Pada bulan Mac lalu, wanita jelita berdarah kacukan Cina-India, Jasebel Robert pernah mencipta magis di pentas Miss Grand International 2020 setelah wakil Malaysia itu berjaya menembusi senarai 10 peserta terbaik.
Jasebel, 25 terpilih menyertai senarai Top 10 apabila mengenepikan populariti 63 peserta lain untuk dinobatkan sebagai pemenang kategori Miss Popular Vote. Sekaligus, Jasebel menjadi wakil Malaysia pertama di pertandingan Miss Grand International yang berada di kedudukan Top 10.
Untuk edisi Miss Grand International 2021 yang kini sedang berlangsung di Bangkok Thailand pula, wakil Malaysia ke pertandingan tersebut pun tidak kurang hebatnya. Malaysia diwakili oleh Lishalliny Kanaran dan dia sedang berdepan saingan daripada 60 peserta lain dari seluruh dunia untuk cuba melakukan yang terbaik bagi menyamai prestasi Jesebel pada edisi lepas mahupun memperbaiki kedudukan Malaysia ke senarai 5 terbaik. Siapa tahu, rezeki dan tuah berpihak kepada negara pada tahun ini?
Menghampiri acara finale pada 4 Disember ini, Miss Grand International 2021 pada malam ini telah melangsungkan segmen kostum nasional terbaik yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube Grand TV.
Lishalliny tampil bersedia apabila dia memperkenalkan keunikan kostum dan kisah di sebalik persembahan Ulek Mayang yang berasal dari negeri Terengganu.
Ads
Bukan mudah ya untuk Lishalliny mempersembahkannya dek saiz kostum rekaan khas pereka Sarawak, Aldrin Artistry itu yang dianggarkan seberat 50 kilogram!
Ihsan Foto : Miss Grand Malaysia
Sedikit info mengenai budaya Ulek Mayang; ia merupakan sejenis tarian penyembahan yang asalnya adalah upacara rawatan tradisional seorang bomoh ke atas nelayan yang tidak sedarkan diri dan telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta terhadapnya.
Demi membawa pulang roh nelayan berkenaan, puteri laut telah menyeru lima lagi saudaranya untuk melawan si bomoh hinggalah tercetusnya pertarungan di antara bomoh dan keenam-enam puteri.
Ihsan Foto : Miss Grand Malaysia
Akhirnya, puteri sulung yang juga merupakan puteri ketujuh meleraikan pertarungan dan memerintahkan agar kelompok yang berasal dari darat untuk pulang ke darat sementara puteri-puteri laut untuk pulang semula ke dunia mereka.
Sebagai ucapan terima kasih di atas bantuan puteri ketujuh, nelayan tersebut dan rakan-rakan menyembahnya dengan nasi berwarna hinggalah kehadiran agama Islam di bumi Terengganu.
Ads
*
Berbalik kepada wakil Malaysia ke pertandingan Miss Grand International 2021, rekaan kostum Ulek Mayang ini diakui ramai sebagai salah satu kostum nasional terbaik yang pernah dihantarkan oleh Malaysia ke pentas pertandingan ratu cantik.
Bukan saja kostum serba biru-hitam keemasan ini menarik untuk ditatap, malah persembahan Lishalliny yang membawa bersama ‘tujuh orang puteri laut’ dengannya selama kira-kira 42 saat pada malam ini tampak cukup menyakinkan.
Jika korang masih ingat pada Miss Grand International 2020, Malaysia juga pernah memukau penonton menerusi kostum yang diinspirasikan daripada budaya Mak Yong; sehinggakan ia tercalon dalam senarai 10 kostum terbaik oleh pihak juri.
Miss Grand International 2021 mula dilangsungkan pada 17 November lalu di kepulauan Phuket untuk mempromosikan sektor pelancongan Thailand. Ia bersempena pembukaan semula sempadan negara itu kepada pelancong asing menerusi program sandbox yang diperkenalkan oleh pihak kerajaannya.
Selain itu, penganjuran Miss Grand International 2021 juga dilihat sebagai strategi Thailand untuk kembali merancakkan sektor pelancongan yang merupakan salah satu sektor paling menguntungkan negara Gajah Putih itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rambut yang panjang memang selalunya sukar diurus. Kusut dan gugur memang menjadi fenomena biasa buat gadis berambut panjang. Tetapi jangan risau, REMAJA ada beberapa cara untuk menangani masalah rambut kusut khas untuk si gadis manis.
1. Basuh rambut
Elakkan daripada sering menyikat rambut. Ini kerana ia akan menyebabkan rambut korang semakin rapuh dan mudah gugur. Sebaiknya gunakan teknik keramas rambut menggunakan jari jemari berbanding menggunakan sikat rambut.
2. Jangan sikat sewaktu rambut basah
Jika korang seorang yang mementingkan kekemasan rambut, elakkan daripada menyikat sewaktu rambut sedang basah atau baru dicuci. Ini kerana, sewaktu rambut basah atau selepas di cuci liang rambut korang akan terbuka dan menyebabkan mudah terputus dari akarnya.
Jadi, sebaiknya biarkan hingga rambut benar-benar kering kemudian baru sikat rambut menggunakan sikat berbentuk berus.
3. Jangan lupa pakai serum
Selain membasuh rambut dan memakai perapi rambut, ada kalanya korang juga perlu membiasakan diri menggunakan serum untuk menyihatkan lagi rambut dan mengekalkan kelembapan agar tidak kering dan menggerbang.
