Kerjaya sebagai seorang pramugari biasanya dikaitkan dengan wanita muda yang cantik bergaya serta memiliki tubuh badan yang sihat. Namun, jangan terkejut sekiranya kami katakan seorang warga emas berumur 86 tahun diiktiraf sebagai pramugari paling lama berkhidmat di dunia oleh Guinness World Records.
Wanita yang dikenali sebagai Bette Nash itu mula berkhidmat sebagai pramugari pada tahun 1957 dan meneruskan kerjayanya itu sehingga ke hari ini tanpa pernah diberhentikan. Dia telah berkhidmat dengan syarikat penerbangan American Airlines selama 65 tahun.
Four years ago today we flew with Bette Nash for her 60th anniversary at @AmericanAir. At 85 years old, Bette Nash is still flying and is the most senior and longest-serving flight attendant in the world. pic.twitter.com/D3wF7Vmje1
Bette bebas memilih mana-mana laluan udara yang digemarinya tetapi dia lebih memilih laluan penerbangan New York-Boston-Washington kerana memudahkannya untuk berada di rumah pada waktu malam bagi menjaga anak lelaki yang merupakan individu kurang upaya.
Tambahnya lagi, selagi mempunyai kesihatan yang baik dan masih mampu, mengapa tidak dia masih lagi bekerja kerana ia sesuatu yang menyeronokkan. Malah, wanita ini telah melakukan Diamond Jubilee sama seperti Ratu Elizabeth.
Seorang lelaki Brazil yang berusia 100 tahun bernama Walter Orthmann juga telah mencipta rekod dunia Guiness untuk kerjaya paling lama dalam syarikat yang sama. Mereka menerima pengiktirafan yang sama dalam kerjaya yang dibina sejak berpuluh tahun lamanya.
Ads
Wah, memang kental semangat kedua-dua warga emas ini. Semoga kita juga terus bersemangat untuk bekerja bagi menjamin kehidupan yang lebih baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat para pelajar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menawarkan dua inisiatif pakej iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia sebagai usaha untuk membantu remaja dan pelajar universiti mendapatkan akses internet.
Pakej baharu ini akan bermula pada 15 Oktober depan melibatkan semua syarikat telekomunikasi di Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, di bawah Pakej Remaja Keluarga Malaysia ia akan melibatkan kesemua remaja di bawah 21 tahun dan pelajar universiti termasuk mereka yang meneruskan pascasiswazah.
Pakej ini menawarkan hanya RM10 sebulan untuk tiga bulan dan pelajar akan mendapat data 20GB sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, turut diberikan data percuma 1GB setiap hari untuk aktiviti produktiviti serta internet asas tanpa had.
Dengan inisiatif ini, data produktiviti dan pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah boleh dilakukan tanpa kekangan data.
Kedua-dua pakej itu akan ditawarkan selama enam bulan bermula 15 Oktober hingga 15 April 2022.
Datuk Seri Siti Nurhaliza sudahpun selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan ibu kota pada jam 8.17 pagi tadi.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pengurus Tokti iaitu kak Rozi Abdul Razak, bayi tersebut dilahirkan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan dan beliau serta suami terlebih dahulu memilih hari ini untuk kelahiran anak pertama mereka kerana ia bersamaan dengan hari Isnin, 1 Rejab yang juga merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad (SAW).
Perkongsian berita tersebut di laman Instagram milik beliau juga disambut dengan 26,000 komen peminat, setakat jam 10.30 pagi tadi.
Walaupun masih belum mendedahkan nama dan wajah bayi mereka kerana ingin diberikan ruang agar dapat berehat dan berkongsi momen indah ini bersama ahli keluarga lain dan rakan terdekat, TokTi dan suami berkongsi ucapan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, peminat dan rakan media sejak awal kehamilan sehinggalah beliau selamat bersalin.
Antara yang sempat menitipkan doa kepada Tokti adalah pendakwah terkenal dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk. Dalam rakaman audio yang dikirimkan oleh Mufti Menk ke telefon milik Datuk Seri Khalid, beliau berkata, “Semonga Allah mengurniakan kejayaan dan kerahmatan buat bayi ini dan menggembirakan hati semua yang menyayanginya.”
Tokti dalam ucapan balasnya semalam berkata, “Terharu dan rasa rendah diri, saya ucapkan terima kasih di atas ingatan ulama Mufti Menk.”
Apa-apapun, tahniah sekali lagi daripada kami di REMAJA!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan setiap kali memasuki tahun baru, acara sambutan besar-besaran bakal dianjurkan dengan persembahan bunga api di kebanyakan tempat di seluruh negara.
Namun, sejak dua tahun ini sambutan tahun baru tidak lagi meriah kerana pandemik COVID-19 yang melanda duna. Tahun ini juga, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan pembatalan sambutan Tahun Baharu, sebaliknya akan diganti dengan solat hajat dan doa selamat bagi menghormati nasib mangsa banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Menurut Berita Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak meluluskan sebarang permit penganjuran sambutan Tahun Baharu di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata ia bagi mengelak risiko penularan COVID-19 dalam komuniti.
Orang ramai diingatkan supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti sambutan tahun baharu atau berkumpul beramai-ramai pada malam ini di mana-mana lokasi tumpuan ramai.
Pihak polis dilaporkan akan menjalankan pemantauan dan rondaan pematuhan SOP PPN Fasa 4 di beberapa lokasi tumpuan sekitar ibu negara sempena sambutan Tahun Baru 2022.
Jadi bagi korang yang dah merancang nak sambut tahun baru, batalkan sahaja niat itu kerana takut ditahan kerana melanggar pematuhan SOP. Hiks!
Happy New Year guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa terharu selepas menyedari tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa memakai tali leher yang...