Sejak semalam, rata-rata warganet menzahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pelawak, Jocelyn Chia selepas tular video dalam program Comedy Cellar USA.
Dalam video terbabit, Jocelyn menjadikan MH370 sebagai salah satu kandungan lawaknya selain menggunakan bahasa kasar.
Berhubung perkara tersebut, isteri kepada salah seorang kru pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, Intan Maizura Othaman turut tampil menyelar tindakan tidak bermoral pelawak Singapura yang mempersenda tragedi terbabit.
Tegas Intan menerusi hantaran video di Instagram, jenaka seumpama itu tidak lucu ketika mana ramai lagi waris yang masih berduka cita atas kehilangan keluarga mereka.
Ads
“Ia masih tak kelakar, tak kisahlah betapa jahatnya kamu tapi jangan sebut fasal MH370 atau buat lawak terhadap tragedi tersebut.
“Anak lelaki saya, Muhammad, dia masih lagi menangis sampai sekarang mengenangkan kehilangan bapanya, manakala kamu ada keberanian untuk buat jenaka terhadap MH370. Dan adakah kamu tahu berapa ramai ibu-ibu yang masih merintih menangis sampai ke hari ini, kamu tidak tahukan?
Ads
“Sebab kamu tidak ada empati, tidak ada hati. Atau mungkin kamu tak ada keluarga pun. Kalau ada pun, mereka pasti malu dengan lawak bodoh kamu,” tegasnya.
Tambahnya lagi, jenaka sedemikian tidak sepatutnya dibuat di hadapan khalayak ramai demi meraih perhatian.
Ads
“Saya percaya kamu tidak patut pun buat lawak bodoh ini untuk mendapatkan perhatian orang.
“Boleh tak berhenti buat lawak sebegini untuk merain perhatian orang ramai? la teruk, tasteless dan jadilah wanita yang lebih baik,”ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sekilas pandang, ‘wanita’ Korea bernama Rozy ini kelihatan seperti mana-mana remaja perempuan lain dari Seoul, Korea Selatan yang mempunyai paras rupa cantik serta foto-foto menarik di Instagram.
Namun rupa-rupanya, Rozy bukanlah manusia sebenar! Dia ialah ‘manusia maya’ atau virtual human pertama dari negara itu yang dicipta menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).
Wow! Nampak macam manusia sebenar kan. Begitulah hebatnya teknologi pada zaman sekarang.
Untuk memberi gambaran mudah, ‘manusia maya’ adalah perkara normal yang dicipta bagi menghasilkan efek orang ramai dalam filem tanpa menggunakan segerombolan pelakon ekstra.
Contohnya seperti dalam filem peperangan (think, Kingdom of Heavens atau Lord of the Rings), filem sci-fi atau filem tragedi seperti Titanic. That is not real actors guys, ‘mereka’ ditambah pada bahagian belakang bagi menampakkan efek orang ramai. Samalah juga dengan Rozy, dia bukan manusia sebenar.
Anyway, Rozy dicipta oleh sekumpulan pencipta content Korea yang menggelar diri mereka sebagai Sidus Studio X.
Apa yang menarik tentang Rozy adalah dia tidak akan menyambut hari kelahiran. Ini kerana menurut Sidus Studio X, dia akan kekal berusia 22 tahun sampai bila-bila. Rozy juga buat masa ini sibuk melayan peminatnya di media sosial terutamanya 67,000 orang pengikutnya di Instagram dengan personaliti yang saling tidak tumpah seperti manusia biasa. Kadangkala dia meluncur, minum kopi, terlibat dalam photoshoot atau ‘terbang’ ke Rome, Itali.
Disebabkan populariti yang dimiliki Rozy ini juga, dia khabarnya telahpun menerima lebih 100 tajaan jenama-jenama besar dan kecil di luar sana. Di antara tajaan tersebut juga terselit lapan buah kontrak eksklusif yang lumayan.
