Orang Baduy di Kampung Gajeboh, Perkampungan Kanekes dekat Lebak, Banten di Indonesia lebih selesa hidup dalam keadaan ringkas dan jauh daripada kemajuan teknologi seperti akses internet. Sumber Foto: Kompas ID
Sekiranya kebanyakan daripada kita mengharapkan jaringan perkhidmatan internet yang laju di kawasan masing-masing demi kelangsungan hidup, lain pula ceritanya dengan sebuah komuniti Orang Asli ini.
Bertempat di wilayah Banten di Pulau Jawa, komuniti Orang Asli Baduy dengan populasi seramai 26,000 orang penduduk telah memohon agar akses internet di kawasan mereka itu untuk disekat bagi meminimakan impak negatif yang boleh diterima mereka daripada telefon pintar dan dunia dalam talian (online).
Memetik laporan AFP, penduduk di sana telah menulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa agar menara telekomunikasi berhampiran kawasan tempat tinggal mereka dialihkan supaya isyarat internet tidak akan sampai kepada mereka.
Ternyata, mereka ingin memgasingkan diri mereka daripada masyarakat di luar kawasan tersebut dan ingin menjauhkan diri daripada ‘perangkap’ kehidupan zaman moden. Antaranya termasuklah ancaman cara hidup dan akhlak anak muda yang boleh terpengaruh akibat internet.
Setelah surat berkenaan diterima, AFP diberitahu oleh seorang pegawai di daerah Lebak bernama Budi Santoso bahawa mereka bersetuju untuk berbincang dengan Kementerian Penerangan Indonesia dan akan cuba memenuhi permintaan berkenaan.
Ads
Foto daripada pandangan udara menampakkan perkampungan Balimbing yang menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong asing di Lebak, Banten. Sumber Foto: Kompas ID
“Pada asasnya, kami mahu sentiasa menghormati kehendak masyarakat Baduy dan perlu mengekalkan tradisi dan kearifan tempatan mereka,” katanya.
Untuk pengetahuan korang, internet pada awalnya dilihat sebagai satu keperluan di kawasan berkenaan kerana masyarakat Baduy perlu memulakan perniagaan dalam talian. Namun mereka kemudiannya bimbang pelawat kawasan termasuklah pelancong asing boleh mengakses web dan menunjukkan kandungan yang tidak bersesuaian dengan tatacara orang Baduy.
Indonesia sebagai sebuah negara konservatif dengan majoriti penduduk beragama Islam sekian lama telah cuba menangani isu negatif dalam talian seperti akses kepada pornografi dan perjudian dalam talian.
Tambahan pula, ia telah bertukar menjadi isu kontroversial kebelakangan ini dan kerajaan sana sentiasa menerima kecaman masyarakat di sana disebabkan hal ini.
Biarpun wujud sistem penapisan oleh kerajaan indonesia, laman web haram masih berleluasa di negara seberang itu.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi penggemar minuman bubble tea, lepas ni korang bolehlah dapatkan minuman Tea Live secara 24 jam di rangkaian 7-Eleven yang terpilih di Lembah Klang.
Tak perlu nak tunggu jam 10 pagi waktu shopping mula beroperasi, korang boleh terus serang kedai 24 jam 7-Eleven kerana menurut Tea Live Asia, tiga minuman eksklusif Tea Live bakal dijual dibebarapa cawangan 7-Eleven.
Antara pilihan minuman yang ada termasuklah:
• Signature Milk Tea with Konjac Jelly – Rm5.50
• Original Milk Tea with Konjac Jelly – RM5.00
• Superior Coco – RM5.00
Senarai 10 Outlet 7-Eleven yang terpilih:
1. Plaza Berjaya, KL
2. Wisma Bukit Bintang
3. Sidewalk Island Ansa Hotel, KL
4. Changkat Thambi Dollah
5. KL Sentral
6. Nu Sentral
7. Berjaya Times Square (1st Floor)
8. Berjaya Times Square (LG Floor)
9. Berjaya Times Square Hotel
10. Kenanga Wholesale City
Lepas ni, kalau rasa teringin je boleh terus cari di 7E. Tak kisahlah kalau dah pukul 1 pagi pun. Mudah kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan hip hop yang berasal dari Sabah, Kclique telah pun mendapat pencalonan dalam kategori Best Southeast Asia Act mewakili rantau Asia Tenggara bagi Anugerah Muzik Eropah MTV (MTV EMA) 2020 yang akan berlangsung pada 8 November depan.
