Player Unknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG merupakan permainan video kegemaran bukan sahaja anak muda, malah orang dewasa juga turut terjebak dalam permainan tembak-menembak ini.
Kalau dulu ramai yang menganggap perbuatan ‘gila’ bermain games adalah membuang masa, tetapi kini ianya boleh mendatangkan hasil lumayan kerana banyak tournament yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti ini.
Namun begitu, lain pula yang berlaku di negara jiran kita apabila di Aceh, Indonesia, golongan yang aktif dengan permainan PUBG ini dianggap telah melanggar syariat Islam.
Menurut Ketua Majlis Ulama Daerah Aceh Barat, Teungku Abdurrani Adian, setiap permainan PUBG serta yang berkaitan mengandungi unsur-unsur kekerasan atau peperangan harus dihukum sebat di hadapan khalayak ramai.
Kredit foto: cdn.mos.cms.futurecdn.net
Pada Jun tahun lalu, Majlis Ulama Aceh telah mengeluarkan fatwa bahawa permainan PUBG adalah haram dan ia disebabkan permainan yang ditawarkan menerusi aplikasi PUBG itu didakwa banyak memberikan kesan negatif kepada masyarakat, terutamanya pada golongan muda.
Ads
PUBG juga dikategori sebagai permainan yang sarat dengan unsur kekerasan dan peperangan sehingga dikhuatiri menjejaskan akhlak dan psikologi pemainnya.
Walaupun PUBG diharamkan dan belum ada sebarang pelaksanaan undang-undang termasuk hukuman sebat, namun Teungku Abdurrani menegaskan pemerintah Aceh sebetulnya sudah melaksanakan hukuman berkenaan.
Ads
Kredit foto: images.firstpost.com
“Sebagai seorang Muslim, apabila masih terus memainkan permainan tersebut, tentu mereka akan berdosa. Mereka juga akan bertanggungjawab terhadap dosa mereka di akhirat kelak,” katanya lagi.
Beliau juga meminta Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat agar turut mengiktiraf fatwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Aceh berhubung pengharaman PUBG sebelum ini. Ulama-ulama di Aceh juga berpendapat, permainan-permainan yang ditampilkan dalam video dalam talian itu lebih banyak menawarkan kerugian berbanding kebaikan.
Ads
Malah, mereka juga berpendapat bahawa permainan PUBG ini juga menyebabkan para pemain menjadi ketagihan, selain menyebabkan mereka terpengaruh dengan tingkah laku kekerasan.
Rasanya kita perlu menghormati pendirian mereka dan mungkin itu yang terbaik bagi pemerintah mereka dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat disana.
Dengan usaha gigih, kejayaaan pasti akan diraih. Inilah yang dilalui oleh Amelia Wadhihah Ishak apabila dirinya tampil dengan keputusan cemerlang sekaligus menerima anugerah cemerlang dalam majlis International Excellence Awards di University of Manchester.
Anugerah ini diberikan oleh Faculty of Science and Engineering, University of Manchester kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang dalam peperiksaan A Level (3A*) selain menonjolkan pencapaian dan kebolehan diri dengan baik melalui ujian esei (PS) dalam permohonan ke universiti tersebut. Hanya 10 orang pemohon daripada seluruh fakulti merentasi 13 jabatan telah berjaya dinobatkan anugerah ini.
Amelia Wadhihah merupakan bekas pelajar Kolej MARA Seremban dan menyatakan hasrat gembiranya selepas menerima anugerah ini.
“Saya berasa terharu dan gembira apabila menerima anugerah ini di dalam majlis tersebut.
Ribuan terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga, guru-guru dan tidak lupa kepada pensyarah Kolej MARA Seremban yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini,” kata Amelia. Selain International Excellence Awards, Amelia Wadhihah telah menerima Frank Morton Award for International Excellence daripada Department of Chemical Engineering and Analytical Science (CEAS), University of Manchester.
Anugerah ini hanya diberikan kepada 10 orang pelajar antarabangsa dengan pencapaian akademik tertinggi dalam permohonan masuk ke bidang Kejuruteraan Kimia di universiti tersebut.
Sumber : Majlis Amanah Rakyat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Normal lah dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan Berkawal (PKPB) ini, ramai di antara kita yang mungkin lebih ‘mudah’ untuk tertidur ketika sedang berpuasa di siang hari.
Jadi apakah hukumannya?
Kami sempat untuk bertanyakan soalan tersebut kepada Pencetus Ummah Amin dalam sesi #RemajaDengarKata.
Menurut PU Amin, ada sebahagian hadis bertaraf lemah yang menyebut, ‘Tidur seorang yang berpuasa itu adalah ibadah dan tasbih.’ Jadi di sini, jika kita tertidur sepanjang hari semasa berpuasa, itu memanglah adab yang tidak baik. Tetapi..
“Terdapat golongan yang tertidur di siang hari ini bukanlah kerana sengaja hendak tidur. Yang saja-saja nak tidur itu rugilah.
“Tidur kerana ibadah di sini dimaksudkan dengan golongan yang tidur untuk merehatkan tubuh badannya dalam keadaan perlu. Contohnya, ibu yang mengerjakan anak dan perlu masak untuk sahur. Orang yang bekerja penat.
“Mereka perlu berehat kerana kehendak badan. Yang penting tidur itu tidak mengganggu waktu solat dan ibadah lain.
“Tidur yang merugikan adalah tidur yang membuatkan seseorang itu meninggalkan solat dan menghalangnya daripada melakukan ibadah sunat pada bulan Ramadan.”
Ada orang kata, tidur setelah waktu solat Subuh ini akan menghalang rezeki masuk.
Biasalah dalam bulan Ramadan ini, kita akan melebihkan aktiviti pada malam hari. Jadi pastikanlah selepas Subuh itu kita sempat untuk melakukan perkara yang memberi kebaikan seperti membaca Al-Quran, solat sunat dan mendengar ceramah.
“Hanya selepas itu, kita berniat tidur untuk merehatkan badan. Dan segeralah bangun sebelum tiba waktu Zuhur. Hukum makruh tu tetap makruh apabila kita tidur sehingga Zuhur. Ingatlah yang makruh itu juga boleh bertukar haram jika ia diulang banyak kali secara sengaja,” pesannya.
Tonton video highlight #RemajaDengarKata di bawah:
Hankook Ilbo melaporkan pelakon Kim Bo Kyung telah meninggal dunia pada usia 44 tahun Isnin lalu setelah bertarung dengan kanser selama 11 tahun. Berita kematiannya telah disahkan sendiri oleh keluarga terdekat.
Pelakon lulusan Seoul Institute of the Arts itu meula membabitkan diri dalam bidang lakonan ketika berusia 22 tahun dalam antara filemnya yang hit adalah Friend, ketika dia memegang watak Jin Sook sebagai vokalis untuk kumpulan Rainbow. Kim Bo Kyung juga pernah muncul dalam filem-filem lain seperti “RU Ready?”, “Sword in the Moon,” “My Little Bride,” “Blue Sky,” “Epitaph,” “Paju,” dan “The Day He Arrives.”
Difahamkan, pelakon wanita ini telah dikebumikan di tempat kelahirannya di Busan semalam.