Anak kepada jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila imej berambut kerinting yang dimuat naik di laman Instagram mendapat pujian ramai. Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin yang juga kini sudah bergelar pelakon nampaknya tampil berbeza dan kelihtan lebih yakin.
Remaja pernah bekerjasama dengan anak muda ini dan tidak dinafikan, dia seorang yang pemalu. Kali pertama disolek, Cik B sendiri ketawa melihat dirinya kerana dia mengakui bahawa dia tidak pernah dimekapkan seperti itu.
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik semalam, Cik B dilihat dengan imej yang sedikit berbeza dan lebih feminin apabila didandan berambut kerinting.
Kini, perubahan yang ditunjukkan mendapat respon positif bukan sahaja daripada peminat, malah selebriti terkenal tanah air juga turut memuji kecantikan yang ada pada Cik B.
Ads
Ads
Rata-rata daripada pengikutnya di Instagram juga terpegun dengan kecantikan anak muda ini dan ada yang menggelarkan seperti Cardi B dan Sherry Alhadad.
Pelakon kacak Korea Park Seo Joon yang popular menerusi siri drama Itaewon Class, What’s Wrong with Secretary Kim dan Hwarang menjadi perhatian di group Facebook apabila namanya dijadikan meme.
Meme tersebut dikongsi dalam group Facebook PSJ Trend yang memuat naik beberapa foto Park Seo Jin dengan ayat-ayat pick up line yang menghiburkan. Antara yang disebut adalah seperti “Gonna name my car Seo Joon, so I can Park Seo Joon” dan “Gonna name my suitcase Seo Joon, so I can Pack Seo Joon”.
Ada juga warganet yang kreatif dengan kemahiran suntingan yang baik telah memuat naik gambar papan tanda sebuah taman yang dikenali sebagai Seo Joon Park. So pickup linenya, “I live next to Park Seo Joon”.
Trend ini menjadi popular sehingga ia turut digunakan dalam variasi meme bagi selebriti Korea yang lain seperti Jisoo Blackpink dan Jungkook serta Jimin BTS.
Netizen ni memang kreatif la. Korang ada pickup line yang lagi best untuk kongsikan dengan kami? Hiks!
Drama siri Korea Squid Game menjadi trending di Netflix selepas hanya baru dua hari tayangan berjaya meraih tempat pertama dalam senarai Top 10 TV Show mengalahkan Hometown Cha Cha Cha dan Money Heist.
Tidak dinafikan, konsep survival thriller ini berjaya mencuri hati penonton kerana penuh dengan babak-babak suspen yang membuatkan ramai tidak berganjak daripada menonton hingga ke episod akhir.
Squid Game ialah permainan kanak-kanak tradisional masyarakat Korea pada zaman 70an- 80an yang melibatkan fizikal di mana ada pihak penyerang dan pihak bertahan.
Permainan ini dinamakan Squid Game kerana pemain akan melukis pelbagai bentuk geometri atas tanah (bulat, segi tiga, petak) untuk menghasilkan bentuk seakan sotong.
Drama bersiri ini mengsisahkan tentang Ki-Hoon (Lee Jung-Jae) dipecat daripada pekerjaannya dan hidupnya berubah sengsara. Dia mendapat tahu tentang permainan survival rahsia dengan hadiah yang ditawarkan sebanyak 45.6 bilion won (RM 167 juta) kepada pemenang. Lalu, Ki-Hoon memutuskan untuk menyertai permainan itu.
Namun, disebalik permainan itu, ramai yang akan terkorban sekiranya mereka tidak berjaya ke peringkat seterusnya. Ha, gila kan?
Untuk korang yang sudah habis menonton Squid Game, berikut kami senaraikan antara drama thriller lain ‘ala-ala’ Squid Game yang menarik untuk ditonton.
1. Liar Game 1 & 2
Pelajar kolej yang jujur Kanzaki Nao dijemput untuk menjadi sebahagian dari “Liar Game”, di mana pemain akan menipu satu sama lain untuk memenangi 100 juta dolar. Dia kemudian bertemu dengan penipu ahli Akiyama Shinichi, dan akhirnya bekerjasama dengannya.
2. Battle Royale
Pelajar kelas 9 dari sekolah menengah Jepun dipilih untuk bertanding sebagai pemain dalam “Battle Royale.” Secara paksa dibawa ke sebuah pulau yang ditinggalkan, para pelajar diberi senjata untuk saling menyasarkan selama tiga hari. Siapa yang akan bertahan?
