Bagi mereka yang ada masalah urat saraf, pasti pernah dengar tentang Magnetic Resonance Imaging atau MRI. MRI merupakan satu alat dignostik terkini bagi pemerikasan dan mengenal pasti tubuh korang dengan menggunakan medan magnet yang besar dan gelombang frekuensi radio, tanpa pembedahan, penggunaan sinar X mahupun bahan radioaktif.
Selama proses MRI ini, molekul-molekul dalam tubuh bergerak dan bergabung dan mengenal untuk membetul sinyal-sinyal. Sinyal ini akan ditangkap oleh antena dan dihantar ke komputer untuk diproses tentang struktur rongga bahagian dalam tubuh.
Tapi mungkin tak ramai yang tahu tentang pengalaman menakutkan dilalui ketika proses MRI ini. Seorang lelaki Muhammad bin Zolkifli berkongsi pengalamanya ketika melakukan proses MRI. Ada rasa insaf dan menakutkan dilaluinya.
Muhammad akui pengalaman berada dalam MRI sangat menginsafkan
*Kisah terowong MRI dan Claustrophobic (Klaustrofobik)*
Sebagai pengawai perubatan, agak biasa memohon, menghantar dan melihat pesakit melakukan MRI tanpa atau dengan ubat tidur untuk mencari punca atau pengesahan penyakit. Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur. Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru MRI mengenai proses MRI.
Sebagaimana yang dah diketahui, Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI. Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan tembakan/imbasan. Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI, Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka. Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera. Kemudian juru MRI meletakkan satu bola kecil di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.
Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, genggam sahaja bola tersebut sekuatnya. Pesannya. Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya.
Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan.Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.
Ads
Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI.
Sempitnya!
Bunyi tembakan mula kedengaran.
Macam2 bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek.
Ada bunyi mcm pukulan tin, ada bunyi mcm pukulan kayu.
Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyakitkan.
5minit pertama, aku okey.
10minit, aku mula rasa nk menelan air liur dan tangan mulai kebas.
15 minit, aku mula sesak nafas, sakit dada dan tangan semakin kebas.
Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit.
20minit, bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.
Aku mula mengalami hiperventilasi. Berkali2 aku meramas bola yang diletakkan di tangan tadi. Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.
Ads
Ya Allah, aku tidak tahan…
Adakah seperti ini himpitan kubur mu nanti?
Aku tidak tahan.
Ingin menjerit, tapi suara ibarat tersekat dikerongkong.
Lemas. Sesak nafas. Sakit dada.
Bagai mahu diserang panik (panic attack)
Makin kuat aku meramas bola yang dipegang.
MRI dihentikan, aku ditarik keluar.
Aku sesak nafas, hampir tercungap-cungap aku mengalami hiperventilasi.
Setelah ditenangkan oleh juru MRI,
Sekali lagi aku cuba untuk disorongkn ke dalam terowong MRI.
Masuk je kepala, aku tidak lagi setenang seperti kali pertama tadi.
Aku terus sesak nafas, rasa ketat dada, berkeringat dan bagai hendak pitam ibarat pesakit yang terkena serangan jantung…
Aku Klaustrofobik… Sessi dihentikan.
Aku tidak mahu teruskan MRI ini.
Tapi disebabkan physician perlu mengesahkan sesuatu menerusi MRI,
maka MRI diteruskan pada petangnya dgn mengunakan ubat tidur (sedation).
Buat kali pertama, suasana kenduri kahwin dalam sebuah permainan video popular GTA V. Menariknya!
.
Kita sedia maklum, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memuatkan semua kegiatan terbantut termasukklah yang melibatkan perhimpunan besar seperti acara dan kenduri kahwin dilarang demi memutuskan rantaian COVID-19.
Pastinya, suasana kenduri kahwin yang dihadiri orang ramai sama ada kenalan sendiri atau ibu bapa dirindui sepanjang PKP berlangsung. Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada seorang pemain video ini apabila tampil dengan idea kreatif memaparkan suasana kenduri kahwin dalam sebuah permainan video popular GTA V.
Oleh sebab pengubahsuaian khusus dibenarkan oleh permainan, ia membolehkan pemain ini mengadakan konsep bertemakan majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang turut disiarkan secara langsung di Facebook dan kemudian dimuat naik di laman Youtube GTA 5 Malaysia.
.
Kenduri kahwin yang dilangsungkan melalui GTA 5 ini menarik perhatian netizen memandangkan rakyat Malaysia sudah lama tidak dibenarkan untuk melangsungkan kenduri kahwin untuk membendung COVID-19.
Bukan sekadar kenduri kahwin biasa, majlis tersebut lengkap dengan rombongan pengantin dan sesi berbalas pantun. Turut mencutikan hati, terdapat tarian zapin yang dipersembahkan.
Tempat kejadian dilengkapi dengan khemah besar, meja dan kerusi, bufet, ruang makan khas untuk keluarga pasangan, pelamin, dan pemain mengenakan pakaian seragam Rela untuk menambahkan sedikit realisme. Ya, seperti majlis kahwin dalam dunia sebenar!
Memetik laporan Malay Mail, salah seorang pemain yang terlibat dengan majlis perkahwinan maya ini, Noor Azwan Mohd Noor berkata perkahwinan itu diadakan melalui pelayan MYRP iaitu pelayan tempatan yang dikhaskan untuk menerapkan identiti Malaysia dalam GTA V melalui pengubahsuaian khas.
Kata Azwan, mereka dalam proses menyesuaikan modifikasi ‘Hari Raya’ dan kini sedang membuat pemandangan kampung tradisional Malaysia.
