Korang ada baju turtleneck yang banyak dalam almari tapi tak tahu nak gayakan untuk nampak stylo? Kita cuma perlu confident dengan apa yang kita pakai dan tahu cara untuk menggayakannya supaya tak nampak over dan fashion disaster.
Kalau korang nak tahu, turtleneck juga mampu membuatkan korang nampak lebih ramping kerana detail di leher membuat bayang anda secara keseluruhan kelihatan lebih tinggi. Get it!
So ini 5 gaya yang korang boleh tiru. Check them out!
Turtleneck Hitam
Mulakan dengan mencari turtleneck paling basic iaitu warna hitam. Mudah untuk digayakan, malah penampilan boring bertukar sofistikated. Gaya klasik ala Emily Ratajkowski ini juga boleh diinspirasikan dengan Bodysuit Turtleneck dipadankan dengan Mom-Jeans.
2. Sekali sekala, padankan Trumpet-sleeves macam Kendall Jenner ni. Cool kan?
IKLAN
3. T-shirt putih merupakan item fesyen timeless, boleh dipakai sepanjang zaman pada bila-bila musim sahaja. T-shirt dengan leher potongan V, bulat, berkolar dan semestinya turtleneck.
Gaya Gigi Hadid’s Over-Sized Turtleneck ini nampak cun juga!
IKLAN
4. Skirt
turtleneck juga cantik dipadankan dengan skirt. Untuk nampak lebih stylista gitu, tuck in baju korang dan pakai belt.
IKLAN
5. Leather and printed jacket
Untuk tampil bergaya dan menawan, sekali sekala mix match kan turtle neck korang bersama jaket. Lebih cun kalau jacket korang bermotif dan labuh. Mesti akan lebih stylo.
So, dah ada idea ke belum macam mana nak gayakan baju turtle neck korang? Confirm penampilan korang akan lebih stunning dan stylo. Selamat mencuba!
Suatu ketika dulu, Choi Jiwoo pernah menjadi perhatian anak muda apabila drama lakonannya Winter Sonata ditayangkan di stesen televisyen tempatan.
Wanita ini seterusnya sekali lagi menjadi bualan peminat dengan kemunculannya dalam drama Stairway To Heaven. Bakat yang ada pada Choi Jiwoo tidak perlu dinafikan lagi kerana setiap lakonannya, dia mampu untuk menghayati watak dengan baik sekali. Dan kerana itu, ramai yang menghargai bakat selebriti Korea ini.
Mungkin korang tak tahu yang Choi Jiwoo sudah pun mendirikan rumah tanyya dengan seorang ahli perniagaan dalam industri IT pada Mac tahun lalu. Dia berkahwin di usia yang agak lewat, iaitu 43 tahun tetapi pelakon wanita itu dilihat sangat bahagia dengan kehidupan barunya.
Terbaru, YG Entertainment selaku syarikat naugannya telah mengumumkan satu berita gembari bahawa Choi Jiwoo kini sedang mengandung dan dijangka melahirkan anak pada Mei tahun hadapan.
Ramai yang mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa gembira apabila menerima berita ini.
Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Choi Jiwoo. Mesti baby comel macam mommy dia kan?
Bersempena dengan ulang tahun ‘Ducktales’ yang ke-30, Disney memperkenalkan kembali animasi yang menampilkan karakter-karakter ikonik seperti Scrooge McDuck dan kembar tiga serangai yang telatah mereka cukup melucukan iaitu Huey, Dewey dan Louie. Tidak ketinggalan juga karakter tidak asing lagi, Donald Duck turut melakukan kemunculan di dalam siri ini.
Pada bulan lalu iaitu pad 21 Januari 2018, Disney Channel dan Disney XD telah menayangkan television movie istimewa selama satu jam bertajuk ‘Woo-oo’. Manakala siri animasinya pula telah pun mula ditayangkan bermula pada 26 Januari lalu pada jam 4 petang di Disney Channel. Bagi peminat ‘Ducktales’, siri ini juga boleh distrim secara online menerusi On Demand.
Jadi jangan lupa untuk chek out siri ini di Disney Channel setiap Jumaat jam 4 petang.
Akan tetapi sejauh manakah korang mengenali ‘DuckTales’? Jom ikut 10 perakra yang Remaja yakin korang semua tak tahu. Hehe.
1. Siri TV ‘DuckTales’ sebenarnya adaptasi daripada komik ‘Uncle Scrooge’ yang dicipta oleh Carl Banks.
2. ‘DuckTales’ juga merupakan sebahagian daripada Duck universe di mana karakter-karakter itik dari seluruh Disney bertembung satu sama lain di dalam siri berbeza.
3. Bersempena pelancaran siri baru ‘DuckTales’, Disney Channel turut menjemput selebriti tempatan iaitu Ismail Izzani & Jenn Chian untuk meraikan kempen ‘WOO-OO’.
4. Disney Channel Asia turut mengadakan peraduan #WooMoments di laman Facebook mereka dan pemenang bertuah akan dijemput melakukan kemunculan di saluran Disney Channel.
5. Huey, Dewewy dan Louie merupakan anak saudara kepada Donald Duck dan cucu saudara Scrooge McDuck.
6. Scrooge McDuck merupakan hartawan yang sangat kaya dan bilik kebalnya dikatakan berukuran tiga ekar persegi!
7. Duckburg merupakan lokasi yang menjadi kediaman kesemua karakter Duck universe dan menjadi penempatan bagi 315,000 residen.
8. Carl Bank mendapat inspirasi mencipta watak Magica De Spell dari dua orang pelakon Itali iaitu Gina Lollobrigida dan Sophia Loren.
9. Semasa siri TV ‘DuckTales’ mula diperkenalkan pada tahun 1987, ramai pihak meramalkan ia akan gagal. Namun perkara sebaliknya yang berlaku.
10. Pelakon yang melakonkan suara Scrooge McDuck dalam siri terbaru ‘DuckTales’ ialah David Tenant yang juga merupakan pelakon bagi siri sains fiksyen terkenal British, ‘Dr. Who’.
PERADUAN DUCKTALES x REMAJA
4 x HADIAH UTAMA GOODIE BAGS DUCKTALES MENGANDUNGI Plush toy Donald Duck x1 Tote bag Ducktalest x1 Tuala Disney Channel x1 Tumbler akrilik Disney Channel x1
Syarat penyertaan
1. Share artikel ini di salah satu laman media sosial Facebook, Instagram atau Twitter
2. Follow Facebook, Instagram dan Twitter Majalah Remaja (search: MajalahRemaja)
3. Hantar jawapan kamu ke emel mohd.farizul@karangkraf.com
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mac 2018
5. Pemenang akan dihubungi oleh pihak kami. Segala keputusan adalah muktamad
Soalan 1
Bilakah episod pertama siri animasi televiyen ‘DuckTales’ ditayangkan di Disney Channel?
Soalan 2
Namakan jenis hubungan di antara Donald Duck dan kembar tiga Huey, Dewey & Louie.
Soalan 3
Apakah nama tempat yang didiami oleh kesemua karakter ‘DuckTales’?
Fesyen bagi saya adalah dunia yang melangkaui batasan bersifat inklusif – bukannya eksklusif untuk golongan tertentu saja.
Walaupun kita selalu ‘dijaja’ dengan imej supermodel kurus dan tinggi, bersaiz zero dan wajib cantik, namun dalam kita tak sedar, fesyen sebenarnya adalah untuk SEMUA.
Semua orang kan berbaju? Dan semua orang jadikan pakaian sebagai identiti masing-masing. Secara tak langsung, kita semua tergolong dalam dunia fesyen.
Jadi apabila seorang pelajar Management & Science University (MSU) daripada jurusan Diploma Rekaan Fesyen dianugerahkan dengan Anugerah Presiden sempena Konvokesyen MSU ke-23 hujung minggu lalu, a part of me just shouted, YES!
Fesyen akhirnya dilihat sebagai jurusan ‘serius’ di atas pentas tersebut, bukannya jurusan yang dipertikaikan kepentingannya.
Guys, perkenalkan Era Masturah Ramlee yang merupakan penerima anugerah tersebut. I cannot help but to scroll down her Instagram feed.
Jelas, Era merupakan seorang peminat fesyen dan berbakat dalam mencipta rekaan baru. Kapsyen pada bahagian bio-nya yang berbunyi ‘A fashion enthusiast ninja’ sudah menjelaskan yang Era bukanlah seperti pelajar dan fesyenista yang lain.
Melalui sebuah lagi akaun yang dikelolakan Era ialah untuk koleksi fesyen bernama eralee.rtw. Dia menawarkan koleksi pakaian uniseks, sederhana dan berpotongan oversized seperti yang selalu dipakainya.
“Saya mencipta Era Lee RTW supaya semua orang boleh menutupi diri mereka dengan cara terbaik. Siluet oversized dan tona minimal bagi saya bersamaan dengan Shariah.
“Tiada isu body hugging, tiada isu angin datang jubah melekap pada badan oh no! Dan ia juga uniseks, pakaiannya untuk laki bini baru sweet gitew,” katanya.
Obviously, perjalanan Era selepas ini dalam dunia fesyen masih jauh namun cerah. Remaja has nothing but best wishes for her.
Rapper tempatan, Bunga dijadualkan membuat persembahan pembukaan di konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur pada 22 November 2023.