“Barulah saya tahu dunia realiti seorang pembaca berita dan ia tidak semudah yang disangka..”
Begitulah isi hati pengacara Didik TV dan finalis Dewi Remaja 2019, Syamira Nazir selepas dia secara rasminya kini disunting sebagai pembaca berita di Buletin TV9.
Syamira, 26 meniti perjalanan awal dalam industri penyiaran menerusi penglibatan dalam pencarian Dewi Remaja 2019 bersama-sama rakan seangkatan seperti pelakon Shaza Bae, Nynaa Harizal, Myra Natasya, pengacara HLive Ash Azhan dan Dian Fernandez, pembaca berita Adriana Ghafar dan model Nina Amin.
Setelah mengakhiri fasa pertandingan tersebut dengan mengecapi kedudukan pemenang tempat keempat, Syamira tidak membazir masa untuk mengejar impian dalam dunia penyiaran.
Syamira cemerlang dalam pencarian Dewi Remaja 2019 dan pernah memasang impian menyertainya sejak edisi 2014/2015 lagi.
Semasa berada dalam kamar uji bakat Dewi Remaja lagi, anak kelahiran Selangor ini sudahpun menetapkan impian bergelar seorang pembaca berita. Malah, itulah bakat pertama yang dijadikannya sebagai sandaran demi memikat hati juri pada waktu tersebut.
Begitupun, rezeki Syamira terlebih dahulu hadir sebagai pengacara program televisyen. Wajahnya mewarnai program seperti Infiniteen di TV Okey dan Didik TV (dahulunya saluran NTV7) sehinggakan penonton cilik sudahpun boleh mengecam wajah sebagai ‘Kakak Didik TV’.
Kongsi Syamira, tugasan sebagai hos di Didik TV masih diteruskannya.
Sewaktu dihubungi REMAJA, Syamira menyifatkan pengalaman selama tiga tahun lepas sebagai seorang pengacara telah banyak mengajarnya mengenai dunia penyiaran.
“Saya berpegang kepada frasa, ‘trust the process, trust the time’. Jika Allah tentukan waktu dan rezeki itu adalah bagi kamu, maka tiada orang yang boleh menyangkalnya.
Ads
“Kebetulan pula, saya bertugas di Sri Pentas bersama saluran Didik TV dan setiap hari apabila berulang-alik di dalam bangunan itu, saya selalu terserempak dengan penerbit bahagian berita. Satu hari, beliau menegur saya dan bertanya jika berminat untuk menjadi seorang pembaca berita Buletin TV9.
“Namun ia tidak semudah disuap dengan peluang sebegitu oleh ‘orang dalam’. Saya perlu menjalani temuduga sama seperti 17 calon lain dan Alhamdulillah, akhirnya saya tersenarai dalam 8 calon terakhir; lima orang wanita dan tiga lelaki,” katanya.
Sedari awal, Syamira mempunyai tanggapan bahawa suaranya tidaklah sebulat rakan-rakan pembaca lain.
Begitupun, dengan tunjuk ajar menerusi kelas kendalian pembaca senior di Media Prima seperti Kamaruddin Mape, Azwaliza Azman dan Mas Zharif Zhafri (putera sulung Allahyarham Aziz Desa); Syamira kini lebih yakin dengan kebolehan suaranya untuk menyampaikan berita.
“Sejak terima tawaran pada akhir Oktober, rutin saya pada setiap hujung minggu melibatkan kelas pada hari Sabtu untuk ilmu teori dan Ahad bagi sesi praktikal seperti mock run di hadapan kamera.
“Di bawah tunjuk ajar mereka, saya pelajari cara pembacaan betul, bagaimana untuk carry sesebuah story, pencarian mood untuk berita berbeza, intonasi, pacing, di mana perlu ‘memotong’ ayat dan macam-macam lagi. Berbanding dua bulan dulu, memang banyak perubahan yang saya dapati pada cara bacaan saya.”
Syamira di majlis konvokesyennya baru-baru ini setelah ia tertangguh akibat pandemik COVID-19.
“Paling tak boleh dilupakan adalah latihan membaca berita sambil berlari di gelanggang futsal! Bukan saja-saja lari tetapi untuk melatih stamina. Buletin TV9 umpamanya bersiaran dari 7 malam hingga 7.50 malam pada setiap hari. Jadi sepanjang lebih kurang 50 minit itu, saya perlu memastikan diri tak mudah cungap,” kongsi Syamira lagi.
Walaupun Syamira pernah berada di belakang meja berita sewaktu bergelar pelatih di stesen Bernama semasa zaman belajar, namun rasa cemas tetap dirasai setiap kali mengendalikan Buletin TV9.
Syamira menganggap dirinya cukup bertuah apabila dia perlu membaca berita buat kali pertama pada hari sambutan Tahun Baru 2023, Ahad lalu.
“Itulah kali pertama saya menyampaikan berita kepada seluruh rakyat Malaysia. Kebetulan pula tarikhnya jatuh pada 1 Januari simbolik kepada permulaan fasa baharu ini.”