4. Amalkan sikat rambut sebelum tidur
Sebelum tidur, ambil sikat berbentuk berus kemudian sikat rambut dengan perlahan. Untuk kesan yang lebih baik, urut lembut di kawasan kulit kepala bagi melancarkan peredaran darah di kawasan kepala dan kulit kepala. Lakukan amalan ini sekurang-kurangnya dua hari sekali.
5. Gunting bahagian yang rosak
Jika mempunyai masalah ‘kusut’ di bahagian hujung rambut, itu tandanya rambut korang memang kering dan benar-benar rosak. Jalan penyelesaiannya gunting atau trimkan sahaja hujung rambut yang tidak sihat tu. Jangan risau! Rambut baru yang lebih sihat pasti akan tumbuh kembali.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah jadi lumrah seorang perempuan bila mana mereka akan menggunakan pelbagai inisiatif untuk mendapatkan kulit yang licin, daripada pencuci muka sampai la mengamalkan supplement untuk kulit wajah.
Namun begitu, moisturizer juga memainkan peranan penting untuk kulit wajah. Mencuci muka akan menurunkan nilai pH pada kulit dan disebabkan itu, korang perlu mencari moisturizer yang sesuai untuk mengembalikan protein keratin pada kulit wajah.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, korang kena pandai pilih produk moisturizer yang sesuai dan berikut merupakan beberapa produk yang boleh korang dapatkan.
Tak dinafikan nak cari produk yang sesuai untuk kulit kita ni bukannya mudah. Tapi bila dah ada yang suggest macam ni, sikit sebanyak dapat membantu korang untuk try and error. Mana tahu berkesan kan?
Sumber: Product Review
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan, dunia fesyen sentiasa mencetuskan kejutan dan baru-baru ini muncul pula satu aksesori unik daripada sebuah jenama terkemuka Jepun, JennyFax yang menukar pakaian dalam wanita menjadi hiasan rambut mewah. Idea unik dan ‘pelik’ ini bukan sekadar gimik, sebaliknya satu eksperimen kreatif yang membawa penampilan fesyen ke arah yang lebih berani dan luar jangkaan.
Aksesori ‘Panty Ribbon Bow’ ini telah mencuri perhatian ramai di media sosial dan ia direka dengan rupa yang benar-benar menyerupai seluar dalam wanita yang digubah menjadi bentuk reben.
Dengan rekaan sulaman renda feminin, pinggang elastik yang menonjol serta lubang kaki yang masih kelihatan, ia digayakan bersama klip rambut logam. Lebih menarik lagi, klip rambut ini tersedia dalam tiga warna klasik iaitu merah jambu, biru dan hitam dan dijual pada harga sekitar US$119 (sekitar RM500), menjadikannya antara item fesyen niche yang cukup kontroversi.
Untuk pengetahuan ramai, pengasasnya, Su Zhenfang, telah melancarkan JennyFax bersama Mikio Sakabe pada tahun 2010. Jenama itu sememangnya terkenal dengan rekaan tersendiri yang menggabungkan nostalgia zaman kanak-kanak dengan sentuhan eksentrik.
Koleksi mereka sering dipenuhi dengan gaya ala anak patung, siluet kartun, aksesori plastik ‘quirky’ dan kasut berona pastel. Jadi, tidak hairanlah reben unik ini seakan menjadi pelengkap ideal dalam dunia JennyFax yang penuh imajinasi.
Dalam pada itu, apabila aksesori ini mula tular di media sosial terutamanya di negara China, ramai yang keliru sama ada ia sekadar parodi atau produk “fetish”. Namun, JennyFax menegaskan bahawa karya mereka bukan untuk mengejek atau sekadar mengejutkan khalayak ramai, sebaliknya ia adalah eksperimen mengolah kefemininan dalam bentuk lebih fantasi, di mana batas antara polos dan provokatif sengaja dikaburkan.
Fenomena ini juga mengingatkan masyarakat bahawa fesyen bukan sekadar soal gaya, tetapi juga medium ekspresi yang mencabar norma. Sama seperti jenama Balenciaga yang menjual kasut sneakers lusuh dengan harga ribuan ringgit, atau ZNWR dengan seluar kembungnya, JennyFax membuktikan bahawa “pelik” boleh juga dianggap elegan walaupun dengan idea yang sedikit menyeramkan.
Kredit foto: FB Kawaii Aesthetic
Sama ada aksesori ini ditafsirkan sebagai jenaka sinis, kritikan sosial, atau hanya sekadar objek untuk mencetuskan bualan, matlamatnya tercapai. Dunia internet tidak berhenti bercakap tentangnya, malah walaupun harganya agak tinggi, kesemua warna telah habis terjual.
Keunikan Panty Ribbon Bow ini menandakan keberanian generasi baharu pereka fesyen yang tidak takut bermain dengan simbol-simbol feminin dalam cara yang lebih subversif. Ia membuktikan bahawa dalam fesyen, sempadan hanya wujud untuk ditembusi.
Jadi, adakah selepas ini kita akan melihat lebih banyak inovasi pelik sebegini? Jika seluar dalam boleh menjadi reben rambut, nampaknya fesyen sudah pun melangkaui imaginasi biasa. Generasi kini semakin terbuka untuk idea yang out of the box sehingga ramai yang sanggup beratur hanya untuk mencubanya.
Sumber: VICE
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kelantan kehilangan seorang lagi anak kelahiran Kota Bharu yang banyak menabur bakti kepada masyarakat apabila Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin dilaporkan meninggal dunia ketika...