Kongsi Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Baek Seung-yeop, “Kami masih belum dapat memproses semua tajaan ini (kerana terlalu banyak). Buat masa ini, kami telahpun mencapai sasaran dan misi kami (dari segi keuntungan yang diperolehi melalui Rozy). Saya rasakan Rozy akan mampu mengumpulkan 1 bilion won (kira-kira RM3.5 juta!) lagi sehingga akhir tahun ini dengan projek seterusnya.”
Rahsia kejayaan projek model ‘manusia maya’ ini mendapat sambutan luar biasa tentulah kerana ia adalah sesuatu yang baharu dan belum pernah dilihat masyarakat sebelum ini.
Seperkara lagi, sebagai ‘manusia maya’, Rozy dapat mengelakkan dirinya daripada apa-apa jenis skandal dan soal privasi yang dihadapi selebriti popular di Korea Selatan. Kedua-dua isu itu selalu menjadi punca kejatuhan ramai selebriti Korea sekaligus menconteng arang pada wajah jenama yang dikaitkan dengannya.
Contoh terdekat adalah seperti Kris Wu (walaupun secara teknikalnya, dia kini bergelar artis China) dan Seungri, bekas ahli Big Bang. Kesemua kontrak melibatkan jenama tajaan serta-merta ditarik daripada dua selebriti tersebut selepas mereka terpalit dengan skandal masing-masing.
Situasi ini amat berlainan dengan ‘Rozy’ apabila dia tidak wujud pun dalam dunia sebenar. Oleh itu, tiada skandal yang dapat dikaitkan dengannya melainkan syarikat penciptanya tersilap langkah dalam mengeluarkan foto yang tidak disenangi oleh masyarakat.
Tambahan pula, ‘Rozy’ boleh ‘mengembara’ ke mana-mana saja untuk iklan baharunya kerana dalam dunia rekaan grafik, apa sahaja tidak mustahil untuk dilakukan dengan teknologi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hish! Inilah kata orang buruknya sebumbung dengan keluarga mentua.
Selepas berkahwin sebaiknya tinggallah di rumah sendiri atau rumah sewa. Sekurangnya buruk dan baik antara kita dan pasangan hanya kita yang menelannya, bukan dilihat oleh keluarga mentua.
Kalau suami isteri belajar memahami, bertoleransi kita akan dapat mengenal pasangan dengan lebih rapat. Tapi kalau lepas kahwin dan pilih tinggal dengan mak ayah atau keluarga mentua, sampai bila pun kita tak akan dapat berdikari dan membuat keputusan sendiri.
Dalam satu kes di Vietnam, seorang menantu yang usianya masih agak muda menjadi mangsa pukulan ayah mentua kerana masakannya tidak sedap. Akibatnya, dia dipukul oleh ayah mentua hingga pecah tengkorak kepala. Apa yang menyedihkan, dia sedang mengandung anak ketiga.
Bukan saja dirinya jadi mangsa tapi dua orang anak yang masih kecil juga menjadi mangsa amarah atuk yang mana seorang darinya alami keretakan tulang akibat dibelasah. Selepas melakukan kekejaman itu kepada menantunya, mentuanya melarikan diri dari rumah. Bagaimana pun polis sudah menangkapnya kerana perlakuan jenayahnya itu.
Hah! Inilah satu keburukan tinggal dengan mentua sedangkan bukan tanggungjawab menantu pun untuk sediakan makan minum pak mentuanya. Sumber : Tribun Sytle
Kenapa Islam tak galakkan tinggal sebumbung?
Dalam satu perkongsian dibuat di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur, pertanyaan seorang isteri tentang tinggal di rumah mentua kerana suaminya anak lelaki tunggal memberikan jawapan kenapa pasangan suami isteri tidak digalakkan tinggal bersama keluarga mentua sebaliknya harus mencari rumah lain.
