Kali terakhir tiara pertandingan ratu cantik Miss Universe dimenangi oleh wakil dari India adalah menerusi pelakon Bollywood, Lara Dutta pada tahun 2000. Kini setelah 21 tahun berdepan ‘kemarau kemenangan’, takhta tersebut kembali ke tangan India menerusi jelitawan, Harnaaz Sandhu.
Berlangsung di Eliat, Israel pada pagi tadi waktu Malaysia, Harnaaz telah mengenepikan saingan seingi 79 lagi peserta lain dari seluruh dunia menerusi segmen tetap pertandingan Miss Universe iaitu segmen pakaian mandi, gaun dan juga segmen soal jawab (Q&A) pada peringkat Top 5 dan Top 3.
Harnaaz nyata cemerlang dalam kesemua segmen yang dipertandingkan terutamanya sewaktu segmen soal jawab di mana dia disoal mengenai cara mengajak masyarakat dunia untuk mengambil serius akan isu perubahan iklim yang semakin meruncing.
Harnaaz memperagakan persalinan Lenhga sewaktu segmen kostum nasional pada hari Jumaat lalu.
Jujurnya, hati saya kecewa apabila melihat banyak negara yang berdepan masalah disebabkan oleh tingkah laku kita sendiri yang tidak bertanggungjawab. Dan saya merasakan inilah waktu untuk tingkat gandakan tindakan dan kurangkan percakapan.
Ads
Ini kerana setiap tindakan kita sama ada akan membantu atau memusnahkan alam semulajadi. Mencegah dan melindungi adalah lebih baik daripada menyesal dan memperbaiki. Inilah yang saya cuba untuk sampaikan kepada anda semua malam ini.
Jawapan menyakinkan itu juga telah mengenepikan saingan daripada pemenang tempat keempat dan kelima iaitu Filipina dan Colombia.
Memasuki ke peringkat Top 3, Harnaaz bersama-sama Nadia Ferreira dari Paraguay dan Lalela Mswane dari Afrika Selatan telah ditanyakan soalan sama yang berbunyi, “Apakah nasihat anda kepada gadis remaja di luar sana yang sedang berdepan tekanan zaman ini?”. Sekali lagi, Harnaaz memukau panel juri serta penonton menerusi kebijaksanaannya dalam berkata-kata.
Ads
Tekanan terbesar golongan muda hadapi pada zaman ini adalah sukar untuk mempercayai kelebihan yang ada pada diri sendiri. Ketahuilah bahawa kamu ialah seorang unik dan cantik. Berhenti membandingkan diri kamu dengan orang lain dan ayuh bercakap mengenai perkara lain yang lebih penting dalam dunia ini.
Keluarlah dan lantanglah berkata-kata kerana kamu adalah pemimpin kehidupan kamu sendiri. Kamu ada suara diri kamu. Saya percaya terhadap diri saya dan itulah sebab saya berdiri di sini pada hari ini. Terima kasih.
Pada akhir acara, Harnaaz disarungkan tiara Mouwaud daripada Miss Universe 2020, Andrea Meza dari Mexico. Tinjauan REMAJA di media sosial mendapati ramai yang berpuas hati dengan kemenangan India pada edisi ulangtahun ke-70 Miss Universe kali ini berbanding dengan reaksi orang ramai sewaktu Mexico memenanginya pada pertengahan tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun lalu, Selena Gomez menjauhi dunia hiburan dek kerana masalah kesihatan lupus sehingga perlu menjalani pembedahan pemindahan organ.
Kembali semula dengan lebih kuat ke acara karpet merah sejak awal tahun ini, semalam Selena mengejutkan semula ramai peminat apabila dia dikhabarkan memasuki pusat rehabilitasi mental selepas tidak dapat mengawal gangguan emosi.
Ini cerita sebenarnya..
Selena dilaporkan keluar masuk dari Cedars-Sinai Medical Centre demi tujuan rawatan susulan selepas pembedahan ginjal tersebut. Keadaannya dikatakan kurang stabil kerana sel darah putihnya berada pada tahap membimbangkan.
Besar kemungkinan, Selena perlu berkorban rasa penat dari segi fizikal dan emosi sehingga emosinya terganggu. Dia ingin sangat pulang ke rumah tetapi dihalang oleh doktor.
Sejurus selepas Selena memberontak sehingga – dipercayai – mencabut jarum pada lengan, keluarga Selena tidak mempunyai pilihan selain mendaftarkan dia masuk ke pusat kesihatan mental East Coast.
Berita ini amat menyedihkan kerana ramai remaja di luar sana yang memandang Selena sebagai ikon remaja perempuan yang cekal dan bijak. Dan kita lupa yang Selena masih muda. She is just like us, ada naik turunnya. Cuma disebabkan Selena berstatuskan selebriti, tumpuan terarah kepadanya.
Tambahan pula, dunia baru saja ‘menyambut’ hari peringatan kesihatan mental sedunia pada Rabu lalu. Untuk mendapat tahu berita sebegini pada minggu ini, it is just devastating.
Selena bukanlah selebriti remaja pertama yang memasuki rehab pada tahun ini. Pada pertengahan tahun ini, Demi Lovato dimasukkan ke pusat rehabilitasi atas pengambilan bahan terlarang.
Adakah sejarah teknologi perfileman akan berkembang dengan penghasilan karya Tom Cruise ini?
Baru-baru ini, Ketua Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) memberitahu mereka akan bekerjasama dengan Tom Cruise bagi penghasilan filem mengenai Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Malah jurucakap NASA mengesahkan bahawa Tom Cruise akan dihantar ke angkasa lepas dan berada di stesen makmal yang bernilai ratusan bilion dolar yang akan mengelilingi orbit sekitar 250 batu di atas bumi.
NASA is excited to work with @TomCruise on a film aboard the @Space_Station! We need popular media to inspire a new generation of engineers and scientists to make @NASA’s ambitious plans a reality. pic.twitter.com/CaPwfXtfUv
Filem ini dikatakan adalah filem aksi pengembaraan dan bukannya filem Mission Impossible baharu. Lebih menarik, wakil NASA turut telah mengesahkan penglibatan Tom Cruise ini yang mungkin sekali akan melakukan penggambaran di Space Station. Bukannya dengan CGI atau animasi okay!
Bagaimana filem ini akan dihasilkan juga tidak diketahui. Menurut laporan The Verge, NASA akan membuat kenyataan pada masa yang sesuai akan datang. SpaceX turut pernah mengumumkan yang empat individu akan menaiki kapal angkasa Crew Dragon untuk mengelilingi bumi pada sekitar hujung tahun 2021 atau awal tahun 2022. Mungkin Tom Cruise adalah salah seorang daripadanya?
Apa-apa pun sama-sama kita nantika. Tak sabar pula rasanya nak tengok filem ni nanti, betul-betul idea think out of box ni.
SUMBER RUJUKAN: THE VERGE
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun tidak begitu mahir, ibu kepada seorang cahaya mata itu memaklumkan bahawa dia banyak belajar daripada para pempengaruh muda yang sering berkongsi tutorial hijab di media sosial.
“Sebenarnya menurut Fazura secara peribadi, saya tak mahir sangat untuk gayakan tudung tau. Macam saya sendiri untuk stailkan hijab, bolehlah macam biasa yang saya buat, kadang kala adalah lilit-lilit sedikit dan sebagainya.
“Jadi jika nak berikan tip tutorial tudung saya untuk para Gen Z di luar sana, dalam diam sebenarnya saya banyak belajar daripada anda semua tau,” katanya kepada Remaja.
Selain itu, Fazura turut mendedahkan bahawa dia sering menggunakan platform seperti Instagram dan TikTok untuk mencari inspirasi cara menggayakan tudung.
“Kalau saya nak gayakan tudung, saya akan scroll di Instagram dan TikTok ‘tutorial tudung, macam mana nak pakai’.
“Saya akan tonton video adik-adik saya ini bagaimana cara mereka gayakan hijab,” jelasnya.
Bagi Fazura, kreativiti para pempengaruh muda dalam menggayakan tudung sangat mengagumkan, selain dia memberi pujian terhadap gaya mereka.
“Jadi, adik-adik pempengaruh di luar sana itu, anda sangatlah kreatif bagaimana anda gayakan tudung. Tak perlukan stylish seperti mana saya perlukan hijab stylish.
“Bagi saya, gayakanlah bagaimanapun tudung anda selagi mana anda nampak cantik dan nampak yakin,” katanya,” tuturnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rita Rudaini luah rasa syukur apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin raih anugerah kecemerlangan di MRSM Sungai Besar dan titip penghargaan buat guru.