Penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri menzahirkan kesyukuran dan teruja apabila sekali lagi wajahnya terpampang besar menerusi salah satu iklan digital di Times Square, New York.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, pelantun lagu popular Masing-Masing itu memuat naik foto dan video yang menunjukkan dirinya sedang menghiasi iklan digital berkenaan di bandar terkenal tersebut.
“Surprise! I’m the EQUAL ambassador of this month! Alhamdulillah untuk kedua kalinya. Masih lagi bermimpi,” coretnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut sama berbangga dengan pencapaian isteri kepada penyanyi Syamel itu sekali gus mengucapkan tahniah Ernie.
Ads
“Kamu hebat (selalu)” komen vokalis kumpulan Govinda.
“Tahniah!” komen penyanyi Dayang Nurfaizah.
“Hebat Hebat!” tulis juga pereka fesyen Hatta Dolmat.
Penampilan ibu kepada seorang cahaya mata itu pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.
Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.
Sebelum ini, beberapa penyanyi lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Dolla, Iman Troye pernah dipilih menghiasi papan digital gergasi yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Isu vape nampaknya semakin menjadi topik perbualan di Malaysia apabila seorang remaja di Labuan dilaporkan dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape.
Penyakit kecederaan paru-paru akibat rokok elektronik dan produk vape (EVALI) ialah terma baharu dunia perubatan yang kini tular secara global. Di Amerika Syarikat sudah terdapat 39 kes kematian akibat EVALI dan ribuan pula terpaksa dirawat di hospital.
Punca Penyakit Misteri Ini
Pakar kesihatan dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah pun menemui penyebab penyakit misteri itu. Menurut CDC, asetat vitamin E yang digunakan untuk mencairkan cecair vape mungkin antara puncanya. Ia dibuktikan apabila asetat vitamin E ditemui pada 29 sampel ujian tisu paru-paru pengidap kerosakan paru-paru akibat vape dan produk vape (EVALI).
Kesan Buruk Pada Paru-Paru
Dalam sampel yang sama THC (ganja) ditemui pada 82% sampel dan nikotin pula pada 61%. Ini mungkin bukti paling kukuh bahawa asetat vitamin E memberikan kesan buruk pada paru-paru penghisap vape.
Selain itu, asetat vitamin E biasanya hanya digunakan pada cecair vape yang mengandungi THC dan kebanyakan cecair tersebut tidak dijual secara komersial. Tetapi ia tidak menolak kemungkinan bahan tersebut mungin turut digunakan pada cecair vape lain di pasaran.
So pakar dah buktikan ni korang masih nak bahayakan diri ke?
Peminat pastinya sudah tidak sabar menantikan kemunculan terbaru G-Dragon apabila dimaklumkan, penyanyi berbakat ini bakal membuat come back tidak lama lagi. Personaliti ini lebih dikenali sebagai ketua kumpulan muzik terkenal Big Bang dan kali terakhir, kumpulan ini muncul adalah pada Mac 2018.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh YG Entertainment kepada YTN Star, bahawa G-Dragon sedang mempersiapkan lagu terbarunya. Malah, menerusi sumber terdekat, G-Dragon kini sibuk berulang-alik masuk ke studio dan ini lebih menguatkan lagi kenyataan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan beliau.
BIGBANG pada asalnya dijadualkan untuk memulakan semula aktiviti kumpulan dengan Coachella pada bulan April tahun ini, tetapi rancangannya gagal apabila acara itu dibatalkan kerana ke COVID-19.
Sama-sama kita nantikan kemunculan penyanyi ini tidak lama lagi.
Soal kematian adalah urusan Allah Taala. Tiada siapa tahu, bila dan bagaimana. Pasti kita akan panik jika berlaku kematian dalam rumah lebih-lebih lagi berlaku di tengah malam di saat semua orang sedang lena tidur.
Ditambah pula dengan kesedihan kehilangan orang tersayang. Membuatkan kita tak mampu berfikir dengan betul.
Cari orang masjid? Panggil saudara mara? Kejutkan jiran? Apa yang perlu dibuat terlebih dahulu?
Pengurus jenazah Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur, Ustaz Hamdan bin Haji Md Yusuf yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pengurus jenazah berkongsi pengalamannya.
Sedikit sebanyak kita perlu ada pengetahuan cara menguruskan jenazah – Ustaz Hamdan
Jelasnya, apabila seseorang Islam itu didapati sakit kuat, ada tiga perkara harus dilakukan iaitu bertaubat, berwasiat dan bersangka baik kepada Allah.
Apabila ada tanda-tanda hampir kepada kematiannya, sunat kita sebagai anak membacakan Surah Ya’sin di sisi ibu atau ayah.
Bacakan juga surah Ar-Rokdhu, beri ia minum sedikit, titiskan air ke dalam mulut, basahkan muka dan dadanya selain sunat diajarkan mereka mengucap.
Tambah Ustaz Hamdan, apabila seseorang itu sudah ada tanda-tanda ke arah kematian, kita boleh melihat tanda-tanda seperti di bawah ini.
Tanda akhir kematian
Antaranya tanda yang berlaku adalah tapak kaki mulai lurus. Tak ada lekuk-lekuk lagi sebagaimana kita yang masih hidup. Ada ketikanya memutih saja tapak kakinya. Pegang pun sejuk saja.
Tapak kaki orang yang hampir meninggal biasanya lurus, pucat dan semakin sejuk -sumber gambar internet
Tanda lain ialah hidungnya nampak seakan tunduk. Paling mudah, seperti jatuh.
Pelepisnya melekuk.
Pergelangan tanganya mulai renggang
Terdapat keluarnya peluh yang berlainan warna (berwarna kuning).
Apa yang harus dilakukan menghadapi perkara ini?
Bila berlakunya kematian, lebih-lebih lagi waktu tengah malam inilah yang harus anda lakukan. Ingat, inilah kali terakhir anda berbakti kepada ibu dan ayah kerana selepas ini, kita hanya akan bertemu di alam akhirat.
Di Padang Masyhar di mana semua akan dibangkitkan untuk bertemu Allah, kita tak akan saling mengenali di antara satu sama lain biar semasa di dunia dialah ayah, dialah ibu atau dialah adik beradik kita. Jadi berbuat baiklah di dunia sementara masih ada kesempatan dan peluang.
TONTON VIDEO PENUH INI:
Inilah cara uruskan jenazah
1.Jenazah harus di tempat tinggi seperti katil atau pangkin. Ini memudahkan kita menguruskan jenazah dengan baik.
2. Buang semua pakaian yang dipakai. Kalau perlu gunting maka guntinglah.
3. Bersihkan anggota tubuh jenazah, khususnya yang mungkin terpalit najis seperti air kencing atau berak. Ini bagi mengelakkan ada bauan yang tidak menyenangkan ketika orang datang menziarah.
4. Tutupi jenazah dengan kain putih dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya bagi mengelak aib sebelum meletakkan kain batik lepas di atasnya.
5. Baringkan jenazah dengan kakinya mengadap ke arah kiblat. Jika semasa kita hidup, muka kita mengadap kiblat, bila meninggal sebaliknya.
6. Telefonlah segera waris dan ahli keluarga yang terdekat untuk memaklumkan yang kita baru saja kehilangan orang yang kita kasihi.
7. Pergi buat satu laporan polis memaklumkan berlaku kematian di rumah kita. Jika kes tidak melibatkan sebarang unsur jenazah, pihak polis yang datang akan memberikan kita permit pengkebumian. Tapi kalau ada unsur-unsur jenayah, siasatan lebih teliti dan akan membabitkan pihak hospital untuk post mortem.
8. Bila sudah ada permit pengkebumian, rujuklah kepada pihak masjid atau surau. Maklumkan kepada mereka. Ini bagi memudahkan pihak Ajk masjid membuat urusan seperti menyuruh pihak penggali kubur menggali lubang, menyediakan tempat mandi dan lain-lain lagi untuk keesokkan harinya.
9. Jika waris sudah lama sakit dan terbaring di perbaringan, ambil sedikit gerharu atau setanggi dan nyalakan. Ini bagi mengelak bau yang mungkin kurang menyenangkan. Pembakaran ini sedikit sebanyak dapat menutup bau yang ada pada jenazah.
Terakhir sekali, ini yang paling penting ya.
10. Memandangkan kematian berlaku di waktu tengah malam, jangan sesekali membiarkan jenazah sendirian. Memang mereka telah meninggal dunia tetapi roh masih ada di situ lagi.
Berikan tanggungjawab kepada adik beradik untuk jaga secara bergilir-gilir. Bacakan surah Yasin atau ayat suci al-Quran di sisi arwah kerana pahala ini akan terus sampai kepada mereka. Sementara yang lain mungkin boleh tidur sekejap sementara menunggu hari siang untuk urusan mandi sebelum dikebumikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!