Filem yang berjaya meraih kutipan jualan RM97 juta, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau) telah mula ditayangkan di platform penstriman, Netflix sejak kelmarin bersempena sambutan Hari Malaysia.

Begitupun, respon yang diterima daripada penonton atas talian ternyata tidak semegah respon yang diberikan oleh penonton yang rela membeli tiket ke pawagam beberapa bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Sultan Selangor Berkenan Tonton Filem Mat Kilau Bersama Fattah Amin & Fazura – REMAJA

Menerusi hantaran di Twitter terutamanya, warga maya tidak cuba berselindung di sebalik perasaan sebenar mereka mengenai filem arahan Syamsul Yusof itu.

IKLAN

Ada yang mengkritik penulis skrip Mat Kilau yang dibandingkan dengan ceramah keagamaan dalam usaha watak-watak dalam filem tersebut untuk melawan pihak penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air. Tidak kurang juga ada menyamakan sinematografi, babak aksi serta teknik penggambaran yang digunakan oleh produksi Mat Kilau dengan siri kartun animasi.

Ish ish.. mulut!

Respon Penonton Di Netflix Tentang Filem Mat Kilau Tidak Seindah Disangka..
Peneraju utama filem Mat Kilau di majlis tayangan perdana filem tersebut. (Dari kiri) Fattah Amin, Beto Kusyairi, Dato’ Adi Putra, Yayan Ruhian dan Johan As’ari.

Begitupun, itulah asam garam yang terpaksa ditelan oleh mana-mana pengkarya seni setelah menghidangkan naskah mereka di mata khalayak ramai.

IKLAN

Bukan biasa-biasa platform yang diberikan. Netflix menayangkan Mat Kilau di peringkat antarabangsa untuk ‘diadili’ oleh penonton berbilang bangsa, agama dan kewarganegaraan. Justeru, kritikan sudah pasti akan hadir tidak kira daripada penonton tempatan mahupun dari luar negara.

Apapun selepas 33 hari ia ditayangkan di pawagam, produksi Mat Kilau sewajarnya berbangga dengan pencapaian mereka untuk mengatasi jumlah kutipan filem blokbuster Hollywood, Avengers: End Game sebanyak RM87 juta. Ia sekaligus merupakan filem yang berjaya mengutip jumlah kutipa tertinggi dalam sejarah perfileman negara.

BACA LAGI : Selain Mat Kilau, 5 Pahlawan Tanah Melayu Ini Mungkin Ramai Dah Lupa! – REMAJA

IKLAN

Diharap lebih banyak pengarah filem dan pihak produksi tempatan yang terus ghairah ingin menerbitkan karya-karya berkualiti selepas ini agar ia boleh dijadikan kebanggaan serta sebutan masyarakat Malaysia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI