Bagi yang mengikuti program pencarian Dewi Remaja 2018/2019, pastinya korang mengenali empunya nama Nik Nor Farzuwin Binti Nik Ismail ini.
Mesra dengan panggilan Aween Ismail, gadis jelita ini sebenarnya telahpun menceburi bidang lakonan menerusi beberapa projek drama dan telemovie sebelum ini.
Bagaimanapun, pencapaian karier lakonan paling besar Aween buat masa ini adalah menerusi filem Mael Totey The Movie yang akan ditayangkan bermula 22 Oktober ini di Astro First.
Menurut Aween, filem yang menjalani penggambaran majoriti di Kota Bharu ini mempunyai keistimewaan tersendiri selain loghat bahasa Kelantan yang dituturkan para pelakon.
“Pertama sekali, Mael Totey The Movie sesuai ditonton oleh seluruh ahli keluarga malah bersama kawan. Aween tahu ramai akan tertarik dengan kombinasi genre romantis, drama dan komedinya.
Ads
“Filem ini juga tidak menonjolkan sebarang sentuhan di antara lelaki dan perempuan. Malah sepanjang menjalani penggambaran di Kelantan dan Kuala Lumpur, kesemua jurusolek bagi pelakon wanitanya juga adalah wanita. Bagi pelakon lelaki, jurusolek lelakilah. Jadi tidak wujud rasa tidak selesa di kalangan pelakonnya,” jelasnya yang memegang watak sebagai Yaya Toure di dalam filem ini.
Turut serta dalam filem ini ialah Daler Yusof.
Secara ringkasnya, Mael Totey The Movie menceritakan tentang seorang remaja lurus bendul bernama Mael (Syahmi Sazli) yang ingin memikat Yaya lakonan Aween. Bagaimanapun, Yaya mengenakan syarat kepada Mael untuk menguasai Bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum dia memikirkan pelawaan lelaki tersebut..
Semasa belajar bahasa Inggeris, Mael terpikat pula dengan watak Teacher dan di situ berlakunya konflik komedi dalam filem.
Ads
Satu lagi perkara yang membuatkan Mael Totey The Movie berlainan adalah apabila pengarahnya, Syahmi Sazli memperkenalkan empat orang pelakon istimewa iaitu Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Kata Aween, penglibatan mereka dalam filem ini cukup berkesan kerana ia menguatkan lagi tagline filem “Kita Lain, Mereka Sama”.
Ads
Haa.. korang mesti ingat tagline itu adalah untuk masyarakat Kelantan kan. Tidak, ia adalah untuk golongan istimewa ini.
Aween di belakang tabir bersama pengarah dan tunjang utama Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli
“Jalan cerita Mael Totey The Movie adalah kesinambungan daripada drama pendek viral ‘Mael Totey’ yang pernah bersiaran di YouTube.
“Bagi peminat Syahmi Sazli, korang mesti tahu peranan golongan istimewa dalam penceritaannya. Dan dia menyambung jalan cerita mereka ke dalam filem ini. Keempat-empat pelakon tersebut sememangnya berbakat di hadapan kamera kerana mereka membawa elemen spontan yang menghiburkan.
“Malah, penggambaran kami memang diwarnai dengan spontaneity pelakon dan pengarahnya, Syahmi. Itu yang membuatkan filem ini menarik,”katanya yang pernah membawa pulang kategori Dewi Inspirasi 2018/19 dahulu.
Bagi yang tertarik untuk menonton Mael Totey The Movie ini, korang boleh menontonnya di saluran Astro First (480) mulai esok 22 Oktober dengan bayaran RM15 sahaja. #SupportLokal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang ikon tidak dilahirkan, mereka mengutip pengalaman dan menjadi seorang individu yang lebih baik.
Itulah mungkin cara kami gambarkan Dewi Remaja 2009/10, Noor Neelofa.
Setelah memegang gelaran selebriti, usahawan dan ikon fesyen, kini Neelofa bergerak setapak lagi ke hadapan dengan menubuhkan sebuah pertubuhan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Menerusi paparan di rancangan Melodi semalam, Neelofa berceritakan mengenai inisiatif untuk menubuhkan Pertubuhan Kasih Neelofa. Meskipun telah lama merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan, namun atas dasar komitmen dia menangguhkan dahulu hasratnya itu.
Hikmah daripada waktu ekstra yang dimilikinya sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan, Neelofa akhirnya mempunyai waktu untuk fokus merancang dan ia terlaksana dalam waktu yang sangat singkat.
“Apabila saya mempunyai nama, jenama dan platform seperti sekarang, saya ingin utilize ia untuk kebaikan orang di luar sana. Apabila saya menggunakan nama Pertubuhan Kasih Neelofa, orang luar tidak akan ragu-ragu akan ketelusan dan kredibilitinya (kerana team Neelofa dan dirinya sendiri telah membina jenama tersebut sehingga ke tahap ini).
“Income daripada bisnes yang diusahakan oleh kami seperti tudung, susu dan sebagainya akan disalurkan kepada pertubuhan kasih. Pada masa yang sama, kami juga menerima sebarang sumbangan daripada pihak di luar sana dengan cara yang betul serta transparent,” kongsinya lagi.
AKTIVITI YANG SEDANG DIRANCANG NEELOFA
Tentunya, ramai yang nak bertanyakan apakah inisiatif yang akan dimulakan oleh Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini.
“Pertubuhan ini berteraskan 3, iaitu keagamaan, kemasyarakatan dan keprihatinan kepada mereka yang memerlukan di luar sana.
“Contohnya aktiviti seperti ceramah, taranum Al-Quran, kem solat dan apa saja yang memberi kebaikan kepada masyarakat di luar sana, insyaAllah saya akan melibatkan diri. Begitu juga jika kami ingin anjurkan larian amal atau festival muslimah – contohnya – yang boleh membantu peniaga Muslim di luar sana yang boleh memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan, kita akan bantu.”
Tentunya usaha murni oleh Neelofa dan pasukannya ini harus dipuji ramai. Tambahan pula dia telah merancangnya selama ini. Harapannya satu saja, untuk membantu dan memberi inspirasi kepada orang di luar sana agar mereka menyimpan impian yang sama.
“This is what you want to do at the end of the day. Walaupun setinggi mana kita terbang, akhirat jua tempat yang kita ingin fokus. Dari usia muda ini pun kita boleh buat, tak perlu nak tunggu sampai tua baru nak kumpul pahala akhirat,” jelas Neelofa.
*
Jelas, ramai rakan selebriti yang turut gembira dengan inisiatif ini.
*
Love sis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kini sudah memasuki hari yang ketiga. REMAJA yakin ramai antara korang pembaca setia kami yang sedang berjuang dan bertungkus-lumus memberikan yang terbaik demi masa depan masing-masing.
Kepada yang menduduki SPM tahun ini, good luck REMAJA ucapkan!
Pelakon dan finalis pencarian Dewi Remaja 2014/2015, Puteri Aishah kini semakin bersedia untuk berdepan dengan fasa kehidupan seterusnya sebagai seorang ibu.
Puteri, 30 terdahulu mendirikan rumah tangga pada tahun 21 November 2021 bersama ahli perniagaan, Muhammad Firdaus Sulaiman.
Memasuki 15 Januari 2024, Puteri telah berkongsi berita gembira di mana dirinya kini hamil anak pertama.
Menerusi sebuah hantaran jenis video di Instagram, Puteri menulis, “Seekor rama-rama akan bertukar menjadi kaki kecil,” dan menayangkan baby bump yang semakin membesar sambil mengusapnya.
Puteri Aishah.
Puteri dan suami kemudiannya menganjurkan sebuah acara baby shower untuk mengumumkan jantina anak sulung mereka (Spoiler dalam tajuk: Yes! It is a boy!) dan ia turut dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan selebriti terdekat termasuklah Afifah Nasir, Hafreez Adam, Elizabeth Tan dan Yaya Zahir.
Memasuki bulan Februari, Puteri yang kian menghitung detik bagi menantikan kelahiran bayi dilihat masih aktif bergiat dalam kegiatan luar demi mengekalkan staminanya.
Dalam perkongsian Instagram Story, Puteri yang ditemani suaminya enggan terkongkong di dalam rumah dan memilih untuk dikelilingi oleh kehijauan alam semulajadi.
“Morning walk dan teman Daus jog,” sebelum menitip penuh romantik, “Sekarang berdua dulu. Lepas ini, morning walk kita tolak stroller, okay?”
REMAJA mendoakan agar segala urusan putera sulung Puteri Aishah dan suami dipermudahkan selepas ini.
Dalam perkembangan lain, beberapa rakan finalis Dewi Remaja 2014/2015 yang telahpun menimang cahaya mata terdiri daripada Balqish Maarif, Mawar Rashid, Ely Dura, Deja dan Hania Hanim.
Raysha Rizrose, Syamim Farid, Tya Shahid dan Kate Davies juga telah mendirikan rumah tangga sejak meninggalkan pencarian, kira-kira 9 tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.