3. Alice In Borderland
Siri aksi Jepun Alice In Borderland mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Alice, mendapati dirinya bersaing dalam permainan survival di Tokyo dystopian. Untuk hidup, dia dan pemain lain harus menyelesaikan satu siri permainan kejam.
4. As The God’s Will
Seorang pelajar, Shun Takahata tiba-tiba menjadi sebahagian daripada permainan survival yang melibatkan individu yang sudah bosan dengan kehidupannya. Kematian menanti bagi pemain yang kalah.
5. The Sacrifice Dilemma-Above
Sekumpulan pelajar mencari jalan untuk bertahan setelah satu suara mengumumkan bahawa mereka semua hanya mempunyai satu jam untuk hidup, kecuali jika mereka berjaya mendapatkan penggorbanan.
6. The Werewolf Game: Death Game’s Operator
Orang yang direkrut dan diculik dianggap sebagai bahagian daripada “Werewolf Game,” di mana pemain mempertaruhkan nyawa mereka, sementara orang kaya meletakkan pertaruhan mereka kepada siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah.
Masalah timbul apabila pengendali Masamune mendapat tahu bahawa seorang pelajar perempuan bernama Yuzuki Natsume, bekas pelajarnya adalah salah seorang pemain. Dia kemudian berusaha menyelamatkannya.
7. Cube
6 orang dikurung di dalam bilik berbentuk kubus misteri. Mereka tidak tahu mengapa mereka dikurung di dalam bilik, tetapi mereka cuba melarikan diri dari kubus misteri itu. Sekiranya mereka tidak dapat menguraikan kodnya, mereka tidak akan keluar dari kubus.
Ha, kalau korang memang individu yang gemar menonton filem-filem suspen macam ni, bolehlah cuba untuk menonton drama-drama yang kami cadangkan ini.
Namanya cukup hebat malah boleh dikatakan cukup beruntung menjadi dirinya. Tidak hanya miliki wajah kacak, susuk tubuh menarik, lincah di padang, kaya raya, baik hati, prihatin dan sentiasa menarik perhatian jutaan peminat, lelaki mahupun wanita untuk mendekatinya.
Kehebatannya di atasa padang menjadikan dia pemain cukup bernilai dan sekali lagi, Cristiano Ronaldo baru saja terpilih memenangi anugerah Pemain Terbaik Portugal 2017 dan menyandang gelaran Ballon d’Or kelima seperti Lionel Messi.
Dalam ucapannya lelaki ini menegarkan dia adalah pemain terhebat dunia kerana berjaa membuktikan kemampuan dirinya “ tahun demi tahun” bersama Real Madrid dan Portugal berkata, semua kejayaan ini dibuat demi anak-anaknya.
“Saya berterima kasih kepada semua yang berada di sini di atas anugerah yang diterima, ia juga anugerah untuk semua rakan-rakan saya. 2017 adalah tahun yang sangat baik, ia tidak dapat dilupakan. Saya juga memenangi Ballon d’Or yang kelima dan anugerah Pemain Terbaik yang kedua. Saya juga mendedikasikannya kepada empat anak saya.
“Ia juga suatu rekod lain, dapat tiga anak dalam tempoh tiga bulan. Kita perlu mempertahankan apa yang kita ada kerana darah Portugis yang mengalir ketika berjuang. Saya sentiasa percaya dan mengatakan bahawa saya adalah yang terbaik. Tidak kira apa sahaja yang mereka katakan, saya akan menunjukkannya di atas padang,” katanya yang mengenepikan pemain Rui Patricio dari Sporting Lisbon dan Bernardo Silva, Manchester City.
CR7 dinobatkan Pemain Terbaik Portugal 2017 dan menyandang gelaran Ballon d’Or kelima
Untuk rekod, jejaka kacak berusia 33 tahun ini telah menjaringkan 42 gol dalam 46 perlawanan pada 2016 dan 2017 sekaligus membantu Real Madrid memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara.
Kisah Cinta Cristiano Ronaldo
Di sebalik itu, kisah cintanya sering mendapat perhatian media massa. Di senaraikan 16 wanita yang pernah menjalin hubungan dengan bintang kacak ini.
Diana Chaves – Seorang aktres dari Portugas. Miliki hubungan cinta yang sangat singkat dengan CR7.
Luciana Abreu – Seorang peserta nyanyian Portuguese Pop Idol, Luciana Abreu dan sejarah perkenalan mereka berlaku pada 2007. Namun agak singkat masa berkenalan mereka kerana CR7 sibuk di atas padang.
Karina Bacchi – Model berdarah kacukan Italy – Brazil dan suka pose untuk majalah Playboy. Dua tahun saja hubungan mereka tetapi hubungan itu menjadikan Karina seorang yang popular kerana kerap muncul dalam siri reality tv di Sepanyol selepas itu.
Maria Sharapova – Bintang tenis cantik ini antara yang pernah menjalin hubungan cinta dengan Maria Sharapova. Tidak hairan, paparazi sering mengejar hubungan mereka berdua kerana ia berita laris.
Nereida Gallardo– Seorang model cantik dan bertemu CR7 ketika menonton aksi spektakuler di Kelab Real Madrid. Tapi sayang tak lama kerana CR7 sibuk mengejar kariernya tetapi ada sumber mengatakan, ada orang ketiga dalam hubungan mereka.
Bipasha Basu – Kata sumber, hubungan cinta antara mereka pernah terjalin ketika Bipasha Basu bersama aktor kacak, John Abraham. Gambar mesra mereka berdua berjaya diambil dan sejak itu, rahsia itu terbongkar.
Gemma Atkinson – Gambar keduanya makan malam di sebuah restoran terkenal di kota Inggeris malah CR7 pernah menggambarkan Atkinson adalah wanita luar biasa hebat.
Luana Belletti – Gambar CR7 mencium Luana di sebuah acara Thankgiving mengesahkan mereka pernah berpasangan pada tahun 2009.
Gabriela Endringer – Memiliki kerjaya sebagai jurulatih kecergasan, hubungan ini cuba disorokkan tetapi terhidu juga kepada umum kerana Gabriela seorang wanita yang cantik dengan susuk tubuh menawan.
Imogen Thomas – Kali ini CR7 memilih aktres cantik dalam menjalin hubungan. Menurut sebuah majalah CR7 sering menghabiskan masa bersama Miss Wales ini tetapi akhirnya semakin renggang kerana CR7 masih memburu wanita cantik dalam hiddupnya.
Letizia Filippi – Kali ini hubungan cintanya mendapat perhatian. Sudah ada kekasih hati seorang model yang sangat cantik tetapi masa yang sama CR7 menjalin hubungan dengan Nereida Gallardo. Peminatnya memang terkejut saat gambarnya tersiar dan hasilnya hubungan itu putus.
Andressa Urach – Menjalin hubungan dengan supermodel Irina Shayk, masa yang sama, CR7 juga keluar dengan Andressa Urach. Namun Urach mengaku dirinya telah dibohongi oleh CR7 dan tidak tahu yang kekasihnya itu ada hubungan dengan Shayk. CR7 juga menafikan dirinya ada hubungan istimewa dengan Miss BumBum tersebut.
Raffaella Fico – Ratu cantik ini amat terkenal kerana hubungan cintanya dengan pemain Itali, Mario Balotelli. Tetapi sebelum itu, dia adalah kekasih CR7 dan cukup mahir menggoda lelaki terkenal untuk keperluan hidupnya.
Kim Kardashian – Jangan terperanjat. Sebelum jadi isteri kepada Kanye West, Kim pernah ada hubungan dengan CR7. Dia rela datang ke kota Madrid, Sepanyol untuk makan malam bersama lelaki pujaan ramai itu.
Irina Shayk – Wanita ini memang sangat cantik malah CR7 juga terpaut. Aktres dan model bikini ini menjalin hubungan selama 5 tahun termasuk adanya cincin pertunangan di jari wanita itu. Tapi sayang akhirnya putus juga pada 2015.
Georgina Rodriguez – Terkini, inilah pasangan CR7 dan wanita cantik ini berasal dari Timur Laut Sepanyol. Dia pernah bekerja sebagai pelayan sebelum berpindah ke Bristol dan pernah bekerja di kedai Gucci sebagai pembantu kedai. Bila keduanya jatuh cinta tidak pasti tetapi CR7 ada anak bersama wanita cantik ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!