Permainan video GTA V masih lagi ditawarkan secara percuma oleh Epic Games, bolehlah cuba berjinak dalam dunia permainan video ini.
So korang tak teringin ke nak join permainan online ni?
Sumber : Malay Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika ramai remaja sedang menikmati musim percutian, keluarga dan kenalan rapat remaja Malaysia bernama Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid sedang berduka cita dengan pemergian arwah.
Tarikh 28 Disember menyaksikan insiden meragut nyawa Farhan ketika berada di Townsville, Queensland Australia
Arwah dan adiknya sedang melawat ibu mereka yang bertugas sebagai seorang jururawat. Mereka berdua yang pernah belajar di Australia sebelum berpindah semula ke sini kerap bercuti ke Australia semasa cuti sekolah.
Farhan dilaporkan baru saja menerima papan luncur beberapa hari lalu. Malangnya semasa cuba bermain dengan rakannya di kawasan meluncur (hill bombing), Farhan hilang keseimbangan dan dadanya terlanggar pada tiang terlebih dahulu.
Walaupun Farhan memakai topi keledar semasa bermain, hentakan pada dadanya menyebabkan arwah berada dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia.
Kini, keluarga Farhan sedang berusaha untuk membawa pulang jenazahnya ke Malaysia untuk dikebumikan.
Setelah tabung mengutip dana dibuka semalam, mereka sehingga kini telah menerima dana mencecah RM46,000. Bagi korang yang ingin menderma, korang boleh berbuat demikian di LINK ini.
Salam takziah daripada REMAJA.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berjaya untuk menggenggam kembali pertandingan bahas Piala Perdana Menteri ke-45.
Dibawakan secara langsung pada pagi Sabtu lalu di televisyen, ia dilihat sebagai satu titik tolak Malaysia Baharu memperkayakan budaya berbahas, terutamanya di kalangan pelajar sekolah dan remaja.
Antara momen paling mencuri tumpuan pada edisi kali ini adalah saat Sekolah Seri Puteri Cyberjaya bertanding di pentas akhir menentang Malay College Kuala Kangsa (MCKK) dalam kategori Bahasa Inggeris. Kedua-dua pasukan membawakan topik ‘4th Industrial Revolution’ sebagai poin argumen. Hasilnya, the girls managed to grab the title!
Sebelum pertandingan.
Selepas tamat berbahas dan menantikan keputusan. Hehe.
Nur Sarrah Hanis Salihan Binti Khairunnisa Sulaiman, Hasha Atiyah Binti Khairuddin, Iman Binti Mohamad Afif dan Nur Zafrina Binti Zainal Rashid melakar sejarah apabila kemenangan kali ini bukan saja diraikan oleh penonton yang berada di dalam dewan tetapi juga seluruh rakyat Malaysia apabila ia bertukar viral di media sosial.
Malah, beberapa nama besar pembahas Malaysia termasuklah Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan rakan pembahasnya dahulu, Ameera Natasha Moore mengucapkan tahniah kepada pasukan Sekolah Seri Puteri atas kejayaan tersebut.
Kami khasnya membawakan tema #GirlPower untuk majalah REMAJA isu Julai-September tahun ini. And there is nothing that makes us more proud than seeing them succeed.
Lebih membanggakan apabila Sarrah Hanis Salihan yang membawakan role sebagai Perdana Menteri buat Sekolah Seri Puteri mendedikasikan kemenangan ini kepada semua wanita di luar sana.
“Biarlah awak muda atau tua, saya rasa piala itu adalah untuk awak kerana ia lambang semua perempuan boleh DAN AKAN mengatakan benda-benda yang betul.
“Perempuan juga mampu memberikan pandangan dan olahan serta berpotensi untuk menang, berdiri dan bercakap di khalayak ramai. Kita juga mampu membuat seluruh penonton mendengar apa yang ingin kita sampaikan, at the end of the day.
“Saya masih tak rasakan perempuan diberikan peluang yang cukup untuk bercakap dan merasa yakin dengan diri sendiri. Saya berharap dengan kemenangan Seri Puteri pada Piala Perdana Menteri ke-45 ini, kami mampu memartabatkan semangat semua perempuan di luar sana.
“An empowered woman empower women,” kata pelajar yang berasal dari Kuala Lumpur ini.
“Piala Perdana Menteri juga ialah pertandingan terakhir saya sebagai seorang pendebat di Sekolah Seri Puteri. Dan untuk mengakhirinya dengan piala itu sendiri adalah satu honour, bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk pasukan kami,” kata pemenang Anugerah NILAM Selangor 2017 dalam kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah.
Sarrah yang ingin sekali menjadi seorang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menjadikan nasionalis, Khadijah Sidek dan Maya Angeloe sebagai role model-nya.
Rakan sepasukannya turut merasai gelombang #GirlPower tersebut apabila kata-kata awal mereka semasa pentas akhir cukuplah quotes-worthy untuk perempuan di luar sana. Yang mana satu paling korang suka:
“The Industrial Revolution is a great one. However, the Girl’s Revolution that we offer is far greater.”
“Equal rights for all is important.”
“Soft is powerful.”
Fuh, semuanya memang powerful. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Sekolah Seri Puteri dan Malay College Kuala Kangsar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika diukur daripada tempoh perjuangan dalam program realiti, Hussain boleh dianggap antara penyanyi baharu yang paling lama bertahan di pentas pertandingan apabila mengharungi saingan...