Talk about beauty with brains (and bravery)! Juara pencarian Dewi Remaja 2025, Nylea Adzlan membuktikan bahawa kecemerlangan akademik tidak sesekali menjadi penghalang bagi seorang mahasiswa berkecimpung dalam persada seni tarian pentas setelah diangkat sebagai salah seorang penerima Anugerah Tokoh Siswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2025 yang berlangsung kelmarin.
Nylea yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan ekonomi kini sedang dalam fasa akhir sebelum menamatkan program latihannya di sebuah entiti perbankan di ibu negara.
Pada masa yang sama, minat anak kelahiran Kuala Lumpur itu dalam bidang seni persembahan tarian terus digilap seperti mana yang berjaya dilakukannya sejak mendaftarkan diri ke institusi berkenaan.
Dewi Remaja 2025, Nylea Adzlan.
“Ini merupakan kali pertama saya dicalonkan dan apabila diumumkan sebagai pemenang, ia menjadikan seluruh pengalaman ini lebih manis.
“Ramai beranggapan kehidupan seorang mahasiswa hanya tertumpu kepada jurusan akademik yang diambilnya dan persepsi itulah yang ingin saya ubah. Minat tidak semestinya hanya bertitik tumpu ke arah satu bidang sahaja.”
“Ambil contoh seperti saya yang memilih bidang ekonomi tetapi saya juga tahu, saya mempunyai rasa cinta yang luar biasa terhadap seni tarian dan persembahan pentas.
“Oleh itu, saya menerima Anugerah Tokoh Siswa UKM 2025 ini dengan rendah diri dan berharap agar lebih ramai pelajar yang tidak gentar untuk membuka ruang eksplorasi keperibadian mereka – tidak kiralah apa jua yang mereka minat,” ujarnya.
Terdahulu pada Februari 2026, Nylea telah diangkat selaku penerima anugerah Ikon Kebudayaan UKM; dan dalam tempoh beberapa minggu lagi, institusi berkenaan juga dijangka akan mencalonkan si cantik manis ini ke acara Tokoh Siswa Negara yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
That’s our girl!
Ads
Dua Bidang Pada Satu-Satu Masa
Bakat terpendam dan minat mendalam Nylea dalam bidang tarian menutupi segala rasa penat lelah yang dirasainya pada setiap sesi latihan.
Sepanjang tahun 2025 sahaja, Nylea telah membuka lembaran baharu sebagai seorang anak seni apabila dilantik sebagai setiausaha delegasi mahasiswa Malaysia di ASEAN Youth Cultural Forum di Universiti Chulalongkorn, Bangkok.
Nylea turut aktif menyertai beberapa pertandingan tarian peringkat kebangsaan seperti di pertandingan Tarian Etnik Kreatif Sabah atau Malam Citra Bayu (MCB) di Universiti Sains Malaysia (USM) serta pertandingan Citra Tari Nusantara (CTN) di Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak kampus Bintulu; hanya sehari sebelum berlangsungnya majlis sidang media Dewi Remaja 2025.
Perjuangan Penari Tempatan Perlu Lebih Dihargai
Apabila diaju mengenai masa hadapan kelompok penari tempatan terutamanya yang menguasai seni tarian tradisi, Nylea kekal positif dengan prospek penari-penari berbakat yang ada di Malaysia.
Selain boleh mengetengahkan minat dan potensi mereka ke pentas lokal dan antarabangsa, Nylea juga percaya penari tempatan mempunyai nilai yang cukup unggul di mata ramai pihak.
Ads
Namun, isu kekurangan apresiasi terhadap kelompok penari ini membuatkan wujudnya ketidakseimbangan dalam soal bayaran yang difikirkan wajar diterima oleh mereka jika dibandingkan dengan anak-anak seni lain seperti dalam bidang nyanyian, misalnya.
Nylea Adzlan cantik mengenakan busana suku kaum Iban berpotongan moden dan fabriknya pula mencerminkan motif Pua Kumbu.
“Masyarakat kita perlu sedar bahawa bidang tarian juga merupakan bakat yang diiktiraf dan selayak menerima bayaran yang setimpal.
“Pada masa yang sama, seseorang penari juga perlu membuktikan nilai yang ada pada diri mereka sebagai seorang penari individu dan juga berkumpulan.
“Lihat sahajalah kepada produksi drama. Walaupun ia dibintangi oleh sekumpulan pelakon bagi menjayakan sesebuah naskah, penonton masih menilai kelebihan yang ada pada setiap individu yang muncul di kaca televisyen.
Ads
“We have to push ourselves forward, terutamanya dalam dunia digital di mana setiap mata pengguna media sosial memerhati langkah kita,” kata Nylea.
Pencapaian Nylea Adzlan bukan sahaja membanggakan dunia seni dan hiburan tempatan, malah turut membuka mata ramai pihak bahawa mahasiswa mampu menyerlah dalam pelbagai bidang secara serentak.
Kejayaan Dewi Remaja 2025 ini juga membuktikan bahawa disiplin, minat dan usaha konsisten mampu membawa seseorang individu melangkaui batas akademik semata-mata.
Dengan pengiktirafan seperti Anugerah Tokoh Siswa UKM dan pencalonan ke Tokoh Siswa Negara, perjalanan Nylea dilihat semakin cerah untuk terus menjadi ikon belia yang berjaya mengimbangi dunia akademik dan seni persembahan.
Bukan senang apabila 20 pelajar berkumpul dalam sebuah kelas yang sama selama 20 episod. Sudah lah tak boleh keluar berjumpa orang luar, mereka juga digertak oleh cikgu kelas sendiri untuk tidak berhubung dengan orang luar menerusi teks mesej di telefon masing-masing. Kalau tidak ikut cakap… nyawa jadi bayaran!
Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh para pelajar Cikgu Hiragi yang ditahan dalam kelas mereka sendiri sehingga tercipta fenomena di seluruh Malaysia.
Cikgu Hiragi lakonan Nadhir Nasar
Cuma yang peliknya baru-baru ini, tular beberapa tangkap layar yang seakan menampakkan perbualan di antara 20 orang pelajar Kelas 5A itu.
Aik, kata tak boleh berhubung menerusi telefon pintar mereka. Malah, telefon mereka juga dilaporkan dirampas oleh Cikgu Hiragi sendiri. Bagaimana pula sebahagian besar daripada mereka boleh berkomunikasi seperti ini?
Jelas dalam perbualan tersebut, setiap pelakon yang menukar nama mereka menggunakan nama karakter yang diberi mula merasakan Cikgu Hiragi lakonan Nadhir Nasar seakan lain macam sewaktu di dalam kelas. Tidak seperti hari-hari sebelumnya.
Tambahan pula, Cikgu Hiragi mula bertanyakan soalan yang anah-aneh kepada pelajarnya kerana salah seorang cuba menyorokkan sesuatu yang serius daripada pengetahuan yang lain.
Eh, ter-speku pula!
Nah, korang bacalah sendiri perbualan mereka yang tular itu.
“Woi, jangan aa! Goosebumps siot. Aku tak nak mati!”
“I dah penat doh fikir pasal semua benda ni.” – Siew May
Pula dahh…
Apapun, sama ada ia merupakan group chat sebenar yang ada dalam kalangan para pelakon Kelas Tahanan Cikgu Hiragi atapun sekadar gimik drama tersebut sahaja… korang tentukan sendiri.
Yang penting, peminat mereka sememangnya mencari peluang untuk menyertai group chat tersebut!
Agak-agak, apa tindakan Cikgu Hiragi sekiranya dia tahu para pelajar tahanannya itu telah melanggar arahan dengan berkomunikasi menerusi group chat ini?
