Selepas lebih kurang dua tahun menamatkan pencarian Dewi Remaja 2018/2019, Anna Jobling kini sudah pun membintangi sebuah filem yang ditayangkan di saluran Netflix, Pasal Kau. Jika sebelum ini dia sering menerima tawaran dalam TV komersil, tapi kali ini rezeki Anna untuk bergandingan bersama pelakon berpengalaman Hairul Azreen dan Janna Nick.

BACA: Hairul Azreen Naik 5 Kilogram Kerana Filem Pasal Kau!

“Alhamdulillah segalanya bermula apabila saya menerima panggilan daripada pihak pengurusan yang meminta saya hadir ke sebuah casting sebuah filem. Pada waktu itu saya langsung tidak tahu filem apa dan siapakah yang akan terbabit dalam filem ini. Sehinggalah pengarah Adrian Teh ingin bertemu dengan saya dan menerangkan tentang filem Pasal Kau. Seminggu selepas itu, saya telah pun menerima tawaran untuk bekerjasama bersama beliau,” jelas Anna.

Memegang watak sebagai Amelia, dengan kecantikan yang dimilikinya Amelia merupakan tetamu hotel, dimana tempat Aiman (Hairul Azreen) bekerja. Pada mulanya, Amelia seorang yang friendly sehinggalah dia perlu menjadi seorang perempuan jahat yang ingin menculik seorang Tengku Iskandar, lakonan Josiah Hogan.

IKLAN

Anna Jobling Jadi Jahat Dalam Filem ‘Pasal Kau’, Seronok Jalani Latihan Menembak

Bagi yang mengenali Anna Jobling, pasti ramai melihat gadis berusia 20 tahun ini sebagai seorang yang lemah lembut perwatakannya. Namun, siapa sangka Anna mampu untuk membawakan watak seorang perempuan jahat.

“Ya mungkin orang di luar sana melihat saya seorang yang lembut tetapi saya juga sebenarnya gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti bungee jumping, diving dan macam-macam lagi. Saya rasa tak susah sangat dapat watak macam ni kerana bukan selalu saya menerima tawaran seperti ini, jadi saya mengambil peluang yang diberikan untuk melakukan yang terbaik. Saya ingin membuktikan kepada semua bahawa saya boleh membawa pelbagai watak,” jelasnya lagi.

IKLAN
Anna Jobling Jadi Jahat Dalam Filem ‘Pasal Kau’, Seronok Jalani Latihan Menembak
Bersama Hairul Azreen

“Sebelum kami memulakan penggambaran, saya dan dua orang lagi watak yang jadi perempuan jahat dalam filem ini perlu menghadiri sesi latihan menembak dan berlawan untuk kami tahu bagaimana caranya untuk beraksi. Itu merupakan pengalaman paling best bagi saya kerana setiap hari kami berlatih selama 12 hingga 15 jam dan ia bukannya satu perkara yang mudah,”

Anna Jobling Jadi Jahat Dalam Filem ‘Pasal Kau’, Seronok Jalani Latihan Menembak

IKLAN

“Namun, dengan bantuan Sophia Barakbah dan Sugeeta Chandran yang menjadi partner saya dalam filem ini, kami berjaya mencari chemistry semasa sesi latihan sebelum memulakan penggambaran,” tambahnya lagi.

Anna Jobling juga kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Shah Alam 40K bersama pelakon hebat Datin Umie Aida dan Rita Rudaini.

“Alhamdulillah, saya diterima menjadi watak utama bersama kak Umie dan kak Rita dalam drama terbaru nanti. InsyaAllah drama ini akan ditayangkan pada akhir tahun ini,”

Tahniah Remaja ucapkan kepada Anna Jobling dengan kejayaannya dan semoga Anna terus sukses dan menempa nama dalam industri hiburan tanah air.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI