Sedang berlangsung ketika ini adalah pertandingan ratu cantik Miss Grand International (MGI) edisi 2021 di Bangkok, Thailand.
Seperti tahun-tahun lalu, 20 orang finalis daripada wakil negara yang menyertai MGI akn dipilih untuk melangkah ke peringkat seterusnya bagi pusingan pakaian mandi dan seterusnya, busana gaun.
Amat membanggakan apabila wakil Malaysia ke MGI 2021, Lishalliny Kanaran baru saja diumumkan sebagai salah seorang finalis yang mara ke pusingan Top 20 tersebut.
Ia merupakan kali kedua wakil negara terpilih atas merit persembahan keseluruhan sebelum acara akhir dilangsungkan; dalam sejarah penyertaan Malaysia di MGI.
Sebelum ini pada bulan Mac lalu, wakil negara pada waktu itu iaitu Jasebel Robert berjaya melangkah ke pusingan Top 10 atas tiket kemenangan kategori Miss Popular Vote ataupun undian peminat.
Ads
Sedikit info mengenai Lishalliny Kanaran. Gadis kelahiran Selangor berusia 24 tahun memiliki rupa paras yang amat sinonim dengan gadis di Malaysia. Sekilas pandang, gadis berketinggian 175cm ini saling tidak tumpah seperti gadis Melayu.
Pemilihan Lishalliny pada bulan Julai lalu untuk mewakili Malaysia adalah menerusi pertandingan yang terpaksa dilangsungkan secara maya dek kekangan musim pandemik COVID-19 pada waktu itu. Lishalliny yang merupakan seorang pelajar jurusan Seni Bina tidak asing lagi dalam dunia pertandingan ratu cantik. Ini merupakan kali ketiga dia menyertai Miss Grand Malaysia. Kata orang, third time is a charm dan ternyata, dia telah membuktikannya pada malam ini.
Selain menyertai seleksi Top 20, Lishalliny turut dinobatkan sebagai salah seorang daripada tiga pemenang kategori Kostum Nasional Terbaik sebentar tadi.
Kostum yang merupakan hasil kerja pereka dari Sarawak, Aldrin Altristry telapun memukau juri dan penonton. Diinspirasikan daripada budaya dan kisah lagenda Ulek Mayang yang berasal dari negeri Terengganu, Lishalliny tidak berkeseorangan apabila dia ‘ditemani’ oleh tujuh puteri yang yang popular dalam kisah tersebut.
Bagaimanapun, perjalanan Lishalliny ke pertandingan Miss Grand International 2021 tidak lari daripada kontroversi apabila perselisihan tercetus di antara pihak Miss Grand Malaysia dan pereka fesyen, Jimmy Couture. Pereka ternama itu telah mendakwa pihaknya ‘tertipu’ oleh Miss Grand Malaysia yang memilih busana gaun daripada pereka lain sedangkan mereka telah menemuinya dan berbincang mengenai soal rekaan. Malah busana tersebut telahpun disiapkan dan Jimmy sendiri telah mengeluarkan kos sendiri.
Apapun, kita ke tepikan dahulu soal kontroversi itu. Sewajarnya, kita semua berbangga dengan kedudukan Malaysia di MGI 2021 dan diharap dengan kejayaan ini, wakil negara di pertandingan ratu cantik antarabangsa seterusnya mendapat suntikan semangat untuk teus meletakkan nama negara di kedudukan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Tahniah Lishalliny!
Kemas kini : Perjalananan Lishalliny di Miss Grand International 2021 terhenti setakat di peringkat Top 20 setelah pusingan pakaian mandi.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali mata menatap karakter kegemaran korang pada skrin sewaktu khusyuk melayan drama Korea, hati terus jatuh cinta dengan cara mereka membawa diri dengan penuh berkarisma. Babak sedih ke, tergelak sakan ke, sedang marah pun; mereka tetap cantik dipandang disebabkan penampilan masing-masing.
Sebenarnya, tiada rahsia besar pun di sebalik tata gaya karakter K-Drama pun. Apa yang penting adalah cara korang membawa diri yang yakin, selalu kelihatan positif dan tentunya tahu di mana untuk mencari helaian pakaian yang mencerminkan gaya relaks namun masih sofistikated mirip karakter K-Drama.
Bagi REMAJA, korang tidak perlu tercari-cari gaya baharu selain daripada di Uniqloyang menyediakan persalinan harian yang boleh korang ‘dress up’ atau dress down’ bergantung kepada keperluan dan aktiviti pada hari tersebut.
Jom lihat apa yang menarik bersempena koleksi Uniqlo Spring/Summer 2022yang baru mereka perkenalkan ini.
“The Joys of Skyline”
Babak : Lepak santai bersama kawan-kawan di bahagian luar restoran.
Kata kuncinya adalah siluet ringkas untuk tampak kasual dan korang perlu merasa selesa. To all the ladies, kardigan pendek amat popular pada musim ini. Si lelaki pula tidak akan gagal dengan memilih utility parka atau coach jacket yang tidaklah terlalu tebal untuk musim panas di Malaysia dan ia melindungi korang sewaktu hujan yang boleh turun pada bila-bila masa. Yang penting kalis air.
“The Joys of Landscape”
Babak : Lari sekejap ke kawasan alam semulajadi untuk menenangkan diri.
Menyatu bersama alam menghijau demi menyegarkan kembali minda dan badan. Untuk ke lokasi sebegini, korang perlukan persalinan yang ‘functional’ untuk berjalan, berbasikal dan melakukan aktiviti outdoor lain. Warna dan tekstur pakaian Uniqlo seperti sweatshirt, hoodie dan jeans adalah bertepatan dengan tema.
“The Joys of Imagination”
Babak : Hujung minggu dihabiskan untuk mendidik diri mengenai seni visual dengan berada di galeri seni atau muzium
Tak dapat ke muzium terkenal antarabangsa, di Kuala Lumpur pun jadilah. Embrace your artsy fartsy self dengan persalinan yang lebih vibran warnanya dan dengan siluet yang lebih flirty atau clean bagi si gadis.
“The Joys of Sun & Seaside”
Babak : Biarpun kawasan persisiran pantai agak jauh dengan tengah bandar, itulah yang membuatkan perjalanan ke sana lebih menarik dan mendebarkan. Ini adalah waktu terbaik untuk mempelbagaikan OOTD di hantaran Instagram masing-masing dengan koleksi musim panas dari Uniqlo.
Fabrik seperti linen amatlah berkesan dengan keadaan cuaca di tepian pantai. Pilih persalinan dengan garisan dan siluet ringkas bagi menerbitkan rasa relaks. Seluar bermuda, seluar pendek dengan bahagian poket berfungsi, jaket linen, dress kaftan dengan bahagian kolar ‘skipper’ ke atas adalah satu kemestian musim ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Che Puan Syamim Farid merupakan nama yang tidak asing bagi kami di REMAJA. Wanita anggun ini merupakan salah seorang daripada keluarga besar Dewi Remaja yang mana dia merupakan naib juara Dewi Remaja 2014/15.
Selepas itu, kerjayanya berkembang sebagai seorang pelakon dan pengacara yang sentiasa dilihat menghiasi kaca televisyen di Malaysia. Kini masih lagi aktif dalam dunia seni, beliau merupakan isteri kepada Yang Mulia Bentara Raja Tengku Ezrique Ezzudean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj yang dikahwininya pada tahun 2016.
Terbaharu, Che Puan Syamim Farid telah diangkat sebagai wajah wakilan kepada jenama tempatan terkenal, Samm Republic untuk koleksi lebaran jenama tersebut. Diberi nama Gelombang Raya, koleksi lebaran itu menampilkan rekaan busana tradisi yang diberi sentuhan serba moden dan segar.
Dalam satu hantaran di Instagramnya, Che Puan Syamim berkongsi, “Ianya merupakan satu penghargaan untuk menjadi muse kepada koleksi Sam Republic RTW Gelombang raya 2023. Big love untuk semua pihak yang terlibat dengan kempen ini. Thank you so much for having me.”
Menampilkan pilihan yang menawan, Che Puan Syamim kelihatan begitu anggun menggayakan rekaan yang serba mewah itu. Biarpun merupakan koleksi ready-to-wear namun setiap satu rekan memiliki sentuhan yang cukup eksklusif.
DISIPLIN UNTUK CANTIK
Berusia 32 tahun, Che Puan Syamim masih lagi cantik seperti 10 tahun lalu. Dia mengekalkan figura tubuhnya yang langsing sekaligus memastikan kesihatan pada tahap maksima.
Sebelum ini sekitar tahun 2020, beliau pernah berkongsi kepada umum mengenai rejim pemakanan yang diamalkannya untuk tampil langsung dan sihat. Khabarnya, ketika itu dia sudah sembilan tahun tidak menjamah nasi. Beliau juga tidak makan makanan seperti ayam, daging, minyak dan gula.
“Bila saya dah memulakan sesuatu, saya akan buat betul-betul Self-dicipline. No cheat day,” kongsinya mengenai diet ketat yang diamalkan. Selain itu di juga menambah yang jika mahu makan makanan yang berat dia memilih untuk menikmati hidangan pasta seperti spageti Aglio Olio yang dimasak menggunakan minyak zaitun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalunya bila kita menyentuh soal pemakaian atau penggunaan kanta lekap, pastinya lebih cenderung kepada pengguna yang sudah dewasa. Tapi tahukah anda bahawa kanak-kanak dan remaja juga boleh menggunakannya dengan selamat?
Dengan menggunakan kaedah yang betul serta tip yang diberikan oleh optometrist, golongan kanak-kanak dan remaja boleh menggunakan kanta lekap dalam kegiatan harian terutamanya untuk pembelajaran di dalam kelas.
Di Amerika Syarikat sahaja, lebih 4 juta pengguna di bawah umur 18 tahun menggunakan kanta lekap secara harian. Secara fizikalnya, mata kanak-kanak bertoleransi dengan kanta lekap pada usia muda. Malah ada sesetengah kes melibatkan bayi menggunakannya disebabkan kondisi congenital cataracts yang berlaku ketika lahir.
Menurut Association of Malaysian Optometrist (AMO) yang turut melancarkan National Eye Health Awareness Campaign (NEHA) 2017 semalam, ramai kanak-kanak di Malaysia menggunakan kanta lekap pada usia antara 15 hingga 16 tahun. Malah, ada juga yang mula menggunakan lebih awal jika mereka mampu mengendalikan penggunaan dengan cara yang betul. Apakah yang perlu dilakukan sebelum mereka mula menggunakan kanta lekap?
Jumpa optometrist untuk dapatkan pemeriksaan secara komprehensif
a. bagi memastikan keadaan mata sihat dan sesuai untuk menggunakan kanta lekap
b. preskripsi kanta lengkapyang betul akan diberikan oleh optometrist
c. memberikan kanta lekap yang bersaiz sesuai dengan mata
Bagaimana pula dengan kriteria kanta lekap yang baik untuk digunakan oleh kanak-kanak dan remaja?
a. Kanta lekap pakai buang secara harian merupakan pilihan yang paling baik dan menyihatkan. Ia akan dibuang selepas seharian digunakan atau sebelum tidur.
b. Material kanta lekap yang breathable. Seperti kesemua tissu yang lain, mata juga memerlukan oksigen bagi mematikan ia sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kanta lekap yang breathable membenarkan oksigen memasuki menerusinya supaya mata kekal sihat.
c. Permukaan yang lembut dan licin. Ini agar mata berasa lebih selesa, apatah lagi untuk kegunaan sepanjang hari.
Tip Menggunakan Kanta Lekap
*ketahui lebih lanjut tentang penggunaan kanta lekap untuk kanak dan remaja di laman web AMO, www.amoptom.org atau boleh hubungi 011-2610 2040
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.