka bersatu hati memajukan ekonomi keluarga dan diri sendiri. Berilah mereka peluang untuk menjana pendapatan dan berubah ke arah kebaikan.
Ads
Sebagai “Mat bunga raya”, mereka akan menghormati pengguna jalan raya yang lain dan tidak menggunakan jalan awam sebagai litar lumba. Ibu bapa perlu bersikap lebih tegas dan menjaga tingkah laku anak-anak bagi menangani kes kemalangan motosikal dalam kalangan remaja dan orang muda yang sering menunggang mengikut perasaan. Jangan benarkan mereka menunggang motosikal jika tiada lesen.
Jaga dan hormati “Mat bunga raya” kerana masa depan negara bergantung pada mereka.
Semoga istilah baharu ini akan menjadikan mereka sebahagian daripada rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan berbudi pekerti luhur.
*
Penyiaran artikel ini merupakan hasil kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa dan Pustaka. Artikel ditulis oleh Munsyi Dewan (Md Rasul Bin Haron)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk pengetahuan korang, seorang saintis warganegara Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom iaitu Dr Serena Nik-Zainal sebelum ini pernah dianugerahkan dengan ‘Hadiah Penyelidikan Kanser Dr Josef Steiner’ pada tahun 2019. Ia di atas kejayaan beliau menjalankan kajian untuk mempercepat penafsiran holistik genom kanser.
Terbaru pada bulan ini, Dr Serena sekali membanggakan Malaysia selepas menerima anugerah Francis Crick Medal & Lecture 2022 di atas sumbangannya terhadap kajian punca barah.
Wah.. #bangga!
Menurut laporan The Royal Society, anugerah ini diberikan kepada Dr Serena atas kejayaan analisisnya berkenaan tanda-tanda mutasi pada genom barah; yang mana pada ketika ini telah diterapkan dalam terapi melibatkan barah.
Menerusi akaun Twitternya, Dr Serena telah memuat naik ciapan bagi menzahirkan rasa teruja dan berterima kasih di atas penghormatan besar ini.
Wow!
Thrilled & hugely grateful for this immense honour 😌
Francis Crick Medal & Lecture 🧬!
Thank you @royalsociety !
Thank you 🙏 to all that have taught, supported, pushed & mentored me.
So appreciative!
“Terima kasih kepada semua yang telah mengajar, menyokong, mendorong dan membimbing saya. (Saya) sangat menghargainya! Kepada pasukan saya yang hebat, ini adalah untuk kita,” catat beliau pada hari Selasa lalu.
Menerusi anugerah The Francis Crick Medal & Lecture ini, Dr Serena yang kini bertugas sebagai seorang doktor dan saintis di Pusat Penyelidikan Kanser UK, Universiti Cambridge bakal menerima pingat gangsa dan ganjaran wang tunai sebanyak £2,000 (RM11,568).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkhabaran pemain kelab Johor Darul Taazim (JDT), Safawi Rasid ke Thailand sebagai ‘rumah’ baharunya telahpun disahkan oleh Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana dan disiarkan oleh portal antarabangsa, Main Stand – International pada hari Ahad.
Penyertaan Safawi dalam kelab Ratchaburi FC untuk bermain dalam Liga Thailand adalah peluang kedua pemain berusia 25 tahun ini bermain dengan kelab antarabangsa setelah pernah bermain untuk kelab Portimonense SC dalam Liga Premier Portugal pada tahun 2020.
Percaturan untuk mengembangkan kerjayanya juga telah dibincangkan apabila Tanawat berkata segala perjanjian telahpun diselesaikan.
“Dia (Safawi) akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama pasukan kebangsaan di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami,” tambah Tanawat.
Safawi Rasid yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Syifa Melvin.
Untuk pengetahuan, Liga Thailand merupakan salah satu liga antarabangsa yang ‘popular’ dalam kalangan pemain Malaysia setelah ramai tonggak tempatan yang pernah beraksi di sana. Ini termasuklah Dominic Tan (2019-2021, Police Tero), Shahrel Fikri (2018, Nakhon Ratchasima) dan Junior Eldstal (2021, Chonburi FC).
Selamat maju jaya Safawi!
P.S: Agaknya, Syifa akan mengekori suaminya itu tak ke Thailand? Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi GiatMARA bakal memperkenalkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Junior di seluruh negara secara berperingkat mulai tahun ini.
Untuk permulaan, seramai 5,000 pelajar berusia antara 12 hingga 16 tahun disasarkan mengikuti kursus asas jangka pendek yang ditawarkan di 231 GiatMARA. Seramai 55 pelajar sudah menerima kursus latihan asas TVET di GiatMARA Padang Terap selama lima hari selepas ia dilancarkan pada 13 Mac lalu.
Pelajar akan menjalani latihan atau kursus asas jangka pendek selama dua atau tiga hari pada hujung minggu atau cuti sekolah. Antara kursus yang ditawarkan adalah asas kemahiran seperti pendawaian elektrik, membaiki basikal, latihan masakan seperti membuat kek dan jahitan.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai TVET, selain mereka boleh buat sendiri jika berlaku kerosakan di rumah. GiatMARA juga bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan ketua kampung bagi memudahkan pelajar yang berminat menyertai program berkenaan.
Peserta akan disediakan makan dan minum serta sijil serta selepas tamat kursus, mereka boleh memilih sama ada mahu meneruskan belajar kemahiran ke peringkat tertinggi atau belajar dalam bidang akademik.
Tidak dinafikan inisiatif yang dibuat ini dapat memberikan peluang khususnya masyarakat di luar bandar untuk menyertai kursus dan kelas-kelas kemahiran. Semoga program ini dapat menarik minat pelajar sekolah dan diharap agar lebih banyak lagi program seumpama ini dijalankan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khutbah Jumaat Jakim mengingatkan bahawa musuh akhlak remaja zaman digital bukan lagi pedang, tetapi skrin di tangan. Pesanan penuh hikmah tentang cabaran media sosial dan cara mendidik dengan kasih sayang.