Pencarian Dewi Remaja telah banyak menghasilkan alumni peserta yang cukup hebat dalam bidang masing-masing.
Mengimbas kembali 9 tahun lalu, Shangkharee Nadarajan yang ketika itu berusia 20 tahun pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 yang pada ketika itu menemukan antara finalis Glamazon paling berjaya pernah dikumpulkan di dalam satu kumpulan.
Antaranya termasuklah pemenang Noor Neelofa, pemenang tempat kedua Izara Aishah, Anzalna Nasir, Iraa (Top 5), Ramona Zam-Zam (Top 5), Syatilla Melvin, Mia Ali (pemilik Mia’s Kitchen) dan ramai lagi.
Pada edisi tersebut, Shangkharee menempah sejarah apabila meraih tempat ketiga daripada 10 orang finalis.
Izara Aishah, Noor Neelofa dan Shangkharee Nadarajan.
Sumber: Click Studio
Ads
“Sebelum menyertai Dewi Remaja, saya pernah menjuarai 2 buah pertandingan ratu cantik pada tahun 2008. Salah seorang juri pada waktu itu dapat melihat potensi saya dan meminta agar mencuba nasib untuk Dewi Remaja.
“It was a great experience. Selepas tiga tahun, saya kembali semula kepada dunia ratu cantik dan sertai Miss Universe Malaysia 2014,” kata Shangkaree yang juga bergelar Doktor selepas menamatkan pengajian perubatan di Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) Pulau Pinang.
Melalui posting di Instagram semalam, Shangkharee mencuri tumpuan dengan kisah throwback ketika beliau menyertai Miss Universe Malaysia 2014. Meski tugas seorang peserta nampak mudah di atas pentas, namun tekanan yang dihadapi mereka demi mengejar impian menjadi pemenang amatlah besar.
Miss Universe Malaysia 2014
“Saya menyorok di dalam bilik persalinan selepas saya ditabalkan pemenang tempat kedua, dan masih memakai dress biru saya. Sukar sekali untuk bernafas, terutamanya apabila saya mula menangis sehingga ke tahap seakan hiccup.
“Selepas mendengar seseorang mengetuk pintu, saya buka dan muka pengajar catwalk kami, Ben Toong, kelihatan cukup risau apabila memandang saya yang masih menangis. Dia berkata, “This is what I feared the most, I feared you wouldn’t be able to accept defeat.”
Ads
Shangkharee (belakang, 5 dari kanan).
“Saya AMAT inginkan title Miss Universe 2014 tersebut, TAPI SAYA GAGAL. Saya telah mengambil leave daripada med school, kurangkan 25 kilogram berat badan, habiskan duit dan saya tidak menang!
“Dua hari berturut-turut saya menangis.
“Namun sebulan kemudian, things changed. Saya ditawarkan internship bersama Miss Universe Malaysia Organization sebagai penerbit online content. Daripada peluang tersebut jugalah, saya mula berkenalan dengan pelbagai pihak sehingga dalam satu bulan, saya menghiasi 3 majalah berbeza sebagai model.
“Untuk 4 bulan berikutnya, saya ditawarkan untuk bekerja dengan radio dan 8 bulan kemudian, saya mula menjadi hos televisyen,” tulis Shangkaree lagi.
Menurut beliau, laluan pertandingan bakat dan ratu cantik seperti Dewi Remaja dan Miss Universe Malaysia bukanlah mudah. Setiap hari, ada saja yang komen terhadap rupa fizikal dan personaliti peserta.
“Sesetengah komen memang ‘tajam’ dan menyakitkan hati. TETAPI apa yang lebih penting adalah ATTITUDE kamu. Ramai remaja perempuan yang menghantar mesej bertanya sama ada mereka patut menyertai pertandingan ratu cantik. Jawapan saya adalah, “Go where your heart takes you, do what your mind can withstand.”
“Saya tidak menang atau mendapat job begitu saja, I fought for it. Dan saya bersyukur saya telha menjadi sebahagian daripada dunia ratu cantik. Walaupun tak menang, I’m still a Queen!” kata beliau yang masih berhubung dengan rakan Dewi, Izara Aishah.
Kami di REMAJA cukup berbangga mempunyai alumni sekental dan secantik – in and out – seperti Dr. Shangkaree. Thank you for sharing your story, Doc!
#DewiRemaja #GirlPower
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita terkenal, Anzalna Nasir baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan anak-anak di sekolah menerusi perkongsian di aplikasi Threads. Menurutnya, peningkatan kes yang berlaku sejak kebelakangan ini membuatkan hatinya sebagai seorang ibu merasa tidak tenang.
“Bila kes di sekolah makin meningkat, kita mula risau tentang keselamatan anak-anak. Soal keselamatan sekolah pun mula dipersoalkan salah siapa sebenarnya?”
“Sebagai seorang ibu, bermacam nasihat dan doa diamalkan setiap hari. Selebihnya kita serahkan kepada Allah, tapi hati tetap tak tenang bila teringat macam-macam kes kebelakangan ini,” tulisnya.
Kredit foto: IG Anzalna Nasir
Kebimbangan Anzalna Nasir Tentang Keselamatan Di Sekolah
Pada masa yang sama, Anzalna atau pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir (37) turut berkongsi pandangannya bahawa isu keselamatan anak-anak di sekolah ini seharusnya menjadi peringatan kepada ibu bapa untuk memberi lebih perhatian terhadap didikan dan bimbingan anak-anak. Katanya, tanggungjawab seorang ibu bapa bukan sekadar mencari rezeki semata-mata tetapi turut membentuk nilai dan akhlak anak-anak.
“Bila makin banyak kes di sekolah yang tak terjangkau akal fikiran, itu sebenarnya jadi peringatan untuk kita sebagai ibu bapa.”
“Walaupun kita kerja keras untuk masa depan anak-anak, tanggungjawab kita bukan setakat cari rezeki. Kita juga kena bimbing, ajar dan bentuk mereka jadi insan yang baik,” ujarnya lagi.
Kredit foto: IG Anzalna NasirKredit foto: IG Anzalna Nasir
Reaksi Warga Maya Terhadap Pandangan Anzalna Nasir
Luahan Anzalna Nasir tentang keselamatan anak-anak di sekolah telah mendapat perhatian ramai warga maya. Rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya. Malah, seorang guru turut berkongsi bahawa para pendidik sentiasa berusaha mendidik anak murid seperti anak sendiri. Dengan adanya sokongan dan kerjasama ibu bapa, hasilnya pasti akan melahirkan generasi yang terbaik.
Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa perkongsian selebriti seperti Anzalna memberi kesedaran besar kepada ibu bapa, berbanding sikap suka menyalahkan guru atau pihak kementerian semata-mata. Dalam masa yang sama, beberapa pihak tampil mengingatkan bahawa mendidik anak-anak perlu bermula dari rumah kerana ada ibu bapa yang sukar menerima teguran mengenai sikap anak mereka.
Cabaran Era Digital & Peranan Ibu Bapa
Walaupun begitu, ada juga pandangan yang menyalahkan internet sebagai faktor utama yang menyumbang kepada masalah sosial pelajar. Mereka berpendapat bahawa berbeza dengan zaman dahulu yang lebih terbatas aksesnya, kini penggunaan internet terlalu mudah dan sukar untuk dikawal. Justeru, ibu bapa perlu lebih peka dalam memantau aktiviti anak-anak di dunia maya bagi memastikan keselamatan mereka.
Homeschool Sebagai Alternatif
Selain kebimbangan tersebut, wujud juga beberapa pihak yang mengambil langkah lebih drastik dengan memilih alternatif pembelajaran di rumah atau homeschool.
“Saya & isteri memang sepakat anak-anak homeschool saja, bayar cikgu mengajar anak di rumah. Tapi tetap ada kelas berenang dan lain-lain. Banyak kena guna duit tapi puas hati anak depan mata,” komen pengguna bernama @night.thaze.
Intihanya, perkongsian Anzalna Nasir bukan sekadar luahan hati seorang ibu, tetapi membuka ruang perbincangan yang lebih luas mengenai keselamatan dan pendidikan anak-anak di sekolah. Rata-rata bersetuju bahawa selain guru dan pihak sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak agar membesar menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia.
Isu keselamatan anak-anak di sekolah wajar dijadikan refleksi bersama agar masyarakat dapat mencari solusi terbaik demi kesejahteraan generasi masa depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dirinya yang kini kembali sebagai mentor dan juri jemputan Hero Dewi Remaja 2023 pada episod ketiga akui bahawa terdapat perbezaan ketara dari segi personaliti yang ditampilkan oleh para finalis kali ini.
“Suprisingly bila saya tengok diorang ini, memang agak berbeza dari zaman Hero Remaja saya dulu, which is 15 years back. Diorang dah exposed to camera, ada keyakinan diri dan tiada istilah camera shy dalam diri.
“Namun ada segelintir yang kelihatan terlebih confident bagi saya. Mungkin diorang mahu kelihatan lebih menonjol di hadapan kamera dan sekeliling namun apa yang boleh saya pesan adalah overconfident is not good sebab ada kemungkinan membuatkan orang sekeliling kita annoyed,” jelasnya.
Pelakon drama Bio-Nik ini juga akui bahawa dirinya kagum dengan kualiti yang dipamerkan oleh barisan finalis kali ini.
“Secara keseluruhan saya amat impressed dengan diorang, which is pemilihan Hero Dewi Remaja kali ini betul-betul berkualiti sehinggakan sukar bagi saya nak bagi permakahan sebagai juri kerana saingan terlalu sengit.
“Pada pandangan saya, semua finalis masih berada pada tahap yang sama jadi sukar bagi juri untuk tentukan siapa pemenang cabaran minggu ini,” akuinya.
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi sebahagian daripada keluarga yang mempunyai seorang anak autisme telah menjadikan Arena Iman sebagai seorang remaja yang mempunyai toleransi dan kesabaran yang cukup luar biasa.
Terlebih dahulu REMAJA ingin perkenalkan Arena Iman yang berusia 19 tahun, salah seorang Finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/19. Arena Iman atau nama sebenarnya Arena Wan Mun-Yi Binti Iman Wan merupakan antara suara generasi baru yang aktif memberikan kesedaran tentang autisme terutamanya di laman media sosial.
Jika korang seorang pengguna aktif Instagram pastinya akan pernah bersua dengan akaun @adamsautismfamily yang dikendalikan oleh ayahnya, Iman Wan. Dan Arena merupakan kakak kepada seorang adik autisme yang dikenali dengan nama Adam.
Menerusi Instagram tersebut ayah Arena banyak berkongsi dan memberikan kesedaran tentang anak autisme.
Malangnya masih ramai masyarakat tidak tahu dan mempunyai persepsi yang salah terhadap anak-anak syurga ini.
Bagi Arena sendiri dia bertekad untuk terus menjadikan platform Dewi Remaja untuk terus berkongsi dan memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap autisme. Dia sendiri yang cukup aktif di Instagram (@arenalieya) turut menjadikan akaun peribadinya untuk terus berkongsi pengalaman, pengetahuan dan juga realiti sebenar keluarganya yang membesar bersama Adam.
Namun di sebalik niat yang baik muncul juga suara-suara sumbang yang memberi tuduhan melulu dan tidak berasas. Dalam salah sebuah video keluarganya berdepan cabaran bersama Adam yang dimuat naik oleh Arena terdapat komen yang menuduh Arena meraih simpati.
Munurut komen dari sebuah akaun tanpa foto dan bersifat anonymous menuduh Arena meraih simpati orang ramai kerana dia kini bergelar sebagai Finalis Dewi Remaja.
Komen daripada sebuah fake akaun yang menuduh Arena meraih simpatiIni pula respons yang cukup positif dari Finalis Dewi Remaja 2018/19, Arena Iman. Well done Arena!
Jelas Arena dia sebenarnya sudah lama melakukan perkongsiaan seperti itu malah sebelum menyertai Dewi Remaja lagi. “I’m not using this as bait or this to get me more attention. And why would i want to ask for sympathy?”.
REMAJA sempat menemu bual Arena sendiri untuk medapatkan komennya. Bagi Arena dia tidak akan sesekali mudah patah semangat dengan sebarang komen-komen negatif dan menuduhnya mencari perhatian. “Perhatian itu sebenarnya bukan untuk saya tetapi kepada Adam dan juga anak-anak autisme yang lain. Saya berkongsi untuk beritahu kepada sesiapa yang berada dalam situasi sama seperti keluarga saya bahawa mereka tidak keseorangan.
Selain itu, perkongsian ini secara tak langsung boleh beri kesedaran dan juga pengetahuan agar masyarakat lebih aware akan realiti kami sebagai sebuah keluarga yang mempunyai anak autisme”.
Tambah Arena lagi, orang mungkin have no idea apa keluarganya lalui tapi ada yang menuduh bukan-bukan. Pengorbanan yang cukup besar dilakukan terutama oleh kedua ibu bapanya membuatkan Arena menjadi seorang yang lebih tabah. Perkongsian tentang bagaimana keluarganya mendapat kecederaan juga bukanlah untuk meraih simpati tetapi lebih kepada mengajak masyarakat untuk lebih mengerti tentang realiti apa yang mereka lalui.
Arena sendiri pernah mendapat kecederaan tetapi dia sesekali tidak pernah menyalahkan adiknya, Adam atau keluarganya. “Sejujurnya saya jarang kongsikan foto ini kepada orang lain. Orang tak akan faham unless they experience it themselves. Foto ini merupakan kecederaan yang saya alami ketika di tingkatan lima,” jelasnya.
Dengan semangat serta sokongan tanpa berbelah bahagi daripada keluarga itulah menjadi kekuatan buat Arena untuk memberikan yang terbaik di dalam Pencarian Dewi Remaja 2018/19. Semoga suara Arena akan terus bergema untuk memberikan kesedaran tentang autisme! All the best, Arena!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!