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza sejak 25 September lalu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Korang juga boleh menontonnya menerusi On Demand, Astro GO dan di platform sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Dilan 1990 pernah mencipta fenomena bukan hanya di Indonesia, malah di negara kita juga memberikan reaksi positif tentang kisah cinta remaja ini.
Tahun lalu, filem tersebut telah pun melancarkan sekuelnya yang bertajuk Dilan 1991 dan hanya dalam masa lebih kurang setahun, kesinambungan filem ini telah pun diterjemahkan menerusi naskhah ketiga yang berjudul Milea: Suara Dari Dilan.
Filem Milea: Suara Dari Dilan ditayangkan pada Februari 2020 di seluruh Indonesia, dan mungkin kerana situasi pandemik yang melanda dunia sekarang, filem ini tidak ditayangkan di pawagam Malaysia.
Namun begitu, filem ini sudah pun ditayangkan menerusi Netflix sejak Sabtu lalu.
Seperti dua filem sebelum ini, Milea: Suara Dari Dilan juga mendapat sambutan hangat dari penonton di Indonesia kerana berjaya merekodkan seramai 1 juta penonton dalam masa hanya 3 hari tayangannya di pawagam.
Ceritanya bermula apabila Dilan menceritakan tentang apa yang terjadi dengan dirinya dan Milea pada awal 90-an sambil menaip kisah hidupnya di dalam komputer dan mengulas kenangan manis bersama Milea Adnan Husein.
Jika sebelum ini Dilan 1990 dan 1991 diceritakan daripada perspektif Milea, filem kali ini pula penonton dibawa bersama dalam dunia yang dibawa oleh Dilan. Hm, tajuk filem pun Milea: Suara Dari Dilan kan, so kami pasti penonton akan mudah memahami jalan ceritanya kali ini.
Cuma, pada kami sekuel terbaru ini sepertinya terlalu banyak flashback dari filem-filem sebelum sehinggakan ada part yang dirasakan terlalu perlahan dan mengundang rasa bosan kerana penonton seakan disajikan dengan ‘babak ulangan’ filem Dilan.
Sementara di Twitter pula, ramai yang berkongsi kesedihan dan seakan menyalahkan Milea dalam kisah cinta mereka kali ini. Nak tahu kenapa? Haa, kenalah tengok sendiri. Hiks!
Ada juga desas-desus yang mengatakan penulis novel Dilan ini sedang menulis kesinambungan novel ini dalam siri keempat. Wow!
Sama-sama kita nantikan.
P/S: Baru berangan-angan nak tonton Milea: Suara Dari Dilan di pawagam tapi apa kan daya hajat tak kesampaian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat penerima suntikan vaksin AstraZeneca (AZ), Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin telah mengesahkan bahawa jarak masa dos kedua akan dipendekkan daripada 12 minggu ke sembilan minggu.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) minggu lalu berikutan ketibaan 1 juta dos vaksin yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun semalam.
“Berdasarkan kepada cadangan jawatankuasa teknikal bawah JKJAV dan ketibaan sumbangan vaksin dari Jepun ini, kita akan mengurangkan sela masa antara dos dari 12 minggu ke sembilan minggu,” jelas Khairy.
Vaksin berkenaan akan dibawa ke pusat penyimpanan sebelum ia segera diedarkan di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.
Selain itu, keputusan pemberian vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk remaja berusia 12 tahun ke atas akan diumumkan dalam masa terdekat.
Orang ramai juga dilihat sudah menerima temu janji suntikan kedua AZ dan rata-rata daripada mereka telah memuat naik ‘khabar baik’ itu di media sosial.
Sudah tentu ramai yang teruja dan berasa lega untuk melengkapkan dos vaksin bagi menular wabak pandemik ini. Bagi mereka yang belum dapat sebarang temu janji vaksin lagi, jangan berputus asa kerana giliran korang pasti akan tiba tidak lama lagi.
Sama-sama kita berdoa agar inisiatif pemberian vaksin ini berjaya memutuskan rantai virus COVID-19 dalam masyarakat Malaysia.