Sebenarnya tanggapan ini tidak benar kerana terdapat banyak pengiktirafan antarabangsa yang telah meraikan individu Muslim berpengaruh dengan mengambil kira imej positif yang ditonjolkan.
Berikut merupakan senarai antara individu Muslim yang berjaya di peringkat dunia.
1. Sadiq Khan, Datuk Bandar London
Merupakan kepada seorang pemandu bas, Sadiq Khan telah dipilih sebagai Datuk Bandar London pada Mei 2016, sekali gus menjadikan beliau individu Muslim pertama dilantik memegang jawatan tersebut.
Mempunyai pengalaman luas sebagai peguam dan aktivitis hak asasi manusia dan pernah memegang dua jawatan Menteri di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.
Beliau memanfaatkan latar belakangnya yang berketurunan Pakistan untuk berkhidmat untuk penduduk London yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Sadiq Khan juga pernah menarik perhatian ramai apabila dikecam oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
2. Halima Aden, model berhijab
Muslimah ini mengejutkan ramai pihak apabila menjadi peserta pertama di dalam pertandinga Ratu Cantik Minnesota AS yang memakai hijab dan burkini. Beliau juga merupakan seorang model berhijab pertama yang menandatangani kontrak dengan agensi model terkemuka, IMG Models dan muncul sebagai cover majalah fesyen Vogue dan Allure.
Pada tahun 2019, Halima Aden menjadi model pertama yang berhijab dan memakai burkini yang ditampilkan dalam majalah Sports Illustrated. Model berketurunan Somalia ini tidak menjadikan agama sebagai penghaling dengan kontrak peragaan walaupun dirinya berhijab.
3. Mahershala Ali, pelakon
Bintang filem Moonlight ini menjadi Muslim pertama meraih anugerah Oscar, iaitu pengiktirafan tertinggi dalam bidang perfileman di AS pada 2017. Setahun selepas itu, beliau meraih Anugerah Golden Globe dan Oscar untuk lakonannya sebagai komposer serta pemain piano jazz Amerika , Don Shirley, menerusi filem Green Book.
Ads
Pada tahun 2019, Mahershala tersenarai sebagai 100 Individu Berpengaruh Dunia oleh Majalah Time. Beliau memeluk Islam pada tahun 2000 dan secara terbuka sering membincangkan cabaran serta prejudis dihadapi ketika berurusan di bank dan lapangan terbang hanya kerana menggunakan nama Ali.
4. Ibtihaj Muhammad, atlet lawan pedang AS
Ibtihaj menjadi wanita Islam pertama yang memakai hijab dan mewakili AS di Sukan Olimpik Rio dalam acara lawan pedang pada 2016. Dalam temasya tersebut, beliau menjadi atlet wanita Muslim AS pertama yang meraih pingat gangsa dalam acara sabre berpasukan menerusi sukan berkenaan.
Ketika kecil, wanita ini sangat amat berminat dengan sukan tetapi berdepan kesukaran kerana kebanyakan acara memerlukan seseorang tidak berpakaian mengikut ajaran Islam.
Walau bagaimanapun, selepas melihat pasukan lawan pedang berlatih, beliau memutuskan untuk menyertai sukan tersebut dan memanfaatkannya untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
5. G Willow Wilson
Selain menjadi seorang penulis komik, wanita ini merupakan seorang wartawan dan penulis yang pernah menghasilkan pelbagai novel grafik. Dilahirkan di AS, Wilson memeluk Islam ketika dalam penerbangan ke Mesir untuk mengajar bahasa Inggeris di negara tersebut.
Ads
Beliau bertanggungjawab sebagai editor bersama dan penulis bersama kepada komik adiwira Muslim pertama keluaran Marvel Comics, Kamala Khan.
6. Mehmet Oz, doktor selebriti
Dikenali sebagai Dr Oz, doktor ini mengacarakan rancangan televisyen mengenai kesihatan popular di AS. Beliau yang berketurunan Turki mula menempa populariti sejak ditampilkan sebagai pakar kesihatan dalam program bual bicara The Oprah Winfrey Show.
Pakar dalam bidang kardiotorasik dan profesor di Universiti Columbia ini menjadi penulis bersama enam buku dalam senarai Buku Terlaris New York Times.
Selain itu, Dr Oz juga menjadi penyumbang artikel kesihatan kepada beberapa majalah termasuk Esquire.
7. Khabib Nurmagomedov, atlet sukan MMA
Khabib menjadi individu pertama yang menjuarai Ultimate Fighting Championship (UFC). UFC adalah kejohanan MMA.
Pertarungannya dengan Conor McGregor pada UFC 229 pada 2018 menarik 2.4 juta tontonan berbayar, sekali gus angka tertinggi dalam penganjuran acara MMA.
Khabib membelasah McGregor untuk mengekalkan gelaran lightweight UFC 229 dan tidak berminat dengan pertarungan semula yang pastinya menjanjikan habuan paling lumayan dalam sejarah MMA.
8. Feroza Aziz, personaliti media sosial
Gadis ini mengejutkan dunia pada November 2019 apabila tiga video Tik Tok yang memaparkan tutorial mekap dan mengkritik cara China menangani isu etnik Uighur, dipadamkan oleh pengendali media sosial berkenaan.
Video pertama ditonton lebih 1.4 juta kali dan menerima lebih 500,000 tanda suka. Video sama yang dimuat naik ke Twitter pula ditonton lebih lima juta kali.
9. Mohamed Salah
Pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama menerima gelaran Pemain Terbaik Tahunan oleh Persatuan Pemain Bola Speak Profesional England (PFA). Salah seorang pemain bola sepak Muslim yang tidak pernah berselindung tentang identiti Islamnya. Dia sering melakukan sujud syukur selepas berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan.
10. Yuna
Penghijarahannya ke AS demi kerjaya nyanyian membuahkan hasil. Pada Disember 2016, Yuna melakar sejarah apabila album Chapters berjaya membolosi carta Billboard. Album itu dipilih sebagai 10 album R&B terbaik sepanjang tahun 2016 di dalam artikel yang dimuat naik di laman web rasmi Billboard, manakala penyanyi berprofil tinggi yang lain seperti Beyoncé Knowles, Rihanna dan John Legend turut tersenarai di dalam pilihan tersebut.
Baru-baru ini, khabar mengenai pengunduran diri angggota kumpulan K-Pop RIIZE, Seunghan telah menarik perhatian ramai pihak kerana dua hari sebelumnya dia dikatakan akan kembali semula bersama kumpulan tersebut selepas setahun berehat.
Disebabkan pengumuman rasmi pengeluaran Seunghan atau nama sebenarnya Hong Seung Han (21) sebagai anggota RIIZE, ramai peminat antarabangsa meluahkan rasa kecewa dan marah sehingga mula melancarkan boikot secara besar-besaran terhadap RIIZE.
Tindakan boikot ini melibatkan tidak berinteraksi dengan setiap kandungan yang dimuat naik oleh syarikat, berhenti mengikuti kumpulan tersebut di media sosial, termasuk tidak membeli sebarang jenama yang melibatkan RIIZE.
Susulan itu, kempen pemboikotan berkenaan juga mula menunjukkan hasilnya apabila para ‘fandom’ K-Pop lain juga turut melakukan hal yang sama bagi menunjukkan sokongan untuk Seunghan.
Antara bahagian penting menerusi pemboikotan ini adalah peminat mula membatalkan pembelian ‘pre-order’ dan tidak membeli sebarang album atau ‘merchandise’ yang dilancar atau dikeluarkan oleh RIIZE bagi menunjukkan protes kepada syarikat yang menguruskan kumpulan K-Pop generasi kelima itu.
Dalam pada itu, beberapa pembekal dan penjual rasmi album K-Pop terkenal di beberapa negara termasuk Amerika, Eropah dan Asia juga turut menarik diri dan secara rasmi memberitahu peminat menerusi platform media sosial bahawa kebanyakan dari mereka tidak akan melanjutkan penjualan album dan ‘merchandise’ RIIZE.
Kredit: Heepurinz
Melalui tindakan yang dilakukan oleh pembekal dan peruncit terbesar ini dalam menghentikan penjualan ini juga secara tidak langsung memberi kesan kepada aspek kewangan agensi syarikat yang menguruskan RIIZE iaitu SM Entertainment.
Sementara itu, difahamkan kira-kira lebih dari 3,000 peminat akan mengambil bahagian dalam perhimpunan protes di hadapan bangunan SM Entertainment pada 18-20 Oktober ini bagi menuntut keadilan untuk Seunghan.
Post by @jjhyeon1995_
View on Threads
Terdahulu, Seunghan debut bersama Shotaro, Eunseok, Sungchan, Wonbin, Sohee, dan Anton sebagai anggota RIIZE pada 4 September 2023 kemudian diumumkan hiatus pada November 2023 selepas mencetus kemarahan peminat di Korea Selatan apabila beredarnya sebuah gambarnya yang dikatakan bersama bekas kekasih.
Pada 11 Oktober, SM Entertainment dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Seunghan akan kembali menjalankan aktiviti sebagai anggota RIIZE semula pada November ini. Namun, ia mendapat kecaman besar-besaran dari peminat di Korea sehingga ada yang menghantar ratusan karangan bunga ‘kematian’ sebagai tanda protes. Seunghan kemudian mengumumkan pengunduran diri pada 14 Oktober lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam ramai-ramai penjaring gol di Malaysia, nama Safawi Rasid, 22 tentunya berada di dalam kelompok penjaring gol tercantik negara.
Buktinya, untuk 2 tahun berturut-turut, pemain kelab JDT itu telah dicalonkan untuk kategori penjaring gol terbaik ooleh Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC).
Tahun lalu, Safawi berjaya menempatkan diri di tangga kedua kategori gol terbaik liga bola sepak AFC. Tahun ini, korang masih sempat untuk membantu Safawi berada di tangga teratas bagi kategori gol lencongan terbaik.
Kategori 5 of the Best: Curlers ini mencalonkan 5 orang penjaring kelab Asia yang selalu menggagalkan tugas seorang penjaga gol.
Mereka terdiri daripada Nam Tae-hee (Lekhwiya: April 10 2017), Oscar (Shanghai SIPG: Mac 8, 2018), Mame Thiam (Esteghlal: Mei 15 2018), Serginho (Kashima Antlers: Mac 5 2019) dan tentunya, Safawi Rasid mewakili kelab JDT.
Momen gol cantik ini berlangsung semasa perlawanan bersama Shandong Luneng pada 9 April tahun lalu. Masih ramai yang mengingati momen Safawi melepasi Wu Xinghan dan kemudiannya menjaringkan gol yang dinobatkan sebagai gol kedua terbaik dalam perlawanan bola sepak 2019.
Jangan lepaskan masa seminggu sebelum tarikh tutup 16 Mei ini untuk mengundi jaringan gol Safawi di laman web AFC.
Musim konvokesyen masih belum berakhir di sesetengah universiti tempatan. Kali ini tiba giliran 2 penyanyi berbakat ini pula untuk mengenggam ijazah.
Kucaimars dan Ayie dari kumpulan Floor88 masing-masing bergelar penyanyi yang perlu imbangi karier muzik dan juga kehidupan sebagai pelajar.
Bukan mudah ya gaiss memandangkan mereka berdua sememangnya sibuk dengan jemputan nyanyian yang kerap, terutamanya pada hujung minggu.
Menurut Kucaimars yang semalam bergelar graduan Diploma Teknologi Kreatif (Teater) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah ALam, banyak cabaran yang perlu dihadapinya sepanjang tiga tahun setengah pengajian.
“Tugasan yang bertimbun perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
“Saya juga pernah repeat paper semasa semester pertama yang awalnya tidak berminat dengan jurusan yang diambil. Jadi saya bersyukur dengan pencapaian ini,” kata peserta program Big Stage berusia 22 tahun itu.
Jika diberi peluang, dia masih ingin meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda pula dalam bidang yang sama.
*
Rasa penat lelah akhirnya membuahkan hasil juga dirasai oleh Ayie Floor 88 yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teater daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Menerusi entri di Instagram, Ayie menulis, “Alhamdulillah, apa yang diimpikan selama ini tercapai juga. Batu-batu penghalang telah aku tepis.
“Terima kasih kepada semua yang telah membantu sepanjang aku belajar dulu.”
*
Walaupun mereka berdua bergelar penyanyi namun ijazah yang diperolehi adalah dalam bidang teater. Mungkin ke Kucaimars dan Ayie akan berjinak-jinak dalam bidang lakonan pula lepas ni?
Sumber: Astro Gempak
*
Episod 3 Dewi Remaja 2019
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!