Siapa sangka, lirik berbunyi, “We’re goin’ up, up, up it’s our moment,” memberi gambaran awal terhadap fenomena yang akan dicetuskan oleh kumpulan dari Korea Selatan, Huntr/x (disebut Huntrix) menerusi lagu hit mereka, Golden dalam filem KPop Demon Hunters.
Golden sekali lagi menerima pengiktirafan dari dunia hiburan Hollywood semalam apabila memenangi kategori ‘Best Song Written for Visual Media’ di anugerah Grammys 2026 semalam, sekaligus mencetuskan keriangan dalam kalangan rakyat Korea Selatan.
Terdahulu, Golden meraih kejayaan di anugerah Golden Globes ke-83, Januari lalu bagi kategori ‘Best Original Song’.
‘Golden’ Buka Mata Industri Hiburan Barat
Biarpun Golden berdepan pertikaian sama ada ia layak digelar sebuah lagu K-pop memandangkan ia merupakan sebuah lagu berbahasa Inggeris yang menjadi runut bunyi dalam filem terbitan Sony Pictures Animation dan dipasarkan oleh Netflix, ia bukanlah alasan untuk peminat K-pop tidak meraikan kejayaan yang diterima oleh Huntr/x.
Tidak dinafikan, kebanyakan studio produksi dan label muzik antarabangsa semakin menyedari fenomena yang dicetuskan oleh industri muzik K-pop dan artis-artis yang tergolong dalam kelompok ini di peringkat global.
Ads
Satu-persatu projek kolaborasi tercetus sepanjang tahun 2025; Golden merupakan salah satu testimoni kejayaan penyanyi kelahiran Korea Selatan di mata dunia.
Begitu juga dengan lagu kolaboratif ‘A.P.T‘ dendangan Rose Blackpink bersama Bruno Mars selain kemunculan kumpulan wanita semakin meningkat naik, Katseye yang turut menerima beberapa pencalonan di Grammys semalam.
Ads
Bukan ‘One Hit Wonder’
Kejayaan Golden di platform sebesar Grammys menerusi kategori ‘Best Song Written for Visual Media’ (malah dicalonkan untuk kategori ‘Song of the Year’) merupakan satu indikasi yang kuat mengatakan artis-artis K-pop kini bukan hanya diterima oleh peminat tetapi juga oleh para pengkritik serta pihak akademi antarabangsa.
(Dari Kiri): Audrey Nuna, EJAE dan Rei Ami.
Kali terakhir Korea Selatan beraksi cemerlang di acara Barat adalah menerusi filem Parasite yang memenangi kategori; antaranya Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik di anugerah Oscars pada tahun 2020.
Satu persoalan yang timbul di minda ramai pengkritik dan peminat, what is next for Huntr/x?
Ads
Difahamkan, mereka bakal muncul dalam projek filem sekuel KPop Demon Hunters yang sedang diusahakan oleh Netflix dan Sony agar ia sempat ditayangkan pada tahun 2029.
Vokalis utama Huntr/x, EJAE pula baru sahaja meluncurkan lagu solo pertamanya berjudul In Another World pada Oktober 2025 dan muncul dalam album versi deluxe Anyma Disember lalu menerusi lagu Out of My Body.
Sementara itu, Audrey Nuna dijadualkan membuat persembahan solo di upacara pembukaan AFC Women’s Asian Cup di Australia pada 1 Mac. Manakala Rei Ami juga sedang merancang beberapa single terbaru sepanjang tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon kacak berusia 24 tahun, Raja Muhammaf Atiqullah Raja Azman Shah selamat mengikat tali pertunangan pada malam Sabtu lalu bersama gadis pilihan hatinya, Alia Natasha.
Tampil sedondon dalam persalinan berona ungu lilac, majlis pertunangan Atiq dan Alia itu telah dilangsungkan di Seremban, Negeri Sembilan.
Kongsi Atiq selepas majlis tersebut, keluarga kedua-dua belah pihak telahpun memilih tarikh pernikahan sekitar tahun 2025. Bagaimanapun buat masa ini, Atiq merasakan lebih molek untuknya merahsiakan perkara tersebut.
Atiq yang mula dikenali dek penangan fenomena drama Nur yang disiarkan di saluran TV3 tidak lama dahulu berkata, dirinya akan mengambil tempoh masa kurang dari setahun ini untuk mempersiapkan diri sebelum bergelar seorang suami.
Biarpun umum mengetahui Atiq mempunyai latar belakang pendidikan dalam aliran keagamaan sewaktu di bangku sekolah, Atiq merasakan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki olehnya untuk melangkah ke fasa alam rumah tangga.
“Seperti pasangan lain, kami akan menggunakan tempoh ini untuk melakukan persiapan majlis. Tetapi bagi saya sendiri, saya akan mengambil masa ini untuk memperbaiki diri.
“Perangai lama saya kenalah diubah sebab kita hendak bergelar seorang suami dan perlu bertanggungjawab terhadap isteri nanti. Tak boleh nak seronok-seronok macam dulu. Kena fikir dahulu akibat kepada setiap perbuatan kita.
“Saya pun perlu belajar tentang cara menguruskan diri dari segi menjadi seorang yang adil, penyabar dan bijak menguruskan soal kewangan keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, Atiq menyifatkan sekarang adalah waktu yang tepat untuknya bergelar seorang suami. Tampil lebih matang berbanding dahulu, Atiq enggan memberi terlalu banyak tekanan terhadap dirinya dan pasangan dalam melakukan persiapan perkahwinan.
Sebaliknya, adalah lebih baik menurutnya untuk mengambil langkah satu-persatu agar segalanya berjalan secara lancar.
Pelakon Emilia Pérez dan Only Murders in the Building, Selena Gomez yang mengikat tali pertunangan bersama penerbit muzik, Benny Blanco pada bulan Disember lalu telah muncul di karpet merah dan acara Golden Globes 2025 bersama cincin tunangnya buat kali pertama.
Calon kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Televisyen – Muzikal dan Komedi serta kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem hadir bersama tunangnya di acara, pagi tadi dalam persalinan berona powder blue rekaan Prada.
Bagaimanapun, aksesori Selena lebih mencuri tumpuan dalam bentuk cincin tunang jenis marquise-cut itu.
Sewaktu Selena mengumumkan pertunangannya, ramai pakar barangan kemas menganggarkan cincin tersebut kemungkinan bernilai antara USD225,000 (kira-kira RM1,016,045) hingga USD1,000,000 (kira-kira RM4,515,750)!
Selain semasa kelibatnya di karpet merah, Selena, 32 juga dilihat menunjukkan cincinnya kepada gandingannya dalam Only Murders in the Building, Martin Short ketika di meja mereka.
Tidak cukup sekadar itu, pengacara Golden Globes 2025 iaitu Nikki Glaser juga sempat menyelitkan jenaka mengenai Selena, Benny dan pertunangan mereka.
“Selena Gomez berada di sini dengan dua pencalonan menerusi Emilia Pérez dan Only Murders in the Building.
“Dan dia di sini bersama tunangnya, Benny Blanco,” sambil Selena dilihat tersipu dengan pengumuman tersebut. “Dan Benny Blanco di sini kerana ‘jin; telah mengabulkan kehendaknya. (Awak seorang) lelaki yang bertuah.”
Selain Selena dan Benny, satu lagi pasangan yang mencuri perhatian di Golden Globes 2025 ialah Timothée Chalamet – Kylie Jenner.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, yang didakwa gagal membuat pembayaran kepada kontraktor berjumlah RM1 juta baru-baru ini, menjadi perhatian ramai.
Meskipun berhadapan dengan kontroversi tersebut, anak-anak menjadi sumber kekuatan bagi Vida untuk terus melangkah maju.
Menerusi perkongsian di TikTok, Vida dikatakan kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.
Selain itu, Cik B turut menitipkan doa buat ibu tercinta dengan harapan agar Vida diberikan kekuatan.
“Ya Allah kau tabahkan hati mama ku, kuatkan lah bahunya untuk memikul segala beban yang dia terima.
“Terima kasih mama sentiasa mendoakan kami berdua untuk berjaya dunia akhirat,” tulisnya.
Cik B juga berharap agar penyanyi lagu popular I Am Me itu sentiasa kuat menghadapi segala cabaran yang mendatang dalam hidupnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Cik B Salmon Skin HQ
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AI.com dijual pada harga RM276 juta kepada CEO Crypto.com, mencipta sejarah sebagai domain termahal dan membuktikan kehebatan usahawan Malaysia di pentas digital dunia.