
Pembukaan cawangan Thunder Match Technology Sdn. Bhd. (TMT) bertempat di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Kuala Lumpur merupakan satu inisiatif TMT dalam mendekatkan teknologi kepada golongan mahasiswa.
Menariknya, cawangan ini bukan sekadar menawarkan pelbagai pilihan peranti elektronik, malah berfungsi sebagai hab teknologi pelbagai jenama yang membolehkan pelajar meneroka, mencuba dan membandingkan produk sebelum membuat keputusan pembelian.
Inisiatif ini secara tidak langsung memudahkan kehidupan seharian mahasiswa, khususnya mereka yang memerlukan peranti teknologi untuk menyiapkan tugasan, menjalankan projek akademik serta mengembangkan kemahiran digital.
Tak Perlu Keluar Kampus Untuk Cari Laptop & Gadget!
Tidak dinafikan, penggunaan teknologi kini menjadi sebahagian daripada keperluan penting dalam kehidupan pelajar universiti.
Daripada menyiapkan tugasan dan pembentangan sehinggalah menghasilkan kandungan kreatif, pemilihan peranti yang bersesuaian memainkan peranan penting dalam membantu kelancaran pembelajaran.
Menerusi pembukaan cawangan TMT di TAR UMT, pelajar kini mempunyai akses lebih mudah kepada pelbagai pilihan komputer riba, PC, telefon pintar dan produk teknologi lain tanpa perlu keluar dari kawasan kampus.
Sama ada mengikuti pengajian dalam bidang perniagaan, kewangan, teknologi maklumat, sains komputer mahupun bidang kreatif, mahasiswa berpeluang meneroka peranti yang memenuhi keperluan akademik masing-masing.
Lebih menarik, pelajar juga boleh mencuba sendiri ciri-ciri produk yang ditawarkan serta membandingkan pilihan yang tersedia sebelum membuat pembelian.


Pendekatan ini pastinya membantu mereka membuat keputusan yang lebih bijak, terutamanya apabila perlu mempertimbangkan spesifikasi peranti dengan kemampuan kewangan sendiri.
Tawaran Istimewa & Pilihan Ansuran Untuk Pelajar
Memahami bahawa tidak semua mahasiswa mempunyai bajet yang besar untuk membeli peranti teknologi, TMT turut memperkenalkan beberapa kemudahan khusus buat golongan pelajar.
Antaranya termasuk tawaran istimewa untuk pelajar serta pilihan pembayaran lebih fleksibel seperti ansuran 0% dan kemudahan Buy Now, Pay Later (BNPL), tertakluk pada terma, syarat serta kelayakan yang ditetapkan.
Kemudahan ini memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk mendapatkan peranti yang diperlukan mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
Selain itu, TMT turut memperkenalkan program duta pelajar sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti kampus.
Bukan Sekadar Untuk Belajar, Tapi Persediaan Ke Alam Pekerjaan


Dalam dunia yang semakin berkembang dengan teknologi digital, kemahiran menggunakan peranti dan aplikasi teknologi bukan sahaja penting untuk pembelajaran, malah turut menjadi satu kelebihan apabila mahasiswa melangkah ke alam pekerjaan.
Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran TMT, Eric Chan, pembukaan cawangan di TAR UMT bertujuan menyediakan ruang yang lebih mudah diakses oleh pelajar untuk meneroka teknologi yang relevan dengan pengajian serta aspirasi kerjaya mereka.
“Matlamat utama kami adalah untuk menjadikan teknologi lebih mudah diakses oleh pelajar serta memperkasakan mereka dengan peralatan dan pengalaman yang dapat menyokong perjalanan mereka dari kampus ke alam pekerjaan,” katanya.
Tambahnya, pengalaman mencuba sendiri pelbagai peranti membolehkan mahasiswa memahami dengan lebih mendalam bagaimana teknologi dapat menyokong perkembangan akademik dan peribadi mereka.
Selain kegunaan pembelajaran, pendedahan kepada peralatan teknologi untuk fotografi, videografi, penghasilan kandungan digital dan produktiviti profesional juga dapat membantu pelajar mengembangkan minat serta kemahiran masing-masing.
Jelasnya, pembukaan cawangan pertama TMT di TAR UMT bukan sekadar memudahkan urusan pembelian gadget, malah menjadi satu langkah dalam menyediakan akses teknologi yang lebih dekat dengan generasi muda.
Jadi, buat pelajar TAR UMT yang sedang mencari laptop baharu, ingin menaik taraf peranti sedia ada atau sekadar mahu meneroka teknologi terkini, kini semuanya boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa perlu meninggalkan kawasan kampus!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!