Jelas Mufti, sepatutnya, apabila pasangan sudah berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk hidup bersama selain daripada ibu bapa dan keluarga, maka inilah yang terbaiknya. Ini kerana dengan hanya berpasangan, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan terwujud. Tambahan pula, tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Antara makna kemampuan itu adalah mampu menyediakan tempat tinggal khusus bagi isteri seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT:
Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). (Surah al-Talaq: 6)
Pepatah Melayu menyebut: “Biar banyak rumah daripada banyak orang dalam rumah,” dengan maksud dengan ramainya anggota dalam sebuah rumah, maka ragam dan juga perangai akan berbeza yang boleh membawa kepada pertelingkahan jika tidakditanganidengansebaiknya.
Oleh kerana ibu sudah ada anaknya yang menjaganya, maka tidak lagi menjadi masalah untuk anak yang lain keluar daripada rumah tersebut. Yang penting, sentiasa memberi perhatian dan kecaknaan sama ada dari segi nafkah atau kasih sayang melalui ziarah serta hadiah dan juga nafkah. Bahkan dengan cara ini, perasaan kasih sayang dan penghormatan akan jadi lebih tinggi berbanding tinggal sebumbung di rumah.
Suami sewajarnya memahami hak isteri untuk ditempatkan, yang munasabah dengan status keisterian agar peranan masing-masing dapat dijelmakan dengan lebih baik dan jelas. Ini akan menatijahkan bahtera rumahtangga lebih bahagia.
Jadi mana-mana korang yang memilih untuk tinggal dengan ibu bapa atau mentua selepas kahwin terutama yang menikah pada usia muda, fahamilah erti perkahwinan yang sebenarnya ya. Kahwin bukan untuk keseronokan atau hubungan intim semata tapi ia lebih kepada memikul amanah dan menjadi imam dan khalifah kepada keluarga yang baru dibina ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Al-Fatihah dengan bacaan untuk pasangan suami isteri, Nur Ain Kamarulzaman, 25 dan suaminya Mohd Hairawi Mat Rezam, 36 yang maut dirempuh sebuah Myvi.
Dalam kejadian pagi tadi, Nur Ain yang hamil tujuh bersama bayi dalam kandungannya dan suami, maut dalam keadaan menyayat hati selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, Alor Gajah, hari ini.
Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Nur Ain Kamarulzaman, 25, membonceng motosikal ditunggangi suami, Mohd Hairawi Mat Rezam, 36, sebelum kenderaan mereka dirempuh kereta Perodua Myvi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berusia 34 tahun dalam perjalanan dari arah Gadek ke Pulau Sebang, manakala mangsa datang dari arah bertentangan.
"Siasatan mendapati suami isteri itu dalam perjalanan dari Taman Rakyat Kuala Ina, Tampin ke Hospital Melaka untuk menghadiri janji temu dengan pakar perubatan di hospital berkenaan. "Pemandu kereta terbabit dipercayai hilang kawalan hingga menyebabkan kenderaannya berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa," katanya.
Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak beberapa meter dari motosikal dan Mohd Hairawi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Katanya, jenazah mangsa yang bekerja sebagai tukang masak dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala Nur Ain dibawa ke Hospital Tampin kerana parah di kepala dan badan. "Bagaimanapun, Nur Ain dan kandungannya disahkan meninggal ketika dirawat di hospital itu pada 12 tengah hari.
"Kandungan masih belum dikenal pasti jantinanya itu adalah anak pertama pasangan terbabit dan Mohd Hairawi beralamat di Jalan Klinik Kesihatan Guchil Luar, Kuala Krai, Kelantan manakala Nur Ain berasal dari Taman Rakyat," katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati cuaca ketika kejadian dalam keadaan baik dan punca kejadian dipercayai akibat kegagalan mengawal kenderaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bunyi cengkerik yang bersahutan, kicauan burung dari celah kanopi hutan dan desiran dedaun yang ditiup angin menjadi ‘playlist’ pertama yang menyambut ketibaan Remaja sebaik...