Aktres jelita, Nelydia Senrose menjadi bualan dan tanda tanya orang ramai selepas tular video di TikTok memaparkan pelakon ini sudah tidak lagi mengenakan hijab.
Menerusi rakaman yang dimuat naik semula di akaun peminat Nelydia, kelihatan adik kepada aktres popular, Uqasha Senrose dan suaminya serta ahli keluarga yang lain bercuti ke Cameron Highlands, Pahang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoal tindakan pelakon itu yang dilihat on off bertudung, lebih-lebih apabila dia pernah menunaikan haji dua tahun lalu.
Terdahulu, Nelydia telah mencuri tumpuan apabila secara perlahan-lahan mengenakan hijab selepas pulang daripada tanah suci.
Ads
Sumber: Instastory Nadiyah Shahab
Namun, bukan mudah untuk istiqamah apabila pelakon drama popular Setia Hujung Nyawa itu dilihat beberapa kali tampil tanpa hijab termasuklah ketika bercuti ke luar negara.
Ads
Sekadar informasi, Nelydia tampil mengenakan hijab sekitar tahun 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon drama bersiri terkenal The Walking Dead, Kelley Mack baru-baru ini disahkan meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat penyakit kanser.
Berita duka itu dikongsikan oleh ahli keluarganya menerusi akaun Instagram rasmi mendiang Kelley, atau nama sebenarnya Kelly Klebenow yang memaklumkan beliau menghembuskan nafas terakhir pada 2 Ogos lalu selepas bertarung dengan ‘diffuse midline glioma’ iaitu sejenis tumor agresif yang menyerang otak dan saraf tunjang.
Menerusi kenyataan adiknya, pemergian Kelley disifatkan sebagai kehilangan besar buat keluarga dan semua yang mengenalinya.
“Dengan kesedihan yang amat mendalam, kami memaklumkan pemergian insan tersayang kami, Kelley. Satu cahaya terang penuh semangat kini telah beralih ke alam yang kekal, tempat yang bakal kita semua tuju jua akhirnya,” tulisnya.
“Kelley pergi dengan tenang pada malam Sabtu, dikelilingi ibu tercinta, Kristen dan ibu saudaranya, Karen. Kehadirannya dirasai dalam pelbagai bentuk, termasuk kelibat rama-rama yang sering muncul kepada insan yang menyayanginya,” jelasnya lagi.
Mengimbas kembali, Kelley Mack dikenali menerusi peranannya sebagai Addy dalam musim kesembilan The Walking Dead dan beliau juga pernah membintangi siri popular lain seperti Chicago Med dan 9-1-1, serta menjadi suara latar Gwen Stacy dalam filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse.
Sementara itu, menurut pengarah The Walking Dead, Michael E Satrazemis yang menitipkan penghormatan terakhir berkata,
“Saya bertuah dapat berkarya bersama Kelley dalam TWD. Beliau adalah satu cahaya yang bersinar pada setiap lapisan. Salam kasih buat semua yang menyayanginya”
Sekadar info, Kelley akan membuat penampilan terakhir menerusi filem berjudul Ricky terbitan Universal yang masih belum ditayangkan.
Beliau meninggalkan ibu bapanya, Kristen dan Lindsay Klebenow, dua adik-beradik, Kathryn dan Parker serta datuk neneknya, Lois dan Larry serta teman lelakinya, Logan.
Sumber: Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai orang berpindah tempat kerja atas pelbagai alasan. Ada yang dapat gaji lebih mahal, ada yang bosan kerana terlalu fussy. Ada yang bergaduh dengan rakan sekerja. Ada sebab gaji tak pernah naik sejak dua tiga tahun ini dan pelbagai lagi alasan.
Di bawah ini disenaraikan 10 tip kerjaya yang ditulis oleh Norizan bin Sharif di facebooknya. Ternyata, generasi muda hari ini mudah terkeliru apa yang mereka kehendaki dalam kerjaya masing-masing.
Ini 10 tips kerjaya darinya:
Ramai impikan bekerja di syarikat besar dan ternama, kalau tempat kerja baru lebih kukuh dan terkenal, jangan berpaling lagi ya.
Pilih sama ada nak jadi generalist atau specialist. Nak jadi generalist, kerja dengan syarikat kecil. Semua benda kita buat. Nak jadi specialist, kerja dengan syarikat besar. Kita buat satu skop kecil saja.
Jangan rasa sedih kalau khidmat kita tak diperlukan lagi, ada banyak lagi peluang di tempat lain
Sama ada kita kerja tetap, sementara atau kontrak, anggaplah kita kontraktor. Kita diambil untuk buat satu-satu kerja. Sampai masa kita akan pergi. Usah sedih apabila pencen, ditukarkan atau diberhentikan.
Bila berpindah tempat kerja baru sekurang-kurangnya kita akan ada pengalaman lain. Jadii jangan lepaskan peluang ya.
Pastikan kita ada dua saluran pendapatan. Buat freelance dalam bidang yang tak ada kaitan dan tak ganggu kerja hakiki. Simpan kesemua pendapatan tambahan. Usah joli sangat sewaktu muda.
Bila dapat bonus tu jangan lupa simpan sebahagian ya. Ada kegunaan time kecemasan. Mana tahu syarikat baru, bonusnya lagi banyak dari sedia ada
Usah gunakan kenaikan gaji atau bonus untuk scale-up gaya hidup. Gunakan untuk bayar hutang, buat pelaburan atau simpanan. Tak perlu nak beli kereta baru apabila naik gaji. Hidup lebih tenang kalau tak ada hutang.
Jangan berbelanja lebih dari pendapatan ya bila gaji kecualilah korang memang dah ada simpanan banyak sekurangnya setahun
Bezakan antara kos sara hidup dan kos gaya hidup. Berbelanja di bawah kemampuan. Apa saja wang lebih dari kos saraan hidup, simpan untuk masa depan. Bukan untuk sara gaya hidup.
Pekerjaan bergantung kepada prestasi kita. Andai kita memang pekerja yang baik, memang ramailah majikan berebut
Usah ingat kita kerja tetap, kerja itu jadi milik kita sampai bila-bila. Kalau majikan nak buang kita, tak susah sangat pun. Ada 1001 cara. Bersedia untuk berhenti atau diberhentikan.
Gunakan gaji ikut formula 50:30:20. Begini. 50% gaji bersih untuk kos tetap seperti ansuran / sewa rumah dan kereta. 30% untuk kos tak tetap seperti makan di luar, beli pakaian atau melancong. 20% untuk simpanan atau pelaburan. Kalau tak dapat simpan 20% sebulan, cubalah 10%.
Jangan bimbang tentang rezeki tempat lain, adalah rezeki kita.
Sekiranya kita ditawarkan kerja baru, usah terima counter offer dari majikan sedia ada. Sebab kita minta kerja baru ialah tak suka tempat kerja sekarang. Atau nak cari padang baru.
Kalau counter offer setakat naik gaji atau jawatan, ia tak selesaikan masalah tak suka tempat kerja. Ia juga tak berikan padang baru. Kalau majikan tawarkan langit dan bulan untuk kita kekal, boleh difikirkan.
Kalau pun terima offer baik, jangan sesekali burukkkan majikan lama ya. Sebabnya kat situ dulu korang pernah cari rezekikan
Walau bagaimana hebat sekali pun, usah ingat kita tak boleh digantikan. Pekerja datang dan pergi. Apabila kita pergi, orang lain yang datang mungkin lebih baik dari kita. Beri sokongan kepada dia. Usah burukkan pengganti kita.
Tak kisahlah kerja apa, janji halalkan. Kalau korang memang berbakat, mana-mana majikan pun sudi ambil korang bekerja
Apabila nak berhenti kerja, berhentilah elok-elok. Zip mulut dan usah bercakap buruk tentang majikan. Kalau nak bercakap, bercakaplah yang elok. Apa saja yang buruk kita cakap, akan sampai balik kepada bekas majikan. Kita tak tahu, suatu hari nanti mungkin kita nak minta tolong bekas majikan. Atau, kembali bekerja di situ.
Sumber :- Norizan bin Sharif
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harapan peminat taman tema sedunia amatlah tinggi..
Adakah taman tema 20th Century Fox World yang sedang dibina di Genting Highland menepati jangkaan semua orang, setakat ini?
Pada mulanya, taman tema ini dijangka akan dibuka kepada orang ramai secara berperingkat bermula tahun 2018. Apabila pihak Genting dan 20th Century Fox World Malaysia mengadakan sidang media kali pertama mereka pada tahun 2014, ramai beranggapan tempoh 4 tahun itu terlalu singkat untuk menyiapkan kesemuanya.
4 tahun hampir berlalu. Apakah perkembangan terbaru dengan taman tema tersebut bernilai RM2.5 bilion?
Rupa taman tema Genting Highland beberapa tahun lalu. Agaknya sekarang macam mana eh?
Genting Highlands ialah lokasi pertama yang dipilih untuk mewujudkan taman tema 20th Century Fox. Sebanyak lebih daripada 25 tarikan dan ride baru akan dapat korang naiki. Kesemuanya berasaskan filem terkenal yang pernah dikeluarkan oleh syarikat penerbitan itu termasuklah Planet of the Apes, Rio, Alien vs Predator, Ice Age, Life of Pi, Night at the Museum, Wolverine dan – wait for it – Titanic!
Kesemua tarikan tersebut telah dapat dilihat terbina pada tanah berkeluasan 25 ekar ini. Cuba korang lihat beberapa foto yang telah dirakam oleh pihak kontraktor dan pengunjung yang menaiki kereta kabel untuk ke Resorts World Genting.
Kelihatan Space Shot yang lebih tinggi berbanding Solero Shot dahulu.
Ada juga ride terbaru yang landai namun pantas!
Kawasan landskap bertangga di bahagian luar.
Pintu masuk utama bertemakan roket (mungkin sekali diilhamkan daripada filem Alien vs Predator)
Bersebelahan dengannya pula ialah bangunan Arena of Stars sedia ada.
‘Rumah’ kepada Ice Age yang menjadi pintu masuk untuk ride roller coaster. Dah bersalji!
Seperti di Disneyland, 20th Fox Century juga dijangka akan menganjurkan Dream Parade istimewa yang menampilkan karakter diminati ramai daripada filem dan siri kartun mereka. Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi mengenai Dream Parade ini, jika benar ia berlaku, pasti semua pengunjung termasuklah kita yang dah besar panjang ini tak sabar menantikannya pada waktu malam.
Setakat ini, begitulah rupa taman tema ini yang masih dalam proses pembinaan. Yang paling terawal dibuka adalah stor Fox World Studio pada 21 April lalu di tingkat kedua Sky Avenue, Genting. Bolehlah korang usha merchandise mereka.
* * * * *
Apa pun, kami berharap ia dapat dibuka menjelang suku kedua tahun 2019, seperti yang diramalkan pakar. Selain daripada di Malaysia, taman tema 20th Century Fox juga akan dibuka di Dubai dan Yeongjong Island, Korea Selatan.
P.S: Harga tiket masuk dijangka dijual sekitar RM150 seorang. Hhm, berbaloi ke tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!