Kadang-kadang pelik juga bila tengok kucing yang gebu ni. Apa tuan dia bagi makan sampai boleh gemuk macam tu?
Ini dia rahsia yang dikongsi oleh OvaPet Premium Pet Spray tentang bagaimana untuk menyediakan homemadewetfood yang super lazat dan confirm kucing korang akan suka. Paling penting tanpa bahan pengawet, garam dan pewarna.!
Okay jom kita lihat apa sebenarnya secret recipe yang boleh dilakukan oleh pemilik kucing untuk menyediakan wet food untuk si bulus mereka.
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Ikan/daging/ayam (direbus) – protein
– Labu rebus – mineral
– Lobak rebus – vitamin
– Agar-agar (optional) – untuk tekstur
– Rebus kosong tanpa garam
– Air rebusan ayam/ikan/daging jangan dibuang
– Guna ayam/ikan/daging yang fresh sebab sesetengah kucing memilih tak nak makan kalau tak fresh
– Elakkan ayam/ikan/daging/telur mentah yang tak dimasak kerana mengandungi bakteria berbahaya kepada haiwan
3. Ini tekstur selepas dikisar. Kalau puas hati dengan kepekatan wet food tersebut, tak perlu tambah agar-agar ya.
Ads
Kalau terlalu cair boleh guna agar-agar. Hanya perlu masak sedikit agar-agar bersama air sehingga larut. Kemudian, masukkan bahan blend tadi, kacau sebati dan biarkan sejuk.
Kalau terlalu pekat, boleh tambah air rebusan ayam/ikan dan gaul sebati.
Anak kepada jutawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah El Zahra, baru-baru ini telah melancarkan lagu raya bersama tiga penyanyi lain iaitu Alyssa Dezek, Ara Aziz, dan Cik B, yang berjudul Raya Gen Z.
Namun, Qadejah mengakui merasa tercabar dengan tindakan bapanya yang turut mengeluarkan lagu raya berjudul Raya Ya Ya bersama penyanyi Iman Troye.
Menurut Qadejah, persaingan ini secara tidak langsung dapat memberi peluang positif untuknya terus memajukan diri dalam industri muzik.
“Saya rasa tercabar, tetapi persaingan adalah benda yang baik sebab akan buatkan kita untuk sentiasa memajukan diri,” katanya kepada Remaja.
Lebih menarik lagi, Qadejah mendedahkan bahawa kedua-dua lagu tersebut kebetulan siap pada hari yang sama.
“Abah ada keluar lagu Raya Ya Ya dan lagunya siap pada hari yang sama dengan lagu raya saya, Raya Gen Z.
“Kami sekeluarga memang akan makan bersama. Jadi, di meja makan, kami pandang satu sama lain dan bertanya mengenai lagu masing-masing. Kemudian, kami perdengarkan.
“Saya rasa, lagu saya lebih sedap sebab saya tak faham lagu abah,” tuturnya lagi.
Terdahulu, lagu Raya Gen Z mendapat pelbagai kritikan kurang enak dari netizen. Namun, Qadejah melihat kritikan tersebut sebagai peluang untuk dirinya memperbaiki kekurangan.
“Hentaman untuk lagu kami, saya rasa adalah benda yang baik juga sebab ia akan bawa kami menjadi orang yang lebih baik.
“Setiap kritikan yang diberikan, akan saya gunakan untuk perbaiki diri,” jelasnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak semua artis K-pop popular berasal dari Korea Selatan.
Ramai sebenarnya ‘penyanyi import’ di sana yang berjaya dicari menerusi scouting ataupun uji bakat yang diadakan di luar Korea mahupun dengan menghantar video penyertaan kepada agensi.
Antara termasuklah Lisa Manoban (Blackpink – Thailand), Sandara Park (2NE1 – Filipina), Rose (Blackpink – Australia), Mina & Sana (TWICE – Jepun), Nickhun (2PM – Thailand), Jackson Wang (GOT7 – Hong Kong), Lay (EXO – China), Bang Chan (Stray Kids – Australia) dan ramai lagi.
Hakikatnya, pembabitan mereka dalam dunia K-pop telah mewarnai dan memeriahkan lagi industri di sana.
Kini, peluang tersebut muncul semula apabila SM Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal membuka pendaftaran secara online untuk mencari trainee baharu bagi kumpulan ‘boy group’ di bawah label mereka!
Uji bakat yang dikenali sebagai 2021 Global SM New Boy Group Audition ini sedang mencari bakat baharu dari seluruh dunia untuk digabungkan di bawah SM.
Remaja lelaki yang layak mencuba nasib haruslah lahir dari tahun 2002 hingga 2008, mempunyai minat dan bakat terpendam dalam bidang nyanyian dan belum lagi terikat dengan mana-mana agensi.
Caranya mudah saja, DAFTARKAN DIRI DI SINI bermula hari ini (16 Januari) hinggga 15 Februari 2021 dengan menghantarkan butiran diri dan video uji bakat.
EXO
shiNEE
Dalam video tersebut, serlahkan kemampuan korang untuk menyanyi, menari atau apa juga bakat lain yang boleh diketengahkan.
Mereka yang disenarai pendek akan diumumkan oleh SM pada 28 Februari nanti dan mereka haruslah bersiap sedia untuk melalui saringan uji bakat secara fizikal atau secara atas talian (bergantung kepada lokasi masing-masing) pada 15 Mac kelak.
Keputusan akhir pemilihan kemudian akan diumumkan pada 31 Mac 2021.
NCT
Super Junior
Exciting kan!
Mana tahu, kita bakal ada artis K-pop pertama dari Malaysia selepas ini.
P.S: Penulis gemarkan tagline Bring The Boys Out yang digunakan oleh SM bagi uji bakat ini. Ia mengimbas semula grup perempuan Girl’s Generation yang mempunyai lagu popular dengan judul yang sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali Ramadan, ramai di antara kita tertunggu-tunggu untuk menonton drama Ramadan yang ditayangkan di televisyen. Selain daripada menyentuh emosi, kebanyakan drama-drama ini banyak memberi pengajaran dan tauladan buat penonton.
Boleh dikatakan hampir setiap tahun, drama yang ditayangkan sempena bulan Ramadan tidak pernah mengecewakan. Kalau tengok berulang kali pun confirm tak bosan.
Betul tak?
Jom kita lihat antara drama-drama Ramadan yang best pernah ditayangkan di TV.
1. Syurgamu Ramadan
Mengisahkan tentang Datuk Halimatun yang menentang perkahwinan anak perempuannya (Marlia) bersama seorang pengawal keselamatan (Budi). Datuk Halimatun tidak lagi mempedulikan anak sulungnya itu dan hanya memberi fokus kepada anak bongsu (Yassin). Marlia dan Daud bahagia di alam perkahwinan mereka dan dikurniakan 5 orang anak.
Satu hari, Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian. Anak-anak mereka menjadi anak yatim piatu dan mendapat perhatian rancangan Bersamamu TV3. Datuk Halimatun menonton program itu dan kemudian, cucu-cucunya tinggal bersamanya.
Seakan tidak dapat menerima kehadiran mereka, anak-anak arwah dijaga oleh Yassin yang merupakan adik kesayangannya. Hari demi hari, Datuk Halimatun mula rasa sayang kepada cucu-cucunya itu.
2. Ramadan Terakhir
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
3. 7 Ramadan
Drama ini disiarkan pada tahun 2012 menceritakan tentang seorang anak angkat (Dhani) yang malu kepada ibu (Ellie Suriaty) yang miskin dan telah membesarkannya sehingga berjaya di universiti. Pada hari konvokesyen, si ibu begitu teruja ingin melawat anaknya dengan membawa kuih kegemaran anaknya. Namun, Dhani tidak mengendahkan dan pura-pura tidak mengenali ibunya.
Hal ini dilihat oleh teman wanitanya (Ana) yang perasan kehadiran Sufiah dan Dhani menjawab bahawa dia tidak mengenali perempuan itu. Kejadian yang berlaku menjadikan perasaan ingin tahu Ana semakin menebal.
4. Ramadan Jangan Pergi
Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.
Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.
Drama ini dibintangi oleh Siti Saleha, Lufya Omar, Fir Rahman dan Sheila Rusly.
5. Ramadan Yang Hilang
Mengisahkan tentang konflik dua beradik, Zafirah dan Delisha, yang mana Delisha merupakan anak angkat kepada keluarga Zafirah. Konflik berlaku apabila Delisha mendapat layanan dan perhatian yang lebih daripada ibu dan bapa Zafirah sehingga menyebabkannya rasa tersisih dan cemburu.
Cita-citanya sebagai penulis novel terpaksa dilupakan kerana terpaksa membantu ayahnya menguruskan syarikat. Zafirah juga terpaksa menolak cinta Rafiq kerana terlalu sibuk bekerja. Konflik semakin memuncak apabila cinta Rafiq mula beralih arah pada Delisha.
Drama ini dibintangi oleh Eira Syazira, Syatilla Melvin, Arja Lee dan Zamarul Hisham.
6. Nur 1 & 2
Nur merupakan drama bersiri yang ditayangkan sekitar tahun 2018. Drama ini menfokuskan tentang perbezaan kehidupan masyarakat yang dilabel sebagai golongan ‘pendosa’ dan juga golongan ‘beriman’ daripada perspektif masyarakat sekeliling.
Kejayaan Nur membuatkan drama ini mempunyai kesinambungan dalam Nur 2 yang ditayangkan pada tahun lalu.
Mengisahkan tentang seorang ustaz yang berkahwin dengan bekas pelacur, banyak pengajaran yang korang boleh belajar melalui drama ini. Watak Ustaz Hamadi yang dilakokan oleh Azhan Rani memberi kesan yang mendalam apabila dia berjaya membuatkan penonton membenci dan geram setiap kali menonton.
7. Cari Aku Di Syurga
Drama viral lakonan Janna Nick, Aeril Zafrel, Mimi Lana dan Hun Haqeem ini berjaya bermain emosi penonton pada bulan Ramadan tahun lepas. Mengisahkan tentang seorang isteri yang tidak tahan hidup susah bersama suaminya, lalu menuntut cerai selepas melahirkan seorang anak perempuan.
Lakonan mantap Aeril Zafrel dan Janna Nick wajar diberi pujian kerana watak yang dibawa oleh mereka memang menyentuh perasaan penonton sehingga boleh menyebabkan korang menangis. Hiks!
Kalau korang belum sempat menonton drama-drama yang disenaraikan ini, korang masih boleh menonton episod penuh di lama YouTube.
Memang berbaloi, dan paling penting sediakan tisu sekali ya. Hehe..
#SyukurBersama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!