Demam FIFA World Cup 2026 semakin terasa apabila FIFA baru-baru ini mengumumkan barisan artis antarabangsa yang bakal menjayakan persembahan pembukaan rasmi kejohanan bola sepak paling berprestij dunia itu.
Antara nama yang paling mencuri perhatian pastinya Lisa, Katy Perry dan Future yang bakal menggegarkan pentas di Stadium SoFi, Los Angeles pada 12 Jun depan.
Pertama Kali Dalam Sejarah FIFA
Buat pertama kalinya dalam sejarah kejohanan, FIFA akan mengadakan tiga majlis persembahan pembukaan serentak di tiga negara penganjur iaitu United States, Mexico dan Canada.
Langkah tersebut diambil bagi meraikan format baharu FIFA World Cup 2026 yang kini melibatkan 48 pasukan bertanding.
Ads
Lisa Jadi Artis Solo Asia Tenggara Pertama
Apa yang lebih membanggakan, Lisa bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis solo pertama dari Asia Tenggara yang membuat persembahan di pentas pembukaan Piala Dunia.
Penyanyi kelahiran Thailand itu juga menjadi artis K-pop kedua yang menerima penghormatan tersebut selepas Jungkook daripada BTS yang pernah membuat persembahan pada edisi 2022 di Qatar.
Sudah semestinya berita tersebut membuatkan peminat BLACKPINK di seluruh dunia semakin tidak sabar menantikan aksi Lisa di pentas berprestij berkenaan.
Ads
Barisan Artis Hebat Turut Meriahkan Acara
Selain persembahan di Los Angeles, FIFA turut mengumumkan beberapa lagi barisan artis terkenal yang akan membuat persembahan di lokasi lain.
Majlis pembukaan di Estadio Azteca pada 11 Jun bakal menampilkan J Balvin dan Alejandro Fernandez.
Sementara itu, acara di Toronto pada 12 Jun pula akan membariskan Michael Bublé dan Alanis Morissettesebagai penghibur utama.
Dalam pada itu, Shakira turut dilaporkan bakal melancarkan lagu rasmi FIFA World Cup 2026 berjudul Dai Dai.
Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi bersama Burna Boy dan dijadualkan menemui peminat pada 14 Mei ini.
Perlawanan Pembukaan Bakal Jadi Tumpuan
Untuk rekod, FIFA World Cup 2026 akan membuka tirai dengan perlawanan antara Mexico dan South Africa.
Dalam masa sama, skuad United States juga dijadual memulakan kempen mereka menentang Paraguaysejurus selepas majlis persembahan di Los Angeles berakhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-pop terkenal, G-Dragon baru-baru ini meraih perhatian sekali lagi apabila diumumkan sebagai duta kehormat bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025 oleh Kementerian Luar Korea Selatan pada 23 Julai, bersempena dengan persiapan negara itu menjelang 100 hari sebelum acara bermula.
Memetik laporan media tempatan Korea Selatan, pelantikan ini dianggap signifikan kerana G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong (37) dikatakan mewakili nilai-nilai APEC seperti ‘kesalinghubungan dan kelestarian’ menerusi imejnya sebagai ikon kreativiti dan inovasi.
Menurut G-Dragon menerusi perkongsian di media sosial, beliau mengakui sangat berbesar-hati dengan pencapaian itu.
“Saya dilantik sebagai duta kepada APEC Summit 2025. Satu penghormatan dapat jadi sebahagian daripada APEX Korea. Terima kasih Wicem,” katanya.
Dalam pada itu, menurut kenyataan rasmi Kementerian Luar, G-Dragon dipilih kerana mampu menyampaikan mesej utama APEC kepada khalayak global, selaras dengan semangat acara berprestij itu.
Pada masa yang sama, sebagai duta APEC, pelantun lagu ‘POWER’ itu akan muncul dalam pelbagai promosi, termasuk video khas untuk menguar-uarkan nilai dan objektif sidang ini kepada dunia luar serta projek visual promosi juga akan diterbitkan oleh Shin Woo-seok, pengarah kreatif dan ketua syarikat produksi Dolphiners Films.
Sementara itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min Seok turut menyuarakan harapan tinggi terhadap penganjuran Sidang Kemuncak APEC 2025 yang bakal berlangsung di Gyeongju, dengan menyatakan ia sebagai satu peluang untuk mempamerkan kebangkitan semula negara itu selepas berdepan krisis politik semasa era Presiden Yoon Suk Yeol.
Bercakap mengenai perkembangan terkini, G-Dragon baru sahaja menggegarkan pentas secara langsung di Kuala Lumpur menerusi konsert jelajah solo ‘Übermensch Tour 2025’ pada 19 dan 20 Julai lalu yang dihadiri lebih 25,000 peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika penulis perlu menamakan satu band yang bekerja keras dan teliti dalam pembikinan muzik mereka, mungkin LANY ialah band yang korang cari.
Tiga buah album LANY terdahulu iaitu LANY, Malibu Nights dan Mama’s Boy telah menampakkan betapa mereka tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu. Selagi boleh, mereka ingin mencipta sesuatu yang lebih besar, lebih menarik, lebih ‘di luar kotak’ dan berlainan dengan band lain.
Ternyata, percubaan tersebut berjaya melonjakkan nama LANY yang dianggotai oleh Paul Klein, Jake Goss dan Les Priest ini hingga dikenali di seluruh dunia.
Kredit Foto : Universal Music Malaysia
Selepas album pertama berjudul LANY mencipta fenomena pada tahun 2017 sehingga mereka berjaya mengadakan konsert ‘sold-out’, menjadi penghibur utama di festival muzik dan menarik 3.5 bilion strim secara maya, ramai tertanya-tanya apa lagi yang boleh LANY lakukan dan buktikan?
LANY dianggap sebagai band baharu yang ‘terlalu pantas’ mendaki carta populariti dan kejayaan, apa mungkin pendakian awal itu akan menyebabkan mereka pantas terjunam ke bawah juga?
Well, well.. tidak sama sekali.
LANY kini kembali dengan album keempat berjudul gg bb xx selepas muncul dengan Mama’s Boy; JUGA pada tahun ini.
Kredit Foto : Universal Music Malaysia
gg bb xx mengajak peminat LANY untuk kembali semula ke muzik serta penceritaan asal-usul mereka sebagai sebuah band yang dibentuk daripada gabungan pengaruh kota Los Angeles dan New York.
[Dari situlah mereka mendapat nama LANY guys, Los Angelas dan New York – Boom..]
Kata Paul, “Kami membawa peminat sama-sama pulang ke tempat asal kami, kami tunjukkan apa yang telah kami tinggalkan dahulu dan sebab mengapa kami tinggalkannya.”
Dalam masa lima tahun, dalam diam LANY telah mengeluarkan empat album. Nampak macam sekejap, namun perjalanan ini telah mengajar LANY banyak perkara dalam mengejar impian mereka untuk memainkan muzik agar ia dapat didengari di seluruh dunia.
Sentimen itu jelas dirasai dalam trek seperti Up To Me di mana liriknya berbunyi, “Have you heard they’re playing LANY on the radio?”. Ia diinspirasikan daripada mesej yang diterima oleh Paul sendiri pada tahun 2021 apabila mendapat tahu lagu mereka dimainkan di lokasi yang tidak pernah mengetahui kewujudan LANY sebelum ini.
“..I’m not where I want to be. But I’m getting somewhere..”
Somewhere
Menerusi gg bb xx juga, LANY tidak lagi ingin berada di takuk yang sama. “Satu hari nanti, kita akan merasakan bahawa kita tidak lagi perlukan ‘approval’ atau kasih sayang daripada orang lain untuk mengasihi diri sendiri serta merasa bangga terhadap diri sendiri. Kami masih belajar, tapi kami yakin akan sampai ke tahap itu satu hari nanti.”
*
Kredit Foto : Universal Music Malaysia
Jika penulis harus memilih satu trek kegemaran daripada album ini, agak sukar sebenarnya untuk berbuat sedemikian. Bukannya kerana gg bb xx ialah sebuah album yang terlalu bagus dengan banyak trek menarik dan ia juga bukanlah sebuah album yang teruk.
gg bb xx terasa seperti sebuah album yang sedap didengar semasa korang sedang memandu atau sebagai sebuah playlist muzik latar pada setiap hari. Hampir kesemua treknya kedengaran – err, sama. It is not exactly a smash-hit-in-you-face type of album, nor is it a bad album per se.
gg bb xx masih menggunakan kelebihan identiti muzik LANY yang berjaya menjadikan salah sebuah band paling digemari sekarang – contohnya seperti pengalaman ‘dating’ di Los Angelas, kisah putus cinta, kembali bertaut semula, merindui bekas kekasih dan menemui kekasih baharu.
Rata-rata peminat LANY yang terdiri daripada kelompok remaja seperti korang pasti boleh ‘relate’ dengan mesej yang ingin disampaikan.
Kredit Foto : Universal Music Malaysia
Cuma, penulis inginkan mesej yang lebih berat daripada LANY.
Mungkin itu adalah satu permintaan yang tidak munasabah buat masa ini memandangkan LANY baru berada dalam industri seni selama 4 tahun dan tidak mempunyai waktu mencukupi untuk mencipta sesuatu yang berbeza berbending album Malibu’s Night dalam tempoh yang singkat.
[gg bb xx mengingatkan penulis kepada bagaimana Ariana Grande sendiri bergelut untuk menemui muzik berbeza dalam album Positions yang diterbitkan hanya beberapa bulan selepas album Thank You, Next. But that is for a whole new conversation.]
Apapun, gg bb xx sememangnya ‘in’ dengan trend muzik terkini dan akan diminati ramai. Ia catchy, ia cute, ia mempunyai elemen orkestra untuk menjadikannya dramatik semasa korang khusyuk mendengarkannya. gg bb xx juga pasti popular di platform media sosial seperti TikTok dan Instagram sebagai muzik latar.
Penulis tidak akan jemu mendengar gg bb xx. Cuma sebagai seorang peminat LANY yang telah mengikuti perjalanan muzik band ini sejak album pertamanya, penulis mengharapkan agar LANY benar-benar mengambil masa yang cukup sebelum muncul dengan album kelima mereka kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki minggu kelima tayangan, drama bersiri penuh aksi dan emosi Thariq Ridzuwan: His Treasure SEmakin buat penonton tak senang duduk.
Dua episod terbaharu minggu ini bukan sahaja sarat dengan babak romantis tetapi juga penuh dengan pengkhianatan dan dendam lama yang kembali menghantui.
Episod 9: Cinta Bergolak, Farez Tunjuk Taring
Hubungan Thariq (Meerqeen) dan Radwa (Qasrina Karim) mula retak bila Radwa dimasukkan ke hospital. Saat Thariq tiada di sisi, Farez (Evertts Gomes) muncul menjadi ‘peneman setia’. Radwa yang rapuh ketika itu mula meluahkan perasaan kepada Farez tanpa mengetahui niat sebenar lelaki misteri itu.
Pada masa yang sama, Thariq berdepan misi berbahaya untuk menyelamatkan Budi yang diculik dari TEDUH. Namun tindakannya yang terburu-buru menyebabkan Haider (Dariel Aeldra) cedera parah akibat letupan. Terhimpit rasa bersalah, Thariq nekad mahu menarik diri daripada pasukan Holy Dragon.
Lebih merumitkan keadaan, rumah tangga Thariq dan Radwa terus diuji bila Radwa sekali lagi meminta cerai. Amaran Thariq jelas, jika diminta buat kali ketiga, dia akan MENUNAIKANNYA.
Plot semakin mendebarkan apabila Thariq menerima nota misteri yang membawanya ke sebuah kafe hipster. Di sana, dia bertemu dengan Farez iaitu sahabat lama yang disangka sudah meninggal dunia.
Senyuman sinis Farez dan panggilan ‘sahabat’ itu membuat Thariq tergamam, seolah-olah berdepan bayangan masa silamnya sendiri.
Episod 10: Sahabat Jadi Lawan, Dendam Terbongkar
Identiti Farez akhirnya terbongkar! Rupa-rupanya, dia dan Thariq pernah bersahabat baik. Tapi kerana rasa cinta yang dimiliki oleh kedua-duanya terhadap Radwa, persahabatan itu musnah.
Farez masih menyimpan dendam kerana Thariq melanggar janji untuk tidak memiliki Radwa. Kini, dendam yang lama terpendam makin membara.
Farez nekad mahu merampas semula Radwa dan menghancurkan hiduo Thariq. Lebih mengejutkan, dialah dalang di sebalik kesemua penderitaan yang dialami oleh derita selama ini termasuklah kes rogol Ridha dan Zafir!
Kemuncak episod hadir bila konco-konco Farez diarah untuk membunuh Zafir. Saat pistol hampir melepaskan peluru, Holy Dragon muncul menyelamatkan Zafir tepat pada waktunya.
Babak penuh aksi ini sekaligus membuka lebih banyak persoalan: sejauh mana Farez sanggup pergi demi dendamnya?
Konflik cinta tiga segi, sahabat bertukar musuh, dan rahsia yang semakin terbongkar menjadikan Thariq Ridzuwan: His Treasure terus jadi bahan bualan minggu demi minggu.
Jangan lupa saksikan episod baharu setiap Rabu dan Khamis hanya di Astro One, Astro Ria (saluran 104) dan sooka!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...