Turut dicalonkan dengan kumpulan hip hop itu adalah Agnes Monica (Indonesia), Ben&Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).
Kumpulan yang dianggotai oleh 8 orang termasuk MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas sebelum ini popular dengan lagu Mimpi duet bersama Alif Sleeq. Memulakan kerjaya nyanyian mereka seawal tahun 2014, namun sekitar setahun yang lepas nama mereka semakin dikenali kerana sebelum ini Kclique hanya bergerak secara indie dan underground.
Undian telah pun dibuka sekarang di laman web mtvema.com dan akan ditutup pada 2 November nanti. Selain itu, pencalonan MTV EMA 2020 turut didominasi oleh Lady Gaga, kumpulan Kpop BTS dan diikuti oleh Justin Bieber.
Tahniah kami ucapkan kepada Kclique kerana telah berjaya dicalonkan dalam anugerah berprestij ini. Bagi peminat kumpulan hip hop ini, korang boleh mula mengundi sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 sudah pun melabuhkan tirainya malam tadi dan tidak terlambat untuk kami ucapkan syabas buat para pemenang, terutamanya Mira Filzah yang menjadi Bintang Paling Popular 2019.
Berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), anugerah tahunan ini membariskan 13 kategori utama, dua kategori baru dan lima kategori yang dipertandingkan.
Dengan tema ‘Melangkaui Sempadan’, ada beberapa momen yang berlaku sepanjang ABPBH tahun ini sama ada korang perasan atau tidak.
1. Baju Kak Lina Pom Pom lebih kurang sama dengan Sajat di AJL 32
Nampak sama, tapi ia merupakan dua busana berbeza yang digayakan oleh pengacara anugerah ABPBH, Elly Mazlein malam semalam dan Sajat di Anugerah Juara Lagu 32 tahun lalu. Mungkin konsep pemilihan fabrik dan variasi warna berkilau yang menjadi pilihan mereka membuatkan ia nampak seakan sama.
Namun apa-apa pun, Kak Lina Pom Pom tampil jelita dengan busana rekaan Nizam Zamil ini.
Tak tahulah kami salah dengar ke apa, tapi sewaktu Hael Husaini naik ke atas pentas untuk mengambil trofi bagi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Hael memulakan ucapannya dengan “Maaf sayang tak dapat hadir malam ini…”
Betul ke apa kami dengar ni Hael? Kalau salah dengar minta maaf ye Hael. Hiks!
Ramai yang mengkritik penampilan Stacy ketika persembahannya bersama De Fam yang dikatakan terlalu menjolok mata dengan mengenakan material lining berwarna nude. Stacy telah pun memohon maaf di laman Instagramnya dan mengatakan dia tidak menyangka bila di atas pentas yang dikelilingi lighting lain pula jadinya.
Tak apa la Stacy, yang penting gadis Sabah ini sudah pun mengakui kesilapannya dan siapa je yang tak pernah buat silap kan?
Haa, ada satu part bila kamera panning dekat Janna Nick, kelihatan seperti menyebut b*bi. Betul ke tak apa yang kami perasan ni. Hehe!
5. Wakil Army Malaysia di pentas ABPBH 32
Kemenangan kumpulan terkenal dari Korea, BTS bagi kategori Artis Korea Popular tidak semena-mena memberi peluang buat wakil peminat mereka di Malaysia untuk naik ke atas pentas besar dunia hiburan tanah air.
Wah, bukan calang-calang orang yang boleh berada atas pentas tu tau. Kelas sis ni. Hehe!
Apa-apa pun kami ucapkan tahniah buat Berita Harian kerana telah menganjurkan anugerah gilang-gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 bagi mengangkat dan menghargai bakat seni para karyawan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!