Baru-baru ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan vuvuzela di semua stadium yang bakal digunakan sepanjang saingan Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Menerusi laporan Arise TV, selain vuvuzela, wisel, hon udara serta peranti lain yang menghasilkan bunyi terlalu kuat turut dilarang daripada dibawa masuk ke stadium perlawanan sebagai sebahagian daripada garis panduan terbaru yang diperkenalkan FIFA.

Dalam pada itu, langkah tersebut dilihat sebagai usaha badan induk bola sepak dunia itu untuk memastikan suasana perlawanan lebih terkawal serta memberikan pengalaman menonton yang lebih selesa kepada pemain, pegawai dan penyokong yang hadir ke stadium.

FIFA Ketatkan Peraturan Stadium, Vuvuzela Kini Dalam Senarai Barang Larangan

Sebelum inim, vuvuzela cukup sinonim dengan budaya bola sepak Afrika Selatan dan pernah menjadi tumpuan dunia ketika Piala Dunia 2010. Namun, disebabkan bunyinya yang berterusan sering mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat sukan kerana dianggap mengganggu komunikasi di atas padang dan siaran televisyen.

Ads

Selain alat penghasil bunyi, FIFA turut menyenaraikan beberapa barangan lain yang tidak dibenarkan termasuk peralatan yang mengeluarkan pancaran laser, penunjuk laser serta peranti seumpamanya yang boleh mengganggu sebarang kelancaran ketika perlawanan.

Pada masa yang sama, kod tatakelakuan stadium turut menetapkan bahawa cat badan dan tatu tidak dianggap sebagai pakaian. Oleh itu, sebarang tindakan mendedahkan anggota badan secara tidak wajar atau menanggalkan pakaian di kawasan stadium juga tidak akan dibenarkan.

Ads

BACA: Lisa BLACKPINK Bakal Cipta Sejarah Di Pentas Pembukaan Piala Dunia 2026

FIFA Ketatkan Peraturan Stadium, Vuvuzela Kini Dalam Senarai Barang Larangan

Ads

Lebih mencuri perhatian, FIFA juga mengharamkan kemasukan botol air boleh guna semula ke dalam stadium atas faktor keselamatan. Penyokong yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan berdepan risiko tidak dibenarkan masuk atau diarahkan meninggalkan stadium perlawanan.

Untuk rekod, edisi Piala Dunia 2026 bakal menjadi kejohanan pertama yang menampilkan 48 pasukan bertanding. Saingan itu dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026 dengan perlawanan pembukaan menyaksikan Mexico berdepan Afrika Selatan.

Sumber: Arise TV

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads