“Never give up on yourself.” – Rowan Atkinson a.k.a Mr. Bean.

Siapa yang tidak kenal Mr Bean? Bagi anda yang sering menghabiskan masa menonton televisyen pada era 90an, anda pasti biasa dengan siri Inggeris ini. Watak kelakuan kebudak-budakannya tanpa mengucapkan sepatah kata pun dapat ‘mengelikan hati’ penontonnya.

ARTIKEL BERKAITAN : 5 Hero Hollywood 90-an Yang Dulu Mungkin Pernah Jadi Kegilaan Korang

Watak Mr Bean telah dilakonkan dengan jayanya oleh seorang lelaki yang bernama Rowan Sebastian Atkinson. Disebalik watak kebudak-budakkan Mr. Bean, Rowan Sebastian Atkinson merupakan seorang pelakon, pelawak, dan penulis skrin England yang terkenal dengan hasil karyanya dalam sitkom Blackadder dan komedi, Mr Bean.

Kekurangan Diri Bawa Rowan Atkinson Berjaya Dan Popular. Kisah Inspirasi ‘Mr. Bean’
Image via NPR

Beliau telah mencapai kemashyuran menerusi rancangan komedi sketsaBBC Not the Nine O’Clock News pada tahun 1979 sehingga 1982 dan turut menerima Anugerah BAFTA 1981 untuk Persembahan Hiburan Terbaik dan melalui penyertaannya di The Secret Policeman’s Ball dari 1979.

Beliau juga telah disenaraikan sebagai pelakon paling lucu dalam komedi British.

Cerita Sedih Dan Semangat Yang Kental

Namun, di sebalik kejayaan yang diperoleh Rowan sehingga kini, ada cerita sedih yang mungkin ramai tidak tahu. Betapa kuatnya semangat Rowan untuk terus berdiri teguh sampai hari ini.

Rowan Atkinson dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan dan melalui kesukaran bertutur atau gagap ketika waktu kecil.

IKLAN

Dia juga pernah diusik dan dibuli di sekolah kerana paras rupanya. Ramai yang mengejek dan menggelar dirinya yang dikatakan seperti makhluk asing.

Dia juga turut digelar sebagai pelik serta menjadi seorang kanak-kanak yang sangat pemalu, pendiam serta tidak mempunyai ramai kawan.

Oleh yang demikian, dia lebih gemar menyelami dunia sains, jelas salah seorang gurunya. Tidak ada sesiapa yang menganggapnya sebagai luar biasa dan tiada sesiapa yang menyangka dia boleh menjadi seorang saintis yang cemerlang, tetapi dia telah membuktikan semua orang salah.

Ketika menuntut di Universiti Oxford, dia mula jatuh cinta dengan dunia lakonan tetapi tidak berupaya membuat persembahan dengan baik kerana kesukarannya bertutur.

Dia berjaya mendapat Master dalam bidang Kejuruteraan Elektrik sebelum muncul dalam mana-mana filem atau rancangan TV.

Selepas menamatkan pengajian, dia memutuskan untuk sekali lagi mengejar impiannya menjadi seorang pelakon.

IKLAN

Oleh yang demikian, dia mengambil keputusan untuk mendaftar dalam satu kumpulan komedi tetapi sekali lagi, kegagapannya menjadi menghalang.

Kekurangan Diri Bawa Rowan Atkinson Berjaya Dan Popular. Kisah Inspirasi ‘Mr. Bean’
Image via Amazon

Banyak rancangan TV menolaknya dan dia berasa hancur seolah-olah berputus asa selepas menemui kegagalan demi kegagalan.

Namun, dia tidak pernah berhenti mempercayai dirinya. Dia mempunyai semangat yang tinggi untuk membuat orang ketawa dan tahu bahawa dia sangat mahir dalam bidang itu.

Dia kemudiannya mula memberi tumpuan yang lebih pada sketsa komedi yang diciptanya sendiri dan tidak lama kemudian menyedari bahawa dia boleh bercakap dengan fasih setiap kali dia memainkan beberapa watak tersebut.

Kekurangan Diri Bawa Rowan Atkinson Berjaya Dan Popular. Kisah Inspirasi ‘Mr. Bean’
Image via Pinterest

Dia akhirnya menemui cara untuk mengatasi kegagapannya dan dia juga berhasrat untuk menggunakan inspirasi tersebut dalam lakonannya.

IKLAN

Maka lahirlah watak aneh yang dikenali sebagai Mr. Bean.

Meskipun dia juga akhirnya turut berjaya dalam beberapa rancangan yang lain, Mr. Bean menjadikannya terkenal di seluruh dunia.

Di sebalik banyak halangan dan rintangan yang dihadapinya terutama sekali dari segi penampilan dan gangguan pertuturannya, Rowan Atkinson berjaya buktikan bahawa meskipun tanpa berbadan sasa atau berwajah Hollywood, sesiapa pun boleh menjadi salah seorang pelakon yang paling disayangi dan dihormati di seluruh dunia.

Kisah kejayaan motivasi Rowan Atkinson ini telah memberi inspirasi dan mengajar orang ramai bahawa untuk berjaya dalam hidup, perkara yang paling penting ialah semangat, kerja keras, dedikasi dan tidak pernah berputus asa, tanpa mempedulikan apa jua halangan dan kelemahan.

Ingat tidak ada sesiapa pun yang dilahirkan sempurna.

Sumber: The HR Diary

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI