
Woah, dalam masa 3 minit sempat buat mekap apa je??
Sebagai seorang remaja perempuan, mestilah kita selalu complain tak ada masa.
Nak makan breakfast? “Tak ada masa, nak kena rush jam teruk.”
Nak pergi tengok movie? “Tak ada masa, weekend pun kena buat assignment.”
Biasalah, bila kita mula dibebani dengan banyak perkara yang perlu diselesaikan, satu-persatu rutin harian kita seperti makan dan release tension mula ditinggalkan.
Tapi, bagaimana pula dengan rutin bersiap & bermekap sebelum keluar dari rumah?
![[VOTE] Cukup Ke 3 Minit Untuk Siapkan Mekap?? Kami Cabar Dewi Remaja 5 [VOTE] Cukup Ke 3 Minit Untuk Siapkan Mekap?? Kami Cabar Dewi Remaja](https://cdn.remaja.my/2018/11/mekap-1.gif)
Penulis selalu terdengar komen – “Weh, muka tak siap” – bagi mereka yang keluar dari rumah tanpa betul-betul melihat cermin. Bagi mereka memang masa singkat pada waktu pagi menjadi kekangan. Tapi percaya tak, kalau korang tau teknik yang betul, 3 minit je pun sempat untuk korang persiapkan muka.
Lagi-lagi kalau korang mempunyai alat mekap user-friendly, seperti dari koleksi Obsess Cosmetics ni. Ia mempunyai pigmentation yang bagus, mudah dipakai pada kulit (love your concealer!) dan sedikit je pun dah cukup untuk menutupi ela serta menaikkan seri.
![[VOTE] Cukup Ke 3 Minit Untuk Siapkan Mekap?? Kami Cabar Dewi Remaja 6 [VOTE] Cukup Ke 3 Minit Untuk Siapkan Mekap?? Kami Cabar Dewi Remaja](https://cdn.remaja.my/2018/11/arena.jpg)
![[VOTE] Cukup Ke 3 Minit Untuk Siapkan Mekap?? Kami Cabar Dewi Remaja 7 [VOTE] Cukup Ke 3 Minit Untuk Siapkan Mekap?? Kami Cabar Dewi Remaja](https://cdn.remaja.my/2018/11/aween-1.jpg)
Jom tengok bagaimana 12 orang finalis Dewi Remaja 2018/2019 melakukan mekap dalam masa 3 minit je.
TIGA MINIT – 3, 2, 1 – GO!
VOTE DEWI YANG KORANG RASAKAN LAYAK UNTUK MEMENANGI HADIAH DARIPADA KAMI ~
Tarikh tutup undian adalah pada 27 November (Selasa) jam 12 tengah malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Myra Natasya Is Breaking Through : ‘Pertandingan’ Sebenar Bermula Selepas Dewi Remaja

DEWI REMAJA Breaking Through
MENYINGKAP PERJALANAN TIGA TAHUN YANG DILALUI LIMA DEWI PENYERI ISU MAC 2022 KAMI, SERIBU SATU PERASAAN TERUNGKAP MENGENANGKAN MEMORI MANIS BERSAMA. KELIBAT MEREKA SEMAKIN DIRASAI DALAM LALUAN MASING-MASING. SETIAP SEORANG PUNYA KISAH TERSENDIRI SEBAIK TIRAI DEWI REMAJA 2019 BERLABUH.
ARAHAN SENI: FZ AIMMAN, AZNIZA & MUSTAIZZAH PENGARANG: FZ AIMMAN PENYELARAS: RUZIANA ZAINAL, NOOR AIN NORMAN & FIEZREEN AHMAD JURUFOTO: AZFARINA SULAIMAN UNTUK IDEAKTIV SUNTINGAN: HEZRY ROKMAN PENGARAH KREATIF NADIA ABDULLAH PENERBIT VIDEO JUNIOR: SHERFIQA SHARIDAN JURUVIDEO: IZZUDIN ISMAIL & MUSLIM ABDULLAH SUNTINGAN VIDEO: AMIRUL FITRI SOLEKAN & DANDANAN: TAUFEEQ ADAM BUSANA: GUESS & RIZMAN RUZAINI AKSESORI: HILL TO STREET
MYRA NATASYA
BERKONGSI KISAH REALITI DI SEBALIK MISI BREAKING THROUGH MILIKNYA.
Usai berlabuh tirai pencarian Dewi Remaja 2019, barulah ‘pertandingan’ sebenarnya bermula.
Begitulah gambaran yang diberikan oleh pelakon, model dan pengacara baharu, Myra Natasya sepanjang tiga tahun pembabitannya dalam industri seni hiburan tempatan. Pertemuan saya dengannya pada hari tersebut berlangsung sama seperti sewaktu saya mula mengenalinya di bilik uji bakat pencarian Dewi Remaja 2018/2019 – masih kekal dengan keceriaan, gelak tawa sewaktu berborak. A conversation with her will always run smoothly like a butter.
Ya, Myra pernah mencuba nasib untuk menempatkan dirinya sebagai finalis Dewi Remaja sebanyak dua kali. Kali pertama pada edisi 2018/2019 di mana dia hadir sebagai newcomer yang mendambakan peluang. Dan apabila Myra kembali ke bilik uji bakat untuk edisi, kali ini dirinya bersedia untuk menggapai impian yang telah lama terbuku dalam diri.
Begitupun, perjalanan Myra di pencarian Dewi Remaja 2019 tidak berkekalan selama yang diharapkan apabila namanya diumumkan sebagai peserta pertama meninggalkan pertandingan. Peristiwa tersebut masih jelas di minda kami berdua, sewaktu saya (dan juri tetap, Scha Alyahya) cuba untuk memberikan kata-kata semangat buat Myra.
“Sebaik pulang saja daripada set penyingkiran, saya telah rakamkan video buat tontonan sendiri pada masa akan datang. Dalam video tersebut, saya berjanji kepada diri saya.. setahun dari tarikh itu, saya akan menjadi ‘lain’. (Sebak) Sebab saya orang pertama yang tersingkir, saya tidak sempat untuk buktikan apa-apa pun.
“Jadi saya beritahu kepada diri sendiri, saya harus buktikan bahawa saya sememangnya layak menjadi sebahagian daripada 12 orang finalis Dewi Remaja 2019,” kongsi pemilik nama penuh Yusmyra Natasha binti Abdullah ini.

Apa yang membuatkan penyingkiran Myra Natasya lebih beremosi adalah disebabkan sokongan tidah berbelah bahagi yang hadir daripada keluarganya, terutama ibunya sendiri yang sekian lama sudah mengekor rapat pencarian Dewi Remaja musim demi musim. Malah satu ketika dahulu, beliau pernah bercita-cita untuk menyertainya namun harapan berkubur apabila tidak berkesempatan.
“Perkara yang ibu saya tak dapat, saya yang perlu lakukan untuknya. She has always wanted to join Dewi Remaja. Bila Myra diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir, apa yang saya fikirkan adalah ‘Macam mana hendak bagi tahu dia..?’ ”
“Bukan mudah menjadi peserta pertama yang disingkirkan; saya pasti mana-mana peserta program realiti yang pernah berada pada posisi sama akan dibelenggu igauan sama. Saya pernah terfikir, ‘adakah saya tidak cukup bagus?’ “
“Tetapi Alhamdulillah, keluarga terus berikan dorongan untuk meneruskan minat and.. here I am. Bak kata ibu, impian tidak harus terhenti di situ. Kita sendiri perlu keluar mencari rezeki. Saya tidak membuang masa dan terus menghantarkan video uji bakat ke beberapa buah produksi (sebaik meninggalkan vila Dewi). Saya perlu terus berusaha demi mencedok peluang bagi kerjaya sendiri,” katanya.

Mengambil semangat daripada dorongan keluarganya, Myra melihat peristiwa itu dari sudut positif. Baginya, saingan tidak berakhir setakat di pencarian Dewi Remaja tetapi ‘pertandingan’ sebenar bermula setelah program tersebut tamat. Kini, dia perlu bersaing pula dengan sekelompok pendatang baharu yang sedang menapak di dalam industri seni hiburan demi secebis peluang dan rezeki pekerjaan.
“Honestly pada awalnya, saya ada juga merasa tertekan apabila melihat orang lain had something going dan saya masih di belakang. Tapi bila difikirkan kembali, tekanan seperti itulah yang memberikan semangat untuk saya terus melakukan yang lebih baik.
“Bagi saya, apabila seseorang bergelar finalis Dewi Remaja, dia mempunyai tanggungjawab menggunakan gelaran itu sebaik mungkin (kerana) orang lain (yang mencuba di sesi uji bakat) tidak dapat. Gelaran itu buatkan saya lebih berkobar-kobar untuk membuktikan bakat serta potensi.”

Perbualan kami terus ‘mengalir’ lancar seperti kebiasaan. Dari topik ke topik, mereka yang berada di studio pada hari itu turut selesa mendengar apa yang ingin Myra sampaikan.
Satu faktor yang membuatkan kami mudah bekerjasama adalah persahabatan yang terjalin sejak 2019; bukan hanya di antara kru dan Myra tetapi juga di antara dirinya dan finalis yang lain. Persahabatan itu katanya langsung tidak seperti yang dia sangkakan.
“Kita selalu dengar pergaduhan tercetus dalam pertandingan melibatkan peserta perempuan, namun Dewi Remaja 2019 berbeza. Sewaktu saya meninggalkan vila, bagi saya ia adalah satu momen yang sangat ikhlas di antara 12 orang Dewi. I was so touched, I felt so loved by everyone.
“Jujurnya, Dewi Remaja adalah tempat untuk anda mencipta a life long sisterhood yang akan anda hargai sampai bila-bila. Saya selalu beringat, daripada ratusan peserta yang mencuba; hanya beberapa orang saja yang mendapat peluang ini. Jadi, saya pasti ikatan dengan rakan seperjuangan ini akan berkekalan.”

Hari ini, Myra wajar berbangga dengan momentum yang telah dia bina atas kudrat, semangat dan usaha keras. Hari ini, Myra sudahpun lebih selesa mengorak langkah dan ini hanyalah satu permulaan bagi perjalanan yang masih jauh menanti.
Jika tiga tahun lalu, tidak terlintas di pemikirannya satu hari nanti dirinya akan dilantik sebagai pengacara program pendidikan berbahasa Melayu. Namun kini, dia lebih terbuka untuk mengasah sisi berlainan yang ada padanya sebagai seorang anak seni.
“Hari di mana saya dapat tanda tangan kontrak bersama program pertama saya di Sri Pentas, I just felt like I made it. Walaupun gelaran pengacara Didik TV mungkin nampak kecil di mata orang lain, it is a big achievement for me. Setiap hari memasuki set, saya bersyukur kerana Dewi Remaja memberikan peluang untuk saya mengejar impian yang tidak terjangkau di kepala.
“Bila kita amat inginkan sesuatu, you will naturally push yourself. Selagi anda fokus dan letak sepenuh jiwa serta harapan.. anda pasti akan mendapatnya.”
“Masih banyak yang perlu saya belajar, contohnya untuk bertutur dengan lebih baik dalam Bahasa Melayu. Skil komunikasi adalah kunci kepada masa depan saya dalam industri ini. Impian anda mungkin berbeza. Asalkan anda pasang impian dan bekerja keras, tiada apa yang mustahil untuk dicapai,” simpulnya sebagai penutup bicara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Drama Isteri Untuk Disewa & Senafas Rindu, Nelissa Nizam Cuba Nasib Di Uji Bakat Dewi Remaja 2019

Walaupun sudah pernah membintangi drama-drama di kaca televisyen, Nelissa Nizam masih lagi mencari peluang untuk mengejar cita-citanya dengan menyertai ujibakat di Pencarian Dewi Remaja 2019.
Tahun lepas, gadis dari Kuala Lumpur ini sudah mencuba nasib dalam uji bakat Dewi Remaja namun, mungkin belum rezekinya dan tahun ini sekali lagi dia hadir dengan persiapan yang lebih lengkap.
“Sewaktu menghadiri casting Dewi Remaja pada tahun lepas, saya rasa seperti tidak membuat persiapan yang banyak. Jadi, pada tahun ini saya lebih bersedia untuk menonjolkan bakat kepada barisan para juri,”
“Saya banyak menyertai kelas lakonan dan nyanyian kerana ingin menjadi seorang yang versatile. So, kalau juri minta saya buat apa saja, insyaAllah saya boleh tonjolkan dengan lebih baik,” jelas Nelissa.

Pernah membintangi drama-drama popular seperti Isteri Untuk Disewa dan Senafas Rindu, Nelissa menganggap ia adalah sebagai salah satu kelebihan kerana dia sudah mempunyai sedikit pengalaman dan mendapat tunjuk ajar daripada anak seni yang lain.
Namun begitu, bagi Nelissa sendiri, walaupun dia sudah pernah berpeluang berlakon di dalam drama, ini tidak bermaksud dia tidak layak berada di pentas Dewi Remaja.
“Jika terpilih, ini adalah soal rezeki masing-masing. Semua yang masuk dalam program ini mesti ada sasaran masing-masing. Tak ada yang nak sebab suka-suka. Jadi macam saya pula, saya ingin menjadikan Dewi Remaja sebagai platform untuk menapak dalam industri hiburan Malaysia dan mengutip lebih banyak pengalaman daripada orang-orang seni,” ujarnya lagi.

Berharap agar dirinya akan terpilih untuk Pencarian Dewi Remaja 2019, Nelissa yakin dia mempunyai kekuatan dan kelebihan sekiranya dipilih sebagai barisan finalis tahun ini.
“Jika saya berjaya menjadi finalis, sudah tentu saya telah membuktikan diri saya sudah keluar daripada comfort zone dan berhadapan dengan lebih banyak cabaran dalam industri ini. Saya tak sabar nak bersaing secara sihat dengan finalis yang lain dan saya yakin dengan kelebihan yang saya ada, insyaAllah saya boleh membawa diri dengan baik dalam Dewi Remaja 2019,”

“Saya seorang yang berani dan percaya dengan kebolehan diri. Apa saja yang saya nak lakukan, saya akan buat sehabis baik. Saya juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan kerana itu yang membuatkan saya lain daripada orang lain,” kata Nelissa.
Apa-apa pun kami ingin mengucapkan good luck kepada Nelissa Nizam dan semoga hasratnya untuk menjadi anak seni yang berjaya dalam industri hiburan tanah air tercapai.
All the best sister!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senior Hero Remaja Tamatkan Zaman Duda, Finalis Dewi Remaja 09/10 Pula Jadi Tunangan Orang

Amboi, main tutup-tutup muka bakal suri ya abang Eizlan Yusof!
Hujung minggu lalu, memang ramai yang membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius. Ini termasuklah finalis Hero Remaja 1993/1994 Datuk Seri Eizlan Yusof dan finalis Dewi Remaja 2009/10 Azar Azmi.
Eizlan Yusof Hanya Kawan Rapat
Empat tahun pelakon filem Pisau Cukur ini menduda, akhirnya Eizlan Yusof, 48 bertemu dengan wanita pilihannya, Natasha Rosa Boudville dan bakal menaiki pelamin pada 12 Disember ini.

Eizlan dan wanita berketurunan Serani itu menurut beliau telah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Namun hubungan mereka setakat itu saja, hanya berkawan.
Hinggalah 3 bulan lalu, Eizlan mengambil keputusan melamar secara spontan dan Natasha menerimanya. Dalam sidang media yang berlangsung pada hari ini di Putrajaya, Eizlan turut berkata Natasha telahpun memeluk agama Islam pada bulan Ogos tahun lalu sebelum apa-apa perancangan untuk berkahwin timbul.
Buat masa ini, Eizlan enggan mendedahkan wajah bakal isteri beliau berusia 29 tahun itu.
Congrats abang!
*
Azar Memilih Bapa Tunggal
Semalam pula, seorang finalis Dewi Remaja 2009/10 iaitu pelakon, Azar Azmi pula telah mengikat tali pertunangan dengan seorang produser filem yang juga merupakan bapa tunggal.
Dalam majlis yang berlangsung secara tertutup itu, ia sempat disaksikan oleh beberapa selebriti seperti Fasha Sandha.

Pandai Azar menyembunyikan statusnya yang telah bercinta dengan pasangannya sejak 5 tahun lalu. Azar dilaporkan bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung tahun hadapan. Tak sabar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