“Barulah saya tahu dunia realiti seorang pembaca berita dan ia tidak semudah yang disangka. Kita boleh mempersiapkan diri dengan segala teori dan praktikal, namun bila tiba masa sebelum membaca berita, terdetik di hati saya bahawa kerjaya ini sebenarnya adalah satu tanggungjawab yang besar.
“Berita yang sahih berada di tangan saya dahulu dan sayalah yang menjadi medium perantara kepada seluruh rakyat Malaysia? Ini merupakan satu amanah dan penghargaan,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi individu Noor Neelofa Mohd Nor bukanlah mudah seperti yang dilihat oleh masyarakat. Kejayaannya hari ini dilalui penuh dengan cabaran dan liku-liku sebelum sampai ke tahap di mana personaliti ini berada sekarang.
Bermula dengan hanya seorang peniaga kasut selepas Neelofa menjuarai Pencarian Dewi Remaja 2009/10, wanita ini terus mewarnai industri hiburan tanah air dengan membintangi drama serta filem, selain turut bergelar pengacara TV dan model.
Setapak lagi ke hadapan, Neelofa terus menempa kejayaan dan bergelar seorang usahawan berjaya melalui jenama tudungnya, Naelofar Hijab.
Nama Neelofa juga kini sudah ke peringkat antarabangsa apabila dia sering menghadiri pertunjukan fesyen yang menghulurkan jemputan kepadanya.
Sebagai seorang selebriti berhijab, Lofa turut berbangga kerana dia menjadi di antara wakil pertama individu berhijab di pentas fesyen dunia.
Pernah ditolak oleh jenama fesyen terkenal dunia
Berkongsi pengalamannya ketika mula-mula berhijab dahulu, Lofa mengakui bahawa dia pernah ditolak oleh sebuah jenama fesyen terkenal dunia yang bertapak di Malaysia ketika ingin membuat pinjaman pakaian daripada mereka.
“Masa mula-mula saya nak loan baju dari[ada sebuah jenama fesyen mewah dunia, saya pernah kena reject kerana mereka mengatakan bahawa jenama tersebut tidak sesuai dipakai oleh individu yang berhijab.”
Oh no they did not!
“Ketika itu saya agak terkejut kerana alasan yang diberikan oleh pihak mereka.
“Adakah mereka ingat orang yang berhijab itu tidak pandai bergaya? Orang kampung? Jadi dari situ saya rasa tercabar dan ingin membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu duduk serta berdiri sebaris dengan orang lain di peringkat antarabangsa.
“Mula-mula saya menggayakan turban jika menghadiri event luar negara tetapi Alhamdulillah, pada September lalu saya berjaya menggayakan hijab sepenuhnya ketika menghadiri fashion show antarabangsa. Saya bangga kerana dapat membawa imej berhijab di mata dunia.
“Ini baru langkah permulaan untuk saya kerana ada banyak lagi yang saya nak capai dalam kerjaya ini,” jelas Neelofa yang berkongsi pengalamannya bersama Top 7 Finalis Dewi Remaja di Ate Cetera, Sri Hartamas.
Walaupun sibuk dengan kerjayanya, Neelofa sempat meluangkan masa bersama juniornya bagi memberi semangat dan kata-kata nasihat kepada mereka yang bakal memasuki dunia hiburan nanti.
Apa-apa pun, terima kasih kami ucapkan kepada Neelofa dan semoga anda lebih berjaya di masa akan datang dan terus menjadi inspirasi buat anak muda yang ingin berjaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum pun mula episod Pencarian Dewi Remaja di kaca televisyen, nama Ernisha sudah mula disebut-sebut oleh orang di luar sana.
Terpalit dengan kontroversi yang pernah hangat beberapa bulan lepas langsung tidak menjatuhkan semangat anak gadis kelahiran Perak ini. Baginya, setiap kata-kata yang dilempar netizen membuatkan dia lagi bersemangat nak membuktikan bahawa dirinya sememangnya layak berada dalam industri hiburan tanah air.
Bukan itu saja, penampilan berhijab Ernisha juga dijadikan ‘bahan’ oleh netizen yang menganggap wanita berhijab tidak layak memasuki pertandingan Dewi Remaja.
“Masyarakat Malaysia seharusnya lebih bersikap terbuka. Sampai bila kita nak berpandangan stereotaip terhadap wanita berhijab? Hijabi juga berhak untuk melakukan apa yang mereka inginkan. Contoh seperti atlet lawan pedang USA, Ibtihaj Muhd. Dalam bidang sukan, dia bertanding dalam keadaan berhijab mewakili negara yg majoriti bukan beragama islam. Tapi dia mampu membina nama di persada dunia,”
“Kalau dalam bidang sukan orang ramai sudah buka mata dan berfikiran terbuka, kenapa tidak dalam bidang hiburan pula? Tidak salah jika wanita berhijab untuk menceburi bidang hiburan selagi tahu untuk menjaga adab dan batas-batas perlakuan,” jelas Ernisha.’
Ditanya siapakah idolanya di kalangan wanita berhijab, Ernisha memberitahu ada 5 selebriti/instafamous dalam dan luar negara yang sering dijadikan inspirasi.
1. Yuna
Ernisha memang kagum dengan Yuna sebab dia tak peduli apa orang nak cakap tentang penampilannya. As long as she happy and comfortable with it, she don’t care people’s thoughts and opinions. Sikap itu yang membawanya ke peringkat antarabangsa sekarang.
2. Thameenah Saint
Wanita ini tidak menggunakan alasan bertudung tidak boleh berfesyen. Setiap gaya OOTD dia memang level international glam!
3. Yaya Adalia
Yaya seorang yang bijak berfesyen dan tampil dengan gaya cool dan urban. Cara dia bergaya pun tak nampak cliché. Dia juga antara hijabi yang dah buktikan walaupun berhijab, korang juga boleh berfesyen.
4. Eka Jamaludin
Walaupun sering mengenakan mekap yang agak berat tapi tak nampak over dan sesuai untuk wanita berhijab untuk meniru gaya makeup look dia.
5. Vivy Yusof
Vivy seorang wanita bijak dan sangat power dalam dunia perniagaan. Walaupun bergelar seorang ibu, tapi dia tetap sukses dalam menjaga bisnes dan keluarga sekaligus. Salute!
Okay kalau korang nak kenal Ernisha dengan lebih dekat, jangan lupa saksikan Pencarian Dewi Remaja 2018/19 yang akan ditayangkan di Astro Ria dan Ria HD pada 25 September, jam 10.30 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang mengikuti program pencarian Dewi Remaja 2018/2019, pastinya korang mengenali empunya nama Nik Nor Farzuwin Binti Nik Ismail ini.
Mesra dengan panggilan Aween Ismail, gadis jelita ini sebenarnya telahpun menceburi bidang lakonan menerusi beberapa projek drama dan telemovie sebelum ini.
Bagaimanapun, pencapaian karier lakonan paling besar Aween buat masa ini adalah menerusi filem Mael Totey The Movie yang akan ditayangkan bermula 22 Oktober ini di Astro First.
Menurut Aween, filem yang menjalani penggambaran majoriti di Kota Bharu ini mempunyai keistimewaan tersendiri selain loghat bahasa Kelantan yang dituturkan para pelakon.
“Pertama sekali, Mael Totey The Movie sesuai ditonton oleh seluruh ahli keluarga malah bersama kawan. Aween tahu ramai akan tertarik dengan kombinasi genre romantis, drama dan komedinya.
“Filem ini juga tidak menonjolkan sebarang sentuhan di antara lelaki dan perempuan. Malah sepanjang menjalani penggambaran di Kelantan dan Kuala Lumpur, kesemua jurusolek bagi pelakon wanitanya juga adalah wanita. Bagi pelakon lelaki, jurusolek lelakilah. Jadi tidak wujud rasa tidak selesa di kalangan pelakonnya,” jelasnya yang memegang watak sebagai Yaya Toure di dalam filem ini.
Turut serta dalam filem ini ialah Daler Yusof.
Secara ringkasnya, Mael Totey The Movie menceritakan tentang seorang remaja lurus bendul bernama Mael (Syahmi Sazli) yang ingin memikat Yaya lakonan Aween. Bagaimanapun, Yaya mengenakan syarat kepada Mael untuk menguasai Bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum dia memikirkan pelawaan lelaki tersebut..
Semasa belajar bahasa Inggeris, Mael terpikat pula dengan watak Teacher dan di situ berlakunya konflik komedi dalam filem.
Satu lagi perkara yang membuatkan Mael Totey The Movie berlainan adalah apabila pengarahnya, Syahmi Sazli memperkenalkan empat orang pelakon istimewa iaitu Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Kata Aween, penglibatan mereka dalam filem ini cukup berkesan kerana ia menguatkan lagi tagline filem “Kita Lain, Mereka Sama”.
Haa.. korang mesti ingat tagline itu adalah untuk masyarakat Kelantan kan. Tidak, ia adalah untuk golongan istimewa ini.
Aween di belakang tabir bersama pengarah dan tunjang utama Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli
“Jalan cerita Mael Totey The Movie adalah kesinambungan daripada drama pendek viral ‘Mael Totey’ yang pernah bersiaran di YouTube.
“Bagi peminat Syahmi Sazli, korang mesti tahu peranan golongan istimewa dalam penceritaannya. Dan dia menyambung jalan cerita mereka ke dalam filem ini. Keempat-empat pelakon tersebut sememangnya berbakat di hadapan kamera kerana mereka membawa elemen spontan yang menghiburkan.
“Malah, penggambaran kami memang diwarnai dengan spontaneity pelakon dan pengarahnya, Syahmi. Itu yang membuatkan filem ini menarik,”katanya yang pernah membawa pulang kategori Dewi Inspirasi 2018/19 dahulu.
Bagi yang tertarik untuk menonton Mael Totey The Movie ini, korang boleh menontonnya di saluran Astro First (480) mulai esok 22 Oktober dengan bayaran RM15 sahaja. #SupportLokal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...