Pelawak kontroversi yang berasal dari Singapura, Jocelyn Chia khabarnya sedang merancang untuk menjayakan sebuah persembahan jelajah berjudul ‘Apology Tour at Live House Kuala Lumpur’, tidak lama lagi.

Pelawak Komediri, Jocelyn Chia Bercadang Lakukan ‘Apology Tour’ Di Malaysia Setelah Hina Insiden MH370
Jocelyn Chia.

Bertempat di TREC Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2023, Jocelyn menerusi satu hantaran di Instagram pada pagi Jumaat memaklumkan bahawa dia tidak akan keseorangan di atas pentas pada kali ini.

Sebaliknya, rakannya Chrissie Mayr dari Amerika Syarikat yang juga merupakan seorang pelawak komediri dijadualkan bakal membuat kemunculan.

“Disebabkan tertalu banyak permintaan dari rakyat Malaysia yang menginginkan saya untuk memohon maaf, saya akan melakukan sebuah Apology Tour di Malaysia bersama @/chrissiemayrpod,” catatnya.

Pelawak Komediri, Jocelyn Chia Bercadang Lakukan ‘Apology Tour’ Di Malaysia Setelah Hina Insiden MH370

IKLAN

Bagaimanapun sehingga semalam, Pusat Permohonan Penggambaran Filem Asing Dan Persembahan Artis Luar Negara ataupun PUSPAL mendakwa pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan daripada Jocelyn berkenaan jelajah terbabit, apatah lagi meluluskan permohonannya sebelum dia dibenarkan ke sini.

Terdahulu, Jocelyn berdepan dengan kritikan hebat  daripada rakyat Malaysia dan pemerhati antarabangsa apabila beliau menggunakan insiden kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka sewaktu menjayakan satu persembahan di Amerika Syarikat.

Video persembahannya itu menjadi tular disebabkan sentimen tidak sensitif yang diguna pakai sehinggakan saudari Intan Maizura Othaman yang merupakan isteri kepada salah seorang anak kapal MH370 menyelar tindakannya yang tidak bermoral itu.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan Dengan Kandungan Pelawak Singapura, Isteri Salah Seorang Pramugara MH 370 Selar Tindakan Jocelyn Chia – REMAJA

Turut diselar ialah rakannya, Chrissie Mayr sendiri yang bertindak mengeruhkan keadaan dengan menyokong Jocelyn serta menghina rakyat Malaysia di laman media sosialnya.

Pelawak Komediri, Jocelyn Chia Bercadang Lakukan ‘Apology Tour’ Di Malaysia Setelah Hina Insiden MH370
Chrissie Mayr

Tinjauan REMAJA berhubung perkhabaran ini di media sosial mendapati orang ramai membantah kemasukan Jocelyn dan Chrissie ke Malaysia untuk membuat persembahan pada Ogos ini serta memohon kerajaan dan pihak berkuasa bertegas dalam hal ini.

IKLAN

Ada yang berpendapat cukuplah sekadar dua orang pelawak komediri itu memuat naik video memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI