Sekian lama mengundurkan diri daripada tontonan khalayak baik di kaca televisyen mahupun di media massa, Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed semalam telahpun meluangkan masa bersama rakan media di sebuah majlis yang diaturkan oleh pihaknya.
Tentu sekali, setelah lama tidak bersua muka dengan bekas pemenang Pencarian Pengacara Jemputan Nona 2022 ini, pelbagai persoalan timbul bagi mengetahui perkembahan terkini kehidupannya.
Norjuma berseloroh apabila ditanyakan mengenai keberadaannya selama ini dan berkata, “Kuarantin kot,” sambil tertawa kecil.
“Memang saya perlukan masa sendiri. Memang saya ambil masa 2 hingga 3 tahun ini untuk berehat dan berfikir. Pada masa yang sama, (saya) menumpukan perhatian kepada keluarga. Kepada insan-insan yang saya cintai.
“Jadi sekarang saya terfikir, mari ‘ingatkan’ semua orang (bahawa) rekaan-rekaan (hijab) yang berada di pasaran (sekarang) kebanyakannya adalah idea saya. Itu sahaja,” katanya.
Ads
Aidijuma Akan Kembali?
Bagi korang yang tidak begitu mengenali keperibadian Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed, tentunya korang familiar dengan jenama fesyen hijab bawal, Aidjuma yang pernah dibina oleh beliau sebelum ini.
Empayar Bawal Scarf dan Aidijuma begitu sinonim dengan hijabi muda di Malaysia, malah rekaan tudungnya masih relevan dan terus digayakan oleh ramai hijabi hingga ke hari ini.
Antara rekaan yang pernah dipopularkan oleh jenama Aidijuma.
“Sepanjang 13 tahun dalam bidang ini dan membangunkan jenama Bawal Scarf, saya dan semua (ahli pasukannya) sudah bekerja keras dan sebab itu, walaupun ada yang cuba meniru, namun keaslian Bawal Scarf itu masih milik saya,” komennya.
Ouh, siapa yang dimaksudkan oleh Norjuma itu?
Ads
Tambah beliau, empayar itu terbina bukan sahaja di atas usaha keras beliau tetapi juga pasukan yang berada bersamanya. Merekalah yang tampil membantu di saat beliau sibuk menentukan hala tuju rekaan dan melakukan kajian mengenai perniagaan hijab itu.
“Kerja adalah kerja. Kami jual jenama dan bukannya diri sendiri. Saya memilih cara sendiri dan bukannya untuk mencari glamor atau rapatkan diri dengan mana-mana pihak,” ulas anak kelahiran Pulau Pinang itu lagi.
Mengenai keinginan peminat jenama Bawal Scarf untuk melihat ‘comeback’ dan koleksi baharu dikeluarkan olehnya, Norjuma memaklumkan beliau kini bersedia untuk ‘menghadiahkan’ sesuatu yang baru kepada pelanggan setianya.
Ads
Beliau ingin menghasilkan koleksi rekaan terbaru hasil ciptaannya sendiri dengan nada yang lebih segar. Tak sabar!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya semalam tepat jam 12 tengah malam ramai yang dah memegang handphone untuk menunggu detik 11.11 bagi mendapatkan diskaun jualan yang ‘gila’gila’ di kebanyakan website seluruh negara.
Dah puas membeli-belah barangan keperluan peribadi, hari ini masanya korang cari makan kerana banyak restoran terkemuka yang turut tidak ketinggalan untuk memberikan diskaun hebat sempena 11.11.
Jom kita semak antara diskaun yang korang boleh perolehi hari ini.
1. Starbucks
Nikmati minuman Starbucks bersaiz grande dengan hanya berharga RM11
2. KFC
Bagi yang suka makan fast food, KFC juga menawarkan promosi berbaloi untuk tiga combo meal mereka iaitu 2-pc Combo, Zinger Classic Combo dan 1-pc Rice Combo
3. llaollao
Muat turun anniversary voucher dan nikmati diskaun hebat
4. Baskin Robins
One day only, cepat grab!
Single Junior scoop berharga RM2.50 dengan belian voucher di Lazada
Baru ini tular di media sosial berkaitan penemuan satu rangka mayat yang sudah mereput dan menjadi tengkorak yang dikatakan berlaku di Kuala Krau Temerloh, Pahang. Ada mendakwa mayat bapa yang sakit mental ini ditinggalkan sendirian di rumah dan anak-anak tidak ambil peduli dan langsung tidak menjengah bapanya yang terlantar sakit.
Sebaik tersebar di media sosial, ramai menyelar anak kepada bapa ini sebagai anak derhaka, tanggang moden kerana langsung tidak mempedulikan ibu bapa sendiri dan tidak mengambil tahu kerana sibuk dengan urusan pekerjaan.
Namun di sebalik kisah mayat menggemparkan negara ini, ada yang mendakwa mayat ini sudah berada dalam keadaan sedemikian selama 3 bulan. Berbagai teori tersiar dengan pendapat masing-masing.
Penemuan mayat sudah mereput yang tular di media sosial baru-baru ini
Namun perkongsian seorang gadis di laman twitter atas nama aiinnnn yang membalas twitter @jebat_165 (Aku Sang Pendosa) beliau merungkai kisah tersebut kerana rumah keluarganya berhadapan dengan balai polis.
Menurut penjelasan aiinnnn di twitternya, mayat berkenaan sudah tiga tahun terbiar (bukan tiga bulan seperti tular).
Asalnya ada budak cari kucing dan terbau bau busuk. Dan dari situlah penemuan ke atas mayat ini bermula. Arwah dikatakan tidak sihat dan tiada siapa menjaganya. Dengan orang kampung pun tak banyak bercakap.
Asalnya budak cari kucing hilang sehingga membawa kepada pertemuan mayat ini. Orang kampung sangkakan arwah sudah tidak menetap di rumah itu lagi!
Orang kampung syak meninggal sebab lapar. Allah, moga roh arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Tidak pernah berkahwin seperti diperkatakan di media sosial. So tiadalah istilah anak derhaka atau tanggang moden tak jengah ibu bapa ya.
Apa pun mari kita sedekah Al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Sumber : Twitter Aku Sang Pendosa @jebat_165, aiinnnn @aiinnngggg
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejadian salah umum pemenang bukanlah satu perkara baru dalam dunia ratu cantik. Salah satu momen paling memalukan adalah ketika Steve Harvey tersalah mengumumkan pemenang Miss Universe 2015.
Mahkota yang sepatutnya jadi milik wakil Filipina, Pia Wurtzbach diberikan kepada wakil Colombia, Ariadna Guttierez lantas mencetuskan suasana kekok saat wakil Colombia itu terpaksa memulangkan semula mahkota tersebut secara langsung di atas pentas.
Mayra Valencia.
Kini peristiwa itu berulang kembali di pertandingan Mexicana Universal 2022. Pertandingan ratu cantik yang diadakan di negara Mexico itu merupakan sebuah pertandingan untuk memahkotakan empat pemenang sekaligus iaitu Miss Universe Mexico, Miss International Mexico, Reina Hispanoamericana Mexico dan Reina Latinoamerica Mexico.
Pertandingan yang menyaksikan 32 wanita bertanding merebut empat mahkota utama itu bermula dengan pengumuman mereka yang berjaya menjadi semi-finalis top 15 daan kemudiannya dikecilkan kepada top 5. Lima finalis akhir tersebut adalah Diana Robles, Veronica Gamboa, Itzia Garcia, Mayra Valencia dan Irma Miranda.
Mayra memulangkan kembali mahkota kepada Itzia di atas pentas.
Kejadian memalukan itu terjadi saat pengumuman nama untuk pemenang Miss International Mexico, sebelum itu pengacara telah terlebih dahulu memahkotakan dua pemenang iaitu Reina Hispanoamericana Mexico dan Reina Latinoamerica Mexico. Takhta ini masing masing jatuh kepada Diana Robles dan Veronica Gamboa.
Apabila tinggal tiga lagi peserta, pengacara telah mengumumkan yang Mayra Valencia sebagai Miss International Mexico 2022, dia yang telah dimahkotakan berdiri disamping pemenang yang lain menunggu untuk menantikan siapa pula bakal bergelar Miss Universe Mexico.
Namun tiba-tiba pengacara membuat pengumuman mengejutkan semua orang dengan menyatakan bahawa Itzia Garcia merupakan pemenang Miss International Mexico yang sebenar. Dalam keadaan bingung, Mayra melangkah ke hadapan dan memulangkan mahkota tersebut kepada Itzia.
Ketika insiden melakukan itu berlaku, kedengaran penonton yang menjerit tidak berpuas hati dengan pengacara.
Mayra kemudiannya berdiri bersama Irma Miranda dalam penentuan siapakah yang bakal bergelar Miss Universe Mexico dan siapa yang menduduki tempat kelima dengan gelaran first runner-up. Ternyata gelaran utama itu jatuh kepada Irma Miranda yang sememangnya menjadi pilihan ramai dek kepetahan dan juga kebijakannya. Mayra pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan sebenarnya di tempat kelima.
Miss Universe Mexico 2022, Irma Miranda bersama Miss Universe 2020, Andrea Meza yang juga merupakan Miss Universe Mexico 2020.
Kejadian ini mendapat perhatian peminat dunia pageant dan menyifatkan kesalahan tersebut tidak patut berlaku. Kekacauan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada prestij pertandingan malahan memalukan Mayra yang terpaksa memulangkan semula mahkota yang sudah berada di kepalanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!