Rasanya ramai yang boleh memandu kereta, baik lelaki mahu pun perempuan, namun tidak semua sedar tentang cara pemanduan mereka sebenarnya boleh mengundang masalah.
Salah satunya adalah tabiat salah pemandu yang biasa dilakukan boleh menjadi sebab kereta korang cepat rosak.
Ha, mesti korang nak tahu kan?
Berikut merupakan antara beberapa cara pemanduan yang korang harus elakkan kalau tak nak kereta bermasalah dikemudian hari.
1. Selalu tekan brek masa turun bukit

Ramai yang bila turun bukit akan selalu tekan brek untuk perlahankan kereta. Tapi ini boleh membuatkan haba terkumpul dekat brek dan rotor sampai cepat haus. Malah, berisiko tinggi untuk berlaku masalah panas melampau (overheat) atau meleding (warp).
2. Minyak dah nak habis

Kalau korang selalu drive masa tangki kosong atau dah nak kosong, ia boleh menyebabkan pam minyak cepat rosak. Biasakan diri isi semasa minyak tinggal dua bar atau lagi suku nak habis.
3. Selalu pijak clutch

Tabiat ini selalu dilakukan oleh individu yang pandu kereta manual. Mereka akan pijak clutch ketika memandu dan ini boleh menyebabkan clutch cepat haus serta boleh merosakkan bearing rilis, lengan rilis dan plat tekanan.
4. Tak guna brek tangan

Mesti guna brek tangan walaupun korang parking atas jalan raya. Kalau tak, berat kenderaan akan ditampung oleh besi kecil yang dipanggil sebagai tuas parking (parking pawl) dan boleh hauskan besi tersebut.
5. Tergesa tukar gear R ke gear D

Untuk pemandu kereta auto, masa keluar parking atau apa-apa saja, korang jangan terus pecut lepas tukar gear R ke gear D. bagi masa dalam 2-4 saat. Ini untuk mengelakkan enjin, transmisi dan gear rosak.
6. Rev masa panaskan enjin

Kebiasaannya, pemandu suka rev enjin sebab nak cepat panaskan kereta. Korang tahu tak sebenarnya perkara ini boleh tinggikan tekanan dalam komponen kereta lepas tu senang rosak. Sabar. Korang hanya perlu ambil masa 60 saat je untuk panaskan enjin tu.
7. Tekan minyak sampai habis

Kalau dah selalu pecut, mesti korang akan tekan brek mengejut. Tolong jangan buat. Pecut drastik ni lagi banyak guna minyak. Brek mengejut pula cepat hauskan pad pada rotor brek.
Anda mungkin berminat dengan
8. Pegang tombol gear ketika driving

Selalu orang yang bawa kereta manual akan buat macam ni. Satu tangan di gear, satu lagi tangan pegang stereng. Tabiat ini banyak beri tekanan pada bushing transmisi dan synchronizer. Ini boleh membuatkan gear box cepat rosak.
9. Bawa barang terlalu berat

Makin berat kereta, makin banyak tekanan atas drivetrain, suspensi dan brek. Minyak pun guna lagi banyak. Bawa barang-barang yang penting saja. Amaran untuk kaum wanita. Hiks!
10. Abaikan tanda amaran

Kalau ada dengar bunyi pelik, bergetar tiba-tiba atau symptom pelik, itu maksudnya korang dah kena pergi periksa kereta tersebut. Lagi lama tunggu, takut makin banyak pula yang rosak.
∞
Duo DJ yang didatangkan khas dari Indonesia, Diskoria bakal menghangat lagi pentas Zepp KL pada 14 Jun ini.
Diskoria yang terkenal dengan muzik genre disko funk dan pop retro itu juga akan membawa penampilan khas ratu jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid yang akan membawakan lagu Sinaran, Nada, Embun, Dia, Warna dan banyak lagi.
Membawa konsep A Time Travel, Diskoria berkata ini merupakan kesekian kali mereka membuat persembahan di Kuala Lumpur dan berkongsi pentas dengan Sheila Majid kali ini juga ibarat mimpi.

“Jika diberikan peluang dan Datuk Sheila mahu, sudah tentu kami ingin berkolaborasi dengan beliau”
“Macam mimpi jadi kenyataan, sebab lagu Sinaran yang dibawakan oleh Sheila Majid itu sangat digemari oleh orang-orang di Indonesia. Jadi apabila kami diberitahu akan berkolaborasi dengan Sheila Majid, ia macam bucket list checked gitu” – Merdi Simanjuntak
Di samping itu, Diskoria turut tidak sabar untuk bertemu dengan para peminat di Malaysia kerana semangat luar biasa yang sentiasa diberikan.
“Nah bagaimana kelak konsert akan berlangsung, kami akan pastikan semua penonton berpesta ria. Pulang ke masa silam muzik disko yang dinikahi teknologi kini”

Konsert A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid dianjurkan oleh MYdeteksi bersama penganjur Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia. Kumpulan DJ tanah air, Jemput Dengar juga bakal membuat penampilan pembukaan.
Dengarkan Balada Insan Muda, Pelangi Cinta, atau Serenata Jiwa Lara dengan harga tiket SERENATA JIWA LARA (RM165), SINARAN (RM165), C.H.R.I.S.Y.E (RM220), BADAI PASTI BERLALU (RM320).
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.myticket.asia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Kemunculan Aina Abdul di pentas akhir Big Stage 2022 sebagai juri jemputan dilihat amat bersesuaian.
Bukan saja Aina pernah dipanggil sebagai Juri Juara pada minggu ketiga di Big Stage, malah penyanyi berusia 28 tahun ini cukup kenal dengan kepayahan yang dilalui oleh para peserta Big Stage 2022 memandangkan jarak usia mereka yang tidaklah jauh berbeza.
Menurut Aina sewaktu sidang media selepas program tamat, dia sendiri merupakan seorang peminat Big Stage dan tidak ketinggalan menonton keempat-empat musim sebelum ini. Dalam banyak-banyak musim itu, Aina terutamanya berbangga dengan para peserta pada tahun ini.
Mengapa agaknya?

“Saya rasakan musim ini adalah yang paling kompetitif. I am so proud of my brothers and sisters. Saya pun lebih kurang sama latar belakang dengan mereka (sebagai seorang penyanyi muda). Kepada Elica dan semua peserta pada malam ini, anda semua adalah pemenang.
“Saya rasakan kita dapat mengenali peserta pada tahun ini bukan saja daripada kelebihan vokal tetapi dapat melihat kredibiliti para peserta dari segi ‘musicianship’ mereka. Setiap peserta ada idea dan susunan lagu masing-masing
“Keep working, keep creating juga di luar sana selepas ini,” pesan penyanyi Fool ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Giliran Aina Abdul Pula Diiktiraf Di Papan Iklan Times Square – REMAJA
Untuk pengetahuan, Aina dan juri tetap Big Stage 2022, Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Juri Juara, Aliff Aziz telapun memilih Elica Paujin sebagai juara keseluruhan musim ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Elica Paujin Juara BIG STAGE! 2022 Tahun Gemilang Penyanyi Sumandak Sabah – REMAJA
Sementara itu, kedudukan naib juara dimiliki oleh Danial Chuer manakala Aisha Retno berada di kedudukan ketiga. Manakala Yazmin Aziz dan Tegar Septian masing-masing melengkapkan kedudukan keempat dan kelima.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Trend ibu bapa menghadiahkan gajet berinternet kepada anak mungkin dianggap bersesuaian dengan zaman teknologi, tapi apa yang merisaukan ramai pihak sekarang ialah penggunaan telefon pintar dan gajet tanpa kawalan di kalangan remaja terutamanya yang masih bersekolah.

Satu inisiatif yang agak pelik tapi bagus bagi penulis, pemerintah di Bandung, Indonesia telah memgemuarkan satu idea kreatif bagi mencegah kanak-kanak daripada terus ketagih smartphone, iaitu dengan membela anak ayam.
Oded M. Danial iaitu Datuk Bandar di Surabaya telah memberikan idea agar anak-anak muda atau remaja di Surabaya menggantikan ketagihan gajet dengan menternak ayam.
Menurut laman web vise.com, Oded memberikan idea tersebut selepas melihat kecenderungan remaja hari ini kepada gajet yang semakin meruncing dan mengundang kepada masalah sosial, terutama aktiviti seksual luar nikah dan pelbagai lagi. Oded berjanji sekiranya anak ayam yang mereka miliki berjaya dibesarkan, maka beliau akan menghadiahkan mereka dengan tiga ekor anak ayam lagi.
Eksperimen Pertama
Datuk Bandar ini telah membuat eksperimen kepada 20 hingga 30 orang remaja di Kota Bandung. Jika berjaya pihak pentadbiran bandar bercadang akan memberikan setiap remaja seekor anak ayam untuk dijaga.
Selain daripada mengurangkan ketagihan gajet, program ini juga dilaksanakan bagi memupuk dan melatih anak-anak muda mengenai kasih sayang kepada binatang. Bagus juga idea Datuk Bandar ni , tapi korang rasa agak-agaknya di Malaysia boleh ke diaplikasikan?Emm…
Sumber: Krystalk2me.
∞