Semua kenal siapakah gerangan pemilik nama Rita Rudaini ini.
Sejak beliau menyertai pencarian Dewi Remaja pada tahun 1997 bersama-sama selebriti lain seperti juaranya, Juliana Banos dan Wardina Safiyah, Rita Rudaini tidak lagi menoleh ke belakang dan terus berkembang menjadi salah seorang pelakon wanita paling konsisten dalam dunia lakonan tempatan.
Rita bukan saja berjaya di kaca televisyen menerusi drama-drama popular seperti Simbiosis, Rafflesia, Iris dan baru-baru ini sedang menjalani penggambaran untuk drama terbaru Awesome TV iaitu Shah Alam 40K. Rita juga pernah menjadi pilihan utama bagi dunia filem tempatan dengan kemunculan dalam filem Balistik, Mami Jarum dan Cinta.
Tidak hairanlah beliau mampu bertahan sehingga ke hari ini. Selain daripada bakat dan rupa paras jelita, Rita diakui merupakan seorang yang tahu membawa diri, berdisplin dan profesional.
Ads
Siapa sangka Rita Rudiani, Datin Seri Umie Aida dan Anna Jobling yang digandingkan menerusi drama Shah Alam 40K berasal dari pencarian Dewi Remaja edisi berbeza? Sumber Foto: Instagram @ritarud727.
Jadi apabila timbul kenyataan daripada Rita yang mendapati beberapa pendatang baru dilihatnya tidak bertegur sapa dan mungkin sekali kelihatan sombong semasa hadir ke set untuk bekerja, Rita enggan berselindung. Sebaliknya, beliau memberikan sedikit nasihat buat mereka semasa temuramah bersama. rakan media di Gempak.
Ads
“Terus terang saya katakan, kebanyakan (pelakon baru) ang saya lihat sangat berlagak, tidak bertegur sapa pun dengan orang lain. Sebagai pelakon baru, kenalah ramah dan perkenalkan diri kepada orang lain.
“Pada masa yang sama, kena banyak bertanya supaya dapat fahami watak. Ia akan memudahkan proses lakonan bukan saja untuk diri mereka tetapi juga memudaphkan urusan produksi.
“Mungkin ada yang beranggapan apabila pelakon lama tegur sebegini, mungkin sebab kami dengki. Tidak sama sekali, ia hanya satu nasihat buat mereka,” jelas Rita.
Haa, agaknya siapa pelakon baru yang dimaksudkan oleh Rita itu?
Jangan lupa gaiss, pada zaman 90-an dahulu lebih mencabar tau untuk menjadi seorang pelakon profesional. Ya, Rita merupakan seorang finalis Dewi Remaja dan itu sedikit sebanyak memberikan kelebihan buatnya untuk meraih sedikit perhatian daripada produksi pada waktu itu
Namun jangan dilupa, tiada sebarang media sosial yang boleh menularkan seorang selebriti baru pada waktu itu. Semuanya bergantung kepaada bakat, karisma dan seperti yang Rita tekankan, attitude di set penggambaran.
Jadi kepada pelakon-pelakon baru di luar sana, dengar cakap kak Rita ini okay kalau korang ingin bertahan selama dirinya dalam industri ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa yang remaja macam korang buat bila tengah menunggu pemandu Grab, bila tengah rasa frust atau bila tengah baring sebelum tidur.
Mendengar muzik.
Bagi kami sendiri di Dewi Remaja, kami rasakan muzik mempunyai kekuatan atau magis untuk membentuk mood seseorang. Tak kiralah semasa sedih, happy, excited atau mengantuk, muzik tu mesti ada sebagai background.
Jadi apabila kami mencabar 12 orang finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 untuk mengambil sebuah lagu yang diberi dan menghasilkan klip video pendek (dalam masa yang sangat singkat), mereka semua berjaya melakukannya.
Mereka buang segala rasa malu, jadikan diri lebih kreatif dan voila!
Cuma, siapa yang paling lit? Let’s VOTE.
Good job girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemenang Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya antara selebriti wanita yang boleh dikatakan berani dalam berfesyen. Apa saja yang digayakan oleh wanita ini pastinya mendapat perhatian netizen.
Walau ada saja komen-komen negatif yang dilemparkan, Scha tidak pernah mengendahkan kata-kata netizen.
Pernah dikritik mempunyai gaya rambut ‘kobis’, Scha akui dirinya seorang yang hati kering dan tak kisah sekiranya orang nak mengata.
Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang kan, buat apa je semuanya tak kena di mata mereka. Jadi, just be yourself Scha!
Kami tak nafikan Scha Alyahya merupakan antara bekas Dewi Remaja yang memang stylo habis! Sarung je la baju apa pun, confirm Scha boleh carry. Betul tak?
Lihat saja OOTD Scha Alyahya yang kami kumpulkan ini. Semuanya memang lit!
Paling letop!
Sempoi tapi stylo
KL Fashion Week
Street wear
Ni ke yang orang kata rambut kobis? Sah, mereka tu tak tahu pasal fesyen. Hiks!
Gaya maskulin
Scha juga beruntung kerana suaminya Awal Ashaari juga seorang yang pandai bergaya. Jadi tak hairanlah kalau mereka ni pasangan paling meletop kan. Ke mana saja pergi pasti jadi perhatian.
Setelah bahagia dengan cahaya mata sulung, Lara Alana yang kini telah memasuki usia 6 tahun, Dewi Remaja 2005/06 Scha Alyahya dan pasangannya Awal Ashaari sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kedua mereka.
Menerusi sebuah posting di Instagram semalam, Awal telah mengumumkan bahawa isteri tercintanya itu kini sedang mengandung.
“Syukur ya Allah di atas rezeki ini. Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.
“Tiada hadiah yang lebih bermakna di hari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.
“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna,” catit Awal.
Awal juga sempat untuk berkongsi bahawa kandungan Scha telah memasuki bulan keempat. Oh, rupanya Scha sedang pregnant 3 bulan semasa siaran langsung episod finale Hero Remaja 2020 pada 16 Julai lepas!
Pandai cover eh, hehe..
Selain itu, Lara turut ‘mengumumkan’ bahawa bayi yang dikandung itu adalah bayi lelaki. Aikk, cepat betul 4 bulan sudah tau jantina bayi. Hiks, nak sangat adik lelaki la tuh.
Dalam pada itu, ramai rakan selebriti yang tampil memberikan ucapan tahniah kepada Scha, Awal dan Lara.
Alhamdulillah, ramai yang turut gembira dengan berita tersebut dan mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan. Tahniah guys!
Jom lihat beberapa lagi Mama Dewi yang telah bergelar hot mommies.
K.O.I mencipta kejutan gemilang apabila lagu Tiwikarma dinobatkan sebagai juara AJL 40, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.