Astro, selaku Home of Live Entertainment, bakal membawa nadi hiburan tanah air ke Negeri Di Bawah Bayu menerusi Festival ULTRA5G U Mobile Cara U Sabah sebuah perayaan muzik dan budaya berskala besar yang menghimpunkan bintang-bintang terkemuka Malaysia dalam satu pengalaman hiburan live yang penuh gaya dan tenaga.
Festival ini menjanjikan pentas hiburan bertaraf premium dengan menampilkan segmen istimewa daripada program ikonik Astro seperti Gegar Vaganza, Big Stage, The Hardest Singing Show serta Gempak Most Wanted Awards 2026. Setiap kemunculan diraikan bukan sekadar sebagai persembahan tetapi juga sebagai momen hiburan yang dikongsi bersama para peminat.
Antara nama besar yang dijangka mencuri tumpuan di Jetty DBKK termasuk Noryn Aziz, Adira, Amir Masdi, Aisha Retno, Kaka Azraff dan Shahrul Kamal, serta dihoskan oleh Munabella.
Tidak terhenti di situ, Festival ULTRA5G U Mobile Cara U Sabah turut menghimpunkan barisan artis popular lain seperti Dolla, Akim, Syamel, Noh Salleh, Elica, K-Clique serta penyanyi kebanggaan Sabah sendiri, Stacy – menjadikan festival ini satu pertemuan eksklusif yang merangkumi pelbagai genre, generasi dan gaya muzik.
Aisha Retno.Amir Masdi.Kaka Azraff.Shahrul Kamal.
Selain persembahan pentas yang mendebarkan, para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai aktiviti interaktif di booth Astro, sekali gus memperkukuhkan hubungan antara artis, jenama dan komuniti setempat menjadikan festival ini lebih dekat, lebih peribadi dan lebih bermakna.
Suasana festival boleh dinikmati sepanjang tiga hari penuh hiburan tanpa henti, dengan acara kemuncak bakal berlangsung di Jetty DBKK, Kota Kinabalu pada 7 dan 8 Februari, bermula jam 6.00 petang.
Noh Salleh.
Paling menarik, kemasukan adalah PERCUMA untuk semua.
Jumpa anda di Festival ULTRA5G U Mobile Cara U Sabah; bertempat di Jetty DBKK, Sabah di mana muzik, bintang dan pengalaman live bersatu.
Untukpengalamanhiburan yang lebihmenyeluruh, tingkatkangayahidupandadengan Astro One pada hargaserendah RM49.99 sebulan, lengkap dengan penstrimansehinggaempatperantiserentak. Bagi yang sentiasabergerak, nikmatihiburanbila-bila masa menerusiaplikasisooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Mungkin kerana masa kami untuk bersama tidak sesuai dan saya rasa tidak mahu bercerita terlalu jauh tentang perkara ini,” katanya ketika bersiaran langsung di Instagram semalam.
Pada masa sama, Amelia memaklumkan dia dan pelakon berusia 30 tahun itu juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka kerana menghormati antara satu sama lain.
“Apa-apa pun sekarang kami sudah di haluan berbeza dan tiada apa yang boleh diulas.
Ads
“Dia adalah seorang aktor hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy malah tidak sabar untuk menonton filem Kahar Kapla High Council nanti.
“Adakalanya, sesuatu perkara berakhir kerana masa itu tidak bersesuaian. Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami saling menghormati,” ujarnya lagi.
Ads
Difahamkan, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Setahun kemudian, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada akhir tahun lalu, nama Kim Seon Ho sering disebut-sebut oleh peminat di seluruh negara kerana kontroversinya bersama bekas kekasih yang dikatakan menggugurkan kandungan atas permintaan selebriti itu.
Disebabkan kontroversi tersebut, Kim Seon Ho mendiamkan diri sejurus selepas drama hitnya Hometown Cha Cha Cha berakhir. Dia turut membuat permohonan maaf atas segala perkara yang telah berlaku dan beberapa projek yang disertainya dikhabarkan telah dibatalkan.
Terbaharu, aktor Korea ini dikatakan menolak semua tawaran projek baharu pada tahun 2022 dan hanya menyelesaikan penggambaran filem Sad Tropics yang sudah dijalankan pada tahun lalu.
Menurut Allkpop, terdapat sumber yang mengatakan bahawa Kim Seon Ho hanya akan mengisi jadual kerjanya dengan penggambaran dan hal-hal berkaitan promosi filem tersebut. Tawaran-tawaran lain seperti lakonan, modeling dan sesi bertemu peminat di luar negara juga akan ditolak.
Hm, nampaknya sepanjang tahun ini kita tidak boleh menonton aksi Kim Seon Ho di kaca televisyen melainkan menerusi filem Sad Tropics. Semoga oppa Seon Ho berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kejayaan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China sekaligus menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan prestasi mereka terutamanya peminat nombor satu sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Selepas pilihan keenam kejohanan itu menewaskan beregu tuan rumah Chen Bo-Liu Yi pada Ahad dengan skor 21-19, 21-17 dalam masa 47 minit, Chong Wei menerusi satu kenyataan tidak teragak-agak menyampaikan ucapan tahniah kepada mereka berdua.
“Tahniah yang sebesar-besarnya kepada Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik di atas kemenangan hebat anda di BAC hari ini!
“Anda berdua menunjukkan semangat juang, kemahiran dan ketabahan yang luar biasa di gelanggang. Malaysia bangga dengan anda.!
“Cayalah… macam ada level up je!” catatnya menerusi hantaran di Facebook dan Instagram rasmi bekas pemain perseorangan lelaki badminton nombor satu dunia itu.
Chong Wei juga berharap agar Aaron-Wooi Yik untuk mengekalkan konsistensi dan sekaligus menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.
Selaku juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$37,000 atau kira-kira RM164,000 manakala pasangan China itu menerima AS$17,500 (RM77,000) di kedudukan naib juara.
Sekadar info, ini bukanlah kali pertama Aaron-Wooi Yik melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Asia. Mereka pernah bertarung di aksi final kepada edisi 2022 di Muntinlupa, Filipina namun kecundang kepada pasangan Indonesia, Pramudya Kusuma-Yeremia Rambitan 21-23, 10-21.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!