“Stereng Kereta Terlock Automatik”, Adik Pemandu Langgar 5 Pemotong Rumput Kongsi Kisah Sebenar

1652

Tular di media sosial mengenai kisah pemandu Myvi dari Malaysia yang merempuh enam orang pemotong rumput dalam satu kejadian di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla, Thailand dalam kejadian semalam.

Bangkok Post yang melaporkan berita ini memaklumkan dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, semua mangsa sedang berehat selepas memotong rumput di kawasan itu sebelum dirempuh kereta tersebut.

Menurut Ketua Penyiasat Balai Polis Rattaphum Thewa Daoruang berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Chaikaew, 53; Witchaya Thongma, 51; Somporn Sawatdiraksa, 54; Theerawut Mongkhol, 37; dan Wirat Semkhai, 34, manakala Bamreur Ketmoon, 56, dilaporkan parah.

Ekoran kejadian tidak terduga ini, adik  kepada Melinda Susilanini yang juga berada sama dalam kemalangan yang tragis itu telah berkongsi cerita sebenar kejadian dan merayu kepada rakyat Malaysia untuk memberikan sumbangan seikhlas bagi membolehkan mereka sekeluarga mengumpul wang bagi membayar ikat jamin untuk kakaknya itu.

Dalam satu rayuannya di fb, beliau merayu rakyat Malaysia untuk membantu kakaknya bagi menyediakan wang ikat jamin berjumlah RM60,000 atau 400,000 bath bagi jaminan polis. Malah katanya dalam kejadian itu, kereta dipandu kakaknya terlanggar sesuatu di tepi jalan sehingga stereng lock terkunci serta merta sehingga membawa kepada musibah tidak terduga ini.

Lima dari enam pemotong rumput maut akibat dilanggar ketika berehat di tepi jalan selepas usai bekerja
Kereta Myvi ini terbabas selepas merempuh 6 pemotong rumput akibat stereng kereta terlock sendiri selepas terlanggar sesuatu di bahu jalan

Berikut adalah rayuannya.

Dana Untuk Along

Pada 13/8/2019

Saya selaku adik kepada Melinda Susilanini, mengikut laporan daripada pihak polis Thailand saya meringkaskan cerita bahwa kakak saya accident terlanggar sesuatu , lalu stering kereta automotik lock dan tak dapat dikawal merempuh 6 org pekerja mesin rumput yang sedang berehat di tepi jalan .

Alhamdulillah,  walaupun kereta kami terbalik dan banyak kehancuran kami bertiga selamat dan mengalami kecederaan ringan sahaja.

Pada Selasa (13.08.19) kakak saya telah ditahan dan berada dalam lokap sementara tunggu ikat jamin dan diminta untuk bayar jaminan sebanyak 400k baht (RM60,000 ).

Mayat mangsa kemalangan yang ditutup dan kisah kemalangan ini menjadi perhatian ramai

Kami dah dapatkan perkhidmatan consulat Malaysia dan bantuan dari TAC (Tourist Assistance Centre) akan cuba kurangkan kos tuntutan jaminan.

Buat masa ini along bersama dengan kami dan pihak consulat Malaysia dan TAC team untuk uruskan hal ini. Along tak dapat balik ke Malaysia kerana pihak polis memegang passport dan ada beberapa urusan yang perlu kami selesaikan.

Dengan keadaan ini, kami betul-betul nak kes ini cepat selesai. Oleh itu saya dengan rendah diri memohon bantuan sumbangan dari rakan-rakan yang mengenali, saudara mara dan setiap hamba Allah yang ingin membantu.

Untuk sumbangan boleh terus bank in ke akaun umi saya.

Maybank
164164865699
Nik Rosnani Binti Nik Li

Contact person
0132667788 (Puan Rosnani)
01136023298 ( Cik Aniza )

Jutaan ribuan terima kasih saya dan keluarga ucapkan kepada anda semua yang sudi bantu kami. Moga Allah dapat membalas segala kebaikan kalian.

P/s kawan2 tlg share ye. Mohon bantuan semua rakyat Malaysia share.

REMAJA membuat carian di internet mengapa mengapa stereng boleh terlock sendiri.

Bukan mahu membuktikan siapa betul siapa salah kerana kemalangan telah pun terjadi  tetapi pengalaman orang lain itu boleh kita jadikan tauladan. Masa yang sama mari kita sama-sama berdoa agar Melinda Susilanini dapat dibantu. Hari ini dirinya ditimpa musibah dan kita sendiri tidak pasti akan nasib kita juga di masa-masa akan datang.

Stereng kereta terlock secara automatik secara tiba-tiba pernah viral di media sosial sekitar  Ogos 2016  apabila pemilik kereta Axia, Hussein Mohd Omar dalam kejadian 2 Ogos yang mendakwa sterengnya terlock sendiri ketika memandu dari Jawi menuju ke Gelugor dalam keadaan hujan dan pemanduan pada 70-80 km sejam. Dalam kisahnya itu, Hussein berkongsi sebaik melepasi susur keluar Plus ke Jambatan Kedua, tiba-tiba stereng locknya terkunci dan dia cuba menekan brek namun semuanya tidak berfungsi.

Sebaik kisah ini menjadi viral, seorang individu atas nama  Mohd Shukri Ismail yang bekerja di Perodua membuat pencerahan mengapa stereng lock boleh terkunci sendiri  malah satu rakaman video turut disediakan bagi memudahkan orang ramai memahami fungsi kereta yang mempunyai brek ABS dan tiada ABS.

Ini adalah penjelasan Mohd Shukri akan kejadian tiga tahun lalu.

Saya terpanggil untuk menjelaskan tentang isu steering Axia terkunci sehingga menyebabkan kemalangan. Saya adalah seorang pekerja Perodua & saya selalu berurusan dgn perkara-perkara berkaitan teknikal.

Dengan background engineering sedikit sebanyak saya faham konsep sistem keselamatan sesebuah kenderaan. Untuk kes yang viral baru-baru ini boleh saya simpulkan kereta yang terlibat tidak memiliki ciri sistem brek ABS. Apabila kereta yang tidak memiliki ABS membuat brek secara mengejut automatik tayar hadapan akan terkunci lalu menyebabkan kereta mengelongsor kehadapan tanpa boleh dikawal.
Ini menyebabkan steering seolah-olah terkunci disebabkan kedudukan tayar hadapan yang telah terkunci pergerakannya. Jika berada di selekoh boleh menyebabkan kereta terbabas ke divider. Tiada apa yang boleh dibuat oleh pemandu untuk mengawal kenderaan semula. Cuba lihat video yang di link sebagai contoh apa yang bakal berlaku jika kereta anda tidak memiliki sistem ABS.

CER KOMEN SIKIT