Semalam viral di media sosial dengan gambar-gambar vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang telah pun selamat tiba di KLIA. Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dengan kehadiran vaksin dari kilang Pfizer di Belgium ini.
Jika sebelum ini, KKM telah mengeluarkan 9 golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini. Terbaru, wanita hamil dan menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.
Menurut pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib melalui laporan Bernama, buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.
“Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).
Ads
“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.
“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini hari ini.
Jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari, kini berjaya menembusi kelompok 10 terbaik dunia selepas senarai terbaharu ranking Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Atlet berusia 25 tahun itu telah naik satu anak tangga dengan mengumpul 7,595 mata keseluruhan, kini berada di kedudukan ke-10, di belakang atlet Mesir, Rowan Elaraby, yang juga naik satu anak tangga ke tangga kesembilan.
Peningkatan ini hasil daripada kejayaannya mara ke pusingan ketiga dalam Kejohanan Skuasy Dunia PSA 2023-2024 pada 15 Mei lalu, selain pencapaian cemerlang menjuarai edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London pada April.
Sivasangari Jaguh Skuasy
Pada kejohanan tersebut, beliau mencipta sensasi selepas mengejutkan pemain ranking pertama dunia Nour El Sherbini dari Mesir pada suku akhir, ranking keempat dunia Nele Gilis dari Belgium (separuh akhir) dan ranking kedua dunia Hania El Hammamy dari Mesir (final).
Gadis 25 tahun ini menerusi hantaran di laman X berkata, pencapaian itu hasil sokongan pasukannya yang telah mendorong beliau untuk terus menampilkan prestasi memberangsangkan.
“Bertekad lebih kuat untuk meningkatkan prestasi dan melakukannya langkah demi langkah,” katanya.
Ini beberapa fakta menarik tentang Sivasangari Subramaniam
Anak Kelahiran Kedah
Sivasangari dilahirkan pada 24 Januari 1999 di Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
Beliau mula bermain skuasy pada usia yang muda dan menunjukkan bakat yang luar biasa sejak awal lagi.
Sivasangari Jaguh Skuasy
Pencapaian Awal:
Pada usia 16 tahun, Sivasangari sudah mula mencipta nama di peringkat antarabangsa dengan memenangi beberapa kejohanan junior.
Beliau memenangi Kejohanan Skuasy Remaja Asia beberapa kali, menjadikannya salah satu pemain remaja terbaik di benua ini.
Pencapaian Antarabangsa:
Sivasangari telah mewakili Malaysia dalam pelbagai kejohanan antarabangsa, termasuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
Pada tahun 2018, beliau memenangi pingat perak dalam acara berpasukan wanita di Sukan Asia.
Kedudukan Dunia:
Sivasangari mencapai kedudukan terbaik dalam kariernya sebagai pemain skuasy muda dengan terbaru menduduki tempat ke-10 dunia.
Pendidikan:
Selain cemerlang dalam sukan, Sivasangari juga seorang yang bijak dalam pendidikannya. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Cornell di Amerika Syarikat.
Gaya Permainan:
Sivasangari dikenali dengan gaya permainannya yang agresif dan kelajuan yang luar biasa di gelanggang. Ketangkasan dan kepantasannya sering kali membuat lawannya sukar untuk menandinginya.
Inspirasi dan Sumbangan:
Sebagai seorang atlet yang berjaya, Sivasangari menjadi inspirasi kepada ramai anak muda di Malaysia untuk menceburi sukan skuasy.
Beliau sering terlibat dalam program-program pembangunan skuasy di Malaysia, membantu mengasah bakat-bakat muda.
Dengan pencapaian dan dedikasinya, Sivasangari Subramaniam terus menjadi ikon dalam sukan skuasy Malaysia dan memberikan inspirasi kepada generasi akan datang.
Moga terus maju jaya dan harumkan nama Malaysia Sivasangari!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya sekarang 98 tahun, tapi saya masih mampu bercakap, berfikir, berbincang dan berdebat”
Itulah antara kata-kata yang dikongsikan bekas Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyambut hari kelahirannya yang ke-98, semalam.
Menerusi video dimuat naik di media sosial, beliau meletakkan harapan untuk terus bekerja sekali gus memberi khidmat bakti kepada orang ramai.
“Dengan media, ya seperti yang semua tahu bahawa saya masih mampu menjawab semua soalan diberikan. Saya harap untuk meneruskan kerja-kerja yang telah saya laksanakan.
“Reaksi yang sangat saya teruja serta berharap saya mampu untuk menjadi yang berguna dalam pengakhiran hidup saya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menceritakan menerima ucapan hari kelahirannya semalam daripada orang ramai termasuk mereka dari luar negara.
“Saya amat gembira kerana menerima banyak ucapan selamat hari jadi ke-98 bagi diri saya. Saya amat menghargai ingatan tuan puan berkenaan umur saya dah lewat ini.
“Dalam masa sama, banyak juga dari luar negara yang mengucapkan selamat hari lahir dan saya menghargai sangat-sangat.”
“Malah, saya akan terus berpegang kepada mereka yang memberi sokongan terhadap apa yang saya cuba buat untuk Malaysia,” tuturnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet termasuk selebriti juga berkesempatan mengucapkan ulang tahun kelahiran buat ahli politik berpengaruh dunia itu.
Sekadar informasi, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga lebih disapa sebagai Tun M ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 (1981-2003) dan ke-7 (2018-2020).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sekiranya korang mengikut siaran langsung Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di antara Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binti Adam tengah hari tadi, pastinya ada di antara korang yang tertanya-tanya mengenai penggunaan ‘Ringgit’ dalam lafaz nikah yang disempurnakan.
“Kalau terima nikahnya Dayang Anisha Rosnah binti Adam dengan maharnya seribu Ringgit tunai,” lafaz beliau.
Lantas, ramai di kalangan penonton Malaysia yang terkejut dengan penggunaan Ringgit dan bukannya Dolar Brunei seperti yang ramai sedia maklum.
Haa, sebenarnya guys kedua-dua nama mata wang negara Brunei Darussalam itu adalah betul. Di sana, mata wangnya disebut sebagai Dolar Brunei (B$) atau Ringgit Brunei.
Satu ketika dahulu; Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pernah berkongsi satu jenis mata wang sahaja iaitu Malayan Dollar yang dikeluarkan oleh kuasa penjajah Inggeris dan ia telah digunakan lebih dari 10 tahun.
Namun, selepas Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957, gerakan politik di Malaysia pada waktu itu ingin memiliki mata wangnya sendiri ekoran penubuhan Bank Negara Malaysia pada tahun 1959.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 iaitu di antara bahagian Semenanjung, Sabah dan Sarawak; negara kita keluar membawa haluan kewangannya sendiri.
Ia disusuli penubuhan Penguasa Kewangan Singapura oleh kerajaan Singapura pada tahun 1967 dan penubuhan badan pengawal mata wang Brunei baharu oleh kerajaan Brunei Darussalam pada tahun sama.
***
Mengulas lebih lanjut mengenai nama mata wang, warganegara Brunei sendiri tetap memanggilnya sebagai Ringgit Brunei. Namun, jangan pula korang menyamakan Ringgit Brunei dengan Ringgit Malaysia. Hehe..
Satu ketika dahulu, Malaysia-Singapura-Brunei mempunyai kadar tukaran mata wang setara.
Ini bermaksud mana-mana mata wang dari tiga buah negara ini boleh digunakan secara terbuka termasuklah urusan perbankan seperti kemasukan deposit di bank dan urusan jual beli pada kadar serupa atas nilai yang dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak.
Namun, kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada perjanjian ini atas faktor-faktor tertentu. Lalu, nilai Ringgit Malaysia diapungkan secara terbuka dengan nilai Dollar Singapura dan Ringgit Brunei.
Kini, nilai pertukaran 1 Ringgit Brunei a.k.a 1 Dollar Brunei dan 1 Dollar Singapura bersamaan dengan 3.50 Ringgit Malaysia.
Singapura dan Brunei Darussalam masih meneruskan perjanjian terbabit di antara kedua-dua buah negara sehingga sekarang dan seperti dijangka, kerjasama mereka semakin meningkat dan saling menjadi rakan dagang terbesar di negara masing-masing.
Malah pada tahun 2017, Singapura dan Brunei Darussalam telah meraikan perjanjian mata wang ini dengan melancarkan keluaran khas wang kertas 50 dollar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...