Pushpa Narayan adalah antara finalis pencarian Dewi Remaja bukan Melayu yang paling mendapat perhatian dalam industri hiburan tempatan.
Mengimbau kenangan 16 tahun dahulu ketika menyertai pencarian Dewi Remaja 2002/2003, Pushpa Narayan berjaya meraih tempat kedua pada ketika itu bersama pemenangnya, Annahita Bakavoli dan pemenang tempat ketiga, Estelle Looi Mei Ling.
Walaupun setelah sekian lama meninggalkan pentas Dewi Remaja, Pushpa masih dengan rendah diri berterima kasih kepada Majalah Remaja dan Kumpulan Media Karangkraf kerana banyak membantu dan mengajar beliau ketika menyertai dunia hiburan, ketika menjadi sebutan ramai sampailah sekarang.
“Sampai ke hari ini, saya masih dijemput oleh pihak Nu Ideaktiv (dahulunya grup majalah Karangkraf) untuk menjayakan sesi penggambaran dan temu ramah. Terbaru adalah bersama Amber Chia dan Yana Samsuddin untuk cover majalah Mingguan Wanita bulan Ogos lalu,” katanya ketika sesi penggambaran video REMAJA.
Cover pertama Pushpa Narayan semasa terpilih sebagai finalis Dewi Remaja 2002/03.
Ads
Zaman Keluar Cover Majalah
Pushpa yang kini bergelar ibu kepada Rhea Rosa Robless dan Robert Richard sempat mengimbas kembali semasa beliau bertanding. “Corak pertandingan dulu dan sekarang sangat berbeza. Kami dulu tidak keluar TV, sekarang finalis bertuah apabila dikenali oleh masyarakat dengan pantas. Tambahan pula dengan kuasa media sosial.
“Tapi apa yang kekal adalah misi Dewi Remaja, dari dulu hingga sekarang.
“Pencarian Dewi Remaja berbeza dengan pertandingan ratu cantik lain kerana ia tidak berlandaskan paras rupa jelita semata-mata. Kami diberikan pelbagai tugasan untuk juri menilai semua finalis hingga ke peringkat final.
“Antara cabaran yang diberikan ialah tugasan cover magazine, modelling, catwalk, tugas pengacaraan dan banyak lagi. Cantik bukan sekadar rupa dan bakat saja. Personaliti itu penting,” kata beliau.
Ads
“Waktu itu kami lakukan photoshoot pada setiap bulan. Setiap finalis akan bergelar cover girl bulanan Majalah Remaja. So masa itu ada 24 finalis untuk melengkapkan isu selama 2 tahun.”
Perlu Bijak Bawa Diri
Tidak dinafikan, pencarian Dewi Remaja menjadi platform terbaik buat para gadis untuk meneruskan cita-cita, khasnya dalam dunia glamor. Namun menurut Pushpa Narayan, setiap peserta perlu bijak dalam mendepani masalah atau kontroversi yang melanda.
Ads
“Walaupun saya non Muslim, I still carry the name of Dewi Remaja. I have to think carefully of what i do, my behavior because I am representing Dewi Remaja. Whatever yang you buat akan menjadi contoh buat semua remaja di luar sana…”
Pelakon dan model ini juga sempat berkongsi bagaimana dia sangat enjoy pengalaman bersama Dewi Remaja 2002/03. Kru produksi pada ketika itu banyak memberi beliau pengalaman yang bagus dari segi cara berdepan dengan camera dan membiasakan diri berhadapan dengan orang baru.
“Dewi Remaja memberikan pengalaman dan mengajar erti confidence, dan selepas itu kami dapat memperbaiki cara membawa diri di dalam industri sebagai seorang public figure.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berlabuh sudah tirai pencarian Dewi Remaja 2022 apabila peserta yang berasal dari Sabah, Tracie Sinidol telah dinobatkan sebagai juara edisi ke-12 pada 3 September lalu.
Tahniah diucapkan kepada Tracie, 21 yang dilihat sebagai pemilihan tepat berdasarkan persembahan dan kriteria yang dimiliki olehnya sepanjang lebih empat bulan bertanding dalam pencarian kali ini.
Tentunya di sebalik kejayaan tersebut, persiapan rapi perlu dilakukan oleh Tracie dan sembilan orang peserta akhir Dewi Remaja 2022. Bukan setakat bersiap-sedia dari segi mental, emosi dan cara pembawakan diri saja. Bahkan, mereka juga perlu melakukan persiapan dari segi penjagaan kulit wajah masing-masing yang dikhuatiri berdepan ‘tekanan’.
Maklumlah, untuk hampir setiap hari, Tracie dan rakan-rakan peserta lain perlu memasuki set penggambaran program, photoshoot, segmen temubual dan pebagai aktiviti lain yang memerlukan mereka mengenakan solekan.
Seperti yang kita semua tahu, pemakaian solekan mampan pada setiap hari boleh membawa berita duka kepada kulit wajah. Bukan sahaja kulit sukar untuk ‘bernafas’; liang pori seseorang juga mudah tersumbat dengan kotoran solekan sekiranya malas membersihkan solekan dengan berkesan lalu mengakibatkan timbulnya jerawat dan bijian pada kulit.
Tapi kan.. bagaimana keadaan kulit wajah mereka masih tidak menampakkan sebarang masalah? Masih nampak glowing dan terjaga rapi!
Haa, kalau korang hendak tahu, finalis Dewi Remaja 2022 sentiasa diingatkan untuk rajin membersihkan wajah setiap kali tamat penggambaran. Biarlah sepenat mana pun mereka pada waktu itu, penjagaan wajah adalah kunci kepada imej yang sihat dan kemas.
Nasib baiklah rutin mereka diserikan dengan set penjagaan wajah WonderDewi Cica Series. Ringkas dan padat, enam langkah ringkas yang mereka ikuti secara berdisplin memang tidak mengecewakan.
Untuk pengetahuan, WonderDewi Cica Series diperkayakan dengan 3x sistem iaitu menghidratkan, memulihkan dan menenangkan kulit wajah.
Lagi pula, siri ini menggunakan bahan semula jadi, Centella Asiatica yang popular dengan panggilan ‘rumput harimau’ atau Cica.
Cica merupakan bahan yang terkenal dengan kelebihan menenangkan keradangan dan menguatkan perlindungan kulit daripada tekanan sekitar; lalu menjadikannya sesuai untuk merawat kulit sensitif. Cica juga tidak mengandungi sebarang bahan Paraben, minyak mineral, pewangi atau bahan-bahan yang berasal daripada haiwan.
Selepas menamatkan cabaran pementasan, finalis Dewi Remaja 2022 segera mencapai produk-produk WonderDewi Cica Series untuk membersihkan solekan tebal. Jom lihat rahsia sebenar mereka ini.
Pertama, mereka menggunakan WonderDewi Cica Makeup Remover bagi memudahkan proses menanggalkan solekan. It takes no more than a few seconds to remove it all; dan tanpa membuatkan kulit merasa rengsa.
Kongsi salah seorang peserta iaitu Auni Yusri, WonderDewi Cica Makeup Remover ini boleh menanggalkan solekan kalis air (waterproof) sambil mengekalkan kelembapan kulit muka kita.
Begitupun girls, penanggal solekan sahaja tidak mencukupi untuk memastikan segala sisa solekan tidak lagi melekat pada wajah.
Sekali-sekala, penggunaan skrub wajah seperti WonderDewi Cica Gentle Scrub boleh membantu membuang sel kulit mati di samping kotoran degil pada wajah. Bukan saja dewi terasa lebih segar, kulit juga kelihatan lebih glowing.
Setelah itu, bersihkan wajah dengan pencuci muka seperti WonderDewi Cica Cleansing Gel ini bagi memastikan wajah benar-benar bebas solekan menerusi teknik doublecleansing ataupun cucian dua kali. Pencuci muka ini juga mampu menyeimbangkan kadar pH kulit.
“Saya selalu menggunakan WonderDewi Cica Cleansing Gel ini bersama-sama WonderDewi Cica Makeup Remover untuk mendapatkan kesan terbaik,” kongsi Auni lagi.
Kemudian, ratakan WonderDewi Cica Toner dengan cara dabbingmenggunakan kapas agar liang pori terasa segar.
Ternyata setelah mengamalkan empat langkah ini, perubahan pada kulit wajah mulai ketara. Ringkas, tidak memakan masa yang lama dan berkesan, siapa tidak mahu kan?!
Namun, ada dua langkah lain untuk menenangkan, menghidratkan dan melegakan kulit korang.
WonderDewi Cica Moisturiser merupakan pelembap wajah yang mengandungi Tea Tree, Panthenol dan Squalene yang mudah menyerap ke dalam kulit dan tidak berminyak. Bukan sekadar memberi kelembapan berganda, pelembap wajah yang sesuai untuk semua jenis kulit ini juga melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.
“WonderDewi Cica Moisturizer ini mempunyai tekstur yang sangat ringan dan memastikan kulit wajah kekal terhidrat,” kata Auni.
Akhir sekali, sebelum melangkah ke luar bangunan, jangan sesekali lupakan kepentingan krim pelindung WonderDewi Cica Sunscreen yang didatangkan dengan SPF50++++ ini.
Ia diformulasikan dengan tindakan 3-dalam-1 yang melindungi kulit daripada sinaran merbahaya UVA dan UVB, tekanan alam sekitar dan sinaran inframerah.
Selain itu, WonderDewi Cica Sunscreen juga mampu membaiki kerosakan sel kulit kerana ia penuh dengan bahan Niacinamide dan Tocopherol serta berkesan untuk mengawal pengeluaran sebum.
Nah, enam sahaja langkah dalam rutin harian penjagaan kulit finalis Dewi Remaja 2022 setelah seharian suntuk menjalani penggambaran di set dengan solekan tebal.
Tidak salah untuk memakai solekan pada setiap hari kerana ia sebahagian daripada tuntutan cabaran serta kerjaya mereka selepas ini. TAPI semua orang perlulah memastikan segala solekan dapat dibersihkan dengan efisyen serta mendapatkan perlindungan rapi daripada produk-produk WonderDewi yang disebut tadi.
Kalau tidak menjaga kulit wajah dari sekarang, bila lagi?
Korang juga boleh mendapatkan WonderDewi Cica Series ini dan mencubanya sendiri. Siri keluaran WonderLab ini boleh dimiliki Menerusi pelan langganan bulanan WonderDewi Flexi GOODPLAN.
Hanya dengan RM50 sahaja, korang boleh memilih produk WonderDewi Cica Series dan produk-produk daripada kategori lain dengan melanggan pelan WonderDewi Flexi GOODPLAN ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan pembelian WonderDewi Cica Series, layari laman web rasmi WonderLab atau hubungi ejen WonderLab hari ini.
#WonderCicaSeries #BasicsFirst #MYWonderLab
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang dua minggu kebelakangan ini, netizen dan peminat Noor Neelofa telahpun ‘dijamu’ dengan pelbagai stail fesyen selebriti tersebut di Eropah.
Neelofa hari ini baru saja tamat menghadiri pertunjukan Minggu Fesyen Milan di Itali bagi koleksi musim luruh/sejuk 2019. Jadi tak hairanlah apabila dia bersama Glam Squad – jurusolek Khir Khalid dan penata gaya Colin Sim – ‘bermain’ dengan looks berbeza bagi setiap acara fesyen.
Now, we will talk about her style later.
Apa yang paling mengujakan semalam semasa pengacara MeleTOP itu berada di acara Salvatore Ferragamo adalah dia bertemu dan bergambar dengan barisan pelakon siri Netflix, Stranger Things!
OMG, okay babe – jelly much.
Dalam foto yang dimuat naik di Instagram dan Twitter, Neelofa dengan Natalia Dyer (Nancy Wheeler), teman lelakinya Charlie Heaton (Jonathan Byers) dan Joe Keery (Steeve Harrington).
Selebriti berusia 30 tahun itu menulis caption berbunyi, “Guess who went to the Upside Down land?”. What a way untuk menyambut bulan kelahiran ke-30.
Rata-rata peminat cemburu dengan foto tersebut, sukakan stail neelofa dan seperti biasa, mengecam stail hijab dan skirt bawah lutut yang dipakai. Tetapi ada juga yang ingin melihat dia menyertai barisan pelakon Stranger Things untuk musim keempat.
Apa pendapat korang, okay tak kalau Neelofa mendapat watak dalam siri tersebut?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nursyamira Izzati Mohd Nazir atau lebih dikenali sebagai Syamira merupakan seorang finalis yang pernah memecahkan rekod pencarian Dewi Remaja kerana menjadi peserta berhijab pertama yang beraksi di pentas final.
Bercerita tentang perkembangan terkininya selepas pertandingan Dewi Remaja 2019, gadis ini mengakui mendapat banyak peluang dan tawaran dan mula dikenali orang ramai selepas menyertai pertandingan ini.
Dan berita baik juga untuk peminat finalis pertama Dewi Remaja yang bertudung litup ini. Kerinduan korang terhadap gadis manis ini akan terubat kerana beliau bakal menghiasi dan mengacara satu program bual bicara di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV Okey (Astro 109) bertajuk “INFINITEEN” setiap Isnin 9 Malam.
“Alhamdulillah, rezeki dan peluang Mira untuk melebarkan bakat mira dalam bidang pengacaraan lebih mudah selepas menyertai Pertandingan Dewi Remaja. Walaupun Mira hanya top 4 di final namun orang tetap mengenali saya,” jelasnya sambil tertawa kecil.
Syamira turut berkongsi walaupun sekarang ada tawaran-tawaran yang mendatang. Tapi beliau tetap akan menghabiskan pengajiannya dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) yang hanya tinggal lagi satu semester.
Mungkin bidang pengacaraan adalah perkara yang baru buat Syamira namun beliau tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik.
“Mira memang meminati bidang pengacaraan ini sejak kecil lagi jadi bila dapat je tawaran ini saya rasa sangat teruja. Benda pertama yang Mira buat ialah Mira study dan buat research tentang program ‘Infiniteen’ ini sebab program ini sudah memasuki musim ke 3 so banyak yang Mira boleh belajar dari musim-musim yang sebelumnya.
“Mula-mula saya rasa macam tak percaya sudah sampai hingga ke tahap ini. Tapi, saya tetap rasa gembira dan bersukur kerana telah diberi kepercayaan untuk menonjolkan bakat yang ada,” tambahnya lagi.
Sedikit info mengenai program “INFINITEEN” ini ia merupakan program berbentuk bicarawara remaja ini akan mambawa penonton mendekati dan mengenali dunia remaja yang inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan . ketulusan dan integriti, interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas.
Rancangan ini merupakan sebuah rancangan bual bicara santai dan berinformasi yang berkaitan denga isu-isu remaja selain memfokuskan minat dan perkembangan generasi muda dalam dunia digital, sukan, kebudayaan, gaya hidup dan hiburan. Sesuai sangat la dengan Syamira!
Apapun tahniah dan moga terus maju jaya penulis doakan buat Syamira…!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!